Sultan tegur Adun BN boros

sumber malaysiakini.

Sultan Selangor menegur amalan kerajaan negeri bawah pentadbiran Barisan Nasional kerana tidak mengamalkan perbelanjaan berhemah.

“Beta memandang serius perbelanjaan peruntukan (seorang) ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun 2008 yang habis dibelanjakan pada dua bulan pertama tahun ini,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal pertama DUN Selangor hari ini.

sultan selangor sharafuddin idris shah 210508“Kerajaan negeri telah melaksanakan budaya perbelanjaan berhemah dengan memastikan semua perbelanjaan dibuat secara lebih efisien dan berkesan bagi mengelakkan berlakunya pembaziran sumber.

“Beberapa surat pekeliling telah dikeluarkan sebagai garis panduan perbelanjaan berhemah yang efektif di mana program-program jabatan dilaksanakan berdasarkan ketepatan kos,” titah baginda lagi.

Sultan Selangor dipercayai merujuk laporan seorang wakil rakyat BN yang membelanjakan RM500,000 tidak sampai 60 hari hingga Februari lalu untuk beberapa projek di kawasan DUN Kampung Tunku.

Butiran lengkap perbelanjaan itu kini beredar di internet, antaranya di blog wakil DAP Kampung Tunku, Lau Weng San.

Baginda bertitah sedemikian ketika menyentuh keperluan pengurusan  kewangan yang cekap dan berkesan sebagai faktor utama bagi menjamin pendapatan maksima negeri.

“Usaha meningkatkan hasil tidak akan memberi makna sekiranya permbaziran dan perbelanjaan yang tidak berhemah sering berlaku,”

khir toyo 181207Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang kini ketua pembangkang di DUN itu, berkata beliau harus melihat data-data tersebut terlebih dahulu sebelum mengulas lanjut.

Bagaimanapun, katanya, perbelanjaan seseorang ahli DUN bergantung kepada wakil rakyat itu sendiri.

“Selagi mengikut peraturan tiada masalah,” katanya kepada Malaysiakini sewaktu diminta mengulas teguran Sultan Selangor.

Menurut Dr Mohamad Khir, sebahagian besar perbelanjaan wakil rakyat  dibuat pada awal tahun dan sambutan Hari Raya.

Di waktu itu, kata wakil Sungai Panjang, banyak bantuan dimohon oleh rakyat, antaranya untuk menyelesaikan masalah yuran dan lain-lain.

Beliau berkata, adalah normal perbelanjan seseorang ahli DUN lebih besar pada awal tahun.

Banyak bantuan daripada wakil rakyat disalurkan kepada sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan, tambahnya.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Sultan tegur Adun BN boros

  1. saya amat menyokong kewibawaan TUN MAHATHIR kerana semasa beliau PM banyak industri dan sebagainya tumboh diMalaysia bagi kami pendudok luar bandar cohtohnya sik amnya negeri Kedah rasa lega kerana ada peluang kerja untok istri kami dan anak kami bukan sebaliknya sekarang dan hala tuju sekarang PEMIKIRAN yang baik saya harap dapat TUN menafaatkan pula kepada pimpinan PAS setiap manusia tidak boleh lari dari kesilapan pada PKR saya mohon agar SEDANGKAN NABI SW AMPUNKAN UMAT

  2. Kuntakinte

    Saya menyangjung tinggi titah dan teguran DYMM Tuanku Sultan Selangor. semua WR BN ke PAS, PKR, DAP & bebas ke kena muhasabah diri dan memandang serius diatas teguran DYMM Tuanku, Tapi ada pulak yang nak ambil kesempatan mempolitikkan titah Tuanku.
    Saya tertarik nak ceritakan pengalaman saya balik ke kampong halaman apabila musim raya Haji tahun lepas, apabila saya lalu di jambatan menyeberangi sungai di kampong saya dapati Jambatan baru dibina, saya bertanya kepada Atok saya dia maklumkan bahawa Jambatan lama telah runtuh akibat hujan dan banjir, penduduk kampong telah mengadu kepada Wakil Rakyat (WR) & WR telah melawat pada hari yang sama dan telah mengeluarkan kelulusan peruntukan kecemasan sebanyak RM250,000 (kos pembinaan) untuk membina jambatan tersebut dengan kadar segera bagi menolong penduduk kampong yang hanya jambatan itu saja satu2 jalan yang boleh digunakan, bermakna dalam kes ini kalau jumlah peruntukan WR RM500,000 baki peruntukan yang ada kepada WR tersebut tinggal RM250,000, itu satu kes yang saya sendiri ketahui, dalam kawasan WR tersebut berapa ramai pula pengundi dan berapa banyak kampong, taman2 perumahan dan penempatan2 yang ada yang perlu di jaga dan di bantu sekiranya terdapat kes seperti tadi, sudah tentu RM500,000 atau pun baki yang tinggal RM250,000 boleh cukup untuk melakukan kerja2 kebajikan terhadap pengundi di kawasan satu2 WR tersebut dan dalam kes diatas adakah WR tersebut membazirkan peruntukan tersebut. bagaimana pula dengan keperluan2 lain yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan WR tersebut yang menghadapi berbagai cabaran dan permintaan dari berbagai golongan masyarakat, seperti keperluan Persatuan, Masjid, Surau, Dewan Orang Ramai, Tadika, Orang Miskin, Bencana Alam, Pelajar miskin, Sekolah yang perlukan sumbangan, Perpustakaan Desa, Ibu Tunggal, Bapa Tunggal, Belia, Rumah Anak2 Yatim, Jambatan runtuh, sungai runtuh, Sekolah Agama rakyat runtuh, Majlis Keraian seperti Maulidur Rasul, Qurban Haji, dan berbagai2 majlis lagi yang sentiasa menumpu kan masalah mereka kepada WR, hanya kepada WR saja lah yang menjadi tempat untuk mengadu hal. Takbir! (sebut lemah lembut)

  3. AbangTuah

    Mr. bentung kau PAS yang baik..dan terima kasih kerana menghargai jasa Yg Amat Berbahagia TDM. Kalau tidak aku mesti shot kau ngan missile aku.

  4. passssss

    Memang betul buat jalan dan jambatan tapi harga 100,000.00 claim 200,000.00. Tu yang masalahnya orang- orang umno ni.

  5. Kuntakinte

    Hooiii..sdr. Passsss, aku passs….sung kau nanti, ini lah masalah utama korang, korang ni umpama akautan n jurutera pekerja Indon kat sini la.., pakai seluar pendek berbunga tak berbaju duduk bertenggung ambil kayu lukis plan atas tanah, kira ini tak cukup, kira itu tak cukup, sini up harga sana up harga, korang ingat ngitu je ke letak harga. haprak!!!! betul le mike ni. Tapi aku memang tak hairan pun memang itu kerja korang.

    Aku bukan kontraktor tapi aku faham juga apa yang berlaku, projek kalau di lulus siap dengan perincian kerja dan mengikut jadual kadar harga JKR itu pun masih pakai jadual 2004 yang ditetapkan tau, Lulus projek bukan UMNO la ngok…., UMNO memohon je projek bagi pihak rakyat tau…., itu le kerja UMNO selama ni untuk orang macam kau juga yang nak melenyek nye (bahasa Perak).

    Pegawai Kerajaan yang diamanahkan yang akan mengkaji dan menilai sesuatu permohonan relevan atau tidak, budget ada atau tidak, kau ingat mak bapak kau punya duit main bagi je, guna le otak sikit…., kalau penilaian JKR RM100,000 kos nya itu lah aje yang boleh dibuat, projek pula dibuka untuk tender atau sebut harga, jawatankuasa pemilihan dikalangan Pegawai Daerah, Jurutera JKR, dan majlis tempatan akan memilih kontraktor yang layak, perlaksanaan projek dikawal oleh Jurutera JKR Daerah, Tecnision JKR, diorang tu kakitangan kerajaan bukan orang UMNO pun, silap2 orang Pas atau PKR atau pun majoritinya yang berkecuali, jangan main tuduh je, dapat kau dosa kering… ambik kau!!!, kau ingat jenis kau je yang tau dosa pahala, hukum hakam, orang lain tak tau, puii…..

    Pasal mulut tak bismillah macam korang ni yang banyak menabur cerita2 karut di kampung2 yang memecahbelah kan masyarakat dan menjebak sekali masyarakat kampung sama2 terpalit dosa nya, tanggung le korang….

    Kalau orang UMNO sekali pun kebetulan dia kontraktor dan layak apa salah nya, dia dapat dari keuntungan dengan kerja yang dia buat, orang PAS berapa banyak yang melantak projek Kerajaan tak siapa dengki pun, guna duit dari projek kerajaan sponser balik puak korang hantam kerajaan gitu apa hukum nya, yang korang kutip derma dengan orang kampung masa ceramah korang, 50% Pak lebai yang berceramah sapu masuk poket dari collection, 30% masuk poket penganjur 20% masuk tabung Parti apa hukum nya, Duit collection Tabung peristiwa Baling yang korang kebas tu apa hukum nya, lagi haprak sapu duit orang kampung berbanding duit keuntungan buat projek tau…… puiii……

    P/s kalau aku lah orang PAS, aku naik unte pegi ceramah… Kerajaan Kafir bina semua, jalanraya haram, masjid haram, surau haram, jambatan haram, sekolah haram, universiti haram oppps.. duit bantuan sama derma punya pasal tarak haram la……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s