Daily Archives: May 27, 2008

Kempen Menuntut Janji Yang Belum Ditunaikan

Penulis telah berbincang dengan ketua cawangan UMNO Jln enggang En Rosman Kassim dan Setiausaha cawangan En Kamarudin Bakar untuk mengadakan kempen di atas. Secara dasarnya, kedua2 mereka bersetuju dengan idea penulis untuk melancarkan kempen di atas. Kempen atau program ini adalah bertujuan untuk mengumpul semua nama anak-anak Selangor yang layak untuk mendapatkan hak mereka seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat di dalam manifesto mereka pada pilihanraya umum yang lepas. Sebagai permulaan kempen/program ini akan dimulakan secara maya atau ‘online’ sebelum ia dikembangkan dengan mengadakan ‘roadshow’ di seluruh kawasan Jalan Enggang dan Ampang. Sebagai rujukan, penulis akan memaparkan semula janji yang ditabur oleh Pakatan rakyat tempohari.

Sosial dan Kebajikan Rakyat
  • Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
  • Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri.
  • Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
  • Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke Universiti.
  • Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor.
  • Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga.
  • Membuka Pusat Sukan Mini dan Rekreasi bagi belia.
  • Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim.
  • Memberi elaun ibu tunggal yang layak.
  • Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
  • Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri.
  • Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam

Pihak UMNO cawangan Jalan Enggang akan mengenalpasti satu tarikh yang sesuai untuk mengadakan roadshow program ini di kawasan berhampiran. Program ini akan mengumpulkan semua nama anak-anak atau individu Selangor yang tinggal di kawasan Ampang. Nama-nama ini kemudiannya akan diserahkan kepada kerajaan negeri supaya hak yang layak diterima oleh individu terbabit dapat dibuat oleh kerajaan Khalid Ibrahim. Sebagai permulaan kempen ini akan dilaksanakan secara maya.

Sekiranya anda seorang yang lahir di Selangor dan tinggal di kawasan Ampang, anda layak menuntut janji yang ditabur. Laman web ini memerlukan butiran berikut. Semua butiran ini hendaklah dihantar melalui email ke pemudaenggang@gmail.com. Anda akan dimaklumkan kelak tarikh roadshow yang akan diadakan.
Sila email kepada kami:

Nama:

Alamat:

No. Telefon:

Jenis Bantuan: contoh: tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.

Nama Penerima Hak:

Sila email ke pemudaenggang@gmail.com

Ayuh kita tuntut janji manis PAKATAN RAKYAT!!!

*program/kempen ini akan berjalan secara berterusan(on-going). walaubagaimanapun, nama-nama yang dikumpul hanya akan diserahkan kepada kerajaan negeri secara berkala.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selangor nafi janji tutup kilang arak, kandang babi

SHAH ALAM 26 Mei – Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali menafikan parti itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan termasuk kilang arak dan kandang babi, sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu.

Sebaliknya beliau berkata, janji itu tidak pernah dibuat kepada rakyat ketika kempen-kempen pilihan raya sebelum ini, termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu.

Malah, beliau turut mencabar mana-mana pihak supaya tampil mengemukakan bukti yang menunjukkan mana-mana pemimpin Pas termasuk dirinya membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu.

“Jika ada yang mendakwa saya dan ahli Pas lain yang membuat janji ini, saya cabar mereka kemukakan tunjukkan bukti daripada mana-mana sumber.

“Jika mereka ada bukti, sila tunjukkan kepada saya bahawa bahawa Pas ada membuat janji-janji ini kerana kita tidak pernah membuat janji sedemikian.

“Hari ini, kita telah berjaya mentadbir negeri ini di bawah pakatan pembangkang,” katanya ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang masuk hari terakhir di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan berhubung janji Pas untuk menutup kilang arak serta penternakan babi di Selangor sebagai satu daripada usaha parti itu untuk membentuk kerajaan Islam di negeri itu ketika kempen pilihan raya umum baru-baru ini.

Bagaimanapun, janji berkenaan dilihat hanya retorik politik semata-mata kerana tiada sebarang tindakan dilakukan ke atas pusat-pusat berkenaan walaupun Pas bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. – sumber utusan

nota: bagaimana pula dengan projek ladang babi rm100juta..tak janji di dalam manifesto pun untuk buka ladang babi…tapi akhirnya bersetuju nak buka juga..apa cerita ni wahai hassan ali??

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pusat hiburan kian banyak akibat lantikan EXCO Tercemar?

sumber pembangkang selangor

SHAH ALAM 23 Mei – Kerajaan negeri diingatkan supaya melaksanakan penguatkuasaan terhadap pusat-pusat hiburan dengan lebih serius bagi menangani aktiviti maksiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada orang ramai.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ingatan itu kerana pusat hiburan dikatakan semakin banyak dibuka serta beroperasi melebihi pukul 4 pagi selain aktiviti penjualan video cakera padat (VCD) lucah secara terbuka dan berleluasa.
Lebih memalukan lagi katanya, Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan, Ronnie Liu dikatakan terlibat menghalang pihak polis menjalankan tugas menutup sebuah pusat pelacuran di Subang Jaya.
“Perbuatan ini perlu diambil perhatian kerana boleh menjejaskan imej kerajaan negeri kerana beliau bertanggungjawab dalam soal pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya tidak bertindak begini,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Mohamad Khir turut menyifatkan wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti ‘tinggal dalam hutan’ kerana tidak dapat menerima hakikat Barisan Nasional (BN) telah banyak membawa pembangunan.
“Terimalah kenyataan yang BN telah bawa banyak kejayaan. Kalau selama ini BN gagal mentadbir, kita semua masih tinggal dalam hutan dan pakai selipar. Pakatan Rakyat seperti tidak tahu bersyukur dengan semua kejayaan ini,” katanya.
Tambah Mohamad Khir, kejayaan Selangor pada hari ini merupakan bukti bahawa kerajaan BN telah memerintah dengan baik yang turut dinikmati wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Beliau juga mencadangkan kerajaan negeri menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Pusat kerana masih memerlukan peruntukan kewangan terutama peruntukan untuk PBT.
“Tidak guna kerajaan negeri berkonfrontasi dengan Kerajaan Pusat kerana Selangor memerlukan bantuan kewangan untuk mentadbir termasuk PBT yang kosnya lebih tinggi berbanding pendapatan,” katanya.
Mohamad Khir turut mengingatkan kerajaan negeri supaya merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terlebih dahulu sebelum melaksanakan cadangan cuti 90 hari bersalin kepada kakitangan awam sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.
Menurutnya, rujukan dengan jabatan itu perlu dilakukan kerana cadangan sedemikian membabitkan syarat-syarat perkhidmatan, pencen, urusan lain yang mungkin menyukarkan pentadbiran di negeri itu.
“Sepatutnya, kerajaan negeri meneliti perkara ini termasuklah perbincangan dengan pihak JPA.
“Kita tidak mahu cadangan ini boleh menimbulkan masalah bukan hanya kepada kakitangan terbabit, tetapi kepada kakitangan itu sendiri termasuklah kerugian yang dialami kedua-dua pihak,” ujarnya.

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hasan Ali Mengamuk Diasak Isu Manifesto

dari pembangkang selangor

YB Datuk Dr. Hasan Ali tertekan dan kelihatan terlalu emosional dengan YB Dato Seri Dr. Mohamad Khir Toyo apabila sepanjang perbahasan beliau banyak menyebut nama bekas Menteri Besar Selangor tersebut beberapa kali.

Dalam perbahasan di Dewan Undangan Negeri hari ini, Hasan Ali beberapa kali meninggikan suara apabila mengulas isu-isu manifesto Pakatan Rakyat dan beberapa isu negeri Islam. Perkataan seperti penyamun turut keluar dari mulut persuruhjaya Pas Selangor ini.

Sehingga suatu ketika Speaker terpaksa meminta Dr. Hasan Ali bersabar agar tidak terkena tekanan darah tinggi.

Kemarahan Hasan Ali berikutan pertanyaan-pertanyaan dari Sungai Panjang, Sungai Burong dan Seri Serdang telah memberi tekanan dengan menyoal mengenai tindakan-tindakan Pas yang sebelum ini menguar-uarkan untuk menubuhkan negeri Islam di Selangor.

Hasan Ali beberapa kali beliau tersalah rujuk Datuk Satim Diman sebagai ADUN Puchong.

Apabila Speaker membetulkan bahawa tiada ADUN Puchong tetapi sebenarnya ADUN Seri Serdang, Hasan Ali menjawab secara biadap dengan mengatakan dia tersilap sebab ternampak Datuk Satim seperti “Pocong”.

Kemarahan Hasan Ali bertambah apabila kesilapan beliau memberi laluan kepada Dr. Mohamad Khir menyebabkan bekas Menteri Besar tersebut telah berjaya membuat penjelasan mengenai tuduhan  terhadap kontrak jalan dan isu Balkis.

Apabila menyedari Dr. Mohamad Khir berjaya mematahkan hujah beliau, Dr. Hasan memohon speaker menghentikan perbahasan dengan alasan Dr. Khir bukan meminta penjelasan tetapi memberi penjelasan.

Selepas itu, ucapan Dr. Hasan ali penuh dengan intonasi marah dan nada yang tinggi.

Pada suatu ketika beliau mempersoalkan mengapa ADUN BN terlalu mengambil berat isu manifesto dengan menyamakan BN seperti anjing.

“Yang menyalak-nyalak ni kenapa?” jerit Hasan Ali.

Hasan Ali bertambah marah apabila Dr. Mohamad Khir sekali lagi mencelah dengan pertanyaan provokasi, “Apa yang kecil hati sangat jika kita bertanya soal manifesto ini.”

Suatu ketika Hasan Ali menjerit-jerit dalam dewan sehingga tidak dapat membezakan antara Seri Serdang dengan Sementa dan mengungkit-ungkit tindakan Datuk Rahman Palil tidak menghadiri majlis penyerahan tugas.

Sekurang-kurangnya Hasan Ali menyebut Sungai Panjang sepuluh kali dalam ucapannya termasuk menyindir bahawa kerusi yang diduduki oleh Dr. Mohamad Khir itu dahulunya tempat beliau.

Malahan apabila Hasan berhenti berbahas, Teng sekali lagi sempat bergurau dengan bertanya Hasan Ali, “sudah legakah?”

34 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kempen Menuntut Janji Yang Belum Ditunaikan

Penulis telah berbincang dengan ketua cawangan UMNO Jln enggang En Rosman Kassim dan Setiausaha cawangan En Kamarudin Bakar untuk mengadakan kempen di atas. Secara dasarnya, kedua2 mereka bersetuju dengan idea penulis untuk melancarkan kempen di atas. Kempen atau program ini adalah bertujuan untuk mengumpul semua nama anak-anak Selangor yang layak untuk mendapatkan hak mereka seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat di dalam manifesto mereka pada pilihanraya umum yang lepas. Sebagai permulaan kempen/program ini akan dimulakan secara maya atau ‘online’ sebelum ia dikembangkan dengan mengadakan ‘roadshow’ di seluruh kawasan Jalan Enggang dan Ampang. Sebagai rujukan, penulis akan memaparkan semula janji yang ditabur oleh Pakatan rakyat tempohari.

Sosial dan Kebajikan Rakyat
  • Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
  • Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri.
  • Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
  • Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke Universiti.
  • Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor.
  • Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga.
  • Membuka Pusat Sukan Mini dan Rekreasi bagi belia.
  • Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim.
  • Memberi elaun ibu tunggal yang layak.
  • Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
  • Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri.
  • Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam

Pihak UMNO cawangan Jalan Enggang akan mengenalpasti satu tarikh yang sesuai untuk mengadakan roadshow program ini di kawasan berhampiran. Program ini akan mengumpulkan semua nama anak-anak atau individu Selangor yang tinggal di kawasan Ampang. Nama-nama ini kemudiannya akan diserahkan kepada kerajaan negeri supaya hak yang layak diterima oleh individu terbabit dapat dibuat oleh kerajaan Khalid Ibrahim. Sebagai permulaan kempen ini akan dilaksanakan secara maya.

Sekiranya anda seorang yang lahir di Selangor dan tinggal di kawasan Ampang, anda layak menuntut janji yang ditabur. Laman web ini memerlukan butiran berikut. Semua butiran ini hendaklah dihantar melalui email ke pemudaenggang@gmail.com. Anda akan dimaklumkan kelak tarikh roadshow yang akan diadakan.
Sila email kepada kami:

Nama:

Alamat:

No. Telefon:

Jenis Bantuan: contoh: tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.

Nama Penerima Hak:

Sila email ke pemudaenggang@gmail.com

Ayuh kita tuntut janji manis PAKATAN RAKYAT!!!

*program/kempen ini akan berjalan secara berterusan(on-going). walaubagaimanapun, nama-nama yang dikumpul hanya akan diserahkan kepada kerajaan negeri secara berkala.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selangor haramkan program Islam Hadhari

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas pilihanraya umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu.

“Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

“Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali semasa menggulung perbahasan di hari akhir sidang DUN itu di Shah Alam Isnin.

Persuruhjaya PAS Selangor itu berkata semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.


Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin PAS, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.


“Jika ada yang mendakwa saya atau pemimpin PAS yang membuat dasar janji ini, sila tunjukkan bukti, ” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu berkata, PAS yang bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat mahu mentadbir Selangor dengan menegakkan prinsip sama rata dan keadilan.

“Kita tidak mahu mengamalkan pentadbiran 30 peratus komisen, 50 peratus komisen atau memberi tender kepada kroni.

“Malah kita ubah tender yang diberi secara runding terus kepada tender terbuka kerana tidak mahu membuat dosa,” katanya

nota: Pelbagai usaha kerajaan terdahulu kini mula diharamkan oleh PR. Tidak mengapa mungkin program yang direncana oleh kerajaan dahulu tidak sehaluan dengan ideologi PR. Tetapi sekiranya projek BABI datang dari kerajaan terdahulu mengapa tidak dibatalkan sahaja Projek Ladang Babi itu?? Adakah wakil rakyat PR tidak berani untuk membatalkan projek berkenaan yang mana dilihat akan menguntungkan orang cina yang diwakili oleh DAP?? Penulis ingin menyarankan kepada kerajaan Khalid Ibrahim agar laksanakan janji2 manis semasa pilihanraya terlebih dahulu sebelum membatal/mengharamkan mana-mana program yang direncana oleh kerajaan terdahulu.

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pendirian rasmi Badan Perhubungan UMNO Kedah terhadap tindak tanduk Mukhriz

Datuk Mukhriz Mahathir ada pandangannya tersendiri… dan begitu juga Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang tidak senang dengan tindak tanduknya mengkritik dan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.

Oleh itu ia mahu Ahli Parlimen Jerlun itu hentikan segera tindakan itu yang disifatkannya tidak beretika.

Baginya Mukhriz harus memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai wakil rakyat.

Pendirian Badan Perhubungan UMNO Negeri itu dalam isu ini dinyatakan oleh pengerusinya Datuk Seri Mahdzir Khalid selepas mempengerusikan badan itu di Alor Star Isnin malam.

Katanya mereka memandang serius tindak tanduk Mukhriz kerana beliau adalah Ahli Parlimen dari negeri itu.

Menurut Mahdzir badan itu menyerahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO untuk mengambil tindakan ke atas Mukhriz – agendadaily

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sarawak amal rundingan cara baik dengan Pusat

KUCHING 26 Mei – Kerajaan Sarawak tidak akan mengambil jalan ‘berperang secara terbuka’ terhadap Kerajaan Pusat sekiranya tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan yang dibuat.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg berkata, Sarawak mengamalkan dasar politiknya yang tersendiri yang berbeza dengan Sabah.

Katanya, politik kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri ini mempunyai kualiti tertentu iaitu tidak akan berperang secara terbuka, sebaliknya mengadakan perundingan secara baik dengan Kerajaan Pusat.

”Harus diingat, BN di Sarawak bermula dari tahun 1963 dan pakatan kerajaan negeri dengan BN tidak pernah terganggu dari tempoh itu hingga sekarang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Seminar Pencegahan Rasuah, Pengurusan Kewangan dan Keselamatan bagi Ketua Masyarakat dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK) untuk Daerah Kuching di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Abang Johari yang juga Menteri Perumahan Sarawak mengulas mengenai kelantangan sesetengah Ahli Parlimen Sabah yang menuntut beberapa jawatan dari kerajaan pusat.

Beliau berkata, beliau ‘tidak berani’ mengulas mengenai politik negeri Sabah kerana bukan berasal dari negeri itu.

”Hakikatnya, hubungan Kerajaan Negeri Sarawak dan kerajaan BN tidak pernah terganggu semenjak Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963” ujarnya.

Sementara itu, Abang Johari berkata, tiada wakil rakyat BN di negeri ini yang akan melompat parti.

”Kita (wakil rakyat BN) tidak akan tergopoh-gapah untuk mengejar jawatan yang tinggi kerana bagi kita… asalkan negara baik, maka rakyat akan hidup dengan sejahtera,” jelas beliau.

Menurutnya, BN Sarawak tidak mempunyai ‘mata-mata’ seperti yang dilakukan pihak pembangkang.

”Bagi kita, semua wakil rakyat kita telah turun padang dan masing-masing tahu buat kerja mereka.

”Mandat yang diberi rakyat hendaklah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan tidak timbul soal intip,” jelas beliau.

Tambah beliau, biarlah rakyat yang menilai wakil rakyat mereka itu sendiri.

sumber utusan

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pulau Pisang milik mutlak Johor

JOHOR BAHRU 26 Mei – Kedaulatan dan hak milik kerajaan negeri Johor terhadap Pulau Pisang, yang terletak di luar perairan Pontian dan menempatkan sebuah rumah api yang diuruskan oleh Singapura, adalah jelas, kata Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Menurutnya, kewujudan rumah api di pulau yang berkeluasan 178.4 hektar tersebut adalah menerusi perjanjian di antara Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim dan kerajaan Inggeris.

“Pulau Pisang itu berada di dalam daftar kerajaan dan ia adalah milik kerajaan negeri Johor. Keperluan rumah api itu adalah sekadar untuk laluan perkapalan, syarat itu hendaklah dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ijtimak Huffaz Al-Quran Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, keluasan rumah api kendalian Singapura adalah kira-kira 0.4 hektar dan republik itu turut dibenarkan membina jeti serta laluan darat ke rumah api bagi kemudahan warganya.

Abdul Ghani mengulas gesaan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan semalam, yang mencadangkan agar kerajaan merangka segera program pembangunan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau itu berkekalan.

Pada masa yang sama, Ahmad turut meminta Kerajaan Malaysia mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura.

Abdul Ghani menjelaskan, Singapura hanya dibenarkan mendirikan rumah api dan laluan hingga ke jeti membabitkan kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar.

“Selebihnya adalah hak mutlak kerajaan Johor dan rakyatnya bebas mengunjunginya tanpa gangguan pihak Singapura,” katanya.

Abdul Ghani menambah, berdasarkan perjanjian antara Sultan Johor dan Inggeris, rumah api itu kekal di situ selagi terdapat kapal-kapal menggunakan perairan tersebut.

Menurutnya, Kerajaan Singapura menempatkan empat petugas rumah api sepenuh masa dan mereka ditukarkan secara bergilir-gilir setiap dua minggu.

“Sejak 2001 mereka dikehendaki melaporkan diri kepada Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Laut di Kukup, Pontian setiap kali masuk dan keluar pulau itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Ghani berkata, turut berada di bawah kedaulatan Johor ialah Pulau Tunda dan Pulau Sauh yang terletak berdekatan Pulau Pisang.

Beliau berkata, sebelum ini Pejabat Tanah Pontian telah memberikan kebenaran sementara kepada 82 penduduk Pontian untuk mengusahakan tanaman di pulau tersebut.

“Bagaimanapun, kebenaran ini ditarik balik, tetapi mereka boleh memungut hasil termasuk buah-buahan di pulau itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun dikelilingi batu dan pasir, pulau tersebut berpotensi untuk dibangunkan.

“Namun kita belum mempunyai cadangan konkrit untuk membangunkannya termasuk sebagai pusat pelancongan,” katanya.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda