Lagi bekas pemimpin PKR nak sertai UMNO

Tiga orang bekas Ketua Pemuda PKR negeri iaitu Kedah,Perlis dan Selangor istihar nak mohon sertai UMNO ikut jejak bekas Ketua Pemuda Ezam Mohd Nor.Turut ikut serta ialah bekas orang kuat PKR Permatang Pauh Anuar Shaari yang juga bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mereka akan serah borang kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen jam 1 tengahari ini – sumber agendadaily 29/5/2008

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

12 responses to “Lagi bekas pemimpin PKR nak sertai UMNO

  1. lantakla

    1000 kali mengundi pun gua tak pangkah UMNO. Apa yang UMNO jaga Melayu selama ini. Penipu adalah. Ezam… Siapa Ezam … saya tak kenal pun Ezam kerana saya bukan orang UMNO dan Keadilan. Legalah jerung-jerung UMNO yang selama ini terpalit rasuah seperti yang didakwa oleh Ezam. Sekarang dah masuk UMNO. Minum susu di tapak tangan Khairy sajalah.

    Tapi aku puji Ezam… hentam UMNO kemudian orang bayar kalau nak dia masuk UMNO balik… Ahli UMNO lain jadi pengemis projek seringgit dua.

    Kalau nak tahu kisah rasuah — lubuknya di Mindef tanyalah orang kewanga, orang pentadbiran… Beranikah Ezam usik Najib Alta—ya

  2. lantakla

    Takutkah nak siar saya punya komen! UMNO oh UMNO parti tak ada gigi tinggal gusi. Ahli no.1 pun tinggalkan UMNO. Ezam datang bergayut nak jadi timbalan menteri keh…keh…keh…

  3. Battleship

    Ni kenapa ni? Tak dapat geran tanah ke? Apa UMNO buat untuk orang Melayu? Aku tak dapat duit la dari UMNO tapi ayahanda aku membesar dari tanah hasil FELDA, aku belajar tinggi dari biasiswa Negeri Johor & JPA….dan banyak lagi…
    itu semua dari hasil kepimpinan DAP atau PKR ke? BN la…

    UMNO akan buat kejutan…ramai ahli pemuda UMNO akan bangkit…antaranya adalah aku…tunggu la…orang lain dah sedar dah PKR nie semua wayang Anuar, hang je layan cerita blues Anuar ni lagi..

  4. Kuntakinte

    Sdr. battleship, aku dah agak dah… memang aku dah dapat mimpi, bila ezam terlompat masuk UMNO ezam mesti kena hantam punya, UMNO mesti kena hantam guna rasuah punya, tiba2 aku buka webblog pagi Jumaat ni muncul species lantakla, sah!!!,sah!!!, Sdr. battleship aku dah letih nak ajar species lantakla ni, tapi dek pikirkan perjuangan untuk Agama, bangsa dan Negara aku teruskan jugak.
    Species lantakla ni bukan ramai pun, ramai lagi diluar tu seazam dengan ezam, anuar dan khairul, kita doa sama2 agar lagi ramai rakyat menyertai UMNO.

  5. AbangTuah

    Eh Mr. lantakla…patutlah korang kena lantak dengan DAP tu. Carilah nick name yang lebih bermakna, secara tak langsung orang dapat tau sikap engkau yang tak mempunyai maruah lagi melalui nama tu.Tak percaya dengan kata aku…cuba kau tengok dibawah ini..kaula tu.

    katanya mau bikin kandang babi – lantakla…
    katanya mau hapus DED – lantakla…
    katanya lu matila – lantakla…
    katanya mau angkat itu tanah melayu-lantakla…
    katanya pusat hiburan tak perlu tutup..lantakla…
    katanya bla..bla – lantakla…bla..bla pon boleh

    Aku lebih berbangga tak gigi dari MULUT KENA KUNCI OTAK PULA KENA CUCI.

    Engkau usah lagi nak temberang orang fasal isu tu lagi la…satu malaysia dah tahu cerita sebenar, TPM dah jelaskan kat TV dan akhbar-akhbar juga pihak MINDEF dah declare…cerita sebenar. Itulah aku suruh kau tengok berita dan baca akhbar tapi dah sikap kau suka lantakla..
    maka kau pun jadi dungu…bahlul, berita temberang yang dah basi tu yang kau masih nak jadikan hujah…sedangkan jentera propaganda parti kau sendiri pun dah beralih ke tomahan lain yang lebih terkini.Aku rasa kau ni pengikut parti yang paling tak berguna langsung untuk parti kau fasal tak tau apa-apa langsung…sebab sikap lantakla kau tu.’Ngabihkan boreh yo..kau ni jang, tak boguno lansung, pasal apo tak mampuih yo kocik-kocik dulu’Kata orang nogri

    Kalau mato kau tak buto..cubo kau tengok sokoliling kau..nampak tak bezo melayu sokarang banding dongan 25 -30 tahun dulu. Itula..main lantakla..ajo.. tu sobab dah buto mato hati.Orang tuo-tuo kato kalau mato hati dah buto mampuih tak cium bau syorgo…he..he..neraka tu dah di panehkan 3000 tahun dan khas untuk orang jenis kau ni yang tak bermaruah dan berilmu…ambik kau!!!

  6. tipah

    Gua tak masuk mana-mana parti. UMNOkah, PASkah, Keadilankah… Sekali fikir DAP lagi bagus… Lim Guan Eng ada juga bercakap nak jadi pemimpin macam Khalifah Abdul Aziz. UMNO… Najib? (tak kenal Altan…) Muhamad Mad Taib (kumpul duit syiling bawa lari ke Australia), Menteri Permit Kereta, Menteri Kaki Mabuk (baca dalam blok Zaharin). Itu sebab Sanusi Junid kata UMNO dah tak relevan… semua bawah telunjuk Khairy.

    Gua kerja gomen tapi taklah belajar tinggi. Tapi dapat juga biasiswa. Tapi biasiswa itu bukannya mak bapak UMNO punya. Itu duit rakyat pembayar cukai. Kalau setakat dpt biasiswa kena sokong UMNO malanglah…

    Ezam masuk UMNO semula kerana sayangkan UMNO… itulah ulasan Mahathir. kah! Kah ! kah!.Nak tergelak Kak Pah.

    Kalau tak dapat tanah marahkan UMNO… lucu juga pemikiran macam ni. Ini soal maruah agama. Mana boleh jual beli. UMNO tahu apa… setakat lancar Islam Hadhari tapi tangan atas bahu perempuan apa cerita? Pipi jantan mat saleh berlaga dengan pipi pemimpin dari Pe–n tu hebat juga.

    Baguslah! Bangkitlah berjuang sungguh2 hidupkan UMNO. Bila UMNO pulih kaut untung. Batang penyapu 2.00 jadi 20.00 ringgit. Nak tahu, koreklah di pejabat kerajaan. Pembekal kontraktornya bawah dagu menteri….

  7. Kuntakinte

    Baguih kak tipah layari webblog ni memang ditunggu2, dapat juga kenalan baru boleh bertukar2 fikiran, dapat jugak cairkan kepala otak ni. hah…
    apa lah kak pah ni… punya banyak pemimpin2 Islam bercakap, Lim Guan Eng kafir harbi tu yang nak ambil jadi contoh, sedih2…
    kak Pah oi berapa persen terutama orang melayu yang bayar cukai individu kalau tak campur dengan cukai kormersial & pelaburan, dari mana dtgnya cukai komersial & pelaburan bertrillion2 tu kalau tak kebijaksanaan kerajaan, Kelantan tu pun bercukai tapi miskin, kak pah ingat setakat cukai individu cukup ke nak biaya biasiswa kak pah (silap2 tak bayar cukai pun) dan melayu2 lain untuk belajor, tak cukup kak pah oi…. kalau tak kerajaan BN atau lagi tepat nama yang kak pah tak suka dengor UMNO yang mengurus kewangan negara dengan berhemah dan bijak hingga cukai kita beranak pinak, lagi untong beranak kembar banyak2 baru lah, dari cukai individu 20% cukai komersial dan lain2 cukai pelaburan 80% jadi le budget, dari budget agih2 kan kepada lebih kurang 27 kementerian termasuk le bayar gaji, naik gaji, bagi bonus pd cik kak tipah tu sendiri, nak agih unt pembangunan, pendidikan dan berbagai2 lagi.
    bukan nyuruh nyokong UMNO tak sokong pun tak apa UMNO menang juga tapi dalam Islam dah ajar biar kita bersyukur, saya ulang balik sabda Rasullullah bermaksud “Sesiapa yang diberi sesuatu kebaikan hendaklah mengingatinya, barang sesiapa yang mengingatinya ia dianggap BERSYUKUR, sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat” Ayat At – Tabrani.
    Kita jangan jadi umpama anjing, diberi makan, kita gigit balik tangan yang menyuap kita makan.

    Cakap tak menyokong Parti mana2 , tapi cara menulis macam pembangkang, Pembangkang perangai dia apa saja orang lain buat semua tak betul, orang dituduh dengan berbagai2 tuduhan,
    Kak Pah oi… yang salah tetap salah dan Kerajaan ada bukti akan diambil tindakan dan disiasat, tapi bila kita siasat ada pula yang pertikaikan badan yang menyiasat tu kroni, pak turut le macam2 kita tuduh sebab hati perut kita dah ditutup rapat, sebab orang pembangkang ni 3th class mentality, apa belaku yang baik tak nampak yang buruk dulu kemudian pukul tong kosong sebar merata.
    Apa le hukum nya kak pah oi.. gelor orang Najib Al tantunya, esok gelor tu terbalik pada kita. Parlimen Institusi yang dihormati, Dato Najib dah jelaskan dalam Parlimen dia tak terlibat apa yang kita ndak lagi kalu penjelasan di Parlimen tak dak dengar buat apa DAP, PKR, PAS sibuk bertanding PRU, terbukti ada orang yang jahat buat super impose gambar Najib, itu jelas kita lihat, tapi…. orang macam kak pah ni mesti tak caya punye, sebab species tak bersyukur dan makan gaji dengan kerajaan pun tak pernak berterima kasih, sudah tentu makan tak baca bismillah, kalau sedawa tak lafaz alhamdullillah, sebab makan tu pun kerajaan bayar gaji, makan nasi, nasi jadi taik, bukan jadi khasiat untuk badan, otak, tulang, urat saraf. pasal tu barang naik je melepek sebab duit gaji tak berkat.
    cik kak oi nak habak mai mana ada barang yang turun cari la mana2 dunia tak ada kita bukan zaman makan ubi kayu, kalau cik kak pak ni anak dara lagi, orang mai pinang dah tentu RM7,000 hantaran, kalau murah tak mau pasai apa lagu tu, pasai orang pun dah jual mahai. kaji lah sikit, pikiak lah sikit kenaikan harga barang pasai apa, negara kita saja ka yang naik barang negara lain tak naik!! kalut sungguh kak pah ni. otak pembangkang memang lagu tu.
    Last saya nak pujuk mai… masuk lah UMNO.. syok hang tau.., hang masuk baru hang tau nikmat dia. Bye.. Takbir!!! sebut lemah lembut nak ajar mai.

  8. AbangTuah

    Kak Pah…Saudara Zaharin ada bagi tahu bahawa kenyataan dilaman blognya hanya untuk difikir-fikirkan sahaja..entah betul entah tak…disendiri pun tak tahu..jadi tak payahlah nak dipercayai sangat. Lain orang lain versi fikiran mereka…ada Bloger saja nak cuba bakat menulis, ada pula saja nak cipta hot situation malah ada juga nak cari publicity dan malah ada juga mengunakan Weblog sebagai mekanism propaganda.

    Contoh;

    Kes 1 – telah dinafikan dan tak ada bukti sahih penglibatan.

    Kes 2 – didapati tidak bersalah

    Kes 3 – Bagi menaikan usahawan melayu agar lebih ramai anak melayu dapat berkerja sebagai 1st echelon, 2nd echelon dan 3rd echelon exsekutif dan beribu-ribu kakitangan orang melayu dapat kerja…itulah ‘PRODUK DEB’ yang amat abstract hanya pemikiran orang yang dapat menjangkau beberapa langkah kehadapan sahaja dapat mengerti.

    Kes 4 – Isolated…mana tah diorang dengar cerita. Pemimpin bangsa lain pun togok arak juga tapi pemerintahan phui…boleh dibanggakan..lantak kat depa lah Kak Pah..janji gaji kita mashuk tiap bulan.

    Kes 5 – Khairi..sebenarnya melalui cara beliau bercakap,berucap dan berpolitik saya dapati bahawa beliau memang hebat dan berwibawa…kemungkinan ramai yg mencemburi beliau dipihak kawan dan digeruni oleh pihak musuh. Rugila…melayu sekira pemimpin sehebat dan berbakat seperti beliau gugur jatuh sebab kehebatan jentera propaganda parti lawan.

    Kak Pah…apa pandangan awak tentang pemberian biasiswa sekarang 45 bukan bumi/55 bumi? Aku rasa betul juga Kak Pah kata tu…biasiswa duit rakyat pembayar cukai…sepatutnya yang tak kena cukai pendapatan anak-anak mereka tak layak terima biasiswa. Opp..lupa nak tanya Kak Pah..berapa bayar cukai pendapatan.

    Ezam tu orang yang ada pendirian sendiri..kena hormati pendirian beliau..itulah contoh saorang yang berani kerana benar.

    Gambar-gambar yang hari-hari tersiar di Internet tu setakat tengok boleh la tapi nak percaya sangat seelok-eloknya jangan kerana sekarang zaman serba canggih macam-macam boleh di buat…ditempel..didekatkan..dirapatkan…ditelanjangi…dipakaikan baju…digelapkan..diterangkan…dicantikan..diburukan..dan macam-macam efek semuanya boleh dibuat.

    Penyapu kat tempat saya masih standard harganya…tapi tak tahulah kat tempat kerja Kak Pah dah mahai kot.

  9. mok

    *************************************
    Sekali fikir DAP lagi bagus… Lim Guan Eng ada juga bercakap nak jadi pemimpin macam Khalifah Abdul Aziz.
    **************************************
    Astaghfirullahmhal ‘azim..
    emmph.. emmph.. emmph..
    Tipah tetipu lagi la nampaknya.
    Betul ke kau percaya cakap si Guan Eng anak Kit Siang cucu Kuan Yew. betul ke ada Khalifah Abdul Aziz. Aku hanya percaya ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz.

  10. AbangTuah

    Wahai Kak Pah…janganlah percaya pada yang nampak molek dan cantik…ingatlah perpatah melayu tanam tebu dibibir sendiri….Manusia pembangkang tu macan TV kita kat rumah…boleh bertukar-tukar channel bila-bila suka. Sekarang ni mereka didalam channel hiburan…kak pah terbuailah…besok-lusa dia orang tukar channel kisah horror…ha masa tu apa nak buat lagi.

  11. crowok

    salam buat semua….. aku bukan nak komen sape2, cuma nak ingat mengingatkan je… janganlah kita mencemuh sesama kita (Islam)… kaum yang lain akan tertawa membacanya… Hanya Allah yang mengetahui mana yang benar mana yang batil. Berterima kasih kepada manusia, bersyukur kepada Allah….. fikir2kan… wassalam

  12. upeh pinang

    nak tergelak pun ada bila pikir2 org2 dalam pas ngan pr ni,cakap je lebih,sana umno rasuah,sini umno rasuah,,tapi x de satu pun bukti diorang keluarkan,,tapi klu ada apa bantuan dari kerajaan BN,,diorang dulu yg awal beratur tadah mulut,,hehehe,,
    yg si ulamak dalam pas pulak x habis2 cakap diorang lebih islamik,,
    islamik kepala hotak deme klu asyik maki hamun org je,,yg si ni aziz tu pulak harini cakap lain,,esok cakap lain,,hehehe
    betullah,,tu bukan ulamak camtu,,,gulai lemak,,,mungkin dah nyanyok agaknya,,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s