Daily Archives: May 23, 2008

Rais sifatkan keputusan ICJ sebagai kemenangan bersama

KUALA LUMPUR 23 Mei – Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura dan Middle Rocks milik Malaysia, sebagai satu kemenangan bersama.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah di the Hague, Belanda, Rais berkata walaupun kedaulatan Pulau Batu Putih berpihak kepada republik itu, namun penting juga dilihat bahawa kedaulatan Terumbu Karang Tengah, yang dikenali sebagai Middle Rocks, diberi kepada Malaysia.

“Keputusan pada pagi ini (waktu Belanda) adalah memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak…pada satu peringkat mahkamah ICJ memutus mengikut fakta sejarah dan perundangan antarabangsa serta menimbulkan kesan-kesan pentadbiran dan lain-lain hal berkaitan tuntutan (Pulau) Batu Putih.

“Mahkamah memutuskan untuk memberi kedaulatan kepada republik Singapura, tapi pada masa yang sama…ini penting…Pulau Middle Rocks adalah diberi milik kedaulatan kepada Malaysia. Dan ini merupakan satu kemenangan kepada Malaysia jua,” katanya.

Mengenai Terumbu Karang Selatan yang juga dikenali South Ledge, Rais berkata, mahkamah menentukan bahawa kedaulatannya tertakluk kepada persempadanan perairan yang dimiliki oleh sesebuah negara.

“Ia mungkin nanti merupakan satu isu yang harus disusul bersama oleh Singapura dan Malaysia menentukan tahap serta status kedaulatan kepulauan tersebut,” kata Rais dalam temu bual yang disiar secara langsung oleh RTM1.

– Bernama

15 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pulau Batu Putih milik Singapura

THE HAGUE 23 Mei – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Bagaimanapun, dalam penghakiman itu yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Middle Rocks dimiliki oleh Malaysia.

Pulau Batu Putih, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.

Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).

Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.

Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Middle Rocks dan South Ledge, yang terletak berhampiran pulau itu.

Pada 6 Februari 2003, kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian khas bagi merujuk perkara itu kepada ICJ. – Utusan

versi malaysiakini sila klik sini

Majoriti 12 – 4, Pulau Batu Putih milik Singapura.

THE HAGUE, Belanda 23 Mei – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan kes tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura sejak 1980 adalah milik Singapura.

Namun ICJ memutuskan Pulau Middle Rocks diberi kedaulatan dan menjadi milik Malaysia sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak.

Dalam keputusan majoriti 12-4, penghakiman bertulis yang dibacakan Naib Presiden ICJ, Awn Shawkat Al-Khasawneh, pada pendapat para hakim keputusan itu dicapai berdasarkan fakta sejarah, perundangan antarabangsa serta kesan-kesan pertindihan berkaitan tuntutan tersebut.

Awn Shawkat mula membacakan penghakiman tersebut tepat pukul 4 petang waktu Malaysia dan berakhir dua jam kemudian.

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula sejak 28 tahun lalu iaitu selepas Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim yang meliputi Pulau Batu Putih sebagai wilayahnya pada tahun 1979.

Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.

Secara rasminya Singapura (yang mengendalikan Rumah Api Horsburgh di atas Pulau Batu Putih) mempertikaikan pulau tersebut milik Malaysia menerusi nota bantahan yang bertarikh 14 Februari 1980.

Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.

Pada 1994, Malaysia dan Singapura bersetuju membawa pertikaian ke ICJ melalui Perjanjian Khas untuk memuktamadkan kedaulatan Pulau Batu Putih.

Perjanjian Khas yang ditandatangani pada 9 Februari 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama itu antara lain berbunyi, ‘’Melalui Perjanjian Khas, kedua-dua pihak memohon kepada ICJ untuk menentukan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih; Middle Rocks dan South Ledge milik Malaysia atau Singapura’’.

Proses demi proses telah dilalui oleh kedua-dua negara selepas perjanjian khas itu dimeterai untuk menyempurnakan tuntutan terhadap ketiga-tiga bentuk maritim itu.

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim; Duta Tugas-Tugas Khasnya, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Agen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin. – Utusan

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

perbicaraan pulau batu putih

sekiranya ada mempunyai akses ke televisyen, sila tukar ke siaran RTM 1..ada siaran langsung perbicaraan ini.

sama2 kita berdoa agar kita berjaya. amin

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Surat Tun Mahathir kepada Israel satu Penipuan

Sumber:http://http://www.chedet.com dan pembelamelayu.com

“Letter” to Prime Minister of Israel

1. There is a letter being circulated purporting to be from me when I was Prime Minister, to Ehud Barak, Prime Minister of Israel congratulating him on his appointment and requesting for the “Clinton Fund”, for “the purpose of withstanding the onslaught of Islamic Fundamentalist in Malaysia”.

2. This letter is not from me or from my office. Firstly, the font used is not the same as the type in all my letters from the Prime Minister’s office.

3. The Malaysian Coat of Arms at the top is not similar to the one on all my letters from the Prime Minister’s office.

4. The address at the side of the Coat of Arms is not the same as on my official paper. Often no address is printed, only “Prime Minister Malaysia” on the top right-hand corner.

5. The contents of the letter is totally different from the one I sent to Ehud Barak. Unfortunately, the Government of Abdullah Ahmad Badawi refuses permission to reproduce my letters to Israeli Prime Ministers condemning them for their oppression of the Palestinians. This action by the Abdullah Government will lend credence to the letter that is being circulated.

6. I deny categorically that the letter which is being circulated with annotation “Sumbangan kakitangan JPM untuk Rakyat Malaysia” originated from me. This is the kind of dirty tricks that my detractors have to resort to because they have found nothing to blacken my name with.

imej dari pembela melayu

nota: ini bukanlah kali pertama isu yang diputarbelitkan dibuat terhadap tun mahathir. bermula dengan video clip tun mengenai anwar yang dijadikan modal oleh PR sehingga ke surat yang kononnya rasmi ini. Di mana letaknya perasaan takut kepada dosa umat Islam pada hari ini. bukankah menipu itu berdosa?

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pengundi Bergaji Lebih RM1,500 Kena Tipu

artikel ini dipetik dari isuhot.com

“Islam amat melarang perbuatan memungkiri janji apatah lagi berbohong untuk mengelak dari menunaikan janji. Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan lembu dipegang pada tali dan manusia dipegang pada janji.

Hakikatnya tiada siapa menyangka parti pembangkang boleh menang bergaya pada pilihanraya umum lalu. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan kemenangan tersebut antaranya janji-janji yang ditawarkan.

Jika dinilai berkenaan janji-janji pilihanraya maka jelas janji pembangkang parti kali ini begitu menarik sekali. Betul-betul untuk kebajikan pada rakyat. Ramai tertarik termasuklah pengundi di Selangor.

Tapi lain yang dijanji lain pula jadinya. Macam-macam alasan pulak yang timbul.

Terbaru setelah menetapkan hanya mereka yang bergaji bawah RM1,500 sahaja yang akan diberikan bantuan kewangan RM1,000 kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, kini mereka yang bergaji bawah RM 1,500 jugalah yang akan mendapat insentif RM100 kepada setiap bayi yang dilahirkan di negeri ini.

Hairan, syarat sedemikian sama sekali tidak dinyatakan ketika berjanji pada pilihanraya umum lalu.

Apakah undi mereka yang bergaji di atas RM1,500 tidak memberi sebarang nilai dan makna kepada pembangkang. Ironinya ketika merayakan kemenangan pilihanraya umum lalu, pembangkang tidak putus-putus menyatakan rasa bangga bahawa ramai di kalangan professional muda yang mengundi mereka.

Tidakkah pembangkang mengkaji bahawa ramai di kalangan professional muda ini bergaji di atas RM1,500.

Pembangkang mesti sedar mereka yang bergaji atas RM1,500 juga menyumbang kemenangan buat mereka.

Yang pasti pengundi yang bergaji atas RM1,500 juga sudah pasti berdebar-debar apakah mereka sekali lagi bakal disisihkan apabila kerajaan negeri menunaikan janji untuk memberi insentif kepada suri rumah sepenuh masa, anak yang dihantar ke tadika dan bayi yang dihantar ke nurseri serta eluan warga emas.

Sebelum memikirkan semua itu mari kita lihat apakah kesemua janji-janji tersebut akan ditunaikan seperti yang dijanjikan kerana setakat ini semua janji berkenaan akan hanya dapat dinikmati bermula bulan depan.

Yang pasti sedang janji-janji tersebut setakat ini belum dinikmati, rakyat Selangor telah pun dihadiahkan dengan kandang babi yang bernilai ratusan juta ringgit. Tahniah buat kerajaan Pakatan Rakyat!!”

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda