Kenyataan Media YB Dato’ Mukhriz

KENYATAAN MEDIA

YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

AHLI PARLIMEN JERLUN

EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Merujuk kepada tindakan ayahanda saya, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Alor Setar, Kedah semalam, yang mengumumkan keluar dari parti sehinggalah YAB Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional, saya dengan ini membuat kenyataan seperti berikut:

1. Saya amat faham dan bersetuju bahawa tindakan ayahanda saya adalah kerana sayangnya beliau kepada UMNO. Saya juga percaya bahawa bagi mencapai matlamat tindakan tersebut, terdapat lebih dari satu cara perlaksanaanya. Maka dengan itu, saya mengumumkan bahawa saya TIDAK AKAN MELETAKKAN JAWATAN DI DALAM UMNO,SEBAGAI AHLI PARLIMEN JERLUN MAHUPUN SEBAGAI AHLI UMNO. SAYA AKAN TETAP SETIA SEBAGAI AHLI UMNO DAN AKAN MENJADI SUARA YANG LANTANG MENEGUR KEPINCANGAN KEPIMPINAN PARTI;

2. Seterusnya, saya serta rakan-rakan yang sependirian dengan saya dengan ini MENDESAK SEKERAS-KERASNYA AGAR YAB DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL DENGAN SEGERA;

3. Kami juga mendesak agar Majlis Tertinggi UMNO MEMBUKA SELUAS-LUASNYA SEGALA RUANG DEMOKRASI PARTI YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PARTI yakni dalam bentuk pemansuhan sistem kuota, membenarkan Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan, tidak menghalang ahli-ahli UMNO untuk mengadakan majlis bersama pemimpin atau tokoh Melayu, dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk arahan, kekangan atau larangan yang menafikan prinsip-prinsip demokrasi dalam parti; dan

4. Selanjutnya, kami MENGGESA AHLI UMNO KHUSUSNYA DAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, menyuarakan bantahan mereka terhadap kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi secara terbuka dan lantang melalui surat peribadi, sms, surat kepada media serta melalui sidang-sidang media, bagi MEMBERI TEKANAN AGAR YAB DATO’ SERI SEGERA MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI, PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL.

Ini adalah pendirian saya pada waktu ini. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih.

Sekian.

20 Mei 2008

sumber agendadaily.

nota: adalah diharapkan agar YB Mukhriz akan terus kekal di dalam UMNO. Perjalanan politik beliau masih panjang. Diharap dengan tindakan beliau untuk kekal di dalam UMNO dapat memulihkan kembali UMNO itu sendiri. sesungguhnya ‘there is always a room for improvement’, bagi UMNO kelantangan ahli seperti YB Mukhriz mengkritik kepincangan kepimpinan UMNO ini dapat menguatkan semula UMNO.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Kenyataan Media YB Dato’ Mukhriz

  1. Kuntakinte

    alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, teruskan sdr mukriz, Exco Pemuda tk patut bawa mukriz ke J/kuasa Pengurusan sebab itu hak dia sebagai ahli UMNO, mukriz tidak derhaka kepada Parti, kita diajar tidak derhaka kepada Parti berbanding individu, pemimpin datang dan pergi dalam kes Tun Mahathir, Pak Lah juga adalah individu yang duduk didalam UMNO dan sudah tentu layak untuk di kritik seperti pemimpin besar UMNO terdahulu. kalau semua tak boleh nak buat, jelas le UMNO akan hancur sedikit masa lagi. Mukriz adalah model golongan pimpinan pemuda zaman kini.

  2. Kasim

    Tahniah Mukriz itu tindakkan anak melayu sejati ..kalau benar katakan benar ..berpantang mati sebelum ajal.

    Jgn jadi macam pengikut UMNO lain yang tak berfikir dan pengecut. Mukriz adalah bakal pemimpin yang mempunyai berkebolehan, berani kerana benar, bersemangat tinggi, bermaruah , bermoral dan tak takut sesiapa. berani hadapi apa saja musibah termasuk dijelkan.

    Ada sesiapa berani halang !!!!!!!!!.

    Hidup Mukriz!!!!!!!!!!!!!!Jadilah Pahlawan Melayu .

  3. AbangTuah

    UMNO aku tetap sayang…Mukriz I have to salute you…Tun Mahathir memang dikagumi. Itulah melayu…semangat pahlawan…anak cucu Hang Tuah dan Hang Jebat…berjasa, setia dan berani.

    Namun…tidak sesekali aku rela tanahair yang keramat ini diperintah oleh mereka yang boleh menghancurkannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s