Umno Jerlun bergolak?satu sokong paklah satu sokong mukhriz

sumber malaysiakini

Kini dipercayai wujud dua puak dalam Umno bahagian Jerlun – satu menyokong ahli Parlimennya, Datuk Mukhriz Mahathir manakala satu lagi puak menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Puak yang menyokong Abdullah sebagai perdana menteri serta presiden Umno, diketuai oleh ketua bahagian Jerlun, Datuk Abdul Rahman Ariffin.

manakala puak yang menyokong Mukhriz pula terdiri daripada barisan kepimpinan Pemuda bahagian.

Menurut setiausaha Pemuda Umno bahagian, Amran Ali, majlis pertemuan antara Mukhriz dengan ahli dan pemimpin Umno bahagian, berlangsung di bangunan Wisma Jerlun petang semalam.

Bagaimanapun, katanya, pada malam sebelumnya, Abdul Rahman telah memanggil satu mesyuarat bahagian yang memutuskan menyokong kepimpinan Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta meminta meminta Mukhriz berhenti mengkritik perdana menteri.

Namun begitu, Amran berkata, keputusan tersebut tidak melambangkan suara majoriti di peringkat bahagian kerana ramai pemimpin utama bahagian tidak menghadiri mesyuarat itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata, mereka termasuklah timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua Pemuda dan ketua Wanita.

Sehubungan itu, Amran berkata, Pemuda Umno bahagian Jerlun tetap berdiri teguh bersama Mukhriz dalam meneruskan usaha menyampaikan suara rakyat kepada pimpinan tertinggi parti.

Teruskan sokongan

Katanya, pergerakan itu tidak gentar dengan segala kritikan yang dilemparkan terhadap mereka kerana menyokong perjuangan Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno Malaysia.

Amran berkata, ketika berucap di majlis semalam, Abdul Rahman memberitahu para hadirin mengenai ketetapan yang diputuskan dalam mesyuarat bahagian tersebut.

Ekoran itu, katanya, separuh daripada hadirin, telah bertindak keluar dewan, kerana tidak boleh menerima ketetapan itu.

“Majoriti ahli tidak boleh menerima ketetapan yang mengkritik Datuk Mukhriz. Akar umbi memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Datuk Mukhriz,” tambahnya.

Mukhriz yang berucap sebelum Abdul Rahman, sekali lagi memperjelaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan Umno.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan terus mendesak supaya Abdullah berundur dari jawatan parti dan kerajaan.

Katanya, sebagai ahli Parlimen Jerlun, beliau berjanji tidak akan mengabaikan penduduk di situ.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Umno Jerlun bergolak?satu sokong paklah satu sokong mukhriz

  1. org urban

    Bila Ketua Puteri Umno lebih hodoh dari Ketua Wanita UMNO.

    Bila Ketua PuteriUmno lebih hodoh dari Ketua Wanita UMNO.
    Puteri UMNO ditubuhkan untuk menarik anak-anak gadis yang muda untuk menyertai UMNO. Tapi betul kata Ahmad Rithaudeen Puteri UMNO dan Pemuda patut di bubarkan kerana ia menjadi tempat untuk orang yang gila kuasa mencari jawatan pula.

    Bila kata Puteri mesti yang muda dan comel dan cantik dan tahu jaga badan.
    Tenguk sahaja Rosnah kononnya Ketua Puteri UMNO tapi rupa dan bentuk badan nampak macam Nenek UMNO!
    Apa kena ni Jang?
    Ini kerana Rosnah bukan puteri lagi, dah kahwin dan beranak pinak gemuk lagi Rosnah langusng menunjukkan imej remaja yang dimahukan oleh Puteri. Jadi adakah hairan bila tak ada sorang pun masuk Puteri UMNO.
    Setelah Azlina yang bujang dan moden dan Noraini yang comel , dua-dua tidak bertudung dan wanita moden, walau dah kahwin nampaknya Puteri menjadi medan untuk perempuan, hodoh mendapat jawatan dalam UMNO.
    Sekarang ini bandingkan Rosnah dan Sharizat siapa lebih seksi siapa lebih lelaki nak dampingi?
    Rosnah Ketua Nenek UMNO atau bubarkan sahaja Puteri. Sayap itu telah gagal dengan tujuannya. Atau turunkan had umur kepada 25 tahun sahaja dan tiada jawatan Majlis tertinggi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s