Luluskan projek mega ternak babi tetapi haramkan Islam Hadhari?

satu petikan menarik dari ruangan forum utusan malaysia hari ini.

SAYA dan mungkin umat Islam yang lain berasa kesal dengan tindakan Datuk Dr. Hassan Ali yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan segala aktiviti dan program yang bersangkutan dengan Islam Hadhari di Selangor. Aksi beliau semasa berhujah boleh disaksikan dalam Buletin Utama TV3. Begitu bersemangat sekali beliau memperjuangkan untuk mengharamkan apa yang tidak diharamkan. Sempat lagi membacakan ayat-ayat al-Quran untuk menguatkan lagi tindakan beliau itu. Pesanan saya biarlah Majlis Mufti yang mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan segala aktiviti yang berkaitan dengan Islam Hadhari.

Selepas sahaja saya menyaksikan aksi beliau di kaca televisyen, terlintas di fikiran saya mengapa aksi bersemangat begitu tidak ditunjukkan semasa isu projek ternakan babi di Sepang yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Selangor tempoh hari. Jika beliau ikhlas untuk menegakkan kebenaran Islam di negeri Selangor mengapa beliau tidak menentang sekeras-kerasnya kelulusan projek tersebut. Terdapat banyak ayat al-Quran yang memberitahu kepada semua umat manusia bahawa babi adalah tergolong dalam najis berat dan haram disentuh apa lagi untuk dijamah dagingnya. Mengapa tidak terbaca ayat-ayat tersebut sedangkan al-Quran itu untuk dibacakan kebenarannya kepada seluruh umat manusia tidak kira agama dan bangsa.

Jika hendak menentang sesama Islam begitu berani dan tegas tetapi amat mendukacitakan apabila menjadi penakut dan bacul untuk menentang apa yang terang-terangan adalah haram di sisi Islam.

Kepada Yang Berhormat Hassan, cubalah menjadi hero kepada umat Islam di Selangor khasnya dan di seluruh Malaysia amnya. Tentanglah projek ternakan haram itu.

Antikhinzir Bayan Lepas, Pulau Pinang

19 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

19 responses to “Luluskan projek mega ternak babi tetapi haramkan Islam Hadhari?

  1. Kuntakinte

    Dia orang takut sama itu teressa kok lah, sebab itu raja babi betina lah…

  2. penulis_cyber

    jom kita serang !!!!!!!!!!!!!!!!!

  3. penulis_cyber

    Serang dengan pena kita !!!!!!!!! bukan senjata ….

    jangan jadi gangster….nanti banyak dosa !!!!!!!!!

  4. tapi kengkawan kekadang rugi karen jer… eh lupa pulak teman, sorry brader! kadang-kadang buang masa jer sebab kalau lah subahat dengan menatang babi ni hati diorang pun lebih kurang tu jugak…dah hitam. almaklumler kalau hati dah hitam dah tak boleh nak repair dah… tu sebabnya nak jalan kan jugak projek babi ni mana nak buatnya babi dengan diorang dah seri…. dah sama.

    itulah yang teman tengah pikir sampai sekarang membangun bersama islam… hangkok wak dema! siapa yang mengajor halal kan duit babi tu… sabu ker , mat ker, awang ker.. pak alid ker….pening…pening sedap sangat ker duit hasil kerbau pendek ni?

  5. Kuntakinte

    Penulis cyber…. jaga2 la..jangan main serang aje, dia ramai bala tentera nya… tahu sape? al kerbau ekor pendek la…. nanti naiya kena sondol la…

  6. Renungan:
    Islam dengan Kalimah Ashaduallaaalihaallah Muhammadan Rassulaah,Jagalah hingga akhir hayat Yang di Bawa Oleh Rasul Nabi Muhammad solallahAlai Wassalam.
    Yang mana Islam itu ada Rukunnya:
    1 Ehsan
    6 Rukun Iman
    5 Rukun Islam
    Yang di atas Perlulah di Utamakan WAJIB
    bukannya 10 prinsip Islam Hadari.
    Yang Menggeluarkan Islam Hadaripun tak tip-top ke Islamannya,tidak nampak Contoh pun.

    Dalam Hal Babi:
    Dulu JE Serang Negeri Sembilan Siapa Yang Tembak Babi:ASKAR MELAYU,Bagi Pampasan lagi,
    Seblum itu ada Kes Sakit Kuku Mulut Kerbau,Lembu Petani Kita apa yang Dapat,itu bukan kerajaan nak tanggung sendiri tanggung ingat ke tak.
    Pengusaha Cina Malaysia bersama membuka LADANG BABI,Mana Pengusaha Melayu yang Nak Buka Ladang Ternak Ayam Melayu,Ladang Lembu kerbau,kambing yang mutunya BERSIH Halal.Jom Pohon Dengan Kerajaan yang ada.
    Jangan asyik nak melalak sahaja.
    Pesanku Jangan asyik nak membela orang lain sahaja orang kita nak ke mana,sudahlah POLITIKNYA.
    Lihatlah disekeliling kita Banggunan-banggunan siapa punya Nama?????????

  7. Kuntakinte

    Sdr. Teknik ilmu & amal, sdr layari komen sahabat2 lain seperti abang tuah, kuntakinte sendiri di webblog yang sama, ana nak tulis balik pun letih tentang Islam Hadhari sebab banyak tulisan yang menjelaskan konsep Islam hadhari yang disalah anggap segolongan yang berkepentingan dlm parti tertentu. Itu hanya konsep dari amalan akhirat nya 100% wajib di amalkan.
    Pasai itu JE ka itu kuku dan mulut ka sama saja, satu penyakit yang berbahaya, memang wajib pemerintah berusaha untuk melupuskannya, cerita itu dapat pampasan, kes terbaru itu Selangor ka, Perak ka itu Virus Selsema burung, seingat ana kerajaan ada bantu juga, kuku dan mulut pun kerajaan ada bantu juga, mana sdr dapat cerita itu kerajaan tarak bantu, jgn dengar dan terima saja, kalau ada pun itu kes terpencil, ketua kampung tak buat kerja la… jangan hantam itu kerajaan saja la.. satu kes atok ana sendiri ada bela itu lembu sama kerbau di kampung la.., dulu tahun 1993 sudah kena itu ante cakap sakit kurku sama mulutt, kerajaan melalui itu Jabatan Haiwan sama itu Jabatan Kebajikan masyarakat ada kasi juga itu pampasan dan bantuan, malah sudah ajar sama ana punya atok cara2 bersistem dalam bela ini lembu sama kerbau, lagi tarak baik ka, masyaallah.
    Sdr.Kita mahu maju, kita tak tahan tengok lain bangsa ada itu bangunan sana bandar, sikit problem ada kita punya orang Melayu, itu otak negatif dalam juga fikir, kasi tutup itu hati, kasi tutup itu mata, kasi tutup itu telinga, orang punya salah banyak terang ada nampak, itu pasal la kita banyak susah mahu maju.
    Kerajaan macam2 ada wujud dana ka, geran ka, pinjaman ka, bantuan perniagaan ka, itu Tekun pun ada itu bela lembu sam kerbau punya pinjaman, ana fikir la macam2 peluang ada kita melayu tarak reti mahu rebut, sebab itu otak negatif banyak pekat, jangan kata bela lembu sama kambing, kerbau ka, kalau otak negatif bela itu nyamuk pun nyamuk boleh mati tarak makan la.., sebab otak ada negatif.
    Saya setuju dgn Sdr. mari kita semua orang melayu yang berminat jumpa itu kerajaan kasi pohon bantuan untuk projek bela lembu, kerbau, kambing (tapi ini bukan baru punya idea ante kasi haa, sudah bersepah lah, banyak melayu sudah berjaya la seperti kawan ana bela itu Kambing Australia la, itu kambing duduk dalam aircond la..), tapi dengan syarat ketat, buka itu otak, buka itu hati, buka itu mata, buka itu telinga la, itu buruk punya perangai kasi buang la… terutama itu sijil Phd tak mau pakai la.. ana ingat itu macam baru Melayu boleh beli bangunan kedai, macam ana aiwah.. ada satu rumah kedaiiiii. ana sikit bangga.

    salam. takbir!!! sebut lemah lembut nak ajar mai.

  8. mok

    Macamana lagi kita nak tarbiyah umat melayu ni supaya sentiasa +ve thinking. Aku kesian betul dengan kaki-kaki bangkang buta tuli ni. Kuntakinte dah buat ice breaking so aku nak tambah sikit. Memang betul.. kalau nak maju, kita orang-orang melayu kena buang perangai lama. Kita memang bangsa yang berbudi bahasa, very polite. Bumi bertuah ini sememangnya subur dan kaya, sebab itu atuk kita dulu tak kisah langsung. Bila pergi tangkap ikan, dapat 2-3 ekor yang besar2, cukup.. boleh balik makan. Tanam sayur 2-3 batas, campur2… cukup, boleh makan. Tanam buah kayu serba sejenis, cukup.. Tiba-tiba, datang satu kaum yang aggresif ke Tanah Melayu dari Tanah Besar China. Mereka melihat segala kekayaan ini sebagai suatu opportunity yang tidak harus dilepaskan. Tangkap ikan untuk dijual, tanam sayur untuk dijual, buah dan apa saja semua nak jual. Orang kita tak suka nak bergelut, last-last beli aja lagi senang. Mentaliti kita, harta bukan boleh bawa masuk kubur tapi mereka memang ada kepercayaan harta boleh bawa ke kubur. Aku tengok deorang percaya boleh kirim duit, kereta melalui ritual pembakaran. Sampai hari ini, setelah dapat degree.. kalau dapat makan gaji 4-5 ribu tu, fuhh.. rasa ok sangat2 la tu (sebenarnya bayar rumah, kereta, bil2, kad, makan, keperluan2, anak2 dll.. habis). Tapi kawan kita yang aggresif tu.. dapat 10x ganda.. masih rasa tak puas. Bila ada sesetengah orang kita yang mula ada kesedaran dan ingin mencontohi aggressiveness kaum lain, maka mulalah orang ini dicop sebagai mementingkan duniawi, tamak haloba, orang UMNO dan sewaktu dengannya la. Tapi yang pelik tu.. kalau kaum lain beriya-riya mengumpul harta dan merebut setiap opportunity yang ada.. ok pulak dan tak ada pula sikap PHD. Aku minta kita renung sikit, sikap aggresif sesetengah orang kita sebenarnya, tidak senekad kawan kita. Dari sudut -ve mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai goal, hatta kalau perlu once in a life time menjadi pengedar dadah pun takpa, merompak pun sanggup, cukup modal berniaga. Cuba check.. dengan fail polis. Orang kita.. ada juga yang jahat begini, tapi lebih ramai setakat curi telor ayam aje, ok la tu. Sebab kita berbudi bahasa. Aku bukan nak suruh orang kita buat benda tak elok macam tu.. maksud aku kena aggresif untuk menjadi bangsa yang maju.. khusus dalam perniagaan macam Syed Mokhtar Al-Bukhorry tu…

  9. Aloo sdr teknik ilmu dan amal

    Miker bercakap pasal ilmu, agama, islam hadari dan juga isu yang sampai sekarang komer pertahankan isu babi!

    Sekarang secara toloong jawab alkisah teman jika miker rasa miker telah menjadi islam yang sempurna dgn cuba menyembunyikan hasratsebenar miker adalah salah orang-orang yang kini merasa pemenang

    Selepas PRU 12 di Perak, keputusan telahpun diketahui dimana UMNO ada 27 kerusi, MCA 1, DAP 18, PKR 7 dan PAS 6, Berdasarkan perlembagaan pemerintah, Sultan Perak telah mengarahkan UMNO selaku parti membentuk kerajaan campuran bedasarkan kepada kelebihan kerusi dari semua parti, DAP, PKR dan PAS pulak telah melakukan kesalahan yg amat serius kerana bertanding diatas tiket parti sendiri dan bukan diatas tiket satu pakatan sekali gus boleh hilang peluang memerintah negeri (selepas tu terhegeh-hegeh ler baru nak membentuk Pakatan Rakyat, DAP sekali lagi mengambil peranan supaya mengikat kedua-dua yang dianggap sahabat ngam.

    Selepas mendapat mandat, usaha bertemu Tuan guru Nik Aziz di Kelantan, membentuk Pakatan Kerajaan berlandaskan bangsa dan agama. syukur Tn guru cukup setuju lalu membuat satu surat setuju dan dihantar terus ke Pak Lah kerana merasakan keserasian dan UMNO terima sedia walaupun 6 kerusi Exco (perak ada 10 exco) akan diserahkan ke PAS, selain itu juga Menteri Besar dan Speaker juga dipilih dari PAS. Beberapa lagi pentabiran dalam negeri turut ditawarkan berbanding sekarang hanya 1 Exco dan 1 MB yang PAS dapat.

    Kesokan nya semasa UMNO bersidang di Kuala Lumpur, Pak Lah telah meminta perak dapat meneruskan pembentukan kerajaan negeri dan berundinglah dgn orang Kuat PAS perak, Pesuruhjaya PAS negeri tn haji Mat Awang, Sdr muslimin tau apa yang dijawab, ORANG DAP ITU KAFIR, ORANG UMNO ITU ZALIM, LEBIH BAIK BERKAWAN DENGAN KAFIR!, itulah jawapan seorang politik yang kononnya di kagumi prinsip keislamannya. Agak memeranjatkan ummah inikah hati seorang pejuang yang terkenal dengan slogan membangun bersama ISLAM,

    Terkejut dengan pendirian Ular mak itu, ada pula mengatakan kenapa tak jumpa terus semua 6 adun Pas yang menang kerana ini tanggungan utk bangsa dan agama kerana Mat Awang sendiri tidak sebagai Adun, besar rasanya kesal kalau tidak memaklumkan kepada sepatutnya (6 adun PAS) walaupun dah cukup berat dengan tamparan mereka dengan kata dan pendirian PAS perak. Usaha diteruskan dengan berjumpa dengan 6 Adun Pas tetapi satu lagi JAWAPAN YANG MEMERANJATKAN. Mereka telah berbaiah dengan mat awang, jika mereka bersama UMNO membentuk Kerajaan Negeri MAKA JATUHLAH TALAK TIGA KEPADA ISTERI MASING-MASING. Inilah jawapan yang di berikan oleh mereka yang memakai lebai dan berjanggut yang menjadi harapan ummah membangun bersama islam. percayalah miker ingat semua umat islam tak ada akal dan ilmu agama ker, umat boleh menilai dan bukan percaya bulat-bulat dengan lebai yang kini semakin terhakis kepercayaan umat islam.

    Saya terpanggil inilah sebabnya yang menjadi jawapan miker bila bertanya bagunan tinggi disekeliling milik siapa? Komer yang tak nak jadikan islam dan melayu untuk maju! Camanapun TAHNIAH kerajaan negeri telah menghapuskan saman letak kenderaan di bandaraya ipoh utk beberapa tahun lepas yang telah dikenalpasti walaupun jauh bezanya org melayu yang mampu milik berkenderaan dan Taniah juga kerana ngeh telah memaklum dan luluskan 60 ribu lot perumahan baru istimewa utk bangsa bukan bumiputra sekali gus menjawab pertanyaan miker! Teman rasa makin ramailer bangunan disekeliling miker yang akan confirm milik mereka kerana miker jugaler salah seorang yang mahukannya

    Jangan menuduh sebarangan tentang tiada orang melayu yang menternak binatang ternakan, jangan jadi Katak dalam Peti Besi, tak baik main tembak kemudian katakan inilah teknik dan amal, tak payah jauh-jauh datang jer ke kampung teman ternakan apa yang tak ada, tapi tentulah tak dapat nak tandingi dgn komer… miker mungkin lebih sebab kini dah halal ternakan Babi… masaalahnya kampung teman tak sanggup… tak apaler miker jer ler yang buat dan setuju, tak payahler datang meyakinkan org kampung teman walaupun yang datang tu jenis orang yang begegor pentas bila berucap pasal agama dalam kempennya.

    USAHLER BERCERITA TENTANG RUKUN, RUKUN ISLAM, RUKUN IMAN… miker ni, teman rasa miker ni anggap orang lain tak tahu pasal rukun tapi eloknya miker telaahlah dulu sedalam-dalamnya sebelum riak mengeluar kata hikmah.

    Akirnya TOLONG JAWAB ! TOLONG JAWAB kerana miker ada teknik dan AMAL. Hadis atau nas mana yang membolehkan jatuh talak tiga keatas isteri jika engkar berkerjasama dengan KAFIR dan jangan berkompromi dengan pakatan umat ISLAM. WAJIB kah terpaksa menerima dan setuju keatas orang kafir membentuk kerajaan yang bukan islam sedangkan itulah selogan dilaungkan kepada umat islam kononya MEMBANGUN BERSAMA ISLAM… kesian kaum melayu ditipu hidup-hidup oleh lebai kononnya kuat agama……. masyallah..adakah ini sebabnya lebih separuh bahan pembakar di api neraka sebenarnya terdiri dari orang-orang warak kononya ulamak atau orang yang dikatakan salih.

    SAYA PERCAYA kamu (teknik dan amal) akan baca apa yang teman tulis juga tetapi mendiamkan diri….. itulah sebenarnya hajat mereka yang katakan memperjuangkan Islam, Saya mahu BERTANYA kepada kamu dan SEMUA yang membaca ADAKAH PAS PARTI ISLAM? TEMAN SENDIRI AKAN MENJADI ORANG PERTAMA BERIKRAR MENENTANG MEREKA kerana menipu dan meracun umat islam sebagai rakyat! Merosak kan tanggapan umat terhadap ulama dan orang-orang alim yang satu ketika amat disegani dan dihormati kerana ilmunya.

    Setidak-tidaknya telah terbukti KAMI MEMBUNUHNYA (babi semasa JE), tetapi KAMU juga yang MENTERNAKnya semula, Rakyat nampak dan boleh menilai, jangan ingat semua orang (rakyat ) bodoh senang ditipu dengan sendiwara komer. CUBA JAWAB INIKAH PARTI ISLAM…. tapi rasanya sesuai sangat diselitkan perkataan KAFIR yang diagungkan menjadi sahabat mereka dan turut tunduk dengan KAFIR.

    KENGKAWAN YANG MEMBACA adakah orang pas banyak bezanya dengan umno, apakah rukun iman dan rukun islam mereka lebih dari orang UMNO, apakah mereka menunaikan haji ditempat lain dan bukan kaabah… alooo semua umat islam adalah sama tuntutannya tiada bezanya kaabah yang sama semasa haji, berpuasa di bulan ramadhan…. malah mengucap dua kalimah syahadah pun tetap sama. TAPI ada bezanya dari segi hati mereka, MAHU BERKAWAN KAFIR DAN MENUDUH ORANG ISLAM YANG MAHU MEMBANGUNKAN SYARIAT ISLAM ITU ZALIM!

    Sekupang dua terpikir …. MB sendiri belajar sampai keluar negeri guna duit sapa yer? Kerajaan jugak yang tanggung…isk…isk…isk idak ker sedor dan ucap terima kasih, lain jadinyer pulak hentam adaler… jangan yop..jangan jadi tak sedor diuntong
    islam suruh kita bersyukur.. orang lain pun dad juga yang mintak tapi tak dapat… redho dan bersyukur,

    PELIK JUGAK…. Terpikir teman rasanya MB orang kampar patutnya cakap rawa… kebelakangan ni teman nengok dah cakap telor PARIT pulak….

  10. AbangTuah

    Hebat…memang hebat hujahan yang matang dan masak dari sekupang dua, kuntakinte dan MOK…memang kawan berbangga bersahabat dengan saudara semuanya dan banyak yang kawan dapat belajar dari saudara semua.’TERUSKAN DEMI BANGSA AGAMA DAN NEGARA’

  11. Kuntakinte

    Ambik kau!!!!…. dapat…mok dan sekupangdua dah naik angin, itu belum abangtuah ngamuk lagi heh..heh…

  12. Kuntakinte

    Sahabat2 malam ni kuntakinte teringin nak bawa Lagu Warisan lah… bagi pecah kesunyian malam,

    Anak kecil main api
    terbakar hatinya yang sepi
    air mata darah bercampur keringat
    bumi di pijak milik orang

    Nenek moyang kaya raya
    tergadai seluruh harta benda
    akibat sengketa sesama lah kita
    cinta lenyap di arus zaman

    Indahnya bumi kita ini
    warisan berkurun lamanya
    hasil mengalir ke tangan yang lain
    pribumi merintih sendiri

    Masa depan sungguh kelam
    kan lenyap peristiwa semalam
    tertutup lah hati terkunci mati
    maruah pribadi sudah hilang

    kini kita cuma tinggal kuasa
    yang akan menentukan bangsa
    bersatu lah hati bersama berbakti
    pulih kembali harga diri

    Kini sudah tiada masa
    majulah dengan gagah perkasa
    jangan lah terlalai teruskan usaha
    Melayukan gagah di nusantara
    Melayukan gagah di nusantara.

    sori hah….. suara tak sedap, serak, nafas tak cukup, sebak dada…..keh…keh..

  13. KUNTA KINTE …

    teman cukup haru bila miker tulis lagu warisan..

    kebelakangan ni makin kerap kedengaran lagu ni, orang yang melaluinya tentu terpanggil dengan lagu ni. Camna pun lagu ni… seperti yang miker tulis tu lagu yang second version, kalau lagu warisan yang terawal….. teman tahu miker pun tahu ..tuah pun tahu.. ada dua rangkap lagi yang tertinggal, bukan tertinggal …. tapi ada rahsianya. untuk bangsa MELAYU supaya sedar!

    cukuplah yang inipun dalam ertinya…

    sekupangdua@yahoo…

  14. AbangTuah

    Bro kuntakinte…
    kawan juga amat terharu setelah membaca lagu warisan tersebut…sedih… akhirnya begini jadinya kepada bangsa melayu…betul kata bro tu kita dah tak da masa dah….

    Hari ni kawan rasa tak mahu berpuisi…tapi kawan suka nak bercerita pula…ubah stail sikit…maklum berhijrah…BERPINDAH MINDA KEARAH LEBIH BAIK DAN MENGUBAH KEHIDUPAN KEARAH LEBIH CEMERLANG

    Ceritanya begini….Kawan teringat kisah semasa dizaman Iskandar Dzulkarnain dulu…nak jadikan cerita semasa beliau lalu di sebuah wilayah semasa beliau didalam expedisi penaklukan beliau. Semasa lalu di wilayah tersebut, makanya mengadulah ketua wilayah tersebut kepada beliau bahawa mereka tidak dapat beramal dengan tenang kerana sentiasa digangui oleh kaum Yajud dan Maajud yang sentiasa mencari orang islam yang beramal…maka mereka rataplah daging dan tulang-tulang orang yang beragama tersebut. Iskandar Dzulkarnain amat terharu dengan peristiwa tersebut lalu memerintahkan tenteranya agar mendirikan satu tembok besi yang amat besar dan tinggi di antara dua buah gunung bagi menyekat kaun Yajud dan Makjud tersebut. Setelah selesai mendirikan tembok tersebut maka beliau pun meneruskan expidisi penaklukan beliau. Maka tinggallah bangsa yang beragama Islam tadi dengan aman damai dapat melaksanakan ibadat kepada Allah tanpa ada halangan lagi.
    Bangsa Yakjud dan Makjud pula adalah bangsa yang kuat dan rajin berusaha…tidak mereka kenal erti berputus asa…setiap-hari mereka mengali dan cuba membuat lubang untuk menyeberangi tembok tersebut. Berkurun lamanya mereka cuba…tapi tak pernah berhasil kerana tembok tersebut amat tegap, kuat dan besar maklumlah tembok tersebut didirikah oleh AULIA ALLAH tentu ada keberkatannya..dengan kehendak ALLAH. Setiap kali mereka menebuk lubang ditembok tersebut dan setiap kali hampir berjaya dengan kuasa Allah setiap kali itu jugalah lubang tersebut itu tertutup semula. Sebagai mana yang dikatakan mereka amat kuat dan rajin berusaha makanya…setiap kali lubang tersebut tetutup semula besok pagi-pagi lagi mereka dah mengali semula…begitulah berterusan sehingga berkurun-kurun lamanya. Pada satu hari setelah petang hari setelah hampir selesai kerja pengalian kaun tersebut maka bertanyalah ketua kaum kepada semua kaumnya yang berada disitu…”Kita dah mengali lubang di tembok ni selama berkurun-kurun..malangnya setiap kali hampir berjaya lubang tersebut tertutup semula..jadi aku nak minta pendapat bagaimanakah cara untuk membuat agar lubang tersebut tidak tertutup” Maka nak dijadikan cerita, bersuaralah salah seorang kaum tersebut…”wahai ketua..aku diajar oleh seorang yang beragama Islam..sekiranya kita hendak berjaya di dalam apa-apa usaha maka kita hendaklah menyebut “INSHAALLAH’ yang bermadsud dengan kehendak dan izin ALLAH iaitu tuhan mereka”..katanya. Ketua tersebut yang telah habis usaha berkata ‘baiklah besok pagi-pagi kita akan mulakan pengalian lubang tersebut dengan memulakan dengan perkataan InshaAllah”. Maka besoknya ketua tersebut sebelum mulakan pengalkian berkata “INSHAALH, HARI INI KITA AKAN BERJAYA MENGALI LUBANG DITEMBOK YANG DI DIRIKAN OLEH ISKANDAR DZULKARNAIN INI” Maka kerja pengalian tersebut pun dimulakan sebaik sahaja ketua tersebut habis bercakap…dan sehingga petang tembok besar dan kukuh tersebut telah pun berlubang dan berlumba-lumbalah kaum Yakjud dan Makjud masuk ke wilayah tersebut mencari orang yang beragama Islam, meretah daging dan tulang mereka…ramailah orang Islam tersebut kecundang.

    Hmmm..boleh jadi ahlil cerita pula kawan ni…he..he..tapi..moralnya dari kisah diatas kawan nak bagi tahu bahawa didalam Al-Koran Mu-karim ada menyebut tentang Iskandar Dzulkarnain Aulia Allah. Mungkin benar ujudnya tembok yang diperbuat dari besi di wilayah sekitar Negara Armenia…kerana mubaligh-mubaligh budha dari Negera Cina pada zaman dahulu telah membuat catitan berkenaan penemuan saki-baki kerangka besi berbentuk tembok yang amat besar diantara dua buah gunung…Allahualam.
    Moralnya adalah setelah kawan berfikir dan membuat penganalisaan keatas apa yang terjadi kepada semua umat islam didunia kebelakan ini tiba-tiba kawan terkaitkan bertapa Yakjud dan Makjud dan Dajjal dizaman sekarang ni adalah mereka yang hendak memusnahkan umat Islam sebagai contoh….hmmm…tuan puan semua faham…Kawan nak bertanya kepada para pembaca semuanya…siapa yang membantu Amerika menceroboh Irak…orang Islam bukan…Orang Islam jugalah bersama-sama dengan askar Amerika menyebut INSHALLAH memusnahkan negara Irak. Begitu juga Afganistan..orang Islam juga bersama-sama askar Amerika menyabut INSYALLAH.. Diharap di negara ini jangan ada orang yang mengaku Islam bersama-sama bersekutu denga Kafir Harbi menyebut INSHAALAH bagi memusnahkan bangsa dan ugama sendiri……
    ALKORAN adalah kitab yang penuh dengan mujizat, petunjuk, pengajaran dan kisah untuk dijadikan tauladan….Tembok besi yang kukuh, kuat dan besar tersebut melambangkan bertapa kuatnya Iman umat Islam Afgannistan dimana beribu-ribu tahun cuba ditakluk oleh bangsa kafir harbi tetapi gagal…amat kuat sungguh iman mereka.. Begitu jugalah Irak negara yang di penuhi dengan alim ulamak,dan tempat berkembangnya budaya kegemilangan islam akhirnya hancur di tangan Amerika dan yang amat menyedihkan adalah umat islam sendiri tertipu dengan cerita syorga palsu yang di bawa oleh Dajjal dan Yajud dan Makjud sehingga mereka sanggup membantu Kafir memusnahkan Islam itu sendiri……

    Kak tipah…..jangan lagi tertipu……

  15. Kuntakinte

    Huhh… dahsyat abngtuah pengkaji sejarah Islam rupanya…. ante teruskan ana boleh sokong.

    Opppss… lupa plak teman, species PAS ngan PKR mana nak baca bro oii.. diorang bukan ke buta sejarah, sejarah tubuh PAS pun diorang tak tau kut, teman lupa nama mamat tu yang jadi Pengerusi biro Dakwah yang merajuk tak dapat bertanding Presiden UMNO keluar parti tubuh Parti Islam Semalaysia, tapi pasal apa singkatan dia PAS ha… kenapa tak PIS. pening… jugak teman mikiornya.

    Apapun, story abangtuah lojiknya kalau yang berotak mesti masuk UMNO punya. keh…keh..

  16. AbangTuah

    Ya la bro kuntajinte….kalau PIS ada juga singkatan Islan ditengah-tengah….kalau PAS….mana singkatan Islamnya….pelik….kawan pening…Bro ni handal la sampai dari kepala sampai ke ekornya dapat dikaji….kawan tengah pikir

    PIS…PAS..PIS…PAS…PIS…PAS…PIS…PAS…eh..kawan rasa sama je…tak da bezanya…he..he..

  17. AbangTuah

    Bro kuntakinte…
    boleh la sikit-sikit…cukup makan je…Lanun-lanun yang Intelek sikit tu bro aje yang bagi tazkirah…lanun yang kurang cerdas tu bagi kat kawan belasah…he…he..

  18. ASSSALAMUALIKUM…. HIDUP MELAYU!

    kan aper teman teringat lak kisah seorang kawan teman bergaduh dengan seorang Mat salih. rasanya ada sebabnya dengan tuah dan kunta kinte untk rumusan cerita ni sekali gus menjadi jawapan mengkomer!…. alkisahnya..jeng,jeng,jeng…..!

    kisahnya pendek jer.., teman jumpa kawan teman yang tengah ber gaduh dengan seorang mat saleh, Jadi teman tanya ngaper miker bergaduh dengan mat saleh ni? teman tanya kepada kawan teman ni yang cakap orang putihnya pun teman tak berapa paham…bunyinya real macam dalam TV.. nak pahamnyer 10 kamus english pun tak boleh nak jumpa ayatnyer. Jadi dia jawab , ‘ Mat Saleh ni ler dia ingat aku ni tak reti cakap orang putih ker! tah apa-apa !’ kebingungan mat saleh depan dia yang tak paham, dia nak piss!..PISS!kata kawan teman lagi, aku dah cakap kat dia sini good! apa, kita hidup aman (piss..PEACE) damai mana ada huru hara. pecah perut teman..bila negok mat saleh ni merah muka menahan kencing… paham ler teman mat saleh yang teman rasa dari amerika ni tentu maksudkan piss tu kencing atau buang air kecik…he he he, dan untuk pengatahuan semua lokasi kejadian tu sebenarnya disebuah tempat tandas awam yang kena bayor… dan yop tadi yang jaga tandas tu pulak.

    jadi sahabat ada benarnya pas pis atau dimelayukan PAS dah kencing… dah kencing bangsa melayu… maksudnya dah tipu orang ler..?

    bro tuah & kunta kinte tahniah nukilan mengkomer power tabik springggggggggg!!!!! mengkomer jangan risau kalau dema tak tengok…sebenornya dema tengokkkk percayalah… kan apa laman UMNO ni jadi favorite dema sebab apa? Kita berani dan bukak untuk bersuara kepada blogger yang membaca serta memberi respon tak macam PAS, PKR, DAP, PSM dan banyak lagi ler yang dema hentam seboleh-boleh sebab dema takut tak macam kita, hentam tapi tak bagi masuk komen… Jantan ker?… ada…berani ker? Kasi kita Masuk tengok …begegorler ketayap mengkomer.
    jangan marah yop sabor separoh iman yop…bukan iman tu dengan lambang putih bulat dan hijau atau rupa komer yang berketayap dan berjanggut yop!

    sekupang dua tengah memikior (fikir).. naper orang sekarang dah hilang kepercayaan pada yang berlebai dan berjanggut.. hilang ler tanggapan silebai seorang alim kalau di kampung teman…
    patutler memegang sunnah nabi paling berat kerana penuh cubaan riak dan fitnah… nauzubillah

  19. AbangTuah

    Bagi memudahkan para pembaca menyingkap semula artikel tentang Iskandar Dzulkarnain kawan kedepankan semula page ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s