Pulau Batu Putih milik Singapura

THE HAGUE 23 Mei – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Bagaimanapun, dalam penghakiman itu yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Middle Rocks dimiliki oleh Malaysia.

Pulau Batu Putih, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.

Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).

Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.

Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Middle Rocks dan South Ledge, yang terletak berhampiran pulau itu.

Pada 6 Februari 2003, kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian khas bagi merujuk perkara itu kepada ICJ. – Utusan

versi malaysiakini sila klik sini

Majoriti 12 – 4, Pulau Batu Putih milik Singapura.

THE HAGUE, Belanda 23 Mei – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan kes tuntutan bertindih ke atas Pulau Batu Putih yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura sejak 1980 adalah milik Singapura.

Namun ICJ memutuskan Pulau Middle Rocks diberi kedaulatan dan menjadi milik Malaysia sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak.

Dalam keputusan majoriti 12-4, penghakiman bertulis yang dibacakan Naib Presiden ICJ, Awn Shawkat Al-Khasawneh, pada pendapat para hakim keputusan itu dicapai berdasarkan fakta sejarah, perundangan antarabangsa serta kesan-kesan pertindihan berkaitan tuntutan tersebut.

Awn Shawkat mula membacakan penghakiman tersebut tepat pukul 4 petang waktu Malaysia dan berakhir dua jam kemudian.

Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tiada mekanisme rayuan bagi keputusan ICJ yang merupakan badan perundangan tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula sejak 28 tahun lalu iaitu selepas Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim yang meliputi Pulau Batu Putih sebagai wilayahnya pada tahun 1979.

Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.

Secara rasminya Singapura (yang mengendalikan Rumah Api Horsburgh di atas Pulau Batu Putih) mempertikaikan pulau tersebut milik Malaysia menerusi nota bantahan yang bertarikh 14 Februari 1980.

Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura pada 1993.

Pada 1994, Malaysia dan Singapura bersetuju membawa pertikaian ke ICJ melalui Perjanjian Khas untuk memuktamadkan kedaulatan Pulau Batu Putih.

Perjanjian Khas yang ditandatangani pada 9 Februari 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama itu antara lain berbunyi, ‘’Melalui Perjanjian Khas, kedua-dua pihak memohon kepada ICJ untuk menentukan kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih; Middle Rocks dan South Ledge milik Malaysia atau Singapura’’.

Proses demi proses telah dilalui oleh kedua-dua negara selepas perjanjian khas itu dimeterai untuk menyempurnakan tuntutan terhadap ketiga-tiga bentuk maritim itu.

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim; Duta Tugas-Tugas Khasnya, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Agen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin. – Utusan

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Pulau Batu Putih milik Singapura

  1. mok

    Aku dah berat-berat rasa nak kalah dari awal-awal lagi. Semua gara-gara surat Pemangku SUK Johor tu. Lebih-lebih lagi bila rakyat diminta terima dengan hati terbuka apa jua keputusan ICJ, sebelum result keluar, hati aku kuat mengatakan kita dah out. Ternyata benar. Ingatlah orang-orang melayu, kita perlu bersatu dan berilmu. Setelah kalah kepada DAP di beberapa negeri dalam PRU kini kalah pula kepada PAP di ICJ. Piluuuuu…

  2. mok

    batu putih batu putih batu putih batu putih batu putih batu putih batu putih batu putih batu PUTIH MATA….

  3. AbangTuah

    MOK…aku pun rasa amat pilu dengan berita tersebut dan aku percaya semua melayu akan berasa sama macam kita rasakan…maruah amat tercabar. Tapi itu semua adalah takdir…mungkin ada hikmahnya disebalik semuanya. Aku percaya Kerajaan telah cuba membuat yang terbaik bagi mempertahankannya secara berhemah dan aman. Cuma aku rasa ini adalah salah satu hikmah dari ALLAH bagi mengigatkan orang ISLAM agar bersatu kembali dan lebih berwaspada dan berhati-hati didalam setiap langkah terutama sekali dari aspek memilih kawan. Aku percaya ini adalah kifarah kecil dari ALLAH sebelum datang kifarah yang lebih besar sebagai contoh TSUNAMI, NARGIS dan GEMPABUMI sekiranya kita masih berpecah-belah antara sesama sendiri. Aceh terkenal dengan wilayah serambi mekah..lihat apa terjadi apabila Islam sesama Islam berbunuh…kifarahnya amat berat bukan…tetapi hikmahnya adalah suatu penyatuan umah…renung-renungkanlah.

  4. Kuntakinte

    Kuntakinte ingat mungkin kesan PRU12 kekalahan kerajaan yang baik dan dihormati di serata dunia di beberapa negeri di sebabkan cerita fitnah yang dilempar oleh orang melayu sendiri di kampung2 dan menggelap kan dan menghitam hatinya orang melayu, pasal tu tuhan takdirkan bagi Batu Putih pada orang lain, tapi syukur juga ada batu lain yang kita dapat dekat2 dengan Batu putih, jadi le.

  5. AbangTuah

    Bersedialah semua…kifarah dari ALLAH akan tiba…apabila keadaan ekonomi negara tidak menentu akibat dari kenaikan harga minyak dan kekurangan barangan makanan dunia. Inilah akibatnya apabila orang Melayu/Islam tidak lagi didalam satu kelumpuk sebaliknya berpecahbelah. Inilah akibatnya demi hawa nafsu politik perkara yang nyata bersalahan dihalalkan. Inilah akibatnya pemimpin dan pengikut politik terlalu berdendam kesumat sesama saudara seislam.
    Inilah yang dikatakan Tsunami ekonomi, Gempa ekononi dan Taufan ekonomi…Apa akan jadi apabila harga minyak naik tiga kali ganda dan apa akan jadi bila barangan makanan jadi terlalu mahal…tak payahlah saya ulaskan secara panjang lebar akibatnya..pihak tuan-tuan cuba fikirkannya sendiri.
    Sepatutnya sekarang ini semua pihak sepatutnya duduk semeja dan hentikan pertelingkahan politik masing-masing bagi mengurangkan kesan kepada rakyat Malaysia dari ketidaktentuan ekonomi dunia. Jadi renung-renungkanlah inilah kifarah yang akan tiba..dan ianya bukan memilih puak,kaum atau ideologi sebaliknyanya semua akan menerima akibatnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s