Sabah kekal dalam BN – Karpal

KUALA LUMPUR 1 Jun – Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah akan kekal dalam parti itu walaupun mereka terus-terusan ‘diumpan’ oleh pembangkang untuk melompat parti.

Menurut beliau, cita-cita Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menawan’ Sabah menjelang 16 September ini sekadar angan-angan.

Katanya, BN sedang giat menangani isu lompat parti sehingga ke peringkat akar umbi.

”Setakat ini, saya lihat Anwar sangat yakin. Adakah anda percaya cita-citanya akan tercapai?

”Secara ikhlas, saya tidak percaya ia akan berlaku. Sekarang BN memberikan mereka (ahli Parlimen) apa-apa yang diminta,” jelasnya.

Karpal berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Tiada Niat Untuk Membunuh di sini hari ini.

Buku itu ditulis oleh peguam T. Vijayandran yang didorong pengalaman beliau membela seorang pembantu rumah warga asing yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didakwa membunuh majikannya.

Karpal berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berkunjung ke Sabah dan memberikan ‘manisan’ kepada ahli-ahli politik negeri itu.

Katanya, manisan yang dimaksudkan itu ialah 13 inisiatif sebagai ‘hadiah’ daripada Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Sabah berikutan sumbangan besar negeri itu kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Antara inisiatif itu termasuk memansuhkan serta-merta Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah selain pelantikan anak Sabah menjawat jawatan penting di universiti dan dalam kerajaan.

”Buat pertama kali di Parlimen, Speaker datang dari Sabah. Kedua-dua timbalan speaker juga datang dari Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu Karpal menegaskan, secara peribadi beliau tidak menerima dan menyetujui amalan lompat parti.

Jelasnya, tindakan lompat parti adalah perbuatan mengkhianati parti sendiri.

”Mereka yang mengkhianati rakyat sepatutnya tidak diberikan sebarang status,” katanya.

nota: sehingga ke hari ini, desas-desus yang mengatakan lompatan ahli MP BN dari Sabah dan Sarawak masih lagi tidak berlaku. Tidak dinafikan walaupun terdapat perselisihan pendapat di antara MP sabah dengan kerajaan persekutuan, perselisihan dapat diselesaikan atas dasar muafakat.  Tidak ketinggalan juga dengan teka-teki yang dimainkan oleh DSAI dan Pengerusi PKR Borneo Dr Jeffry Kitingan yang kerap menukar tarikh ahli MP BN sabah akan melompat. Walaupun terdapat banyak kemungkinan yang boleh berlaku di dalam politik, penulis tetap dengan pendirian bahawa tindakan untuk memancing ahli-ahli yang dipilih rakyat untuk melompat parti adalah satu tindakan yang tidak bermoral, tidak bermaruah dan jelas sekali tidak beretika.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Sabah kekal dalam BN – Karpal

  1. Kuntakinte

    Itu Karpal singh pun tahu anwar punya ragam, suka cakap sombong, suka cakap besar, bongkak, suka mau kasi orang rasuah dah suka bercita2 tinggi, matlamat menghalal kan cara yang penting aku dapat apa aku mahu.

    Karpal Singh pun tahu setakat mana kehebatan PKR dan setakat mana kekuatan dan kesetiaan ahli UMNO dan BN pada Parti.

    Kalau dah geng pun tak percaya kat kita macam mana nak perintah Malaya.

    p/s – tidur sebantal mimpi lain2….. eh..eh.. aku mimpi aku yang jadi PM. eh..eh.. aku mimpi pulak kau jadi TPM aku yang jadi PM… eh..eh.. mana pulak aku mimpi si Hadi tu yang jadi TPM si karpal yang PM…. eh..eh.. mana boleh macam tu aku mimpi Lim Kit Siang lah jadi PM bukan kau… hantam saje lah kita semua jadi PM lah lagi senang.

  2. mok

    KuntaKinte, aku rasa bukan kita aja yang geli dengan sikap orang yang suka meminta-minta ni… sebijik macam pengemis kat tepi jalan, menghulur tempurung dengan muka comot, malas berusaha. Nampaknya makin ramailah golongan muda dalam PKR yang bakal lari kerana begitu malu dengan perangai pemimpin mereka yang kaki meminta-minta tu. Malu.. malu…

  3. AbangTuah

    bro kuntakinte…

    nuar minpi
    1. PM- Nuar
    2. TPM 1- Lim
    3. TPM 2 – Wak Adi

    Lim mimpi
    1. PM – Lim
    2. TPM 1 – Nuar
    3. TPM 2 – Wak Adi

    Wak Di mimpi
    1. PM – Wak Adi
    2. TPM 1 – Wak Adi
    3. TPM 2 – Wak Adi
    Dia orang letak Wak nobor 3 je…kali ni wak belasah semua….

  4. Pingback: Anwar: MP BN lompat seperti dirancang « www.pemuda-enggang.org

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s