Bila parlimen jadi kelab hiburan suka ria

sumber utusan

KUALA LUMPUR 21 Mei – Parlimen hari ini bertukar menjadi ‘kelab suka ria’ apabila beberapa anggota pembangkang dan sekumpulan 20 orang awam mengambil kesempatan mengadakan majlis hari jadi anak seorang pemimpin Hindraf di lobi Parlimen.

Tindakan mereka itu mengundang perasaan kurang senang pengunjung lain kerana Parlimen yang merupakan kawasan keselamatan dan institusi yang dilindungi kini dicemari majlis sosial yang diadakan dengan sesuka hati oleh pihak tertentu.

Keadaan riuh rendah hari ini membabitkan beberapa anggota pembangkang dan sekumpulan kira-kira 20 lelaki dan wanita dipercayai penyokong Hindraf membawa kek dan menyanyikan lagu Happy Birthday To You secara beramai-ramai di kawasan lobi Parlimen.

Tidak cukup dengan menyanyikan lagu selamat hari jadi, upacara memotong kek turut diadakan di kawasan ruang menunggu tetamu berdekatan lounge Ahli-Ahli Parlimen iaitu tempat mereka mengadakan sidang akhbar sebelum itu.

Mereka menyalakan enam batang lilin di atas kek berkenaan sebagai menandakan sambutan hari lahir W. Vaishnavi, 6, anak kepada P. Waytha Moorthy, pemimpin Hindraf yang kini mencari perlindungan di Britain.

Sementara itu, di atas kek tersebut tertera perkataan ‘Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)’. Sambutan hari jadi kanak-kanak berkenaan dieksploitasi untuk tujuan politik.

Selepas selesai memotong kek, Ahli Parlimen N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) membawa kanak-kanak itu untuk menyapa mana-mana -Ahli Parlimen yang melalui kawasan tersebut.

Setiap kali dapat ‘menahan’ Ahli Parlimen, Gobalakrishnan dengan gelagatnya akan menyanyi dengan kuat lagu Happy Birthday To You sambil menghadiahkan sekuntum bunga mawar kepada Ahli Parlimen berkenaan.

Tanpa mempedulikan Ahli Parlimen lain, para pegawai kerajaan yang bertugas serta anggota media dan tetamu di Parlimen, kumpulan itu menyanyi sekurangnya-kurangnya tujuh kali lagu Happy Birthday.

Antara yang menjadi mangsa ‘ditahan’ Gobalkrishnan ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Datuk Ab. Halim Ab. Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) dan Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Selain Gobalakrsihnan, turut sama ‘memeriahkan’ sambutan hari jadi anak pemimpin Hindraf itu ialah S. Manickavasagam (PKR-Kapar) dan beberapa anggota pembangkang lain.

Walaupun beberapa pegawai Parlimen meminta Gobalakrishnan menamatkan ‘sambutan’ tersebut, namun beliau seperti tidak mempedulikan arahan tersebut.

Perbuatan itu jelas menimbulkan rasa kurang senang Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) yang merungut anggota-anggota Parlimen pembangkang kini sering membawa masuk pelawat ke lobi Parlimen untuk tujuan gimik politik.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC), Datuk Tiong King Sing mengingatkan anggota Parlimen pembangkang bahawa Parlimen bukan tempat untuk orang luar masuk sewenang-wenangnya.

“Dulu, macam pasar, kini seperti Central Market pula. Sebagai institusi tertinggi dalam negara, tidak seharusnya orang luar dibawa masuk ke Parlimen sewenang-wenangnya.

“Perkara ini saya akan bawa kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.

nota: beginikah sikap pemimpin yang kita ingin kan utk mewakili suara rakyat di dalam parlimen? apakah motif sebenarnya MP Padang Serai ini

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s