Antara Komen Ezam nak masuk UMNO

petikan agendadaily

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden Azmin Ali senada menilai langkah bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda parti itu Ezam Mohd Noor nak masuk UMNO langsung tidak menjejaskan pembangkang.

Kedua-dua mereka yang ditemui di lobi Parlimen berkata ini kerana Ezam sudah lama bukan lagi ahli PKR.

“Itu pilihan dia,”kata Wan Azizah.Manakala Azmin yang mulanya agak keberatan nak komen berkata, “ saya tak perlu komen kerana dia bukan ahli Parti Keadilan Rakyat….bahkan parti bukan bersandarkan kepada satu individu…kekuatan parti bersandarkan kepada sokongan rakyat yang mahukan agenda perubahan.

“Dari segi lojiknya orang yang paling lama dalam UMNO Tun Dr Mahathir pun sudah istihar UMNO sebuah parti yang rosak…dia sendiri telah keluar dari UMNO jadi saya tak perlu komen lebih dari itu,”katanya yang diketahui umum mempunyai hubungan yang dingin dengan Ezam.

Kedua-dua Azmin dan Ezam sebelum ini merupakan tunjang Parti Keadilan Nasional iaitu nama asal PKR.

Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang diminta mengulas pula memberitahu beliau bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Ezam.

“Kami kawan lama,maklumlah dia keluar (dari UMNO ) dulu bukan dalam keadaan yang menyeronokan .Kita bersihkan yang lama supaya nanti tiada yang membelenggu beliau berjuang bersama kita.

“Saya terfikir juga bagaimana dia tergerak hati untuk bersama-sama dengan kita,mengapa orang yang begitu rapat dengan Anwar seperti Chandra ( Dr Chandra Muzaffar) dan Nalla ( Datuk Nallakaruppan) juga sudah kecewa dengan Anwar.

“Semua ini menimbulkan tandatanya kepada saya secara peribadi hingga berjumpa dia nanti.Tempat dan tarikh belum ditetapkan,”katanya.

Ditanya mengenai penerimaan ahli UMNO pada Ezam beliau berkata itu bergantung kepada cara dan pendekatan Ezam sendiri dan ia perlu dari peringkat bawah.

Ahli Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir pula tidak setuju dengan kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO.

“Ada sesuatu yang tidak kena di sini,”katanya.

Malah katanya ”saya risau apakah kemasukan Ezam menjadi satu petanda awal bahawa bekas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali menyertai UMNO.”

Ketua Pemuda UMNO Johor Razali Ibrahim berkata beliau sentiasa bersikap terbuka dalam apa jua langkah yang boleh kuatkan lagi parti.

“Pada saya untuk kita bangunkan negara ini adalah menjadi tanggongjawab semua pihak bukan saja kepimpinan tetapi juga rakyat dan saya percaya tidak ada seorang individu yang boleh bangunkan negara ini secara berseorangan selain dari kerjasama dari seluruh lapisan masyarakat.

“Atas kata-kata itu kita hendaklah mempunyai tanggongjawab untuk melaksanakan tugas kita dengan jujur dan amanah serta ikhlas.Saya berpandangan bahawa apa yang berlaku hari ini (Ezam nak masuk UMNO) boleh jadi sesuatu yang beri kebaikan kepada usaha kita meletakan kembali negara kita dalam keadaan yang stabil.

Namun begitu Razali yang juga Ahli Parlimen Muar memberi amaran bahawa jangan sesekali kepercayaan yang diberikan itu digunakan atas kepentingan peribadi.

“Kalau ini berlaku saya rasa tidak apa yang dapat kita berikan selepas harapan kepercayaan kesanggupan UMNO untuk menerima beliau kembali dan selepas ini saya harap beliau akan membuktikan bahawa beliau benar-benar ikhlas dan dapat menyumbang walaupun sebagai ahli biasa.

“Bagi saya sumbangan bukan bererti kita mempunyai kedudukan kerana setiap seorang ahli UMNO selama ini telah menyumbang tenaga masa dan keringkat untuk membawa negara ini ke tahap yang tinggi.”katanya.

Bagi Ahli Parlimen Bebas kawasan Pasir Mas Kelantan, Datuk Ibrahim Ali keputusan Ezam masuk balik UMNO adalah sesuatu yang tidak diduga.

” Itu hak peribadinya dan kita mesti menghormati keputusannya.Setiap orang ada kehendak dan pendirian masing-masing,”katanya.

Ditanya mengenai kesannya keatas pembangkang,beliau berkata setakat ini ia sukar diukur.

“Base politik Ezam ialah di Selangor.Kena tengoklah nanti sejauh mana Ezam berperanan.Setiap orang politik ada base masing-masing.

“Cuma saya duga PKR tentu terkejut terutamanya Datuk Seri Anwar sendiri kerana Ezam adalah bekas Setiausaha Politik beliau,”katanya. – 28/5/2008

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Antara Komen Ezam nak masuk UMNO

  1. Kuntakinte

    Tahniah lah sdr Ezam sudah buat u turn, koner baring, lap cukup…, aku respect sama ezam, tapi lepas ni sdr ezam akan teruk le dibantai dik species PAS dan PKR, tentu diorang tuduh UMNO sogok ezam, pasi tu ezam masuk UMNO.
    Apa pun aku harap dengan masuk nya ezam orang paling kanan dengan Anwar kedalam UMNO akan memberi impak kepada perjuangan Parti UMNO yang sedikit sebanyak membawa lebih banyak perubahan dalam UMNO dan menambah kekuatan UMNO, hanya UMNOlah tempat orang melayu bergantung, kuntakinte ingat semua jasa UMNO, kuntakinte masuk universiti sebab UMNO le tolong bapak kuntakinte dapatkan bantuan baitulmal dan ptptn. syukur nikmat yang Allah berikan. takbir!!!! sebut lemah lembut nak ajar mai.

  2. Suka hati hang la Zam….
    Biasa lah tu ….
    Cari makan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s