Umno wajar buka pintu kepada ahlinya yang pernah dikenakan tindakan disiplin

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata Umno perlu adil kepada semua anggotanya yang pernah dikenakan tindakan disiplin tetapi ingin menyertai semula parti itu.

Beliau berkata kemasukan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor ke dalam Umno seharusnya membuka ruang kepada semua anggota Umno yang pernah dikenakan tindakan disiplin untuk turut kembali menyertainya.

“Kita tidak mahu hanya kerana Ezam yang mahu masuk semula menyertai Umno, kita terima semula.

“Bagaimana pula dengan ahli-ahli UMNO yang pernah dikenakan tindakan disiplin, adakah Umno juga akan menerima mereka semula” katanya mengulas penyerahan borang keahlian Umno oleh Ezam kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam.

Ezam adalah bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. -sumber bharian

nota: penulis bersetuju sekiranya UMNO membuka keahlian semula kepada ahli yang pernah dikenakan tindakan disiplin. Walaubagaimanapun, keahlian semula ini hendaklah diberikan mengikut dan bukan secara membuta tuli. Ini dapat menguatkan kembali umno.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Umno wajar buka pintu kepada ahlinya yang pernah dikenakan tindakan disiplin

  1. Kuntakinte

    Faham Kuntakinte selama ini pun UMNO memang membuka pintu untuk semua umat Melayu unt menjadi ahli UMNO dan kpd mereka yang telah keluar Parti itupun kalau mereka memohon unt masuk semula UMNO, bagi yang kena tindakan disiplin perkara tersebut telah di jatuhi hukuman dengan tempoh tertentu, walaubagaimana pun kuntakinte setuju agar mereka2 ini diberi peluang unt membuat rayuan dan patut dipertimbangkan semula dengan asas yang sepatutnya.

    UMNO yang sedia kuat perlu di perkasa kan lagi, UMNO lah yang menjdi model dan sugar daddy kepada semua rakyat tidak kira ideologi politik mereka, UMNO lemah, pembangkang akan kuat kerana UMNO dijadikan sebagai model, UMNO perfect pembangkang outomatic akan lemah, UMNO maju Negara dan rakyat akan maju, UMNO mundur negara dan rakyat akan mundur kerana UMNO sebagai sugar daddy.

    UMNO kena lebih memberi ruang kepada golongan muda untuk mencampakkan skil terpendam mereka untuk kukuh kan lagi UMNO. PUTERA UMNO seharusnya diberi kepada golongan Muda terutama yang baru keluar dari IPTA/IPTS untuk memimpinnya, lantik lah golongan ini untuk menduduki salah satu kerusi exco Pemuda dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Putera UMNO barulah ngam (bahasa Cina) dominasi nya.

    p/s sekadar melontarkan pandangan.

  2. Mamak Penang

    Takut orang muda terlalu terikut emosi dan Ilusi tanpa fikirkan realiti!!!

  3. Kuntakinte

    Salam, Mamak haji nasi kandar satu!!!!, kalau tak di pecah ruyung manakan dapat sagunya. melentur buluh biar dari rebung nya, kecil2 cili padi.

  4. Mamak Penang

    Besak nanti jadi Api makan tuan…he!he! mamak saja gurau je!!!.Sebenarnya kita perlukan satu anjakan pradigma dalam mana-mana pengurusan bukan saja dari segi politik dalam zaman serba mencabar ini!.Mamak kadangkala terasa juga apabila bertemu pengurus muda,mereka ini ada idea baru,bersemangat dan juga inovotif.Orang tua macam mamak ini perlu beri laluan untuk orang muda untuk mencuba yang baru!.Tetapi kebanyakan orang tua macam Mamak ini sukar nak beri laluan untuk menerima orang Muda kerana fikiran kami hanya terkongkong dengan pradigma yang lama dan selalu hipokrit.Lagunya “kita dah buat ini dah selama 20 tahun yang budak hingus ini apa yang tau?”.Perkara beginilah selalunya memundurkan pengurusan sesuatu organisasi.Dalam era globisasi ini kita perlukan tenaga muda yang lebih mantap untuk pengurusan.Kadangkala kita yang tua tidak boleh mengambil mereka untuk jadi pelapis tapi kena memberi semangat untuk memimpin sendiri tanpa campur tangan.Sekiranya kita yang tua ini campur tangan ini aka menjadi square one balik.Dengan itu kita perlukan satu Anjakan pradigma yang baru dari golongan orang muda tanpa ganguan dari golongan yang tua!!!.
    Seperti restoren-restoren nasi kandar mamak sekarang!.Teh Tarek sia…….p!.

  5. Mamak Penang

    Ahli biasa tak apa tapi kalau Ahli silap mata kena awas dan perlu waspada.Kerana kebanyakannya “ada sekejap,hilang sekejap”.Tak perlulah mengagongkan mereka yang baru masuk ini kerana dalam Islam pun yang baru masuk itu (Mualaf) perlukan bimbingan dan perhatian.Tapi janganlah huluk pangkat kat mereka yang kononnya nak jaga hati (kerana mualaf lagi) ini akan melukakan hati ahli lain yang sentiasa berkorban untuk parti,ia seperti menepikan jasa mereka.Manusia ini tak lari dari PHD.Mamak kena support juga macam blogger kuntakinte dan Tuah dan sekupang dua yang bercengkang mata hadap komputer nak bantai hujah-hujah…orang!sakit hati juga mamak dah kena engage dgn Missile exocet 32 Abang Tuah kat blog !.Mamak nak kuntekinte jadi Wakil Rakyat termuda di PR 13 nanti…macam wakil rakyat Seri Setia Yb Nik Nazmi Nik Ahmad…Umur 25 tahun je!.Dia pun blogger mcm kuntakinte juga!.Apa mcm nak pi kunjung…weapon ready!!!!Abg Tuah…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s