UMNO yang terbaik – Ezam

Dia pernah berada di dua parti…UMNO yang terbaik

<!—
—>

Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor sah memohon untuk menyertai semula UMNO apabila menyerahkan borang permohonan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang Rabu dengan yuran sebanyak RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup parti itu.

Abdullah dalam sidang media selepas pertemuan kita-kira setengah jam dengan Ezam berkata, kemasukkan Ezam boleh memperkukuhkan perjuangan UMNO.

“Ya dia mohon untuk masuk UMNO… pada saya kalau masuk UMNO tentu akan membantu untuk kebaikan dan kekuatan UMNO kalau tidak buat apa masuk UMNO tentu ada niat untuk sama-sama berjuang dalam UMNO… UMNO parti politik bukan syarikat kalau syarikat tentu nak cari untung,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan-soalan wartawan berhubung hasil pertemuan beliau dengan Ezam yang berlangsung di pejabatnya di bangunan Parlimen.

Menjelaskan kepada beberapa soalan, Abdullah berkata, Ezam ingin kembali kepada UMNO dan akan terus berjuang dalam parti sesuai dengan matlamat serta perjuangan parti itu.

Ditanya adakah Ezam akan menjadi ‘musuh dalam selimut’ kepada UMNO kerana beliau terlalu rapat dengan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah menjelaskan “ Tak de lah, saya ingat dia ikhlas…bila dia nak masuk saya terimalah dan boring yang diserahkan akan dihantar kepada cawangan berkenaan”.

Ditanya adakah Ezam akan diberikan tanggungjawab khusus untuk menawan semula Selangor, Abdullah menjelaskan, tiada tugas khusus diberikan kepada Ezam buat masa ini.

Kepada satu soalan apakah keistimewan Ezam hingga membawa kepada penerimaanya kembali semula ke UMNO, Presiden UMNO itu berkata “Keistimewaannya dia dah berada di kedua-dua parti dan akhirnya melihat UMNO lebih baik”.

Ditanya adakah akan ada bantahan khususnya dari Pemuda UMNO terhadap penerimaan kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO, beliau berpendapat perkata itu tidak timbul.

Terdahulu semasa tiba di bangunan Parlimen, Ezam berkesempatan bertemu dengan beberapa ahli Jawatankuasa Pengurusan UMNO. Antaranya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Bendahari UMNO, Datuk Seri Mohd Azim Zabidi.

Ezam yang datang diiringi oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Farid Wan Wan Salleh.- 28/5/2008 sumber agendadaily

nota: Tahniah dan syabas buat Ezam Mohd Noor kerana membuat pilihan tepat dengan masuk semula ke dalam UMNO.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “UMNO yang terbaik – Ezam

  1. Kuntakinte

    Kalau itu anwar mau bertanding pilihanraya kecil kita kasi dia lawan sama Ezam, kita tengok sapa yang rakyat sokong. rakyat sudah tahu ini anwar kaki tipu, dulu cakap sakit la tengkok lah, sakit pinggang lah, pegi sana german honneymoon, sekarang dia tipu lagi sama rakyat cakap AP sabah dan sarawak mahu lompat parti lah sudahnya orang kanan dia sudah melompat. anwar…anwar..

  2. Battleship

    Semua ahli PKR anda dijemput masuk UMNO, kita berjuang dalam UMNO, buktikan perjuangan anda untuk membersihkan rasuah dengan bermula menjadi ahli UMNO. Berjuang untuk rakyat dalam UMNO, kita bersihkan UMNO dengan ahli2 baru & muda yang berkeyakinan tinggi seperti anda.

    UMNO masih releven untuk pemuda seperti anda!

  3. AbangTuah

    Alhamdullilah..shabas kepada semua bekas-bekas PKR yang telah kembali kepada kebenaran. Aku nampak ini adalah satu tamparan hebat kepada PPR(pakatan Pemusnah Rakyat). Maka tidak dapat disangkal lagi bahawa PPR itu sebenarnya yang kecundang dan tak relevan untuk Malaysia.

    Demi kebenaran, aku sokong cadangan mereka untuk menjelajah keseluruh tanahair…dan aku mesti tak lepaskan peluang tersebut. Terangkan kepada rakyat Malaysia tentang kepincangan yang ada di dalam PKR dan PPR itu. Terangkan juga segala kebenaran di dalam UMNO yang telah anda yakini bagi menyandarkan segala harapan anda untuk menuju arah kegemilangan ummah.

    Serulah semula anak-anak muda di dalam PKR agar kembali bersatu tenaga dan usaha di dalam UMNO agar dapat kita berjuang dengan lebih jitu dan bersepadu..inshaallah.

  4. Kuntakinte

    Abangtuah, haa.. baru cantik dan sedap didengar la… itu bahasa PPR(Pakatan Pemusnah Rakyat) laaa…, Mari!!!! mari!!!! ramai2 jom kite masuk UMNO weh… panas!!! panas!!! macam sate panas la…..

  5. mok

    Ayuh.. anak-anak muda simpatisan PKR. Ezam dah mengaku, matlamat beliau dan PKR nak bebaskan Anwar dah ditunaikan oleh Pak Lah. Setakat tu.. mission tercapai.
    Nak perangi rasuah, BPR otw menjadi Suruhanjaya. Nak betulkan sistem kehakiman, Suruhanjaya Lantikan dibentuk. Tun Salleh Abbas dan rakan2 diberi ex-gratia. Nak tonton live telecast persidangan dewan rakyat ? Dah jelas nampak.. MP Pembangkang just wasting their time. Samada buat lawak bodo (Padang Serai) atau just korek hidung, especially yang ambil gambar Lingam tu.. you all bagi elaun buta aja kat dia, berbelas tahun duduk kat Shanghai, boleh ke nak berhujah lawan Bung ?
    Now everything on the right track. Mereka yang berada dalam UMNO sendiri, kalau cuba nak menongkah arus, aku yakin pasti akan tercampak.
    So.. my dear brothers, demi Agama, Bangsa dan Negara, kalau sesungguhnya darah kalian mengalir semangat Pejuang Melayu, maka sila timbangkan untuk kembali ke pangkuan UMNO. Agak payah dimengerti.. bagaimana seorang yang mengaku berjiwa Melayu, harus terus duduk dan melucutkan jati diri melayu di dalam parti PKR yang tidak lagi berpegang kepada prinsip dominasi melayu. Bukti yang nyata.. berapa kerat MP melayu daripada 31 MP PKR ?
    DAP juga mengaku multi-racial party, namun dominasi cina begitu terserlah tidak seperti PKR.
    Lastly, mari kita membuat penambah baikan kepada UMNO sebagai wadah tulin perjuangan orang-orang melayu.

  6. AbangTuah

    Kenapa aku tolak PAS, PKR dan DAP dan tetap dengan UMNO

    Aku tak pilih DAP
    DAP bak kat orang, pura-pura parti multi racial.

    Aku tak sokong PKR –
    Tiada tujuan perjuangan sebenar masih terumbang-ambing…silap-silap hari bulan MP Hutan Jerai ambil alih pucuk pimpinan kerana lagi terror autanya.

    Aku tak sokong PAS
    kerana tindak-tanduk ala-extremist tidak sesuai dengan budaya melayu, dan tidak berjaya memupuk perpaduan umah…lebih cenderung meramaikan extremist dan pemberontak. Ramai masyarakat Islam yang dah terdidik dengan kehamonian, ketatasusilaan dan kesopanan yang tinggi tak akan memilih.

    Aku masih memilih UMNO walau ada sikit-sikit slackening…tapi sikit-sikit tu biasalah janji boleh diperbetulkan……itulah yang terbaik yang ada…bak kata MOK..tumbang UMNO tumbanglah orang Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR…tumbang jugalah Jihad Islam..UMNO, PAS dan PKR. Itu sebab aku masih tetap dari dulu kini dan selamanya bersama UMNO demi bangsa MELAYU DAN AGAMA ISLAM.

    Jadi bagi yang duduk atas pagar tu atau yang benci tapi rindu tu tunggu apa lagi kembalilah kepada perjuangan sebenar iaitu UMNO yang ku lihat kini telah dah menarik sauh, melabuhkan layar dan membetulkan kompas menghala kedestinasi yang lebih cermerlang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: