Rais sifatkan keputusan ICJ sebagai kemenangan bersama

KUALA LUMPUR 23 Mei – Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura dan Middle Rocks milik Malaysia, sebagai satu kemenangan bersama.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah di the Hague, Belanda, Rais berkata walaupun kedaulatan Pulau Batu Putih berpihak kepada republik itu, namun penting juga dilihat bahawa kedaulatan Terumbu Karang Tengah, yang dikenali sebagai Middle Rocks, diberi kepada Malaysia.

“Keputusan pada pagi ini (waktu Belanda) adalah memberi kemenangan kepada kedua-dua pihak…pada satu peringkat mahkamah ICJ memutus mengikut fakta sejarah dan perundangan antarabangsa serta menimbulkan kesan-kesan pentadbiran dan lain-lain hal berkaitan tuntutan (Pulau) Batu Putih.

“Mahkamah memutuskan untuk memberi kedaulatan kepada republik Singapura, tapi pada masa yang sama…ini penting…Pulau Middle Rocks adalah diberi milik kedaulatan kepada Malaysia. Dan ini merupakan satu kemenangan kepada Malaysia jua,” katanya.

Mengenai Terumbu Karang Selatan yang juga dikenali South Ledge, Rais berkata, mahkamah menentukan bahawa kedaulatannya tertakluk kepada persempadanan perairan yang dimiliki oleh sesebuah negara.

“Ia mungkin nanti merupakan satu isu yang harus disusul bersama oleh Singapura dan Malaysia menentukan tahap serta status kedaulatan kepulauan tersebut,” kata Rais dalam temu bual yang disiar secara langsung oleh RTM1.

– Bernama

15 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

15 responses to “Rais sifatkan keputusan ICJ sebagai kemenangan bersama

  1. Al-KISAH kesimpulan serta iktibar dari sejarah hitam yang telah berlaku berhubung Pulau Batu Putih SEMUGA tidak akan berulang lagi. Awal-awal lagi sebelum dimiliki oleh Singapura al maklum…. telah menamakannya “Pedra Branca” . Nampak sangat sikap tidak hormatnya mereka. Nevermind………..Tak…paaaa…..,
    Dari itu keprihatinan sukacita saya diantara anak-anak keturunan Melayu terkini mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya perkataan “Middle Rock” digantikan dengan nama baru iaitu PULAU BATU PUTIH SELATAN untuk mengekalkan sejarah nama asal pulau berkenaan dimasa akan datang dan sesuai kedudukannya sangat berhampiran disebelah selatan yang dahulunya dikenali dengan Pulau Batu Putih bukan nya Pedra Branca yang terlalu asing untuk disebut oleh keturunan anak bangsa Melayu khususnya dan Malaysia am nya.
    Mahukah kita menyebut perkataan “Tak.. pa….” lagi ? Ayuh ! bertindaklah sekarang wahai bangsaku hingga sampai bila-bila khususnya Pak-pak menteri berkaitan.
    Amanah yang diberi jalanilah dengan sepenuh hati. Kita ada peranan masing-masing dan akan dipersoal nanti. Terima kasih…. Katakan SETUJU!

  2. Kuntakinte

    Aku respect semangat mustapa Jr, Tak apa bro dah tersurat, kalah tak mesti nya kalah semua, batu tu bukan sukatan maruah kita, itu semua kerja pegawai kerajaan produk British dulu, bukan pandai kerja sangat pun, dah penghujung ni baru kita nak fikir. jadi pemimpin2 Negara dan Negeri belum terlewat untuk pastikan KESELURUH PULAU BATU KE, PULAU TANAH KE.. PULAU KAYU KE.. PULAU PLASTIK KE… yang ada disekeliling Tanah Malaya ini di check balik statusnya, wujud satu team yang melihat balik di semua sudut agar Pisang tak berbuah 5 ke 6 kali.

  3. AbangTuah

    Walaubagaimana pun, ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan rombongan Malaysia yang telah berusaha dan bersusah payah bagi mempertahankan pulau batu putih dan maruah negara.
    Apabila diumumkan saja keputusan dengan serta merta badan aku terasa panas hingga ketelinga..kerana amat pedih hendak menerima..seharian aku termenung dan menyepi diri mengenangkan hak negara telah hilang buat selamanya dan maruah bangsa telah tercalar…
    Akan tetapi sebagai seorang Islam aku juga percaya ini adalah takdir dan kehendak illahi yang mungkin tersembunyi hikmah yang lebih besar disebaliknya. Aku percaya inilah petunjuk dari Illahi bahawa sekiranya kita lalai dan tidak berwaspada didalam langkah kita tak mustahil padah yang lebih besar mungkin akan menimpa.

  4. mok

    Ingatlah orang-orang melayu, PAP tu bapa DAP. Dari segi teknikal perbicaraan, memang deorang menang tapi dari segi moral dan sejarah deorang sendiri pun tahu itu hak Kesultanan Melayu Johor. Namun kerana perangai tamak dan perampok tu dah bersarang di hati, maka tergamak dan sampai hati juga nak menuntut bila lihat ada peluang. Ciri-ciri ini aku nampak tengah dipraktikkan oleh DAP. Mereka tahu sejarah, tapi sengaja suka-suka nak menyakat. Mana tahu, dapat untung macam bapa dia juga. Apa nak buat, surat pemangku KSU tu dah jadi eviden kukuh mereka. Itulah kekuatan ilmu pengetahuan… tapi aku tak salahkan pemangku KSU Johor 100%, memang dasar British bias, pendidikan orang melayu jauh ketinggalan berbanding rakan daripada kaum lain akibat dasar ‘Pecah dan Perintah’.

  5. Kuntakinte

    Sdr. Mok, aku akan betul2 menga mok kalau itu DAP tuntut itu Pulau Pinang, sebab betul kata Mok itu PAP bapak DAP, kita kena minta semua rakyat P.Pinang mulai hari ini masuk UMNO ramai2 kuat kan UMNO demi mempastikan DAP tak tuntut P.Pinang unt duduk bawah Singapura.

  6. AbangTuah

    Bro kuntakinte jangan lah sedih sangat..…mari kawan dendangkan dengan pantun nie..buat menenangkan lagi hati mu..yang duka lara he..he..he

    PANTUN UNTUK MEREKA YANG AKAN MERINDU-RINDUAN.

    PETIK PINANG ANTARA MASAK,
    ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN,
    INTAI PINANG ANTARA NAMPAK,
    ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.

    Ehh..ehh aku ni merosak sastera melayu…..tapi janji sinonim belasah je lah…

  7. Kuntakinte

    Abangtuah, Mok, suruh sangkelembai pergi duduk di Batu Putih ada je kapal lalu dekat sana suruh dia tegur untung2 jadi batu, boleh gantikan pulau batu kah…..kah..

  8. AbangTuah

    Bro kuntakinte dan MOK…aku rasa Sang Kelebai tu bukan yang ori la…aku rasa ni sebenarnya LEBAI yang dah malu nak mengaku lebai…itu sebab dia guna nama SANG KELEBAI…pulak. Eh…eh…sampai gitu sekali ya…tu la petunjuk…hasil dari perbuatan memecah belahkan bangsa dan agama..sehinggakan LEBAI pun sanggup tertopengkan spesis SANG KELEBAI atau spesis SANG KELEBAI yang bertopengkan LEBAI…eh..sama je dajalnya tu.Sekarang ni aku rasa Sang Kelebai sendiri yang dah membatu ashik kena belasah kiri-kanan.

  9. Kuntakinte

    abangtuah, apa! dia dah tertegur diri sendiri ka…. itu sang kelembai sudah jadi batu!!!!! habis lah itu macam kalo otak sudah jadi batu, apa cakap pun tarak guna.. .. hah..

  10. mangkuk kau berayun

    bodoh punya melayu umno…. rais bangang mcm korang juga… abih kalah pulau tu … bapak kau punya ke pulau tu??? suka2 rak kisah nak kasi orang…. babi nasional = BN

  11. Kuntakinte

    Mangkuk kau berayun, sesuai dengan peribadi mike pakai nama tu, hoi sedara semua orang sedih lah ngok, buta sejarah ke!!!, buta maklumat ke!!! eh..silap aku…species korang ni mana nak tengok TV, mana nak baca akhbar perdana, Harakah korang mentelaah le sampai khatam. salahkan Dato Seri Rais pun teman dah tau mike ni tengging, baru 2 bulan dia jadi Menteri Luar, kalau marahkan Dato Syed Hamid ada le lojik sikit, apa punya haprak!!!

    Nak cakap tentang kes ni pun tak guna bukannya mike nak faham, telinga dah tersumbat, yang buat keputusan bukan Menteri ngok, Pulau Batu Puteh bukan nya kita kasi sama diorang tengging ke, team kita Kerajaan Malaysia telah berhujah dan mengemukakan bukti tapi keputusan berpihak kepada Singapura nak buat macam mana, undang2 memutuskan berpehak kepada Singapura peringkat awal kita memang yakin dengan bukti dan hujah yang kita buat ICJ akan berpehak kepada kita, mike duduk rumah tak buat apa hanya membesor kan telor boleh le mike cakap,apa yang dibuat memang semua korang kata tak betul, yang betul pun korang kata tak betul.

    Apa yang dah berlaku sudah berlaku, kita muhasabah lah diri, kita betulkan apa yang tak betul, kita kemas kan apa yang belum kemas. cara kau tulis bukan nya kau sedih Batu Puteh tu kita kalah, kau seronok dapat bahan untuk hentam UMNO, species jenis korang dapat bahan memang akan pukul tong kosong merata kampung untuk cucuk orang kampung dan mempolitikkan. species tak sedar diuntung, kecik2 tak mahu meninggal dah besar nyusah kan umat. mangkuk kau berayun betul le mike ni.

    Sebab itu aku komen awal lagi seperti diatas dan memberi pandangan dengan mengatakan kerajaan Malaysia kena membuat semakan semula dengan menubuhkan special team keatas setiap pulau2 yang terdapat di sekeliling kita agar tak berulang lagi kes2 seperti ini, itu komen yang patut kita lontarkan bukan nya maki hamun tak pasal2 UMNO dan Rais Yatim yang kena, haprak!!!

    Hoi….. species mangkuk kau berayun, kalau BN Babi Nasional, species mike, Raja Babi tau.. lagi InterNasional, Babi yang korang dulu kemudian nak bela tu, gemuk lah species korang tu esok boleh lah umum subsidi babi baka InterNasional untuk rakyat Selangor, bior korang dan species korang gemuk, gebu dan montot macam babi.

    Sedap je mulut ngata orang babi, ini jenis species tak ber azan le masa beranak dulu, atau silap2 taukeh babi kut sambut mike masa beranak dulu, itu yang biasa je mulut gelar orang babi.

    Any way aku memang dah tahu sejak awal lagi keputusan diperolihi, dalam mimpi aku dan mangkuk puteh aku telek, species DAP, PKR dan PAS akan guling gelantang (bahasa Perak) seronok dengan keputusan tu dapat bahan baru cucuk orang kampung, tapi aku yakin semua rakyat bersedih dan berdukacita diatas keputusan ICJ tu dan rakyat kita jenis understanding dan resional menerima keputusan tersebut, walaupun dengan hati yang berat.

    Hoi… mangkuk kau berayun, walaubagaimana pun mari kita sama2 berdoa kehadrat Allah S.W.T. agar insiden seperti ini tidak akan berulang lagi di masa depan dengan Kerajaan Malaysia melihat balik terhadap Pulau2 yang lain.

  12. mok

    Astaghfirullah hal ‘azim….
    Malu aku baca hujah ‘mangkuk kau berayun’. Tulis hentam keromo.. tak tahu hujung pangkal, main sondol aje. Spesies hape tah ?

  13. AbangTuah

    Bro kuntakinte…Mok…kekupang dua…aku jumpa mangkuk berayun…

    eh…apa dia yang berayun tu…Mangkuk berayum…engkaulah manusia yang tiada pendirian sentiasa berayun-rayun…tak caya di bawah ni…kaula tu

    Kamus dewan – berayun
    1) Tak tetap atau sentiasa berubah kedudukan
    2) Tergantung dan berbuai-buai

    Kemelayuan kau = berayun
    Iman kau = Berayun
    Adat kau = Berayun
    Kesopanan kau = Berayun
    Ideologi kau = Berayun
    Mentaliti kau = Berayun
    Ugama kau = Berayum
    Parti kau = Berayun
    Tok guru kau = dah kena hayun…

    Orang dah cakap Pulau tu dah takdir..kehendak ALLAH…apa kepercayaan kau kepada kadak dan kadar pun dah berayun-rayun..dah sosek kau ni..baik bertaubat…Lain kali nak di hormati…maka kenalah hormat orang dulu…apa kau ingat DSRY tu adek-adek kau…tak da mereka ni berjuang jadi pengemis lah kau. Kalau kau panggil DSRY dengan cara betul baru aku boleh panggil tok guru kau “Tuan Guru”.

  14. Kuntakinte

    Mok & Abangtuah, aku ingat mangkuk kau berayun tulis tu, sambil naik buaian kut, dia nyanyi lagu buai …laju2…. sampai pucuk ubi, apa dalam baju…. rupanya taik babi. keh..keh..

  15. AbangTuah

    He…he…he…he…he…he…taik babi..he…he…he…taik babi…he…he…he pecah perut tergelak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s