Ezam nafi mahu tanding Ketua Pemuda

sumber utusan

KUALA LUMPUR 30 Mei – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor menafikan laporan bahawa beliau sedia bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Tegasnya, beliau bukan sahaja tidak mahu terbabit dalam perebutan jawatan itu malah tidak mempunyai perancangan untuk bertanding sebarang jawatan dalam UMNO.

Menurut Mohamad Ezam, penjelasan itu dibuat ekoran kekeliruan yang timbul berhubung laporan akhbar mengenai hasratnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan akan datang.

“Saya ingin menyatakan saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bertanding jawatan tersebut atau mana-mana jawatan dalam UMNO.

“Fokus saya sekarang adalah semata-mata untuk membantu kepimpinan dalam agenda perubahan dan pembaharuan dalam parti dan kerajaan,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan ekoran laporan agensi berita Bernama semalam bahawa beliau sedia bertanding jawatan Ketua Pemuda jika ia mampu membina dan mengangkat martabat Melayu.

Menurut Mohamad Ezam, pada masa ini, beliau tidak mahu hilang fokus iaitu untuk membantu membawa pembaharuan dalam kerajaan dan parti.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Ezam nafi mahu tanding Ketua Pemuda

  1. Ahmad Albab

    Sungguh menggelikan hati.
    Kontrek kementerian kewangan banyak dapat pada orang UMNO yang rapat dengan Pak Lah. Umpamanya perojek-perojek POLITEKNIK yang dikeluarkan melalui KEMENTERIAN KEWANGAN dan kontrek ITM yang diberikan tanpa peroses tender yang didapati melalui surat yang di tanda tangan olih PM sendiri.
    Sungguh LUCU bila EZHAM kata pak Lah nak Basmi Rasuah. Jangan lah nak perbodohkan orang dengan kata yang bodoh tu. Kalau Ezham betul betul nak mula basmi rasuah, semak perkara diatas dan juga apa terjadi pada lapuran odit negara dulu.

  2. Kuntakinte

    Kasi UMNO Itu projek Politeknik kerja siap, itu ITM kerja siap, mahu kasi sama siapa belajar, mahu kasi sama melayu punya anak belajar la… silap2 lu punya anak pun ada pakai itu barang.

    Itu projek mahu kasi sama sapa lagi, kazi sama binatang ka, hantu ka, jin ka… baru itu projek tarak rasuah tarak kroni ka…, kalau kazi sama manusia mesti kena tuduh rasuah sama kroni.

    pening2 ana betul2 punya pening, buat ini salah, buat itu salah, kasi ini salah, kasi itu salah. apa tarak yang tarak salah hah……

  3. AbangTuah

    Itu projek kerajaan musti mau kasi sama orang sudah ada trak rekod…bukan boleh kasi sama orang tatak tuntu. Itu kontraktor musti mau kasi groam dulu…kasi monitor dia orang punya progress dalam bakat keushawanan. Kalau itu kerajaan boleh kasi jadi 1000 usahawan melayu berjaya dimana tiap seorang mempunyai seramai 500 pekerja maka jumlah peluang pekerjaan kepada bangsa melayu adalah sebanyak 50,000 orang..cuba..fikir.fikirkan. Silap-silap Ahmad Albab seorang dari mereka yang mendapat kerja dari. En Ahmad Albab zaman sekarang tak boleh hidup dengan harta karun dari Jun lagi..Jun pu dah bankrap.

  4. AbangTuah

    Haiya…ada tinggal sikit lagi…itu la PRODUCT DEB kalau mau faham.

  5. mok

    Maklumlah.. masing-masing ada PHD tahap gaban. Bukannya boleh tengok orang melayu dapat lebih sikit, mulalah mulut tu dah gatal. Sasaran mudah orang UMNO lah. Sikit-sikit orang UMNO, dah macam bertih di mulut.. pok-pek, pok-pek. Aku naik menyampah juga sebab aku pun orang UMNO, apa semua 3 juta lebih orang UMNO ni semua dapat ke ? Pergilah buat kajian betul-betul, sapa terkaya di Malaysia ni ? Hanya orang-orang yang aggresif especially chinese dan kalau ada orang-orang UMNO yang cuba-cuba belajar kegigihan sahabat kaum cina, baguslah.. kita perlu support bukan kutuk.

  6. Kuntakinte

    Mok, orang cina dalam ten the malaysia’s richest itu pun depa kata ahli UMNO la tu….., sebab kalau kaya aje orang UMNO.
    kita tengah mati “berjuang untuk hidup” satu, tengah mati “hidup untuk berjuang” satu part lagi, UMNO berjuang sejak sebelum merdeka hingga merdeka, yang rasa nikmatnya keseluruhan rakyat termasuk lah bapak2 pembangkang sekarang ni bukan orang UMNO aje, sedar le sikit… pui. nang..kui.. ti.. nang.. kue.. ke.. ti.. kue…aaaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s