Khalid dakwa MB, exco penggal lalu tidak isytihar harta

SHAH ALAM 26 Mei – Kerajaan campuran di Selangor mendakwa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo serta exco kerajaan negeri sebelum ini tidak membuat engisytiharan harta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya telah membuat semakan dan mendapati hanya ada surat daripada Ketua Setiausaha Sulit bertarikh Disember 1999 dan September 2000 kepada Menteri Besar ketika itu meminta semua Exco dan wakil rakyat mengisytiharkan harta.

Bagaimanapun, ujarnya, tiada dokumen rasmi yang membuktikan perisytiharan harta ada diserahkan oleh Menteri Besar.

“Sepatutnya semua dokumen rasmi dimasukkan dalam fail rasmi kerajaan dan direkodkan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Ini kerana fail rasmi hanya boleh dilupuskan selepas mendapat persetujuan Jabatan Arkib Negara,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Mohamad Khir (BN-Sungai Panjang) mengenai pengisytiharan harta wakil rakyat dan exco kerajaan negeri yang baru.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri pakatan pembangkang terpaksa menggunakan contoh Borang Pengisytiharan Harta Ahli Parlimen Kerajaan (APK104).

Katanya, borang APK 104 itu didapati tidak sesuai untuk wakil rakyat di Selangor dan kerajaan negeri terpaksa menyediakan borang pengisytiharan harta dengan khidmat daripada firma perakaunan, Ernst & Young.

“Kita sudah menyerahkan senarai harta semua wakil rakyat dan exco untuk diteliti dan semakan oleh firma berkenaan sebelum diumumkan,” katanya.

Mengenai pengisytiharan harta anak berumur 21 tahun ke bawah, Abdul Khalid berkata, perkara itu tidak termasuk dalam borang APK 104 tetapi kerajaan menjadikannya sebagai satu daripada syarat untuk mengelak anak wakil rakyat dan exco ada kepentingan peribadi dengan kerajaan negeri.

Sementara itu, Mohamad Khir ketika ditemui memberitahu, kerajaan negeri BN di bawah pimpinannya penggal lalu telah menyerahkan borang pengisytiharan harta kepada kerajaan Pusat iaitu Ketua Setiausaha Negara (KSN) setiap tahun dan bukannya kepada kerajaan negeri.

Katanya, penyerahan borang berkenaan adalah sama seperti diwajibkan ke atas setiap kakitangan awam yang lain malah kandungannya turut meliputi maklumat individu yang mempunyai pertalian keluarga.

“Kita serah borang isytihar harta kepada pihak Perdana Menteri, KSN kerana mereka adalah ketua pentadbir dan kita hantar tiap-tiap tahun.

“Atas sebab itulah kita tidak buat rekod di peringkat kerajaan negeri kerana kita hantar kepada kerajaan Pusat memandangkan menteri besar dan exco juga adalah penjawat awam,” katanya. – Utusan

sumber utusan

nota: adalah lebih baik sekiranya pentadbiran negeri Selangor pada masakini melunaskan janji-janji manis yang ditabur dari sibuk menyemak fail-fail lama untuk mendedahkan kelemahan pentadbiran terdahulu. Tindakan seperti sebenarnya cuba lari dari realiti di mana janji-janji yang ditabur tidak dapat dilaksanakan. Tindakan untuk pengisytiharan harta hanya untuk ahli keluarga yang berumur di bawah 21 tahun bagi exco pakatan rakyat juga sebenarnya tidak memberi nilai tambah kepada pentadbiran di bawah tan sri khalid. sekiranya berani untuk telus, minta pengisytiharan harta dibuat oleh ahli DUN PR Selangor meliputi seluruh ahli keluarga mereka tidak mengira peringkat umur. Janganlah menipu rakyat sehingga gelaran Pakatan Rakyat digelar Penipu Rakyat!

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Khalid dakwa MB, exco penggal lalu tidak isytihar harta

  1. Kuntakinte

    Kuntakinte dah agak dah, kerja tak reti buat, cari apa2 kut boleh bagi rakyat pening dengan perkara yang remeh temeh, MB Selangor tu cakap melayu pun tergagap2. sampai bila pun tak akan maju selangor selepas ni sebab hati perut depa bukan lagu nak bekerja tapi nak bagi rakyat pening dengan tuduhan yang depa dok create. besok depa minta lagi satu term sebab satu term jadi kerajaan tak cukup masa nak buat perubahan.

  2. AbangTuah

    Eh..eh..ehh…macam-macam isu yang anna timbulkan bagi menutup kelemahan anna…yang anna heran semua tuduhan yang tak berasas..kosong…tak sampai kemana pun…kelentung je tapi ante boleh caya he..he..Ente dah lupa ke kata orang tua-tua tin yang kosong tu kan lebih kuat bunyinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s