Pembangkang tamak kuasa

KUALA LUMPUR 15 Mei – Tawaran kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti merupakan taktik pintu belakang pihak pembangkang yang tamak kuasa selepas Pilihan Raya Umum Mac lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, taktik tersebut merupakan strategi politik yang tidak demokratik dan tidak beretika sama sekali.

Beliau berkata, rakyat sudah membuat keputusan pada pilihan raya umum lalu dengan memberikan mandat sekali lagi kepada BN.

Oleh itu, kata beliau, semua pihak perlu meneruskan kehidupan dan tugas seperti biasa.

”Pada masa ini, banyak tugas perlu dilaksanakan dan saya berharap tidak ada gangguan melalui permainan politik seperti ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mustapa diminta mengulas pendedahan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa ditawarkan sejumlah wang yang lumayan untuk menyertai parti pembangkang.

Beliau ditemui selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Kebangsaan 2008 dan Pelancaran e-pasartani@FAMA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Abdul Rahman dilaporkan berkata, jumlah yang ditawarkan oleh pembangkang supaya beliau menyertai mereka cukup untuk beliau hidup senang-lenang tiga generasi.

Mustapa ketika mengulas lanjut berkata, pihak pembangkang sepatutnya menunggu pilihan raya umum akan datang dalam tempoh empat atau lima tahun lagi.

Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya menggunakan taktik kotor seperti ini.

nota: perang psikologi telah dimulakan sejak bebasnya DSAI untuk kembali berpolitik. hampir setiap hari PR memaklumkan kepada media bahawa jumlah MP utk melompat sudah mencukupi. MP yang bakal melompat dikhabarkan berasal dari MP Sarawak dan Sabah. Persoalannya …adakah dengan melompat parti dapat menjamin pembangunan yang mampan di Sabah dan Sarawak. Apakah PR mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk mentadbir Malaysia di mana hampir setiap urusan yang berkaitan politik PR dibuat oleh seorang individu sahaja iaitu DSAI. Adakah dengan memberi imbuhan jutaan ringgit kepada MP BN supaya melompat satu budaya politik yang diinginkan oleh rakyat sabah dan sarawak? Persoalan yang kuat bermain difikiran…dimanakah datang dana bernilai jutaan ringgit yang bakal digunakan untuk memancing MP BN?? adakah budaya lompat- melompat ini satu amalan yang rakyat MALAYSIA inginkan??? fikir2kan…jgn kerana kuasa…harga diri mudah dijual beli…

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Pembangkang tamak kuasa

  1. Battleship

    DSAI ingat Iban & bumiputra kat Sarawak mcm zaman dulu ke? Bagi engine sangkut dapat nak dara orang ulu? Rasanya PBB kat Sarawak lagi kuat dari BN sini. Walaupun Taib Mahmud tu ada yang rasa patut turun takhta tapi banyak lagi pelapis dia yang kuat berusaha dan rajin mcm Alfred Jabu dan terutamanya Abang Jo ( Johari).

    Aku selalu ikut Alfred Jabu & Datuk Taib aku tau la apa yang dah diaorang berusaha majukan rakyat Sarawak. Teringat aku waktu Tan Sri Afred Jabu bagi speech kat Sri Aman, “Kita jangan habiskan duit untuk judi laga ayam,mesti simpan untuk masa hadapan kita”..Ha…ada kau berani bagi speech pasal laga ayam?Kau judikan masa depan anak2 aku ada la…Kau tengok aje la Kota Samarahan masa Taib jaga sana. Mukah pun dah maju. Serian lagi la banyak highway dah. Mereka adalah rakyat Sarawak yang bermaruah la.

    DSAI mimpi la lu, kau belajar bahasa Melanau dulu la…Oh ya, saya lahir di Labuan bah…

  2. Kuntakinte

    Sdr. Battleship, Ini le anwar orang yang bongkak dan pandang rendah pada orang lain terutama pada orang Sabah dan Sarawak, dia ingat kaum2 yang ada di sana mcm kemaruk dengan duit haram dia tu, patutnya Dato Rahman ambil duit tu dulu lepas tu report BPR & Polis biar dia masuk balik kedalam penjara, orang mcm anwar ni kena ajar mcm tu, biar dia tahu orang Sabah dan Sarawak punya maruah & intergriti. tapi Kuntakinte tak percaya dengan cerita anwar orang Sabah dan Sarawak akan lompat parti, sebab orang sana semua hebat2 belaka, apatah lagi dah kenal dengan perangai buruk anwar, dulu sokong juga anwar tapi bila dah jumpa sang mangsa albuntut anwar dah tak percaya lagi kat anwar.

  3. aiman

    cadang kunta kinte buat laporan polis setelah jumpa mangsa albuntut anwar tu , buat roadshow seluruh malaysia inngat ramai kawan 2 kita leh taja .kalau dak org tak cay sama kita !!!!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s