Daily Archives: May 28, 2008

UMNO yang terbaik – Ezam

Dia pernah berada di dua parti…UMNO yang terbaik

<!—
—>

Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor sah memohon untuk menyertai semula UMNO apabila menyerahkan borang permohonan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang Rabu dengan yuran sebanyak RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup parti itu.

Abdullah dalam sidang media selepas pertemuan kita-kira setengah jam dengan Ezam berkata, kemasukkan Ezam boleh memperkukuhkan perjuangan UMNO.

“Ya dia mohon untuk masuk UMNO… pada saya kalau masuk UMNO tentu akan membantu untuk kebaikan dan kekuatan UMNO kalau tidak buat apa masuk UMNO tentu ada niat untuk sama-sama berjuang dalam UMNO… UMNO parti politik bukan syarikat kalau syarikat tentu nak cari untung,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan-soalan wartawan berhubung hasil pertemuan beliau dengan Ezam yang berlangsung di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Menjelaskan kepada beberapa soalan, Abdullah berkata, Ezam ingin kembali kepada UMNO dan akan terus berjuang dalam parti sesuai dengan matlamat serta perjuangan parti itu.

Ditanya adakah Ezam akan menjadi ‘musuh dalam selimut’ kepada UMNO kerana beliau terlalu rapat dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah menjelaskan “ Tak de lah, saya ingat dia ikhlas…bila dia nak masuk saya terimalah dan boring yang diserahkan akan dihantar kepada cawangan berkenaan”.

Ditanya adakah Ezam akan diberikan tanggungjawab khusus untuk menawan semula Selangor, Abdullah menjelaskan, tiada tugas khusus diberikan kepada Ezam buat masa ini.

Kepada satu soalan apakah keistimewan Ezam hingga membawa kepada penerimaanya kembali semula ke UMNO, Presiden UMNO itu berkata “Keistimewaannya dia dah berada di kedua-dua parti dan akhirnya melihat UMNO lebih baik”.

Ditanya adakah akan ada bantahan khususnya dari Pemuda UMNO terhadap penerimaan kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO, beliau berpendapat perkata itu tidak timbul.

Terdahulu semasa tiba di bangunan Parlimen, Ezam berkesempatan bertemu dengan beberapa ahli Jawatankuasa Pengurusan UMNO. Antaranya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Bendahari UMNO, Datuk Seri Mohd Azim Zabidi.

Ezam yang datang diiringi oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Farid Wan Wan Salleh.- 28/5/2008 sumber agendadaily

nota: Tahniah dan syabas buat Ezam Mohd Noor kerana membuat pilihan tepat dengan masuk semula ke dalam UMNO.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ezam serah borang keahlian sertai UMNO

KUALA LUMPUR 28 Mei – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor menyerahkan borang keahlian menyertai UMNO kepada Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Penyerahan borang itu disampaikan sendiri oleh Ezam kepada Abdullah yang juga Perdana Menteri di bangunan Parlimen, hari ini. – Utusan

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Henti keluar kenyataan cabar orang Melayu

MELAKA 28 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta Penasihat DAP, Lim Kit Siang menghentikan perbuatannya mengeluarkan kenyataan berkaitan ketuanan Melayu kerana ia mencetuskan suasana tidak selesa di kalangan orang Melayu di negara ini.

Menurut beliau, Kit Siang tidak sepatutnya mempertikaikan ketuanan Melayu kerana ia sememangnya hak mutlak orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini.

“Kit Siang tidak perlu sibuk-sibuk mengeluarkan kenyataan berkaitan ketuanan Melayu kerana tanah ini hak orang Melayu, jadi, tiada siapa yang berhak boleh mempertikaikannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kit Siang di Parlimen baru-baru ini yang mendakwa rakyat hari ini telah bosan dengan konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu.

Mohd. Ali berkata, konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu jelas tercatat dalam sejarah dan tidak perlu diungkit-ungkit terutama oleh pihak pembangkang.

Kata Ketua Menteri Melaka itu, DAP sengaja membangkitkan isu tersebut semata-mata ingin menarik perhatian rakyat dan pada masa sama tidak mempedulikan perasaan orang Melayu.

Beliau menjelaskan, ketuanan Melayu bukan menganggap kaum lain sebagai hamba dan berlagak sebagai `tuan’ seperti yang dianggap oleh DAP.

“Pembangkang amat jelas tidak memahami konsep tersebut.

“ Kit Siang tidak tahu konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu sebab itu beliau boleh buat kenyataan sedemikian,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Ali turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Selangor mengharamkan sebarang program berkaitan konsep Islam Hadhari yang dilihat lebih bersifat politik dan tidak mementingkan soal masyarakat itu sendiri.

Katanya, penganjuran Islam Hadhari telah diiktiraf oleh para mufti dan ulama tempatan malah disokong oleh negara-negara jiran terutama di kalangan negara Dunia Melayu Dunia Islam.

“Memang jelas pembangkang yang memimpin kerajaan Selangor sekarang tidak tahu langsung konsep Islam Hadhari, mereka hanya ingin mainkan isu ini kerana untuk menarik perhatian rakyat untuk menyokong mereka,” katanya. -utusan

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Masalah ke laman blog ini

salam semua

penulis menerima email dari beberapa pengunjung yang menghadapi masalah utk access ke laman web ini dengan menggunakan url http://www.pemuda-enggang.org

masalah ini adalah akibat penggunaan proxy setting di dalam rangkaian masing-masing.

walaubagaimanapun, laman web ini boleh diakses terus melalui https://pemudaenggang.wordpress.com

Sekian harap maklum

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

DAP dicabar buktikan ketuanan Melayu langgar Perlembagaan

KUALA LUMPUR 27 Mei – Pihak tertentu yang masih mempertikaikan hak istimewa dan ketuanan Melayu adalah golongan yang buta sejarah dan sengaja mewujudkan sentimen bagi kepentingan politik masing-masing.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar (gambar) berkata, ia tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana kedua-dua perkara itu telah dipersetujui oleh semua kaum sejak zaman sebelum merdeka.

”Jadi, hak istimewa dan ketuanan orang Melayu seperti kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan agama Islam sebagai agama rasmi tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

”Kalau ada yang mempersoalkannya (ketuanan Melayu) terutama DAP, saya cabar mereka untuk buktikan bahawa konsep itu menyalahi Perlembagaan (Persekutuan) negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 Majlis Amanah Rakyat (Mara) Peringkat Ibu Pejabat, Wilayah Persekutuan dan Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan dua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Dr. Tan Seng Giaw yang mengatakan konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu kini tidak lagi relevan serta harus digantikan dengan konsep ketuanan Malaysia.

Pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen semalam, kedua-dua pemimpin DAP itu mendakwa rakyat negara ini sudah bosan dengan konsep ketuanan Melayu dan perkara itu diterjemahkan apabila pihak pembangkang menang di lima negeri pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang dan Pengerusi Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara menambah, orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini telah banyak berkorban terhadap hak mereka.

Menurutnya, hak-hak warganegara Malaysia yang lain seperti kebebasan memilih kerajaan dan kebebasan beragama tidak pernah disekat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Justeru, beliau menasihatkan DAP agar tidak memainkan isu sensitif sebegitu yang hanya akan mengelirukan rakyat.

nota: Tindakan biadap DAP dengan memainkan sentimen perkauman pada pilihanraya yang lepas sememangnya membuahkan hasil utk mereka. Disebabkan itu mereka masih lagi menjadi satu-satunya parti yang memainkan isu ketuanan melayu. Slogan Undi MCA dan MIC adalah Undi UMNO merupakan sentimen perkauman yang dimainkan oleh mereka. Parti DAP ini merupakan adinda kepada parti PAP Singapura yang diketuai oleh Lee Kuan Yew yang menjadi duri dalam daging semasa terkeluarnya Singapura dari Malaysia. Penulis berasa hairan kenapa masih ada orang Melayu yang menyokong ideologi kolot parti DAP ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ghapur Salleh letak jawatan Timbalan Menteri Sumber Asli

sumber mstar

TAWAU: Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Ghapur Salleh meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkuatkuasa pada  hari Rabu.

Beliau memberitahu Bernama hari ini bahawa surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya malam Rabu.

Ghapur, yang menang tanpa bertanding dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, berkata beliau akan terus menjadi wakil rakyat dan Ketua Umno Bahagian Kalabakan.

Ketika ditanya mengapa beliau mengambil keputusan itu selepas lapan hari menerima pelantikan itu, Ghapur berkata :”Saya tidak mahu terikat dengan tugas sebagai timbalan menteri kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada penduduk di Kalabakan.”

Ghapur, 64, berkata beliau mempunyai ramai anak yang menuntut di luar negara dan sekiranya terikat dengan tanggungjawab sebagai timbalan menteri ini akan membatasi waktu untuk beliau melawat anakanaknya.

Beliau merupakan Anggota Parlimen kedua dari Sabah dan orang ketiga yang melepaskan jawatan timbalan menteri pusat setelah pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Sejurus selepas Abdullah mengumumkan barisan kabinet pada 18 Mac, Anggota Parlimen Kimanis Datuk Anifah Aman menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan, manakala Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar menolak jawatan Timbalan Menteri Luar. BERNAMA

nota: tindakan meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri sudah dijangkakan oleh ramai pihak. adalah diharapkan agar wakil dari Sabah terus diberi peluang untuk memegang jawatan ini. Keputusan untuk menumpukan masa di kawasan Datuk Ghapur Salleh adalah sesuatu usaha yang amat diperlukan tatkala negeri Sabah agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri-negeri lain. Diharap Datuk Ghapur Salleh akan terus bersuara untuk rakyat sabah.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Perang’ sambutan…

Kebetulan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad sama-sama menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei Mengenai Masa Depan Asia ke-14 di Tokyo minggu lalu.

Kebetulan juga kedua-dua Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri pulang ke tanahair Selasa.

Abdullah tiba jam 9.30 malam di Lapangan Terbang Tententera Udara Subang manakala Dr Mahathir jam 5 petang di terminal Petronas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Selalunya memang ada yang datang menyambut kepulangan Abdullah dari lawatan rasmi ke luar negara.

Dr Mahathir pula yang selalu menghadiri sidang antarabangsa di sana sini keluar masuk negara tanpa mencuri perhatian.

Andaian yang selamat dapat dibuat ini mesti ada kaitan dengan senario politik semasa bila kepulangan kedua-dua mereka Selasa ‘disambut hangat’ oleh para penyokong di lapangan terbang.

Hampir 1,000 orang datang ke lapangan terbang Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Ini termasuk mereka yang datang dengan beberapa buah bas dari Jerlun,Kedah.

Adanya usaha menyambut kepulangan Dr Mahathir mula jadi perbualan beberapa hari lalu bila disebarkan menerusi SMS dan internet.

Mereka yang datang bagaimanapun terpecah di sana sini bila polis membuat sekatan jalanraya 1 kilomiter dari balai ketibaan orang kenamaan lapangan terbang itu.

Ada yang membawa bersama kain rentang yang antaranya bertulis ‘ Selamat pulang pahlawan Melayu’ dan Tun Mahathir kami tetap bersamamu’.

Dr Mahathir yang tiba dengan pesawat ekskutif Petronas kemudiannya telah berucap sekitar lima minit dari bumbung sunroof kenderaannya kepada orangramai yang datang menyambutnya.

Beliau antara lain mengkiritik kepimpinan Abdullah dan menyentuh tentang isu Pulau Batu Puteh.

Sementara itu Abdullah pula disambut oleh 2,500 orang.Ada juga yang datang dari Pulau Pinang.

Ada yang membawa bersama mereka kain-kain rentang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri.

Difahamkan ramai juga yang tidak sempat sampai ke lapangan terbang itu kerana pesawat ekskutif kerajaan yang membawa Perdana Menteri tiba setengah jam lebih awal dari yang dijadualkan.- sumber agendadaily

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda