Selangor nafi janji tutup kilang arak, kandang babi

SHAH ALAM 26 Mei – Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali menafikan parti itu pernah berjanji untuk menutup semua pusat hiburan termasuk kilang arak dan kandang babi, sekiranya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu.

Sebaliknya beliau berkata, janji itu tidak pernah dibuat kepada rakyat ketika kempen-kempen pilihan raya sebelum ini, termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac lalu.

Malah, beliau turut mencabar mana-mana pihak supaya tampil mengemukakan bukti yang menunjukkan mana-mana pemimpin Pas termasuk dirinya membuat janji itu kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu.

“Jika ada yang mendakwa saya dan ahli Pas lain yang membuat janji ini, saya cabar mereka kemukakan tunjukkan bukti daripada mana-mana sumber.

“Jika mereka ada bukti, sila tunjukkan kepada saya bahawa bahawa Pas ada membuat janji-janji ini kerana kita tidak pernah membuat janji sedemikian.

“Hari ini, kita telah berjaya mentadbir negeri ini di bawah pakatan pembangkang,” katanya ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang masuk hari terakhir di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan berhubung janji Pas untuk menutup kilang arak serta penternakan babi di Selangor sebagai satu daripada usaha parti itu untuk membentuk kerajaan Islam di negeri itu ketika kempen pilihan raya umum baru-baru ini.

Bagaimanapun, janji berkenaan dilihat hanya retorik politik semata-mata kerana tiada sebarang tindakan dilakukan ke atas pusat-pusat berkenaan walaupun Pas bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. – sumber utusan

nota: bagaimana pula dengan projek ladang babi rm100juta..tak janji di dalam manifesto pun untuk buka ladang babi…tapi akhirnya bersetuju nak buka juga..apa cerita ni wahai hassan ali??

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Selangor nafi janji tutup kilang arak, kandang babi

  1. Kuntakinte

    Hassan Ali le sekarang ni pejuang besar Islam Selangor, nanti usah kan bela babi, nanti dia buat kandang besar projek bela harimau pula, sapa rakyat yang pertikaikan menifesto diorang dia campak dalam kandang harimau…kah..kah…

  2. mok

    abang Hassan penakut, tak macam abang Mukriz….abang Hassan penakut, tak macam abang Mukriz….abang Hassan penakut, tak macam abang Mukriz…abang Hassan penakut tak macam abang Mukriz…abang Hassan penakut, tak macam abang Mukriz….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s