Parti pembangkang tawar Dr Mahathir sertai mereka

KUALA LUMPUR: Tiada musuh kekal dalam politik dan ia terbukti apabila dua buah parti pembangkang  PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)  hari ini membuat tawaran kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai parti masingmasing berikutan keputusannya keluar Umno.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau sentiasa mengalualukan Dr Mahathir atau anggota Umno lain untuk menyertai PAS, malahan sanggup bekerjasama dengan bekas presiden Umno selama 22 itu dalam perjuangan menuntut kesejahteraan rakyat dan negara.

“Kami sedia terima sesiapa sahaja yang nak sertai PAS termasuk Tun (Dr Mahathir) tapi terpulanglah kepada diri masingmasing,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut membuka pintu parti itu kepada Dr Mahathir sekiranya bekas pemimpin utama negara itu berminat.

“Kami amat mengalualukan mereka (anggota Umno),” kata Dr Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menghormati keputusan Dr Mahathir dan berharap masyarakat Melayu sentiasa bersatu.

“Saya pernah bekerja di bawah beliau (Dr Mahathir), beliau orang yang saya anggap berkebolehan…saya hormati keupayaan dan kebolehan Dr Mahathir,” katanya kepada pemberita di Shah Alam

Dr Mahathir semalam mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Umno serta merta kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah, dan mengajak semua anggota Umno yang sependapat dengannya untuk mengikuti jejaknya tetapi bukan bagi menyertai parti lain.

Katanya beliau hanya akan kembali menyertai Umno selepas Abdullah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.

Dr Mahathir turut mencadangkan supaya pemimpin cawangan dan bahagian parti melepaskan jawatan masingmasing sebagai isyarat kepada Abdullah supaya meletakkan jawatan dalam parti sebelum pemilihan Umno Disember ini.

Sementara itu, ahli Parlimen Semporna Datuk Shafie Afdal tampil memberi kenyataannya berhubung isu pengunduran Tun Dr Mahathir daripada Umno.

Beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan penyataan Tun sebagai duri dalam daging kerana Tun telah banyak memberi sumbangan kepada Umno dan negara. BERNAMA

sumber mstar.

nota: sekiranya presiden PKR membuka pintu kepada Tun Mahathir untuk menyertai mereka, apa pula kata pemimpin de facto PKR iaitu Datuk Sri Anwar Ibrahim?

Advertisements

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Parti pembangkang tawar Dr Mahathir sertai mereka

  1. Rasuah Politik Pasca PRU-12?

    Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato’ Abdul Rahman Dahlan (BN – Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat (“PR”) untuk melompat parti.

    Layari Gerbang: http://www.rembau.net

  2. Kuntakinte

    Sdr. Mizie, jangan hairan le…. memang itu le kerja PKR siapa pemimpin besarnya Anwar kroni US & Israel yang support trillion USD untuk Pru12, yang disebut mukriz masa dalam parlimen tempohari itu lah dia, dari sejak dalam kabinet lagi anwar itu lah amalan dia, bagi saham HICOM pada kroni dia dsogok orang UMNO dengan macam2 saham agar sokong dia, bagi kontrak bertrillion pada kroni seperti Khalid Ibrahim, Rahim Ghaose, Nalla Karupan (dah lapar sekarang ni), Tan Seri Nasaruddin yang lari ke Singapore seperti bina bangunan Matrade yang terbengkalai tu, itu yang kita tahu yang tahu lagi tah apa2 dibuatnya, zaman dia Menteri Kewangan le banyak peniaga dan usahawan rakyat malaysia golong tikar sebab ikut arahan girlfriend dia ada kawan baik orang penting IMF, nak kenal pemimpin PKR dia le bapak segala rasuah, bapak kroni, bapak fitnah, bapak rusuhan, bapak penipu dan bapak pengkhianat bangsa. sedih harap pagar pagar makan padi, sebab tu beras naik harga sekarang ni.

  3. mok

    Betul ! tengok la.. demi melunaskan dendam kesumat, dia sanggup sekongkol dengan siapa saja, Uncle SAM, Yahudi Israel dan tak ketinggalan musuh tradisi orang melayu DAP.
    Kata dia, “Afa nak jadi sama orang melayu.. bukan ana punya fasal . Oooo.. ana sudah kena jel ya ? Sekaran ana misti valas la..valas. Melayu mamfus fun takfa. Janji hati ana fuas.. fuas.. fuasssss… ha..ha..ha..haaaaaa……….”

  4. sarah

    Tp sygkn masih ada lagi belia-belia kita cam di ipt tu ingat anwar teraniaya….konspirasi politik kata mereka…sapa yg aniaya anwar?tak mungkin ngan alasan yg sama nk jatuhkn dia…hebat sangat ke anwar?sampai kerajaan nk tumbangkn dia?tanpa dia sy rase lg maju malaysia… org macam dia boleh jual negara…tu saya pasti..klu dah bersentongkol ngan usa tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s