Mukhriz tidak akan keluar UMNO

petikan utusan

KUALA LUMPUR 20 Mei – Anak Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz menegaskan tidak akan meletak jawatan atau keluar daripada UMNO walaupun beliau bersetuju dengan tindakan bapanya itu.

“Saya akan menjadi suara lantang dalam UMNO yang menegur kepimpinan parti,’’ katanya pada sidang akhbar di sini petang ini.

Serentak dengan itu beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan segera jawatan. – Utusan.

nota: syabas diucapkan kepada YB Mukhriz kerana tidak mengikut jejak ayahanda beliau untuk keluar dari UMNO. Sesungguhnya dengan PAU UMNO yang akan berlangsung pada Disember ini, ia merupakan medan terbaik buat ahli-ahli UMNO untuk memilih saf kepimpinan UMNO yang baru sekiranya dirasakan bahawa barisan kepimpinan yang ada pada ketika ini kurang efektif. Adalah diharapkan sekiranya YB Mukhriz dipilih bagi memegang mana-mana jawatan penting dalam parti, beliau dapat memberi perkhidmatan yang terbaik seperti yang telah dilakukan oleh beliau. Bagi penulis sekiranya kita sayangkan parti, langkah untuk keluar dari parti bukan lah langkah terbaik…tetapi dengan menunaikan tanggungjawab dengan memilih pemimpin yang dirasakan patut dan layak untuk memimpin pada PAU akan datang merupakan langkah yang terbaik. Sabar adalah separuh dari iman dan sesungguhnya yang baik datang dari NYA.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Mukhriz tidak akan keluar UMNO

  1. Kuntakinte

    Hidup Mukriz, teruskan perjuangan, pemimpin pemuda kena lantang dan berani bersuara mewakili rakyat terutama golongan muda, seperti Syed Albar, pemimpin yang tidak pegang jawatan Menteri, kalau pegang macam sekarang le jadi nak bersuara takut sebab ada jawatan dalam kerajaan. dalam keadaan sekarang Ketua Pemuda Malaysia kena bersuara lantang.

  2. mok

    Betul kuntakinte. Pemuda perlu ada semangat ‘Singa UMNO – Syed Jaafar Albar’. Aku dah tak sabar nak mengundi bulan 12 ni. Moga-moga Pemuda UMNO dapat nafas baru setelah sekian lama lesu dan penat mengangguk. Yes man…Yes man….Yes man…. Satu lagi, AMKT juga dah tak perlu lagi membuat persembahan Bahasa Bermadah @ Choral Speaking.. ikut aja apa yang konduktor di depan cakap. Tunjuk jati diri sikit !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s