Kempen Menuntut Janji Yang Belum Ditunaikan

Penulis telah berbincang dengan ketua cawangan UMNO Jln enggang En Rosman Kassim dan Setiausaha cawangan En Kamarudin Bakar untuk mengadakan kempen di atas. Secara dasarnya, kedua2 mereka bersetuju dengan idea penulis untuk melancarkan kempen di atas. Kempen atau program ini adalah bertujuan untuk mengumpul semua nama anak-anak Selangor yang layak untuk mendapatkan hak mereka seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat di dalam manifesto mereka pada pilihanraya umum yang lepas. Sebagai permulaan kempen/program ini akan dimulakan secara maya atau ‘online’ sebelum ia dikembangkan dengan mengadakan ‘roadshow’ di seluruh kawasan Jalan Enggang dan Ampang. Sebagai rujukan, penulis akan memaparkan semula janji yang ditabur oleh Pakatan rakyat tempohari.

Sosial dan Kebajikan Rakyat
  • Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
  • Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri.
  • Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
  • Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke Universiti.
  • Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor.
  • Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumahtangga.
  • Membuka Pusat Sukan Mini dan Rekreasi bagi belia.
  • Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim.
  • Memberi elaun ibu tunggal yang layak.
  • Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
  • Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri.
  • Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam

Pihak UMNO cawangan Jalan Enggang akan mengenalpasti satu tarikh yang sesuai untuk mengadakan roadshow program ini di kawasan berhampiran. Program ini akan mengumpulkan semua nama anak-anak atau individu Selangor yang tinggal di kawasan Ampang. Nama-nama ini kemudiannya akan diserahkan kepada kerajaan negeri supaya hak yang layak diterima oleh individu terbabit dapat dibuat oleh kerajaan Khalid Ibrahim. Sebagai permulaan kempen ini akan dilaksanakan secara maya.

Sekiranya anda seorang yang lahir di Selangor dan tinggal di kawasan Ampang, anda layak menuntut janji yang ditabur. Laman web ini memerlukan butiran berikut. Semua butiran ini hendaklah dihantar melalui email ke pemudaenggang@gmail.com. Anda akan dimaklumkan kelak tarikh roadshow yang akan diadakan.
Sila email kepada kami:

Nama:

Alamat:

No. Telefon:

Jenis Bantuan: contoh: tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.

Nama Penerima Hak:

Sila email ke pemudaenggang@gmail.com

Ayuh kita tuntut janji manis PAKATAN RAKYAT!!!

*program/kempen ini akan berjalan secara berterusan(on-going). walaubagaimanapun, nama-nama yang dikumpul hanya akan diserahkan kepada kerajaan negeri secara berkala.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Kempen Menuntut Janji Yang Belum Ditunaikan

  1. Hairan

    bwk bertenang… jangan gopoh sangat nak kempen2 tuntut janji ni.. diorang baru 3 bulan memerintah beb.. nak rawat luka yang BN tinggalkan bukan mudah.. korang buat onar dulu, pastu skang nak jadi hero pulak. aku anak selangor. so jangan la pepandai nak kata korang mewakili semua rakyat selangor nak wat tuntutan yer…

  2. AbangTuah

    Hairan bin confuse lagi…luka kat mana hang habak…sebelum pembangkang memerintah semua berjalan dengan lancar baik dan sempurna…tapi bila hampa memerintah..hampa cari benda yang tak ada di ada-adakan…malu betul aku, semua tuduhan yang MB kau buat tu tak sangkut..tarak apa-apa…kosong…hari-hari aku tergelak tengok gelagatnya kat TV…ada yang terkeyit-keyit matanya…ada yang tergagap-gapap…kalau kat balai apabila ada orang yang bertingkah laku cam tu…tandanya pembongak…tahu pembongak…kalau tak tahu …sambung belajar lagi masih tak cukup ilmu nak masuk kat blog ni. Lepas tu pula bagi macam-macam punya alasan nak mengelak tunai janji…sampai kan punyala serious…orang pi balai report…terbahak-bahak aku tergelak…kerajaan negeri macam tu yang kalau pilih dan pemimpin macam tu yang korang kedepankan…adek aku kat U yang tahun 2 tu lagi terrorrr.

  3. Syahredzan Johan

    Rasanya daripada tuntut daripada kerajaan yang baru 3 bulan mentadbir, mari kita tuntut daripada kerajaan yang sudah 50 tahun mentadbir untuk tidak menodai rakyat dengan bebanan harga minyak yang naik dengan mendadak…

  4. yen

    the tabung for anak selangor only for people who lived in ampang?

  5. pemudaumno

    dear yen
    the tabung is open to all anak selangor and not only for those who live in Ampang.
    currently Our UMNO branch facilitating this programme to cater for Ampang Parlimentary seat area. We believe that currently several UMNOs’ division conducting the same campaign too.
    TQ

  6. Kuntakinte

    Salam, sedara shahredzan johan, johan apa… johan tiup belon ke.

    Sedara, tak perlu la nak tuntut2 kerajaan yang dah 50 tahun memerintah, sebut 50 tahun pun dah cukup beri gambaran macamana gemuk nya sedara di bela dik kerajaan yang 50 tahun tu, biar sedar sikit, dah tak terkira jasa kerajaan yang 50 tahun tu bagi kat kau, mak bapak kau, tok nenek kau, sedara mara kau, adik beradik kau, tak perlu nak tuntut2, kalau boleh lagi baik kau bawak semua adik beradik kau pergi beratur di Pejabat Pos esok pagi2 sebelum pejabat pos buka, pegi lah claim rebet minyak tu.

    Sejak kita dalam perut mak kita lagi kerajaan dan memberi jasa kepada kita hingga lah kita membesar hingga sekarang ini dan tunggu untuk giliran kita menjadi warga emas itu pun kerajaan akan bantu, 50 tahun dah cukup berpengalaman kerajaan yang ada untuk di pertikaikan kerja2 nya, kita setakat mencari makan untuk diri sendiri, sebarang jasa pun tak pernah kita sumbang untuk negara tak perlu lah kita nak pertikaikan.

    masalah kerajaan PKR ke PAS ke kerana mereka yang pandai sangat berjanji untuk buat macam2 semua mereka boleh buat, dan bila mereka perintah mereka sendiri juga yang ketika ini semua nak di lakukan hingga kan terkeluar lah kesilapan dan kesalahan keputusan yang dibuat secara terburu2 sebab nak tunjuk pandai sangat sehingga keputusan yang boleh merosak kan keseluruhan sistem pentadbiran kerajaan negeri hingga boleh jadi kelam kabut, disebab itulah lebih baik kita bising dulu sebelum nasi menjadi bubur, untuk apa untuk kebaikan keseluruhan rakyat, kalau di biar entah apa lagi keputusan yang popular mereka akan buat, babi, air, tanah, pasir, balak, perlantikan & projek dah menunjuk kan bahawa tindakan yang tidak bijak dilakukan.

    Minyak ni malas aku nak jelaskan sebab puak2 kau tak pandai2 lagi atau saja membodoh2 kan diri, tak faham pun sudah la… nak bising, kau bising la, yang penting majoriti rakyat faham kedudukan krisis minyak ini, semua rakyat dah jelas tentang isu minyak ni, rebet minyak berduyun2 orang pergi ke pejabat pos, lebih2 lagi puak2 korang di kelantan tu ha, sampai habis duit pejabat pos terutama di kelantan, termasuk lah kau2 sekali yang tak sabar2 nak pegi ambil rebet minyak, kalau bencikan kerajaan buat apa korang dulu kemudian ke pejabat pos boikot la… kenapa tak boikot, tak ke haram duit tu. lepas korang sapu duit tu korang tabur pulak fitnah borang pengeluaran rebet di Pos malaysia kroni Pak Lah yang dapat kontrak nya sebab tu Pak Lah pilih bagi duit di pejabat Pos, haa itu lah kerja korang tak sedar di untong, walhal borang tu sejak dulu kala lagi dah ada bukan kerana rebet ada keluar borang special, ni lah dia jenis korang tangan yang beri makan korang gigit balik, pening aku…

  7. Salam,syahrezan….50 tahu UMNO buat apa?.Siapa yang macam itu?.Bukankah itu ucapan parti pembangkang..apasai hang tak tanya hero hang dalam PKR itu masa duk kat kerajaan buat apa?.Bukankah dia dah lingkupkan Bank negara beberapa billion pasai Forex!.Apa yang dia buat?.dan sekarang kamu harap apa yang dia boleh buat?.Tanya kat dia …dia bercadang nak turunkan satu liter petrol berapa?.dia cuma cakap je Rizal…orang-orang tua macam mamak dah tahu keletong dia cuma hampa orang muda syok kat dia.Ok Mamak bagi tau kelentong dia:
    Mula-mula dia kelentong…..Abim,
    lepas itu kelentong ……………Pas,
    Lepas itu kelentong …………..UMNO,
    Lepas itu kelentong……………TDM,
    Lepas itu kelentong…………….Pak Lah,
    Lepas itu kelentong…………….Bukan Melayu
    Sekarang Nak Kelentong Negara?.Kalau dia betul-betullah nak turunkan minyak dia akan menjadi orang yang pertama di dunia menurunkan harga minyak!.Jadi pemimpin Amerika,Britain,India dan Cina,Rusia semua bodohlah yang Pandai hero engkau saja!.Hang tengok betul tak Mamak kata kadar inflasi dah naik 5% lebih pada hari ini dari 3.8% pasai apa naik…kerana minyak naik?.Hang jangan tanya apa negara buat untuk hang 50 tahun tapi tanya diri engkau apa yang kau sumbangkan untuk orang-orang Melayu dalam 5 tahun ini!.Kalau kamu ajar tuition free untuk budak-budak kampung pun dah kira ok.Kerana dulu kerajaan bagi hampa pelajaran percuma!.Berilah balik yang percuma itu kembali pada yang memerlukan.Ini pinjaman pelajaran pun masih liat nak pulang…cakap apa kerajaan(Umno)buat untuk 50 tahun..umur baru setahun jagung cakap lebih!.Wassalam.

  8. Hamba Allah

    Hmm….kenapa la orang Melayu masih macam ni. Mudah terpengaruh dengan janji tanpa berfikir panjang dan jauh. Kenapa sibuk nak tagih janji. Tak pernah ke fikirkan masalah Melayu yang makin teruk sekarang ni? Kalau nak tuntut sekalipun berilah masa untuk mereka sediakan apa yang telah mereka janjikan. Nak bertanyalah sikit kenapa UMNO pulak yang sibuk nak kumpul nama untuk tuntut janji tu? Bukan ke sepatutnya kerja orang Pakatan Rakyat? Pelik kan…

    Macam ni lah, UMNO dan BN kalau dah kalah buat cara dah kalah. Biarkan PR buat kerja. Kita perhatikan macamana mereka bekerja. Kalau salah kita tegur. Buat PR jalankan amanah dari rakyat ini dengan sebaiknya.

    Untuk kita terutamanya orang Melayu, biarkanlah kalau pemimpin kita nak bertelagah sesama sendiri. Kita perkuatkan semula bangsa kita. Tak perlu salahkan bangsa lain sebab kita sendiri yang tak pandai berfikir dan bertindak. Banyak guna emosi saja. Melayu hancur disebabkan Melayu jugak. Jadi renung dan fikirkan macamana nak satukan semula orang-orang Melayu dan jadikan Melayu bangsa yang disegani. Jawapannya memang ada tapi pokok pangkalnya kena balik kepada pegangan dan kepercayaan bangsa Melayu itu sendiri…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s