Hasan Ali Mengamuk Diasak Isu Manifesto

dari pembangkang selangor

YB Datuk Dr. Hasan Ali tertekan dan kelihatan terlalu emosional dengan YB Dato Seri Dr. Mohamad Khir Toyo apabila sepanjang perbahasan beliau banyak menyebut nama bekas Menteri Besar Selangor tersebut beberapa kali.

Dalam perbahasan di Dewan Undangan Negeri hari ini, Hasan Ali beberapa kali meninggikan suara apabila mengulas isu-isu manifesto Pakatan Rakyat dan beberapa isu negeri Islam. Perkataan seperti penyamun turut keluar dari mulut persuruhjaya Pas Selangor ini.

Sehingga suatu ketika Speaker terpaksa meminta Dr. Hasan Ali bersabar agar tidak terkena tekanan darah tinggi.

Kemarahan Hasan Ali berikutan pertanyaan-pertanyaan dari Sungai Panjang, Sungai Burong dan Seri Serdang telah memberi tekanan dengan menyoal mengenai tindakan-tindakan Pas yang sebelum ini menguar-uarkan untuk menubuhkan negeri Islam di Selangor.

Hasan Ali beberapa kali beliau tersalah rujuk Datuk Satim Diman sebagai ADUN Puchong.

Apabila Speaker membetulkan bahawa tiada ADUN Puchong tetapi sebenarnya ADUN Seri Serdang, Hasan Ali menjawab secara biadap dengan mengatakan dia tersilap sebab ternampak Datuk Satim seperti “Pocong”.

Kemarahan Hasan Ali bertambah apabila kesilapan beliau memberi laluan kepada Dr. Mohamad Khir menyebabkan bekas Menteri Besar tersebut telah berjaya membuat penjelasan mengenai tuduhan  terhadap kontrak jalan dan isu Balkis.

Apabila menyedari Dr. Mohamad Khir berjaya mematahkan hujah beliau, Dr. Hasan memohon speaker menghentikan perbahasan dengan alasan Dr. Khir bukan meminta penjelasan tetapi memberi penjelasan.

Selepas itu, ucapan Dr. Hasan ali penuh dengan intonasi marah dan nada yang tinggi.

Pada suatu ketika beliau mempersoalkan mengapa ADUN BN terlalu mengambil berat isu manifesto dengan menyamakan BN seperti anjing.

“Yang menyalak-nyalak ni kenapa?” jerit Hasan Ali.

Hasan Ali bertambah marah apabila Dr. Mohamad Khir sekali lagi mencelah dengan pertanyaan provokasi, “Apa yang kecil hati sangat jika kita bertanya soal manifesto ini.”

Suatu ketika Hasan Ali menjerit-jerit dalam dewan sehingga tidak dapat membezakan antara Seri Serdang dengan Sementa dan mengungkit-ungkit tindakan Datuk Rahman Palil tidak menghadiri majlis penyerahan tugas.

Sekurang-kurangnya Hasan Ali menyebut Sungai Panjang sepuluh kali dalam ucapannya termasuk menyindir bahawa kerusi yang diduduki oleh Dr. Mohamad Khir itu dahulunya tempat beliau.

Malahan apabila Hasan berhenti berbahas, Teng sekali lagi sempat bergurau dengan bertanya Hasan Ali, “sudah legakah?”

34 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

34 responses to “Hasan Ali Mengamuk Diasak Isu Manifesto

  1. Kuntakinte

    Hassan ali tu emosional pasal nak balas dendam, tanah yang dia pohon berpuluh ekar masa dia sokong kerajaan dulu tak diluluskan. sekarang dia guna le pedang panjang.

  2. AbangTuah

    Tak dapat tanah dari UMNO masuk PAS ka…haprak punya kaki la…kalau tak dapat projek masuk PKR…hebat betul la dia orang ni.
    Kalau sudah janji dalam manisfesto jangan lah nak dalih lagi munafik namanya…atau orang kata cakap tak serupa bikin.

  3. abang tuah jangn la emo sangt…awk x tau ke saper yang memerintah kerajaan pusat..klau tau..sendri paham la..jgn main ikut hati jer cakap..piki skit..manifesto 2 bleh di jalankan jika penguasaan parti pembangkang keats kerajaan pusat..

  4. Kuntakinte

    Hish…. dah itu pulak ayatnya.. kalau dah tahu nak perintah kerajaan pusat baru boleh turun harga barang, boleh bagi duit pada orang miskin, bagi duit pada pelajar universiti, air turun. aapi turun, cukai semua turun, jangan dok pukul tin kosong merata kampung bila musim pilihanraya. bertanding le banyak2 kerusi Parlimen jangan bertanding kerusi DUN. haprak….

  5. AbangTuah

    Hish…aku sedih juga apabila orang kat kedai kopi gelakkan PAS kerana tak dapat tunaikan janji…PAS adalah parti yang kedua aku sayang selain umno…tapi semasa kempen janganlah janji sesuatu yang payah nak di tunaikan…sebagai contoh kat Kedah kalau dapat memerintah nak jadikan Negeri Kedah Belanda Malaysia…tapi tempohari aku jalan-jalan kat Negeri Kedah aku harapkan sekurang-kurangnya dah nampak kerajaan negeri dah sediakan alatan dan jentera moden buatan Belanda di bendang-bendang dan dusun dan dah ada tanah yang mula diusahakan mengikut cara pertanian Belanda …tapi..malangnya durian dan terung belanda aje yang aku jumpa. Pada pendapat aku ‘Negeri Kedah Belanda Malaysia’ perlaksanaannya tak perlu kebenaran dari kerajaan pusat.

  6. Abang Jebat

    memerintah baru 2-3 bulan korang dah mintak macam2. desperado punya orang umno. dah 50 tahun lebih merdeka atau perintah negara bukan semua pun pemerintah malaya ni tunaikan menifesto yang dia janji, tipu banyaklah.

  7. Kuntakinte

    Abang jebat Kalau UMNO tipu tak hidup le kau sampai sekarang ni…., sedor le diri sapa kita, kalau ada gambar2 lama tok nenek atau mak bapak awak punya tengok banding kan dengan gambar awak sekarang ni, lepas baru nilai kerja orang lain, jangan sedap mulut je.

  8. Kuntakinte

    ai… mana korang ni tak balas?

  9. kalam

    Aku setuju kalau ada orang kata PR punya menifesto tu mmg banyak yang x boleh dicapai, nonsense, dan cuma untuk sedapkan telinga rakyat Melasia yang sememangnya buat tindakan tanpa pertimbangan yang cukup. Emosional. Anwar mmg pakar hal ni, provokasi dan mainan perasaan memang speech art yang dia kuasai.

    Tapi sangat x wajar untuk judge kerja2 PR yang baru 2-3 bulan memerintah. Aku yakin orang2 di sini semuanya perlukan masa nak tunjuk apa yang depa boleh buat. Aku rs 4 tahun cukup.

    Aku perhatikan, orang umno kini dah ikut rentak pembangkang, menghina individu. \…mungkin kerana mentaliti rakyat melayu yang memang sebegitu. Melayu …melayu….

  10. AbangTuah

    Ok saudara kalam…bagi negeri Kedah aku boleh ‘tolerate’
    mungkin terlau awal bagi menilai projek PR ‘KEDAH BELANDA MALAYSIA’ sebab projek tu projek mega..aku bagi masa 2 tahun dan aku pastikan aku akan terus mengikuti perkembangannya dan terus bersama webblog ni..dan saudara pasti kan saudara masih mengunjungi webblog ni.

    Tapi bagi Selangor, Perak dan P. Pinang janji mereka tak semega mana…sekira kerajaan negeri tersebut bijak mentadbir tentu mereka dapat menunaikan janji mereka.

    Aku harap bukan sahaja di webblog ni UMNO mesti tunjukkan keupayaan dan kegarangan mereka sebenar malah di parlimen pun seelok-eloknya mereka menjadi lebih garang supaya tidak dianggap slow dan lemah lagi. Aku harap orang UMNO sendiri dikampong-kampong yang dipenuhi oleh PR dengan berani melaungkan AKU SOKONG UMNO, AKU TETAP MEMPERJUANGKAN DASAR UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA. Aku sendiri buat dengan melaungkan perkataan diatas di sebuah kedai minum dan semua orang terdiam…

  11. Kuntakinte

    Sdr. Kalam, aku dulu seorang yang berbudi bahasa aku percaya sama juga dengan orang2 UMNO lain mahupun rakyat , tapi sekarang aku baru nak belajar guna cara PKR dan PAS yang sejak dulu kala itu lah cara dan nada mereka.. dalam itu cara mereka pun rakyat undi juga mereka, jadi apa salahnya kuntakinte, abangtuah, battleship, merah dan sekupang dua nak belajar pengalaman baru, kalam nak joint pun apa salah nya janji nawaitu kita baik untuk Agama, bangsa dan negara.
    Aku sokong kata abangtuah tu, yang janji dalam menifesto diorang tak buat, yang tak ada dalam menifesto dulu kemudian diorang nak laksanakan, u bayang kan sdr. kalam di Perak baru 2 minggu perintah Perak dan nak luluskan Geran Kekal (maksudnya seumur hidup) kepada 60,000 kepada orang cina, aku rasa macam Melayu ni dah tak bertelur dah, sebab diugut oleh DAP untuk keluar pakatan diorang, (Aku tak suka gelar nama diorang ‘Pakatan Rakyat’ itu semua guna nama untuk seleweng otak rakyat), semua dasar DEB nak dimahsuh kan sebab produk UMNO, kalau diorang ikhlas patut DEB di pertahankan bukan ikut DAP Penang mahsuh, sebab Perak yang monopoli Negeri adalah DAP. Selangor mana ada dalam Menifesto cerita Babi tapi dulu kemudian nak bela babi buat apa dekat dengan Sepang pulak tu, sebab diorang DAP Selangor nak beri gambaran pelancung luar bahawa Malaysia bukan Negara Islam. di Penang menderita kontraktor melayu segala kontrak Kerajaan Negeri P. Pinang dibuka kepada semua tiada status bumiputera, apa kontraktor melayu nak mengkedarah(bahasa Perak) tak mampu diorang nak bersaing dengan cina. Aku bukan anti Cina tapi apa yang dah kita lalui sejak Merdeka dulu hingga sekarang dan apa saja dasar yang direka oleh Kerajaan BN diorang yang kecapi dan kaya raya.
    Aku tak boleh terima diorang kata sebab masa tak ada lah baru lagi, perintah bukan nya semua kakitangan kerajaan yang bekerja di pejabat2 Kerajaan pun tukar, mereka tetap bekerja, meraka menerima arahan dan keputusan exco untuk dilaksanakan pada bila2 masa, yang bertukar pemimpin. dan mencari alasan Kerajaan Persekutuan mereka tak perintah, itu alasan, macam mana PKR dan PAS nak perintah kerusi yang diorang bertanding di Parlimen memang tak cukup untuk mereka perintah, mereka tahu perkara ini.Kalam sendiri sedia maklum sekarang ni mereka hanya buat kerja politik je nak bagi rakyat pening, cari lah silap dan salah kerja dan dasar2 kerajaan lama, kerja tu kalau bagi aku pun aku boleh buat lagi baik daripada itu.
    Sepatutnya tumpukan sepenuh otak yang mereka dakwa mereka pandai, tumpu kan tenaga dengan barisan exco yang mereka sendiri pilih untuk bangunkan Negeri dengan melontarkan perkara2 baru kearah kemajuan umat.

  12. Kuntakinte

    Abangtuah, ana ingin kasi sedikit pandangan lah.. itu guna nama ‘Pakatan Rakyat’ itu tarak register lah, dulu itu kaum pakai nama Barisan Altenatif lah.. tapi kasi tukar ini PRu12 sebab BA tarak laku lah.. itu PR diaorang bikin mau kasi rakyat peninglah dan termakan lah dengan strategi kononya nama itu adalah penglibatan semua rakyat lah kasi hamtam ini BN. lagi cantik dan sedap kita namakan saja diorang 1) DAP, 2) PKR, PAS sudah jatuh no. 3 lah….

  13. AbangTuah

    kuntakinte wa kasi tambah ooo…

    PAS dan PKR banyak takbur,
    Banyak janji sudah ditabor,
    Maruah..ditangan DAP telah terlebur,
    Sanggup pula sama-sama dikubor.

    Hi ya..itu Islam ka apa ‘Second-rated Malay’..he..he..he

  14. Battleship

    PKR & DAP memperjuangkan dasar sosialis yang menjadi tunjang komunis. Semua hak sama rata, kita kena sedar permainan bahaya ini. Sebab tu dia janji perkara yang menjadi sedap telinga tapi pedih ulu hati nak tunaikan. Ni semua nak pancing rakyat agar berasakan kita mempunyai hak yang wujud. Tapi inilah Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan agama. Ada perkara yang menjadi tunjang yang tidak boleh di tumbangkan iaitu Perlembangaan.

    Oh yea, berita hari ni kata Ezzam akan terus memperjuangkan Keadilan…bukan Parti Keadilan..setuju betui…

    Lagi satu…aku tak dapat apa2 pun bila PKR perintah ni…setakat bagi air percuma baik aku balik kampung je, sungai belakang rumah mak aku pun boleh apa buat minum & mandi..free gak…Khalid kalau berani bagi biasiswa la free la… TANPA SYARAT!

  15. mok

    Cantik idea Kuntakinte tentang nama PR tu. Memang dari awal aku dah nampak, bila sebut PAS orang cina cuak dan gelabah, bila sebut DAP orang melayu geli geleman, bila sebut PKR orang PAS dan DAP rasa curiga. Lastly, untuk meracuni fikiran rakyat kunun-kununya mereka tu bersatu sehati sejiwa maka bubuh nama Pakatan Rakyat (PR). Pastikan dalam blog ini tidak digunakan istilah racun otak ini. Panggil aja DAP+PAS+PKR @ apa2. Mereka tak sebulu sebenarnya.. tapi bersandiwara kunun-kununnya intim.Piiiiiiirahhhh……..

  16. noordin

    boleh saudara komen tentang kenyataan YB Datuk Seri Mohammad Nazri Aziz tentang langkah kerajaan menaikkan kadar biasiswa JPA kepada bukan bumiputera daripada 10 peratus kepada 45 peratus. Pada pendapat saya langkah ini kurang tepat kerana ini boleh merugikan orang melayu dalam jangka pendek mahupun jangka panjang.

  17. Kuntakinte

    PKR, PPR…..,PKR……,PPR….,PKR….,PPR…..,PKR…..,PPR,….PKR…..,PPR…..,PKR…..,PPR…..,PKR….,PPR eh..eh.. lupa plak PAS & DAP mana?
    PAS DAP…,PPR…..,PAS DAP……,PPR……,PAS DAP……,PPR

  18. Kuntakinte

    Sahabat2.. korang rasa la apa yang Anwar tengah pikir sekarang ni? apa helah dia nak guna lepas ni?

  19. AbangTuah

    ‘assbuntutiassjuburial’

  20. Kuntakinte

    Sdr. Nordin yang dihormati….,

    1) kesan dari PRU12
    2) Itu bukti kerajaan BN tidak pilih kasih.
    3) Melayu dah tak kuat, cina sama India sudah tahu kita punya kelemahan.
    4) tiada beza itu dulu 10% sekarang 45%, Melayu tarak hairan, sebab itu diorang undi sama itu DAP, PKR, PAS.
    5) Kerajaan sudah tarak boleh pertahan itu ketuanan melayu, sebab seperti di no. 3.
    6) kasi itu mak bapak Melayu sedar sikit penting nya Kerajaan BN kuat.
    7) kasi anak Melayu sedar sikit, belajar mesti mau pandai, kalau tarak pandai, bangsa lain hantam itu peluang.

    Cukup kut.. 7 sebab ana pikir itu Dato Nazri umum itu hal.

  21. mok

    noordin,
    kau tahu tak apa jadi kalau ikut tuntutan meritokrasi ‘malaysian malaysia’ DAP yang disokong membuta tuli oleh melayu PKR dan PAS. Bukan kata 45% silap-silap haribulan habis deorang sapu semua. Mau ingatlah, foundation deorang dalam ekonomi dan pendidikan dah kukuh semenjak zaman British. Tak ada biasiswa pun, berlambak mereka study abroad. Tapi macam kuntakinte cakap la, orang melayu yang sokong buta tuli ni dah hakis control power, dah tak kisah tentang hak kita lagi. Itulah namanya, ‘menang sorak, kampung tergadai’. Aku sentiasa terbayang-bayang bagaimana pejuang ‘malaysian malaysia’, ketawa berdekah-dekah ketika ‘yam seng’ minum beer… sambil memperlekehkan ‘Pejuang Melayu’ yang bertungkus lumus menentang Malayan Union dulu. Ternyata anak-cucu-cicit pejuang tak mengenang budi.

  22. optik

    hasan ali memang mcm tu..dulu masa ada kem motivasi kaki ampu kaki bodek kerajaan..bila nakmintak tanah berpuluh2 ekar tak dapat dia masuk pas pulak..dasar tak kenang budi,dah mkn byk duit kerajaan,anak bini pon dh kenyang mkn duit kerajaan,kerajaan bagi dia tanah ..lagi nak lawan kerajaan..apa punya orang daaa.. kalau jumpa patut di salib je org mcm ni

  23. AbangTuah

    Saudara Nordin…

    Inilah akibatnya apabila Melayu dipecah, berpecah dan terpecah …bangsaku melayu juga kasi bikin pecah dan bangsaku melayu juga telah berpecah dan bangsaku melayu juga telah terpecah. Jangan sampai terbukti bahawa bangsa sendiri yang menyebabkan melayu=merlayu=me-layu=layu=hilang…hisss…mintak selisih malaikat 44….eh..eh malaikat 44 tu apa…pulak.
    Eh…bangsa lain didunia macam mana ya???…eh.. tak terfikir lak sampai kesitu …betul ke mereka tak bersatu…bohonglah.

    Serangkap ungkapan dari sajak peribadi saya mengenai situasi masyarakat melayu sekarang ‘TAK BULAT TAK SEKANDANG’. Yang memberi madsud selagi kelompok masyarakat melayu sekarang enggan mengerti betapa pentingnya permaufakatan maka masyarakat melayu akan terus tidak bersatu dan akan hilang kekuatan dan kedaulatan. Kata orang Jepang, Haiya murayu! lu suka bikin manyak-manyak parti…..ho..ho..ho..lu sekalan apa ada? Itu UMNO ada manyak magus ha..,lu ta tak sokong apa pasat.

    Walaubagaimana pun ingatlah MELAYU kepada perumpamaan melayu lama
    ‘BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MAUFAKAT’.

    Berikut adalah pendapat peribadi mengenai Pro dan kontra kadar biasiswa JPA untuk bukan melayu dinaikan kepada 45%.:

    Kemungkinan kebaikannya adalah;

    1. Bagi membuktikan kepada masyarakat bukan melayu bahawa kerajaan tidak zalim di dalam menentukan hak kaum lain cuma masa belum sampai bagi kerajaan melaksanakannya sistem meritokrasi secara menyeluruh.

    2. Dapat menarik semula sokongan bukan melayu agar menyokong semula BN dan ini adalah sebahagian dari langkah drastik sebelum PRU13 kerana sekiranya pihak PR berjaya memerintah Negara, maka bukan sahaja biasiswa, tapi total meritokrasi akan dilaksanakan dengan lebih awal. Bukan itu sahaja, pelembagaan mengenai hak bangsa melayu dan raja-raja melayu mungkin tidak lagi terjamin.

    3. Sebagai persediaan awal bagi membentuk masyarakat melayu yang berdikari sebagai persediaan menjelang tahun 2020 dimana tiada lagi bantuan khusus kepada mayarakat tertentu dimana system meritokrasi akan di laksanakan secara total..

    4. Bagi menyedarkan pelajar bangsa melayu bahawa langit tidak selalu cerah. Dengan adanya system pengagihan biasiswa ala-meritokrasi tersebut diharapkan memberi kesedaran kepada pelajar melayu agar berusaha dengan lebih gigih dan kuat bagi sekiranya hendak mendapat bantuan.

    5. Tak perlu lagi memberikan biasiswa kepada anak-anak pembangkang kerana peruntukan buat mereka telah habis di berikan kepada bukan melayu.
    (He…he…he..yang last ni aku gurau marah je.)

    Kemungkinan keburukannya adalah;

    1. Mungkin tentangan oleh kaum melayu yang berasa masih belum bersedia dari segi kekuatan ekonomi untuk membiayai sendiri pelajaran anak-anak.

    2. Mungkin akan menyebabkan kegagalan ramai pelajar melayu meneruskan pelajaran peringkat tinggi kerana dikuatiri tindakan tersebut dilaksanakan terlalu awal kerana masih terdapat ramai ibu-bapa pelajar melayu yang tidak mampu membiayai pelajaran anak-anak mereka keperingkat tinggi.

    3. Mungkin akan meningkatkan kadar kegagalan pelajar melayu keperingkat tinggi secara berterusan sekiranya masyarakat melayu masih tidak mahu mengambil ikhtibar dan enggan berusaha dengan lebih gigih bagi memperbaiki kekuatan ekonomi.

    4. Mungkin dipolitikan oleh pihak pembangkang bahawa kerajaan telah tidak mampu lagi membela masyarakat melayu.

  24. huuu cayalah …

    jangan risau Hang jebat versi DAP tu masih membaca tulisan korang … tapi dia tengah dok diam…kan apa? dia pun tengah tengok dan pikir … betui jugak! dajai betui nuar la ni dia diam jer.. kacau.. kacauu…

    malulah sikit tang ni nak pakai nama jebat.. mana ada dalam sejarah hindraf ada nama jebat?

    kalau nak tau mana anuar pegi.. itu kena tanya mangsanya… tak pun teman bagi suggestion pi lah kat.. you tube..norlaila – pasangan sek anwar, mangsa homoseks anwar ibrahim, siapa anwar ibrahim (siri 2)… macam-macam lagi..sirinya…

    AMARAN JANGAN TENGOK SEBELUM MAKAN!

  25. passssss

    Kalau dah kalah tu sudah2 lah wahai orang2 umno… terima hakikat saja. Yang dok salahkan orang melayu kenapa…. kamu semua melayu jugak kan. Kalau orang melayu nak sokong pas, pkr, dap apa salahnya. Dulu sokong BN tapi sekarang dah tukar. Kira pandai lah tu sebab berhijrah dalam politik………..

  26. Kuntakinte

    Salam, oi sedara passssss, yang kalah bukan UMNO tau.., yang kalah parti komponen lain tau…, UMNO masih menang di kerusi2 yang dipertandingkan dikebanyakkan Negeri tau, kalau kalah pun sedikit kerusi UMNO itu perkara biasa disetiap Pilihanraya 1990, 1995, 1999 dan 2004 perkara ini berlaku, teman ambil contoh Perak, UMNO bertanding di 34 kerusi menang 27 kerusi kalah 7 saja kerusi MCA hanya menang 1 kerusi manakala DAP 18 PKR 7 kerusi dan PAS parti mike tu sekadar 6 kerusi saja tau, dapat jadi MB pun tak guna tau.. jadi kuda dan lembu cina DAP tau… kalau diambil kira Pakatan yang tak ber register tu bergaduh sama sendiri UMNO Parti Melayu yang akan perintah Negeri Perak tau…

    Sedara…, yang di tegur dan disedarkan orang Melayu le pun, bangsa teman sendiri, takan nak sedar kan cina & india, takan nak sedar kan bangsa Afrika, takan nak sedar kan bangsa siam, apa paedah nya, buat apa pun.., teman bukan macam MB Perak species cina, sebab melayu le teman tegur, Melayu mudah lupa macam species sedara ni ha… Melayu UMNO melayu jati tau… melayu jenis tak lupa, Parti bangsa lain dalam BN tak kudakan UMNO mereka ikut apa kata UMNO, Melayu species sedara dan PKR jadi kuda dan lembu cina dan india tau…. jangan nak bangga setakat menang sorak kampung tergadai buat apa, dan Melayu UMNO tak akan berdiam diri dan tak akan benar kan apa yang species sedara buat sekarang ini menjadi kurap, perjuangan untuk menyedarkan bangsa sendiri bernama Melayu tetap berterusan hingga akhir hayat.

  27. mok

    passssss,
    Ni aku nak sambung KuntaKinte punya statistik. Bagi kedudukan di Pulau Pinang pula, UMNO bertanding 14 seats, menang 11, so 100% pembangkang adalah ADUN UMNO. PAS dapat berapa ? 1 sahaja, itupun kesian, kena sepak ke tepi. Patut-patut si Hamdan yang senior tu diberikan jawatan EXCO ke. Masa election, orang-orang melayu PAS la yang paling sebok nak memenangkan DAP. Sekarang baru korang kenal DAP. Masa Koh Tsu Koon dulu.. ada juga timbang rasa beri 4 EXCO pada orang melayu, mewakili 40% komposisi penduduk melayu. Guan Eng bagi 2 sahaja itupun portfolio kokak aja, ambik kau. Tak pasal-pasal, si Ramasamy dapat jadi Timbalan KM dengan portfolio yang penting lagi. Nampak tak.. di Perak deorang kerusi sikit.. tapi EXCO ramai, di Penang.. kawal semua tak kasi rakan kongsi dengan adil. Macam tu punya clear.. masih korang tak nampak hati perut DAP ke ? Masa kempen dulu, ceramah DAP cakap cina, pak-pak Lebai tengok orang tepuk mereka pun bertepuk. Rupa-rupanya, penceramah kata.. undi cina mesti diberi kepada cina, tak kira apa ideologi anda, yang akhirnya menjadi kenyataan bila 100% parti komponen BN selain UMNO tewas, dengan tambahan lagi undi bonus daripada pak-pak lebai PAS dan brader-brader PKR. Sorry yea lebai and brader.. bila awak pergi Penang, tak payah berangan nak kenalkan diri bahawa awaklah yang menyokong kerajaan DAP sehingga menawan Penang. Selagi kulit awak sawa matang, mereka akan layan awak sama tanpa mengira awak UMNO atau bukan UMNO, unlesss awak buat tatoo roket kat dahi.. tapi ingat haram tu. Jelas sekali.. tak ada untungnya PAS menang satu kerusi di Penang dan PKR beberapa kerusi majmuk. Betulkata KuntaKinte.. menang sorak, kampung tergadai..(mengeluh panjang aku…).

  28. AbangTuah

    Huuu..Saudaraku kuntakinte…MOK…sekupang dua…dan lain lain pejuang Melayu Jati…
    cuba lihat ni….PASssssssssssssssssss…phuii..panjang betul ekornya…itulah aku rasa petunjuk…tu…dah jadi menatang mereka ni sampai nak berekor-ekor pula.
    Sahabat-sahabat semua kita faham hijrah tu madsudnya;

    BERPINDAH MINDA, DAN CARA PENGHIDUPAN.
    MENUJU KEPADA MINDA YANG LEBIH BAIK DAN PENGHIDUPAN YANG LEBIH CERMERLANG DENGAN MENJADIKAN PERJUANGAN TERHADAP BANGSA, AGAMA DAN NEGARA SEBAGAI LANDASANNYA.

    tapi kawan kita ni…PASssssssssssssssss yang dah berekor panjang ni berpinda minda kearah menjadi lebih MUNDUR iaitu bersatu dengan Kapir Harbi dan ke arah penghidupan KOTOR dikandang babi…patut dah tumboh ekorrrr..ambik kau…..

    Nasihat aku…pada PASssssssssssssssssssssssss lain kali kalau mengaku melayu islam, makanya lebih berhemah dan beretikalah kalau masuk rumah orang…itukah cara yang di ajar oleh tok guru-tok guru kamu yang berwibawa yang membawa tradisi dan perjuangan kasar ala Pakistan dan Afganistan tu.
    Jangan marah…..salah sendiri…..

    PASsssssssssssssssss kau nak tahu tak fasal apa aku pandai belasah orang sebegini…fasalnya aku belajar taktik tok guru kamu kerana aku selalu pergi dengar tok guru kamu berkhutbah semasa sembahyang jumaat dan aku menyamar, dan pergi dengar ceramah tok guru kamu…mereka lagi hebat…sampai macam stimmm dan high…aje semasa mengutuk dan mengeji orang..

  29. Kuntakinte

    Salam, betul le sdr Mok kata, selagi kulit sawa matang jangan harap le nak berbangga dengan puak cina & india…

    Kuntakinte sendiri terasa apabila kita keluar ke mana2 saja, kita lihat memek muka bangsa cina dan India macam semacam je tengok kita yang berkulit sawa matang ni, perbezaan agak ketara berbanding dulu dan sekarang.

    kadang2 terasa juga nak tegur dan tanya, u mahu apa?, ini semua gara2 Pru12, cina merasa mereka kuat, India Hindraf merasa mereka yang kuat, baru u orang rasa sapa kita!!! mungkin itu sikap yang bermain dikepala mereka.

    Syukurlah dalam keadaan yang sebegini UMNO ditakdirkan masih menang dikebanyakan kerusi dan masih kuat, dan ini harus di insafi oleh semua orang UMNO dan Melayu perjuangan harus diteruskan, perlu dijelaskan kepada masyarakat terutama golongan muda yang belum tahu akan sistem demokrasi, sistem berparti, sistem berkerajaan dan sistem pemerintahan, dan apa itu PRU dan kesannya.

    Banyak juga kuntakinte kesan terutamanya golongan muda yang baru keluar alam persekolahan, yang baru keluar Universiti yang tidak tahu apa itu seperti yang disebutkan tadi apatah lagi kesan buruk terhadap itu, diorang hanya tahu hanya untuk seronok2, Parti itu kalah , Parti ini menang, kesan buruk daripada kekalahan terhadap sistem berkerajaan, sistem pemerintahan mereka ditahu dan faham, apatah lagi kesan sesuatu bangsa seperti Melayu langsung tidak termasuk dek akal mereka.

    Semua pihak kena memainkan peranan serius bukan hanya diletak di bahu pemimpin2 sahaja, setiap individu Melayu yang cintakan Negara dan bangsa terutamanya orang UMNO di peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan kena mendapatkan ilmu2 tersebut dan di perturunkan kepada generasi baru untuk difahami, ingatkan perlawanan parti didalam pilihanraya bukan seperti perlawanan wresling, digelanggang ada yang kalah dan menang disebaliknya kedua2 wresler mendapat keuntungan, tapi didalam perlawanan Parti di Pilihanraya Agama, bangsa dan Negara akan musnah.

  30. Kuntakinte

    Aku setuju abangtuah, kita nak berhijrah dari baik kepada terbaik, bukannya dari baik hijrah ke haprak!!!!, kau mentelaah sampai khatam apa yang abangtuah ngan mok tulis kan, jangan asyik mentelaah nafsu serakah harakah je….

  31. Orang melayu sekarang telah lupa sejarah. Kalau tak kerana umno dan bn,smpai sekarang kita masih panggil org putih bos,tuan. UMNO lah yang memperjuangkan kemerdekaan kita. Kita syok gaduh sesama bangsa, kutuk sesama bangsa walhal bangsa lain bersatu walau berlainan politik. Sodarla wahai bangsa ku,jangan smpai bangsa lain pijak kepala kita nanti. Dah elok2 MALAYsia jadi CINADIAsia pulak,buruk bunyinya,malu den. Bukan salah umno dan barisan harga minyak naik, amerika bangsat dan sekutunya (sekutu anuar pengkhianat bangsa)yg punya angkara. Kita marah, tersentap bila bangsa lain panggil kita bangsa tak maju(no future), bodo tapi kita patut cerminkan diri kita sendiri patutkah kita dihina. Bangsa lain terutamanya dari d.a.p bole pertikaikan sultan kita terang2. Dorang berani sebab kita bangsa melayu dah lemah. Pergila sokong anuar banyak2, bila kita melayu dah jahanam baru padan muka, padan muka anak cucu kita. TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA kata Hang Tuah, AKU JADI PM, BANGSA AKU JAHANAM PUN TAK APALAH kata anuar bodo nak mampus tu. Dia kata bole turunkan harga kalau jadi PM, Bole Blah, Ptuih, takkan bole punya. Bodo nak mampus 2 dah kaya, amerika sponsor, apa dia susah minyak naik ke tak, sibuk pikir nak buat tu buat ni. Manifesto pilihanraya ari 2 tak mampu nak dilunaskan kesemuanya, dah pikir macam2. Tinggi betul cita2 dia, nampak sangat jahat. Lu pikirla sendiri.

  32. Kuntakinte

    Salam, sdr paichow malaya, Betul apa yang dikatakan oleh saudara orang melayu dah lupa sejarah, kalau kita buat teguran kepada bangsa Melayu puak PAS dan PKR marah, dia kata kita pun Melayu, Negara kita sekadar sekangkang kera sudah tentu untuk menentukan kawalan harga minyak dunia malah di Negara kita sendiri tak terupaya oleh kita kerana Negara General dunia yang berkuasa, Walaubagaimanapun pimpinan Negara kita hebat dan bijaksana dalam kenaikan harga minyak dunia kita masih ada strategi untuk mengurangkan tekanan kepada rakyat dengan subsidi dan insentif2 yang diumumkan. kuntakinte percaya rakyat memang telah bersedia apatah lagi isu minyak naik pembangkang dah bantu kerajaan dengan me war -war kan semasa PRU12.

    p/s. selamat datang sdr. paichow malaya, sokongan saudara dialu2 kan.

  33. assalamualikum…..sahabat
    and for mr piachow malaya….you’re welcome to the club

    untuk hish dengan jebat ..cakap bukan main…pehhh. macam ler dia yang betol-betol terrrerrrr ada sama denga anuar.. lu punya geng ler!
    cuba jawab solan teman? ngeh (DAP) telah menjadi exco kepada hal-hal untuk bukan orang islam di perak, dia telah tidak bersetuju kenapa sebahagian peruntukan di peruntuk kepada pembangunan agama islam dan bumiputera di seluruh perak, dia mempertikaikannya kenapa pembagunan islam seperti yelerrr.. buat masjid, kegiatan agama islam mendapat kelebihan walaupun pada dasarnya ini adalah kerana kelebihan sistem pemerintahan ber raja…. maksudnya …kalau macam kamu ni jenis tak paham jadi biar jelas saya terang kan!. kerana itu lah sebabnya dan agama islam adalah agama resmi di negeri perak (dan di hati ummah islam yang tulen) maka segala keramaian agama dan bangsa mendapatlah sedikit kelebihan…tak paham lagi ker? ….maksudya temapt yang miker pergi sembahyang ..surau, mesjid, dewan orang kampung, kubur atau tanah wakaf tu adalah hak orang bumiputera termasukler ..maal hijrah, maulidul rasul dan macam-macam lagi keistimewaan dalam islam dapat di laksanakan.

    Perak yang ditabir oleh menteri besar yang beragama islam dari parti PAS (sekor jer pun) tak dapat nak buat apa-apa dengan ngeh yang mengadakan atau mewujudkan exco baru yang sama taraf degan tututannya untuk orang bukan islam.. lebih terang lagi.. kalau tak paham ORANG KAPIR LER… supaya boleh menuntut hak yang sama di negeri yang bersultan dan dinegara MALAYsia… bukan dinegara CHINA ataupun INDIA yang juga sama menjadikan agama mereka seperti kita juga sekarang. antara tuntutan yang dibuat adalah…ini kita cerita bukan pasal duit tau…..

    1. doa yang sering kita bacakan sebelum memulakan majlis yang di hadiri oleh ummah dan juga pemimpin (termasuk sultan)… dimestikan juga doa dari agama, hindu, keristian dan budha. cuba pikirkan.. adaker sanggup nak tengok dema baca doa oleh para sami-sami dan paderi ? mana gamaknyer kalau maulidul rasul, maal hijrah yang dihadiri oleh ummah termasuk silebai dari PAS sendiri malah menteri besarnya sendiri… mana ler rupanyer … gamaknyer tersenyum jer.. kan apa bersuara jer.. kena cantas ler…mana nak buat 1 nak lawan sepuluh.

    2. Ngeh dengan lantang juga telah mewujudkan taraf sama dengan mufti atau ulama kerana kerajaan dulu memberikan taraf mufti yang dipegang oleh mufti negeri dato harunsani diperak yang sama taraf atau kuasa dengan exco negeri disegi pentabiran negeri perak walaupun tidak bertanding dipilihanraya untuk kepentingan agama islam disini…. makna nya, akan ada paderi, sami budha dan sami hindu yang akan diwujudkan oleh ngeh yang sama kuasa dengan ulama negeri dato harunsani. kalau dia keluar fatwa…. diaorang pun boleh keluar fatwa. kapir ni juga boleh menegur semua pentabiran dan sultan… jika diorang halalkan babi..kena terima, boleh jual di pasar awam… kena terima juga fatwa dia orang. dan segala aktiviti kena sama termasukler kalau kita nak buat mesjid baru..kalau diorang bangkang… kena lah terima malah kalau nak buat kuil sama besar (tuntutan kaum hindruf) dan sama banyak dengan masjid pun kita kena terima sebab mereka boleh bergabung untuk setuju dan pas cuma boleh tengok jer dan tak melawan. kerajaan ker kera jagaan?

    bukan orang melayu UMNO yang geram…malah mereka yang terpilih semasa pilihanraya yang menang termasuk 6 adun pas dan beberapa orang lagi dalam PKR sendiri pun geram, dah lah dilupakan malah terpesong jauh… inikah membangun bersama islam. jadi adun pun cuma boleh tengok jer sebab apa yang mb buat tak boleh nak tegur..sebab kuasa exco ditangan dap sendiri.

    dah berbulan tukar pemerintah di negeri perak.. lakuakan lah yang dikatakan membangun bersama islam tu jangan mengumpat, mengutuk dan mengeji orang melayu yang agamanya islam kemerata-rata tempat untuk simpati dan menyokong. bodoh sangat ke orang melayu termasuk hish dengan jebat boleh di perdayakan. apapun tak dibangunkan…apapun tak dilaksanakan.. tak habis-habis dok memuji mb baru oleh orang pas sedangkan partner dia bagus jer melaksanakan pembangunan bersama kapir.

    CUBA JAWAB! hang ni jenis apa? nak tunggu orang puji hang juga ka? hang nak ingat yang hang ni pakar sejarah bangsa yang hang sendiri pun lupa bila beranak dok kamat dan azan di celah telinga.

    sekupang dua masih tunggu… anuar kata kalau kita menang hari ini (pilihanraya) esok ..saya akan umumkan harga minyak turun. dah tu perak hangpa perintah carilah subsidi negeri bagi kurangkan harga minyak untuk pengundi yang mengundi mereka di negeri ni. hhhhhish..hish,hish & jebat takan nak ketuk kepala bagi sedor….yang hang ni bangsa apa?

    sekupangdua letih…. kalau becakap dengan orang bebal tapi…. geram cakap dengan orang yang hati nya dah hitam … tapi tak sanggup nak ketuk kepala bangsa sendiri.

  34. niiii JEBAT, HISH, PASSSS dengan PR (PAKATAN RAKYAT atau PAKAT RILEK)………..

    JOM BOIKOIT HARGA MINYAK NAIK.. JOM PI ISI MINYAK KAT TAHILAND DAN SINGAPORE..JANGAN ISI DI MALAYSIA…….

    he..he…he…. HANGPA LAH PI! AKAU TAK MAU…aku bukan BODOH macam hangpa! bersyukurler..sikit. takda hal naiklah berapa pun, HARGA BANGSA lebih penting!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s