Harga Minyak Naik Ogos Ini?

sumber mstar

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan.

“Ia akan berlaku… harga petrol akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula,” katanya.

Kenaikan harga minyak itu selari dengan penstrukturan mekanisme baru skim subsidi minyak yang dinikmati rakyat kini.

“Sudahpun ada beberapa cadangan dan mekanismenya sudah disampaikan kepada Kementerian Kewangan dan ia akan diputuskan secara terbaik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Beliau berkata walaupun harga minyak naik, subsidi minyak masih akan dinikmati rakyat berasaskan keperluan bukannya penggunaan.

“Kalau hari ini kita lihat subsidi yang kita terima tu, dia berasaskan kepada jumlah yang kita pakai. Kalau kita guna 200 liter sebulan pun kita akan dapat subsidi bagi setiap liter yang kita beli, kalau kita guna hanya 100 liter pun kita akan dapat subsidi, jadi bermakna tak ada sekatan kepada subsidi yang kita peroleh kerana ia berasaskan kepada kegunaan kita.

“Itu bermakna ia satu sistem subsidi yang tak terjurus kepada masalah. Sepatutnya subsidi itu kepada kumpulan yang memerlukan pertolongan dan memerlukan subsidi, bukan hanya diberikan ikut kemampuan kita menggunakannya (bahan yang bersubsidi),” katanya.

Shahrir berkata penstrukturan itu juga adalah antara pendekatan kerajaan dalam menangani peningkatan beban tanggungan subsidi berikutan kenaikan mendadak harga minyak dunia sehingga mencecah lebih AS$130 setong ketika ini.

Beliau berkata jumlah subsidi yang dijangka ditanggung kerajaan untuk petrol, diesel dan LPG tahun ini ialah RM56 bilion dan ia berbeza dari tahun 2000 hingga 2007 iaitu RM37.4 bilion.

Shahrir berkata larangan penjualan petrol dan diesel oleh stesen minyak beroperasi dalam lingkungan 50km dari sempadan kepada kenderaan asing, adalah hanya langkah sementara.

Katanya larangan itu mungkin sehingga sistem pengurusan subsidi bahan api yang sesuai diputuskan oleh Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi pada Ogos ini.

“Ini adalah tindakan sementara dan ia bukan satu tindakan yang berpanjangan kerana akhirnya kerajaan akan uruskan soal subsidi petrol dan diesel.

“Sekatan ini perlu untuk halang kenderaan masuk hanya untuk ambil minyak seterusnya membuat rakyat sedar memang besar subsidi yang diberikan kepada petrol dan diesel. Apabila sistem pengurusan subsidi dapat kita putuskan, sekatan tak akan timbul lagi,” katanya.

Beliau berkata larangan penjualan itu sudah berkuatkuasa di sempadan Malaysia dan Thailand hari ini manakala bagi sempadan Singapura, ia akan berkuatkuasa pada 9 Jun ini.

“Larangan penjualan minyak itu tidak membabitkan mereka yang menunggang motosikal kerana kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap golongan yang berpendapatan rendah dan membuat keputusan untuk mengecualikan mereka,” katanya.

Shahrir berkata beliau tidak melihat larangan itu akan menjejaskan ekonomi negara walaupun terdapat rungutan daripada pengusaha stesen minyak terbabit.

“Saya dapati daripada laporan yang diterima memanglah perniagaan di sebelah sempadan itu dari segi pelanggan kereta kenderaan Thailand bisnesnya di stesen minyak itu telah berkurang sikit, dah tak berpusu-pusu macam dulu.

“Jika ekonomi negara bergerak hanya kerana penjualan barangan subsidi, maknanya kita tak mantap. Saya tak lihat bahawa ia boleh menimbulkan masalah dari segi ekonomi,” katanya.   BERNAMA

nota: penulis percaya kenaikan yang akan berlaku ini adalah sesuatu yang tidak boleh ditangguhkan. Lihat negara jiran Indonesia yang baru sahaja menaikkan harga bahan bakar sebanyak 30% dan juga telah mengumumkan untuk keluar sebagai ahli OPEC. Faktor pasaran masa depan komoditi utama ini merupakan musuh utama yang menyebabkan harga minyak naik mendadak mutakhir ini. Penulis percaya pihak pembangkang akan memanipulasi isu kenaikan minyak ini terutama DSAI akan menjadi pelakon utama. Beliau sudah pasti akan mengatakan bahawa beliau adalah menteri yang berjaya mengekalkan harga minyak pada paras terendah pada zaman beliau. Persoalannya adakah harga satu tong minyak pada hari ini sama dengan harga semasa beliau menjadi menteri kewangan dahulu?

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Harga Minyak Naik Ogos Ini?

  1. Mamak Penang

    Mamak tak takut dengan minyak naik…yang takut ramai pengusaha Industri naik harga…!!!.dan Naik Minyak!!!.Kalau fikirkan harga minyak petrol dan harga mineral water kat Malaysia Mineral Water Lagi Mahal!!!.
    Harga minyak ini susah nak kontrol!!!harga mengikut pasaran dunia!!!.Kalau kita nak bagi subsidi pun lebih baik bagi kat Kilang-kilang yang terlibat dengan Industri makanan sudahlah..janji mereka tak naikan harga Makanan yang asas!.Orang Malaysia ini berperangai “Biar Papa Asal Bergaya”.Sudah tau minyak mahal masih nak pakai Sky-line siapa suruh!.Pakai basikal,Naik Bas sudah lah lagi pun ramai orang Malaysia dah perut buncit… excersise sikit …baik untuk kesihatan.Atau kalau dekat ,jalan kaki lagi bagus!!!.Kementerian Kesihatan kena Promosi”Mai kita jalan kaki Ke Pejabat!!!Ha..Ha!Ini nak berlagak mintak Tol nak murah,Minyak nak Murah,Road-Tax nak murah,Jalan nak baik,Duty Import kereta pun kena turunkan pasai apa nak pakai BM & Merc.Hampa fikirlah orang kampung yang susah …nak beli basikal dah tak mampu.Adil kah kita dengan mereka?Bila minyak naik harga barang makan pun naik harga….!!!.Kerajaan yang adil perlu membahagikan kekayaan negara sama rata dikalangan rakyat terutama yang miskin dan kurang upaya!!.Mamak jual nasi pun Pakai kandar lagi..sampai dah tua pun kuat lagi…!!!!.Kalau cukup duit balik India kahwin Satu lagi !!!!He..he..Jangan marah pemilik Sky-Line!

  2. AbangTuah

    Assalamualaiku Mr Mamak Penang…
    kami amat mengalu-alukan kehadiran Mr. Mamak kesini…untuk lebih menghangatkan hujahan dan menambah idea kita. Meriam Navy tu dah hantar service ke…dah boleh kasi hamtam 21 das…tak bleh biar lama tak service nanti karat punya la susah.

    Betul tu…kalau minyak naik berganda, bagi mengimbangi dan menyerap situasi tersebut kita boleh kurang gunakan kereta…kita naik motor je…tapi yang amat merungsingkan adalah barangan makanan pasti akan naik berganda-ganda. Tuah sedang berfikir ni macam mana nak mengimbangi ekonomi keluarga sekiranya barangan makanan naik melebihi kadar munasabah….terus-terang, kawan memang tak berapa mengawal cara permakanan. Sekarang kawan fikir nak kurangkan makan macam mana…takut nanti kering. Lagi pun kawan sekarang kena lebihkan makanan berzat bagi lebih menajamkan fikiran dan akal untuk menangkis hujahan dan tomahan pihak LANUN JATI di WEBLOG ni…he..he..Kawan bukan tuju tu pada Mr Mamak..sebab Mr Mamak kawan kategorikan ‘PATRIOT SEJATI’.

    Kawan kesian betul pada para pak tani, pak nelayan dan mereka yang berkerja sendiri tu…kesian..kesian
    macammanalah mereka nak mengimbangi dan menyerap situasi sekarang…’global oil and food crisis’ ni. Tapi kawan yakin kerajaan tentu akan memikirkan sesuatu cara bagi menangani atau setidak-tidaknya mengurangkan impak dari crisis tersebut. Itu yang kawan sayang kat gomen yang ada ni…mereka tu terdiri dari pemimpin-peminpin bijak…ada aje cara bagi menyelesaikan masalah yang mana kalau di negara lain dah bungkus dah negara tu.

    Benar kata saudara Mamak bahawa bagi masyrakat Malaysia yang berada sikit mereka ni berbelanja terlebih mewah…makan besar..kereta besar..rumah besar dan kebanyakan bergaya hidup high class melebihi masyarakat negara maju..tak pandai berjimat langsung. Mr Mamak tentu banyak berjalankan..kata perpatah melayu ‘banyak berjalan luas pandangan’…tentu dapat lihat perbezaan ketara cara berbelanja masyarakat di negara lainkan…Kawan ada jugalah beberapa kali mengunjungi beberapa negara Europe..dan setiap negara yang kawan kunjungi kawan lihat cara hidup mereka berbeza..iaitu perbezaan dari segi perbelanjaan mereka yang lebih berhemah. Kalau di negara kita sekiranya kita memandu di Highway atau jalan-jalan persekutuan apabila kita pandang kiri-kanan kita akan lihat betapa banyaknya kedai dan tempat makan. Keadaan seumpama ini jarang kawan lihat di negara-negara tersebut…mungkin cara hidup masyarakat mereka yang lebih berdisplin…iaitu makan bila perlu dan mengikut waktu. Yang paling ketara adalah masyarakat mereka lebih suka makan dirumah…dan kawan sekarang pun fikir nak cuba ikut cara mereka iaitu mengurangkan makan diluar. Kawan juga lihat di Malaysia masyarakat malaysia terutamanya melayu memang suka bergaya lebih, bak kata saudara mamak ‘biar papa asal bergaya’…cuba kita ambil satu contoh…kalau mereka mampu untuk mengunakan kereta Kancil..mereka akan beli Wira..kalau mampu guna Wira mereka beli Perdana…dan ini tak berlaku kepada masyrakat di Europe. Well…nak kata macamana lagi ibarat perumpamaan ‘lain padang lain belalang’ .Nak suruh depa masyarakat Malaysia jalan kaki…meletup la kaki depa Mr.Mamak sebab dah biasa lapik dengan stoking tebal-tebal…fasal stoking murah…mewah…dan tak standard la jalan kaki. Tapi yang kawan sedih apabila dah tak cukup belanja dah lari budget..mulalah mereka ni bising gaji tak cukup…kerajaan tak peka dengan masaalah merekalah…pendapatan tak cukup…kerajaan tak membantu orang yang susah dan miskinlah. Yang geli-hatinya ada yang menyanyi-nyayi..tunjuk perasaan pulak tu….’minyak naik..beras naik..tepung naik…roti canai naik…teh tarik naik..gaji bila mau naik’ macam nak tiru ala-ala Haiti…aje…kot…kot nanti tak makan terus ‘kebulok’..kata orang utara. Kalau tak silap kawan gaji pekerja kerajaan baru aje naik pada bulan Jul 07…dan bukan main banyak pulak tu…habih…pak tani dan pak nelayan gaji ada naik ka..mereka ni lah golongan yang menderita apabila gaji kerajaan naik…sebab selepas setiap kenaikan pasti barangan melambung tinggi.Tapi kalau kita fikir betapa beruntungnya kita di Malaysia ni..kerajaan amat perihatin terhadap rakyat…di Negara lain sorryla. Cuba kita fikir dasar kesihatan negara kita amat baik…betul-betul baik…kawan tengok kat famasi-famasi hospital kerajaan…kadang-kadang pesakit ambil ubat kawan buat angaran mungkin mencecah ratusan hingga ribuan ringgit seorang pesakit. Kawan tengok ubatan yang diberikan bukan jenis koman…tetapi yang boleh dikategori baik kalau tak terbaik pun. Kalau dinegara lain ‘You got insurance Sir…if you do not have one. I am sorry Sir…I can’t help you, there’s nothing I can do for you Sir.

    Hmm..sebut fasal nasi kanderrr ni terliok pulak kawan…terutama yang ori..yang masih dikandar…well…kawan-kawan kalau pi Penang kita cari saudara mamak kita ni minta rekomen nasi kandar mana yang paling ummp..

    Ha..kawan pernah di tanya oleh beberapa orang..fasal apa kerajaan tak hapuskan pembayaran tol di lebuhraya sebab dah lama pungut tol dan kereta makin banyak jadi tentu dah dapat balik keuntungan…dan menuduh pula syarikat pengendali lebuh raya tu semua orang politik UMNO. Kawan kata balik, kawan pun suka kalau tak kena tol langsung…tapi kawan tak boleh terima sesuatu kenyataan atau tuduhan tak tanpa fakta dan buktinya. Kawan tanya balik..berapa syarikat konsesi membuat pinjaman bagi membina lebuh raya pada awal tahun 80 dahulu…berapa pula yang dah dikutip…dan berapa yang perlu dibayar balik untuk pinjaman yang dibuat dan berapa banyak yang perlu peruntukan untuk gaji dan penyelengaraan. Yang kawan nak tergelak tu..dia terganga tunjuk gusi…..tak tahu apa-apa rupanya he..he..he..Bila kawan dah kesian tengok dia termangu-mangu kawan pun terangkalah…pinjaman yang dibuat adalah lebih kurang 6.5 Billion dan jumlah yang perlu dibayar balik untuk tempoh hampir 30 tahun dekat lebih kurang 28 Billion.(Kalau pinjaman kereta 30 tahun tempoh pinjaman yang kadar interest rendah tu pun, beli 50,000 bayar balik 150,000…betui tak) Kutipan kasar hingga kini adalah 26 Billion….tak tolak kos gaji perkerja, penyelangaraan dan lain-lain kos. Moralnya dari celoteh kawan adalah ‘mentaliti kebanyakan masyarakat melayu kini yang tahu menuduh sahaja tanpa maklumat, fakta dan bukti…dimana fikiran mereka gagal mencongak dua tiga langkah kehadapan…semua yang di dengar terus dipercayai bulat-bulat. Sorry la saudara Mamak..kawan mulalah dah nak tersasul ke pembicaraan mengenai politik pula…kawan tahu saudara Mamak gemar membicarakan situasi semasa kurang yang kurang pada isu politik.

    Eh wah saudara mamak ni…ada hati lagi…nasihat kawan itu meriam la kasi servis la….bagi boleh hamtam 21 das auto…he..he..gurau mesra aje tu..

    Ok la saudara Mamak…kawan berhenti sat…panjang sangat dah ni….kawan nak pesan jangan terperanjat dengan kawan sebab kalau berhadapan dengan LANUN JATI kawan punya weapon kapal switch to AUTO untuk rapid fire mode….bukan apa..niat kawan baik nak bagi mereka sadar supaya lebih polite, berhemah dan jadi lebih positif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s