Mufti Perlis bidas Dr Hassan Ali

sumber malaysiakini dan drmaza.blogspot

Mufti Perlis mencadangkan kerajaan Selangor yang mengharamkan Islam hadhari supaya menilai perkara itu secara objektif dan menerima aktiviti dan dasarnya yang baik.

“Istilah Islam hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, pelaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diuar-uarkan,” kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

“Saya mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ (Islam hadhari) supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu.”

mohd asri zainul abidin interview 231106 pointMelalui laman webnya ‘Minda Mufti’, beliau mengulas kenyataan exco hal ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali awal minggu ini, termasuk isu pengharaman arak dan hiburan.

Isnin lalu, kerajaan Selangor telah mengarahkan pengharaman sebarang program untuk menyebarkan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Berucap dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Dr Hassan berkata semua masjid dan surau diarah tidak lagi mengadakan program yang menyentuh konsep Islam yang diperkenal sejak empat tahun lalu.

“Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup,” katanya.

Mengulas cabaran Dr Hassan agar membuktikan calon-calon PAS, termasuk beliau sendiri, pernah berjanji untuk mengharamkan arak dan judi di Selangor, Dr Mohd Asri mengulas:

Inna lillah wa inna ilaihi raji’un. Saya seakan bermimpi. Suara siapakah yang saya dengar sejak dahulu yang begitu garang menghentam dan mengkritik kewujudan arak dan judi dalam negara ini.

“Aduhai politik dan kerusi terlalu cepat mengubah manusia. Tidak hairan jika ada tokoh yang menyebut: ‘Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik’.”

Jika terus berdepan isu pengharaman dua perbuatan maksiat itu, beliau mencadangkan exco kanan kerajaan Selangor itu menjawab:

“Alangkah baik jika disebut: ‘kita sedang berusaha, atau masih dalam proses, atau mengambil pendekatan yang tersusun, atau sedang meneliti’ atau seumpamanya.”

padu convention 241004 hassan aliDr Hassan, yang juga pesuruhjaya PAS, menafikan parti itu pernah berjanji menutup semua pusat hiburan termasuk kilang arak dalam pilihanraya umum lalu.

Bercakap ketika membuat penggulungan di akhir akhir DUN Selangor, beliau mencabar sebarang pihak agar mengemukakan bukti yang menunjukkan pemimpin PAS pernah membuat janji sedemikian.

“Jika ada yang mendakwa saya dan ahli PAS lain yang membuat janji ini, saya cabar mereka kemukakan, tunjukkan bukti daripada mana-mana sumber.

“Jika mereka ada bukti, sila tunjukkan kepada saya bahawa PAS ada membuat janji-janji ini kerana kita tidak pernah membuat janji sedemikian.”

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

12 responses to “Mufti Perlis bidas Dr Hassan Ali

  1. Salam

    Video 7-Siapa godfather Anwar ?

    Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?

    Video 5- Anwar Muslim Moderate ?

    Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS

    Sumber :
    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

  2. Ahmad Albab

    Jangan lah berkokok tanpa sedar apa yang anda ( orang-orang UMNO) telah laku kan dahulu. Sekarang ni kau orang dah hilang PELUANG NAK BUAT DUIT. Negotiated Tender sukar diperolehi. Baru teringat nak tolong Bangsa. tetapi hakikat sebenarnya poket korang dah kurang sebab nak makan komision dah kurang peluang. Maka jalan yang baik ialah melalak.
    Perihal Mufti Perlis tu. Dia ni orang alat umno. Cakap lain buat lain.

  3. Kuntakinte

    Salam, Sdr. Ahmad Albab, kata A.R Tompel maksud nya Pintu, Pintu yang tertutup? ke atau pintu terbuka?, kalau pintu tertutup siapa pun tak boleh masuk, sama juga dengan otak tertutup, hati tertutup, mata tertutup, telinga tertutup.
    hai…. Ahmad Albab kalau dah sikap bersangka buruk… je pada orang lain sampai bila pun Melayu tak maju, tak hairan bukan tender aje, apa2 saja yang kerajaan buat, mesti dilabelkan rasuah, kroni, rasuah…, kroni…., lain bahasa tak ada, yang tahu bahasa rasuah…., kroni….., selama2 ini !!!pembangunan yang berlaku disetiap pelusuk Malaya ni di kampung dan di bandar di laut dan di langit yang dikecapi oleh rakyat termasuk le species Ahmad Albab selama ini atas dasar & tender akibat rasuah dan kroni yg dilakukan oleh Kerajaan.

    Sdr Pintu, dalam peraturan dan policy kerajaan ada beberapa pendekatan dalam segi pemberian tender yang DI BOLEH kan 1) Tender terbuka 2) Tender tertutup (bumiputera) 3) Runding terus (kerja yang memerlukan kepakaran tertentu) 4) sebutan harga, dan 5) pemberian terus (kerja2 kecil), atas strategi kerajaan untuk memasti bumiputera memperolihi projek maka wujud lah DEB yang memberi peluang kepada orang Melayu yang lemah dalam semua bidang memperolihi sebarang peluang dari kerajaan agar melayu dapat bersaing dengan bangsa lain.

    Aku sedih melayu dengan melayu asyik bertelagah berebut nak jadi pengerusi Masjid dan Ketua Kampung, bangsa cina merebut peluang ekonomi, India dengan strategi satu keluarga minima seorang profesional, kita kena sedar globalisasi akan dilaksanakan oleh dunia termasuk Malaya yang mahu tak mahu akan terlibat sama, cina & India sudah lama bersedia, saya nak tanya sudah kah melayu dan anak2 melayu bersedia!!!?, sedangkan dalam kita memegang kuasa pemerintahan (politik) dalam senarai 10 orang terkaya didalam Malaya hanya seorang melayu tempat ke 9 , Syed Mokhtar (USD 1.8b), malah Ananda Krishnan (USD7.2b) seorang India tempat ke 2, Bangsa Cina & India tentunya berbangga dengan ranking tersebut TETAPI Melayu akan menuduh Syed Mokhtar kroni UMNO, perasuah dan bla…. lagi.

    Saya akui saya makan dgn duit UMNO selama ini malah sejak zaman mak bapak dan tok nenek saya lagi, atas saya sebagai kroni UMNO, sebab sejak 50 tahun kita merdeka UMNO lah yang memperjuang kan untung nasib bangsa Melayu hingga pencapaian kita sekarang sampai ke tahap ini, yang saya dapat belajar seterusnya bekerja, duit yang saya dapat saya besar kan keluarga saya dan membeli sedikit aset atas nama saya sebagai anak melayu yang memperolihi sedikit kesenangan di dunia, dengan adanya kesenangan memudahkan saya beramal ibadat kepada ALLAH S.W.T untuk bekalan saya ke akhirat, saudara “kemiskinan itu membawa kepada kekufuran”

    Saya memang dah agak, itu lah kerja species macam saudara ini, Mufti Perlis seorang ulama yang cerdik pandai dalam Agama membuat kritikan malah bukan saja mengkritik puak saudara malah pernah juga mengkritik UMNO dan Kerajaan, species seperti saudara akan tuduh dengan berbagai tuduhan kiranya puak saudara yang terkena, saudara hanya buka pintu hati apabila ulamak dalam semak saudara yang bercakap, orang lain semua tak betul puak kita saja betul, ini berlaku sejak dulu kala lagi dan ianya tak menghairankan.

    p/s pening lah ana, rasuah…,kroni…, rasuah…, kroni…., itu rasuah…, ini kroni…., itu rasuah…., ini kroni…., berapa banyak rasuah dan kroni la…….

  4. AbangTuah

    Belasah kuntakinte…Ahmad Albab ni ingat bagi projek tu macam Jin…Jun bagi harta macam tu je tak da kira-kira lagi.

  5. Kuntakinte

    Ahmad Pintu, sikit lagi aku tertinggal, sebab berkokok tulah orang melayu bangun sembahyang subuh, sebab berkokok lah pintu rumah terbuka untuk mencari rezeki tau… wa ayam jantan lah.

  6. Kuntakinte

    opssss… sori ini ahmad albab mana ada dengar itu ayam berkokok, dia beli ayam sana pasar sudah siap telanjang punya. heheh..

  7. mok

    Itulah akibatnya kalau ‘albab’ hati dan tertutup.. lebih teruk daripada ‘katak bawah tempurung’ sebab tempurung tu ada dalam gua tempurung. Tergamak pulak tu nak mengutuk Mufti yang real-real very neutral. Bila time UMNO kena bidas.. kita muhasabah balik la, cuba baiki.
    Satu lagi ‘albab’, buangkanlah sifat hasad dengki. Negara kita ni makmur dan sesiapa pun boleh kaut rezeki jika ada usaha dan kegigihan. Kalau kau masih berangan-angan nak dapat harta karun percuma tanpa berusaha macam cerita “Ahmad Albab” tu… rentikanlah!

  8. Kuntakinte

    Sdr. Apa pun aku nak pelawa Ahmadalbab masuk UMNO ikut langkah ezam n the gangs, sama2 kita berjuang demi agama, bangsa dan negara, kita yakin Allah S.W.T merestui perjuangan suci kita.

    Terlalu banyak jasa UMNO kepada rakyat tak cukup nak dibilang dengan calculator apatah jari tangan ngan kaki, contoh mudah cabut duri dari jalan pun dapat pahala, ini kan pulak buat highway, bagi anjing minum dapat pahala, ini kan pulak bagi rakyat makan dan minum. tepuk dada tanya selera.

    p/s jom joint UMNO.

  9. AbangTuah

    Ahmad Albab…buka lah pintu hati tu…masuklah UMNO berjuanglah dengan kami untuk Bangsa,, Ugama dan Negara.
    Betul kata bro kuntakinte…”Best tau…dah masuk baru tau nikmatnya”….he..he..

  10. Merah

    Ahmad Albab…aku rasa kau ni banyak makan babi kot..sedap mulut je kau kutuk mufti..kau ni kan elok di liwatb dek Anwar je kau ni

  11. Apai Ngelai

    Salam,

    Datuk Dr. Hassan… ‘tak pernah berjanji’ bukan bermakna tak perlu hendak tanggungjawab kepada masyarakat berkaitan tempat-tempat maksiat nih. Jangan jadikan ia sebagai satu alasan. Bukan itu yang rakyat hendak dengar dari lidah PAS nih…

    Dulu cakap tu memang mudah, sebab kita tidak berada di tempat orang yang bertanggungjawab dalam mengawal aktiviti-aktiviti yang merosakkan akidah ini. Sekarang bila orang lain mempersoalkan keadaan itu kat dia, mudah pula dia lepas tangan kata tidak pernah janji itu dan ini.

    Masalahnya, bukan konsep Hadhari yang menjadi punca kemungkaran yang berleluasa sekarang ni.
    Apa perlunya mengharamkan Islam Hadhari yang tidak sedikitpun menyebar fitnah jika dibandingkan dengan arak, judi dan maksiat?

    Mengapa PAS tak haramkan benda yang sepatutnya diharamkan tapi mengharamkan benda yang tak sepatutnya diharamkan? Konsep Islam apa yang PAS dok guna? IslamDAP kah?

  12. tubir

    pemimpin pas ni memang tak pernah gosk gigi sebab itulah mulutnya dan percakapan nya berbau busuk ,macam hatinya juga …….Tanya musyidul am pas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s