Anwar: ‘Saya tidak akan jadi PM lebih 10 tahun’

sumber mstar

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan memegang jawatan Perdana Menteri lebih daripada 10 tahun jika berpeluang untuk memimpin negara ini.

“Jika anda tidak berupaya melakukan perubahan signifikan dalam 10 tahun (sebagai Perdana Menteri), bermakna sudah sampai masanya untuk berundur,” kata beliau yang yakin bahawa mempunyai sokongan padu ahli-ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau, yang dipetik Bloomberg, menyatakan demikian pada pertemuan dengan wartawan di Singapura hari ini.

Anwar yang kini mengetuai Pakatan Rakyat berkata, sehingga kini belum lagi menerima makluman rasmi mengatakan bahawa beliau sudah layak untuk memegang jawatan parti.

Larangan memegang jawatan parti dan bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun ke atas Anwar, yang dipecat daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden pada 1998, berakhir bulan lalu.

Kini Pakatan Rakyat menguasai 82 kerusi di Dewan Rakyat manakala Barisan Nasional (BN) yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga pula memiliki 140 kerusi.

Sejak kebelakangan ini, Anwar mendakwa beliau mempunyai sokongan memandangkan sekumpulan ahli Parlimen BN telah menyatakan kesediaan untuk melompat ke Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat memerlukan 30 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Malah, kata Anwar, beberapa wakil rakyat pembangkang telah menyatakan kesediaan untuk berundur bagi membolehkannya bertanding kerusi Parlimen.

Dalam pertemuan tersebut, Anwar juga berkata, undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan “pilihan terbaik untuk menjatuhkan” BN yang sedang memerintah.

“Anda gunakan saluran perlembagaan untuk membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat untuk membawa usul bagi menjatuhkan perdana menteri,” katanya.

Kelmarin tekanan ke atas Abdullah meningkat ekoran keputusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memutuskan untuk keluar Umno atas alasan kecewa dengan kepimpinan parti.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Anwar: ‘Saya tidak akan jadi PM lebih 10 tahun’

  1. Kuntakinte

    hancur le Bangsa, Agama dan Negara kalau anwar yang jadi PM, pengkhianat Negara dan Bangsa, kuda US dan Israel jadi PM, tonggang terbalik le Malaysia, orang yang sanggup hancurkan bangsa demi untuk memuaskan nafsu serakah sendiri, untuk balaskan dendam kesumat, nak kita bagi jadi PM. Allah maha besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s