Selangor haramkan program Islam Hadhari

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas pilihanraya umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu.

“Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.

“Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali semasa menggulung perbahasan di hari akhir sidang DUN itu di Shah Alam Isnin.

Persuruhjaya PAS Selangor itu berkata semua masjid dan surau tidak dibenarkan mengadakan program, termasuk khutbah yang menyentuh atau ada hubung kait dengan Islam Hadhari.


Beliau mencabar mana-mana pihak supaya tampil memberikan bukti yang menunjukkan ada pemimpin PAS, termasuk dirinya yang membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya.


“Jika ada yang mendakwa saya atau pemimpin PAS yang membuat dasar janji ini, sila tunjukkan bukti, ” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu berkata, PAS yang bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat mahu mentadbir Selangor dengan menegakkan prinsip sama rata dan keadilan.

“Kita tidak mahu mengamalkan pentadbiran 30 peratus komisen, 50 peratus komisen atau memberi tender kepada kroni.

“Malah kita ubah tender yang diberi secara runding terus kepada tender terbuka kerana tidak mahu membuat dosa,” katanya

nota: Pelbagai usaha kerajaan terdahulu kini mula diharamkan oleh PR. Tidak mengapa mungkin program yang direncana oleh kerajaan dahulu tidak sehaluan dengan ideologi PR. Tetapi sekiranya projek BABI datang dari kerajaan terdahulu mengapa tidak dibatalkan sahaja Projek Ladang Babi itu?? Adakah wakil rakyat PR tidak berani untuk membatalkan projek berkenaan yang mana dilihat akan menguntungkan orang cina yang diwakili oleh DAP?? Penulis ingin menyarankan kepada kerajaan Khalid Ibrahim agar laksanakan janji2 manis semasa pilihanraya terlebih dahulu sebelum membatal/mengharamkan mana-mana program yang direncana oleh kerajaan terdahulu.

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

13 responses to “Selangor haramkan program Islam Hadhari

  1. Kuntakinte

    Kerja apa lagi depa reti buat, orang yang jumud dengan agama memang tak tau nak letak diri kat mana, cakap apa pun tentang pedekatan Islam Hadhari depa bukan mau dengar. kerja lain tak buat, paling senang buat kerja mansuh apa2 benda yang dah dok ada di buat kerajaan dulu, depa hak reti buat dah jadi pemerintah ni pun dok masuk kampung buat ceramah kutuk orang ni kutuk orang sana, depa bukan lagu pemimpin hak cerdik yang jumpa rakyat sebagai pemerintah berucap seperti contoh, tuan2 dan puan2 rakyat negeri selangor/Perak/Kedah/Penang, pru12 telah berakhir dan telah terbukti Tuhan telah takdirkan rakyat memberi undi kepada Parti DAP, PAS, dan PKR menjadi pemerintah maka saya selaku MB menyeru semua rakyat melayu, cina, india tidak mengira idologi politik untuk sama2 bekerja membantu bagi memajukan Negeri selangor/Perak/Kedah/Penang demi masa depan kita bersama. Ni nak ajar mai..

  2. AbangTuah

    Itu konsep islam hadari sudah lama ada sejak zaman El-Cordoba dulu la…apa mau kalut-kalut..itu konsep saja. Itu madsud ISLAM HADARI adalah MASYARAKAT ISLAM MENUJU KEARAH PENCAPAIAN KEGEMILANGAN DUNIA DAN KEMENANGAN AKHIRAT…apa itu ada salah ka?

  3. Memang salah…..kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Walaupun itu cuma konsep, tetapi bagaimana dengan perlaksanaanya….Umno khususnya BN telah lama memerintah, tetapi di manakah letaknya ugama Islam sebagai ugama rasmi. Adakah itu hanya konsep sahaja?…..Lihatlah Mahkamah Syariah kita dan isu-isu murtad yang semakin berleluasa sekarang…dimanakah peranan Pak Lah sebagai keturunan alim-ulamak untuk merperbaiki keadaan ini?….Fikir-fikirkanlah….isu pusat-pusat maksiat telah lama berlaku di zaman Pak Lah lagi…janganlah kita hanya menuding jari sahaja, marilah kita sebagai umat Islam di Malaysia ini, sama-sama memikirkan cara agar Islam itu diangkat ke martabat yang paling tinggi di bumi Malaysia ini….sekian insan prihatin

  4. buat aper nak islam hadhari…Islam 2 dah cukup,ia mewakili selamanya,islam 2 memang dah lenkap..Klau mcm 2 knaper ALLAH x letak namer agamer nih mcm 2..pk la sindri oii..lagi satu nih…cube hang p tanya pak arab maner2…aper islam hadrari 2??…nak tengok apa jawap mai…

  5. Kuntakinte

    Seperti kuntakinte ulas diatas, diaorang ni kalau sebut aje Islam Hadhari diharamkan sebab Kerajaan BN punya produk tapi produk babi dibolehkan malah bagi lagi peruntukan untuk mudah babi tu beranak pinak. dunia….manusia…melayu….
    tak hairan nanti masa depan Kerajaan BN dulu perkenalkan satu kampung satu produk, Kerajaan PKR sekarang perkenalkan satu rumah satu ekor babi sebab nak tolong rakyat Selangor cari duit lebih beli beras.

  6. AbangTuah

    Insan prihatin dan Hish, ok…aku hormati pandangan saudara-saudara…walau bagaimana pun disini aku sertakan pendekatan, prinsip dan perlaksanaan Islam Hadhari untuk kita renungkan bersama.

    Pendekatan Islam Hadhari menggariskan 10 prinsip asas yang boleh diterima pakai dalam semua keadaan tanpa mengira masa, tempat dan perbezaan agama dan kaum. Semua prinsipnya sentiasa relevan dalam urusan kehidupan harian.

    Prinsip Islam Hadhari yang dimaksudkan adalah:-
    * Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi.
    * Kerajaan adil dan beramanah.
    * Rakyat berjiwa merdeka.
    * Penguasaan ilmu pengetahuan.
    * Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif.
    * Kehidupan berkualiti.
    * Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
    * Keutuhan budaya dan moral.
    * Pemeliharaan alam semula jadi.
    * Kekuatan pertahanan.

    Pelaksanaan prinsip itu dalam sistem berkerajaan membentuk sebuah negara yang berintegriti. Hal ini kerana jentera pentadbiran akan dipandu dengan penuh tanggungjawab sosial berlandaskan takwa kepada Maha Pencipta. Kesannya adalah suatu hari nanti, Malaysia akan dihormat dan dicontohi di peringkat antarabangsa.

    Isu-isu murtad dan pusat maksiat sudah tentu akan diuruskan dan akan diatasi oleh JAKIM, mungkin akan ada sedikit masaalah dari segi perlaksanaan dan penguatkuasaan tetapi itu biasalah manusia itukan bersifat lemah.

    Isu Islam hanya ugama rasmi…bukan Malaysia negara islam, pada pandangan peribadi aku ialah sebagai seorang Islam aku memang impikan Negara ini menjadi Negara Islam Islam yang 100% melaksanakan hukum-hukum Islam…akan tetapi aku tak yakin ia dapat di realisasikan oleh pihak PAS..atau mana-mana pihak sekali pun dan lagi pun sekarang kita lihat PAS pun dah berdolak-dalih dalam menegakan dasar perjuangan mereka demi menjaga hati kaum dan ugama lain.

    Pada pandangan aku orang islam sekarang lebih bersifat material..lebih kepada keduniaan…ingin kemewahan..pendapatan tinggi, kereta besar,rumah besar, hidup senang, pangkat, kuasa dan segala lagi kemewahan dunia. Hanya beberapa kerat sahaja hati mereka yang begitu zuhud dan zahid iaitu benar-benar cintakan ALLAH dan mencari akhirat. Yang selebihnya adalah mengikut-ikut sahaja…cuma simpan niat sahaja..janji tidak dikatakan menghalang perlaksanaan hukum Islam. Ini tidak cukup untuk betul-betul merealisasikan perlaksanaan Negara Islam dan hukum-hukumnya. Proses menegakan Negara Islam sebenar ialah dengan menerapkan nilai-nilai dan pendidikan agama Islam yang cukup tinggi kepada orang Islam dan memberikan kefahaman yang cukup dalam kepada orang bukan Islam bahawa Islam untuk semua…dan ini perlu dilakukan secara beperingkat dan berterusan dan bukan pula secara paksa…dan ianya tidak mungkin akan terjadi sekelip mata atau besok sebelum ayam berkokok. Adakah pihak PAS sudah memberikan pendidikan Islam kepada pihak DAP dan kuliah agama Islam kepada pihak PKR dan adakah mereka setuju….

    Pada pandangan aku bagi melaksanakan Negara Islam dan Hukum-hukum Islam sepenuhnya bukan sekadar berjanji besok sebelum ayam berkokok kita akan laksanakan…Sekiranya hendak dilaksanakan juga secara paksa maka pengobanan, ujiannya dan dugaannya cukup berat. Pengorbananya amat besar…bukan sekadar pengorbanan air lior sahaja. Kesanggupan orang islam sendiri berkorban apa sahaja…harta…wang…dan nyawa…demi menegakan Negara Islam…Firman ALLAH…’belum beriman sesaorang hamba itu selagi belum ku uji keimanan mereka’. Aku nak minta pendapat, betul-betul relakah orang islam kini berkorban apa sahaja demi Islam…he…he..tentu engkau akan kata asalkan harta,pangkat,kemewahan,rumah besar,kereta besar dan anak isteri masih ada dan tak terjejas tak da masalah.

    Pihak pembangkang sentiasa mengesa kerajaaan mengistiharkan Negara Islam dan menegakkan hukum-hukumnya…akan tetapi aku ragui keiklasan hati mereka…aku khuatir ianya adalah semata-mata bersifat politik. Sekiranya kerajaan tidak menurut akan cadangan mereka, ini akan dijadikan isu bagi membuktikan kerajaan sekarang tidak cukup islam…Pihak PAS juga tahu sekiranya kerajaan melaksanakan saranan mereka ini bererti perpecahan akan berlaku kepada kerajaan BN dan terus tersungkur. PAS, PKR dan DAP sudah tentu akan berjaya memerintah. Apabila ditanya kelak kenapa PAS tidak mengistiharkan Malaysia Negara Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya…maka mereka akan menjawab…demi menjaga kebajikan parti komponen kami maka kita dirikan Negara kebajikan cukuplah. Pada kepahaman aku PAS sekarang ini semata-mata ingin memerintah sahaja…aku lebih respek PAS dulu-dulu.

  7. Kuntakinte

    mana komen korang ni… aku dah boring ni.

  8. Kuntakinte

    Hebat abangtuah… tepat dan lengkap penjelasan mengenai Islam hadhari, tapi mana diorang nak terima dan faham, hati diorang dan tertutup, hitam, jumud, taksub, walaupun betul tetap kata tak betul, abangtuah lebih baik cakap dengan budak tadika lagi diorang faham, ulamak diorang dah bagi ceramah dimerata kampung mengatakan UMNO nak buat hukum Islam baru, depa tetap kata itu Islam UMNO, ulamak depa kata orang UMNO Kafir, depa ikut, sekarang depa dah baik dengan DAP Kafir Harbi depa tukar UMNO bukan Kafir tapi zalim, dulu jadi pembangkang depa hentam UMNO sebab bagi cina bela babi, bila depa perintah dah boleh bela babi, jangan makan je, sentuh takapa boleh samak.
    Diorang kata diorang cerdik agama tapi dengar istilah Islam Hadhari depa terkejut macam baru dengar. bahasa istilah Islam Hadahri bukan baru, Ilmuan Islam Arab dah lama gunakan seperti Said Ramadhan al-Bouti, Abdul Muem Abu Futuh dari Ilkwan Muslimun, Ahmad Al Masalamani. Ilmuan Islam seperti Al Qaradawi pun banyak menyentuh konsep Islam Hadhari iaitu al-Fiqh al-hadhari (Fiqah peradaban), al suluk al-hadhari (Perilaku beradab) dan al-bina’ al- hadhari (pembangunan peradaban) jadi apa mustahil nya depa nak terima istilah Islam Hadhari, bukannye Islam Hadhari menyuruh sembahyang niat je, puasa tak payah, haji tak payah buat,. yang wajib tetap wajib. ngok…. takbir!!! sebut lemah lembut.. nak ajar mai

  9. AbangTuah

    Kuntakinte aku nak tambah sikit lagi bagi saudara Hish tu faham…fasal aku tahu dia orang ni tak baca akhbar.

    ’90 ulama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan 1,000 ulama yang menghadiri multaqa alumni al-Azhar awal tahun ini, “telah sepakat menerima pendekatan Islam hadhari”.’

    Dengan keterangan dari petikan akhbar diatas aku tak ragu-ragu lagi dalam menerima konsep Hadariah Al-Islamiah ini.

    ‘Islam-Hadhari’ dan ‘Islam hadhari’ apa bezanya…aku nak tanya pakar bahasa.

  10. AbangTuah

    Bantuan pakar bahasa diperlukan disini sebab aku yakin ada perbezaan madsud bagi ‘Islam-Hadhari’ dan ‘Islam hadhari’

    Sekiranya mengikut pendapat aku penjelasannya sebagaimana di bawah…akan tetapi sekiranya salah minta tolong diperbetulkan.

    ‘Islam-Hadhari = Dua perkataan jadi satu perkataan membawa makna Islam baru

    ‘Islam hadhari = Dua perkataan tidak disatukan membawa madsud Ketamadunan Islam = Hadhari Al-Islamiah

    Logikalnya adalah seperti berikut;

    ‘Hadhariah Al-Islamiah’ tidak boleh dimelayukan dengan ‘Hadhari Islam’ atau ‘Hadhariah Islam’ yang sumbang bunyinya dan tidak pula membawa madsud atau Hadharikan Islam’ yang bermadsud Islam perlu ditamadunkan atau ‘Islam hadhariah’ yang bunyi pelik macam sesuatu tarekat.

    Pada pandangan peribadi jika ‘Hadhariah Al-Islamiah’ apabila dimelayukan ia akan lebih tepat berbunyi ‘Islam hadhari’ dan perkataan Islam itu sendiri adalah objeknya yang sifatnya tetap dan tidak berubah dan hadhari adalah subjeknya yang boleh berubah-ubah mengikut objeknya iaitu islam.

    Jadi berdasarkan penganalisaan peribadi aku, rumusannya adalah ‘Islam hadhari’ = Dua perkataan yang tidak disatukan itu lebih tepat kepada membawa madsud Ketamadunan Islam = Hadhari Al-Islamiah

  11. insan yg prihatin jugak

    Salam..

    w/pun sy bukan penyokong mana-mana pihak (UMNO/PAS/PKR) ke… sebagai seorg muslim, saya amat mengalu-alukan pengharaman Islam Hadhari. saya rasa ramai sbnrnye yg mengalu2 kan perkara ini dan mereka ini bukanlah terikat pada mana-mana parti. tetapi sayangkan agama Islam sebenarnya.

    saya pernah ke melaka dan semasa saya menyertai satu aktiviti melawat melaka.. tourist guide tersebut menyatakan, “… muslims in m’sia practise islam hadhari.” amat terguris perasaan saya pada tika itu. Sejak bila saya memberikan consent saya utk dilabel menganut Islam Hadhari? Mengapa tidak dinyatakan Islam sahaja!!!!????? jika benar tiada perbezaan antara islam dan islam hadhari.. mengapa perlu menyebut perkataan hadhari? kalau bukan islam hadhari.. maka muslim yg islam sahaja takkan maju???

    mengapa perlu ada 10 perkara yg di highlight dalam ‘islam hadhari’? apa kalau tidak mendokong islam hadhari, wanita akan tertindas (antara prinsip islam hadhari)?????

    mengapa tidak dititik-beratkan sumber utama rujukan umat islam iaitu -al-quran dan sunnah?mengapa tidak di titik beratkan rukun iman dan rukun islam? ia bagaikan mengambil sebahagian dan menolak sebahagian.

    biarlah Islam = Islam… tidak perlu ditambah tolak dan memeningkan kepala org ramai – muslim @ non-muslim. tidak perlulah me- ‘re-brand’ Islam kerana Islam bukanlah sebuah produk untuk jual beli. islam dulu, kini dan akan datang adalah sama…

    ada saudara yg mengutarakan tentang isu babi. wallahua’lam, saya juga kurang arif tentang ini. tidak ternyata bahawa kita boleh membela atau tidak. namun yg pasti, kita haram untuk makan haiwan ini. w/pun begitu, saya tidaklah pula menyokong isu membina kandang babi.

    saudara sekalian, yg betul benar kita terima. yang salah kita tolak. tidak ada kaitan dgn ideologi parti. malah memperjuangkan kebenaran agama lebih penting dari ideologi parti. jgn la kita politik kan isu Islam. Kita patut lebih takutkan Allah daripada perkara yang lain.

    Wallahua’lam.

  12. zam

    Jangan gaduh2 fasal politik mari kita bersatu padu PRU 12 dah habis mari kerja la pulak

  13. AbangTuah

    Saudara zam kerja kami tetap seperti biasa…tapi bersatu dengan puak jumud dan taksub tu…rentikan mereka apa tahu tentang perpaduan ummah…pemusnah umah memang terror. Nak tau tak..UMNO akan ketingalan jauh sekiranya kita tidak mengambil langkah drastik mengempur mereka…habis-habisan sebab mereka ni setiaphari berpolitik,ceramah ugama politik,khutbah politik, berbual politik,sembahyang bertuhankan politik,panampilan politik dan sebagainya. Mereka seolah-olah telah melebihkan politik dari agama dan perpaduan ummah itu sendiri. Wahai PEMUDA UMNO SEMUANYA AYOH BANGUN, GEMPUR MEREKA DENGAN PENA KITA. Inilah sebahagian sumbangan kita terhadap bangsa, agama dan Negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s