Daily Archives: May 7, 2008

Mahathir Minta Kerajaan BN Pandang Serius Ancaman Anwar


PUTRAJAYA, 7 Mei (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) memandang serius ancaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat kerana ia telah menyakinkan lebih 30 anggota Parlimen BN untuk menyertai barisan pembangkang atau Pakatan Rakyat.

BN mempunyai 140 anggota Parlimen di Dewan Rakyat dan Pakatan Rakyat 82 daripada sejumlah 222 anggota Parlimen.

“Saya fikir ia serba berkemungkinan dan anda tidak boleh pandang ringan. Sekarang ini, ahli politik terbabit lebih berminat berapa banyak yang mereka dapat, mereka sebenarnya tidak berminat untuk berkhidmat kepada negara.

“Orang yang merasakan yang diri mereka tidak dapat apa yang mereka mahukan pada ketika ini dan mereka ditawarkan kedudukan, timbul keinginan untuk lompat parti lebih-lebih lagi bila tidak wujud kesetiaan kepada parti.

“Naluri saya kuat mengatakan (mengenainya), ia boleh benar-benar berlaku. Pada mulanya saya mahu menolak kemungkinan itu tetapi setelah mengkaji keadaan itu, saya rasa wujud ancaman besar. Sudah tentu, jika kerajaan sekarang hilang kuasa, ia tidak mempunyai kedudukan untuk mengagihkan pelbagai faedah kerana pada masa itu pengaruhnya sudah hilang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama mengenai “Kedaulatan Negara” pada Siri Syarahan Perdana Ke-7 di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.

Ditanya sama ada itu merupakan perkara yang paling dibimbanginya, beliau menjawab jika lompat parti itu berlaku, dengan itu Malaysia akan mengalami `banyak konflik”.

“Kita lihat sahaja respons orang Melayu, misalnya. Mereka telah menyenaraikan pelbagai desakan untuk itu dan ini sebagai respons kepada desakan yang dibuat pihak lain. Mereka fikir penyelesaiannya ialah dengan mengenepikan konsep demokrasi, bahawa mereka patut kembali kepada corak kerajaan feudal.

“Sudah wujud cakap-cakap di kalangan mereka…saya tidak tahu ia seserius mana tetapi hakikat yang ia disuarakan, amat merisaukan,” kata Dr Mahathir.

Ditanya sama ada terdapat kemungkinan wujud pemerintahan anarki di negara ini, katanya: “Mungkin, tetapi bukan anarki unggul tetapi pastinya wujud ketidakstabilan kerana kerajaan yang memerintah tidak akan aktif menumpukan kepada memajukan negara.”

Kepada soalan lain mengenai sama ada Pembangkang akan berjaya mendapatkan 30 anggota Parlimen berkenaan, bekas Perdana Menteri merujuk kepada Sabah dan Sarawak.

“Jika kita ambil Umno, MCA dan MIC, akar umbi mereka di sini (di semenanjung) dan bukan di Sabah dan Sarawak. Walaupun ada Umno di Sabah, ia dipindahkan dari sini ke sana. Mereka sebelum ini merupakan parti-parti kecil. Jadi dapatkah kita pastikan yang mereka akan kekal setia kepada Umno? Saya fikir tidak,” katanya.

Beliau berkata malahan di Semenanjung, mungkin akan ada anggota Parlimen yang akan lompat parti kerana mereka tahu yang mereka akan berada dalam kerajaan baru pimpinan pembangkang.

Dr Mahathir berkata tindakan lompat parti itu tidak akan menimbulkan masalah jika BN telah menang dengan majoriti dua pertiga di Parlimen dan malahan jikapun ada anggota Parlimen yang lompat parti, mereka tidak akan dapat banyak faedah kerana anggota Parlimen itu masih dengan kelompok pembangkang.

“Tetapi sekarang jika mereka lompat parti, mereka akan menyertai kerajaan lain, mereka tidak akan rugi, malahan mereka boleh buat duit,” kata bekas pemimpin berusia 83 tahun itu.

Beliau merasakan yang Pakatan Rakyat merupakan satu kuasa yang perlu diberikan perhatian, bukan kerana ia kuat atau rakyat sukakan Pembangkang tetapi kerana “perasaan kecewa”. – sumber bernama

nota: sememangnya kerajaan harus memandang secara serius ancaman MP yang ingin lompat parti ini. ini kerana ia merupakan satu langkah seperti menikam dari belakang kepada rakyat yang mana rata-rata rakyat memilih MP tersebut disebabkan oleh kewibawaan parti yang diwakili oleh mereka. sekiranya MP pembangkang lompat parti juga ia merupakan satu tindakan yang tidak bermoral dan beretika. diharap tiada insiden lompat-melompat berlaku pada masa yang terdekat ini.

Advertisement

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pengurangan cukai pintu 20 peratus di Selangor belum diputuskan

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor buat masa ini belum dapat melaksanakan penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus seperti dijanjikan sebelum ini, sebaliknya akan memberikan insentif kepada pembayar cukai pintu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, kajian terperinci sedang dilakukan sebelum melaksanakan penurunan cukai pintu itu berikutan tahap pembangunan ekonomi negeri masih belum sampai tahap diinginkan dan harga tanah yang semakin tinggi di samping pelaksanaan projek-projek perumahan yang masih berterusan.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri sedang memikirkan kaedah terbaik untuk melaksanakan ’janji kepada rakyat’ itu dan hanya akan diketahui ketika membuat belanjawan negeri untuk tahun 2009,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri di sini hari ini.

Insentif itu ialah pengurangan 70 peratus ke atas denda cukai pintu tertunggak bagi tunggakan hasil sebelum 31 Disember 2007, manakala bagi denda cukai tertunggak mulai 1 Januari tahun ini, pengecualian 100 peratus diberikan, berkuatkuasa hari ini hingga 30 Jun.

Abdul Khalid berkata kebanyakan rakyat menjangkakan beban kepada masyarakat melalui kenaikan cukai pintu adalah tinggi tapi berdasarkan kajian awal menunjukkan beban cukai yang tinggi itu dihasilkan oleh nilai hartanah yang mereka duduki sekarang.

“Jadi, saya dapati mereka ini kena bayar kenaikan sedikit, tapi nilai tanah mereka adalah cukup tinggi. Ada yang tanah mereka dalam masa setahun nilainya mencapai nilai tinggi,” katanya. – Bernama

nota: pelbagai janji manis ditabur oleh PR di dalam usaha mereka untuk menawan Selangor. Sehingga hari ini, tiada janji yang telah ditunaikan. Kepentingan rakyat diketepikan dan pembinaan ladang BABI diberi keutamaan. Adakah dengan menyediakan ladang Babi mega dengan peruntukan RM100juta merupakan langkah pertama menuju ke arah negara berkebajikan..atau ia merupakan langkah pertama untuk mengangkat gelaran Ketuanan Rakyat. Isu pemberian 20liter padu air percuma juga sehingga hari ini tidak dimulakan. Selepas pilihanraya, MB Selangor mengumumkan bahawa pemberian air percuma akan bemula bulan April lepas dan kini ditangguhkan ke Jun nnt. Pengurangan cukai juga tidak dapat dilaksanakan tahun ini. Penulis pernah bertanya tentang penurunan cukai pintu ini kepada seorang mantan wakil rakyat…beliau sendiri memberitahu bahawa sekiranya cukai pintu diturunkan, PBT boleh gulung tikar…..jadi macam mana nak turunkan….Soal pemberian air pecuma juga, pihak Syabas belum lagi memutuskan sama ada bersetuju atau tidak….

Sekiranya Lembu diikat pada tali….manusia diikat pada janji…

jangan berjanji sekiranya tidak mampu utk menunaikannya….buat ape menipu rakyat??? bukan pemberian air percuma dan pelajaran yang percuma mengundang kepada pembaziran?? fikir2kan…

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda