Daily Archives: June 4, 2008

Pak Lah Ambil Risiko Politik

sumber malaysiakini.com

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil risiko politik yang besar apabila mengurangkan subsidi, menyebabkan kenaikan harga bahan api dan tarif elektik, tidak lama selepas Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Ini ekoran kenaikan harga makanan dan bahan api merupakan antara faktor utama yang mendorong rakyat mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

Malah, kekalahan teruk BN, khususnya Umno, telah mencetus desakan supaya perdana menteri meletak jawatan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Abdullah berkata, kerajaan terpaksa memikir apa yang terbaik untuk rakyat.

Dalam sidang akhbar yang sama, beliau mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen kepada RM2.70 manakala minyak diesel pula naik 63 peratus kepada RM2.58, berkuatkuasa tengah malam ini,
Menurut Abdullah lagi, kos petrol dan komoditi telah meningkatkan secara drastik dan oleh itu, subsidi juga perlu disusun semula.

Abdullah juga berharap pengumuman kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik hari ini tidak mendorongkan rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi bantahan.

Tindakan kerajaan itu dijangka akan mencetuskan protes daripada orang ramai.

Ahli Parlimen PAS, Mohd Hatta Ramli yang mengetuai protes anti-inflasi awal tahun ini menyifatkan kenaikan harga tersebut amat besar dan akan menjejaskan semua pihak.

“Ia akan menyebabkan kenaikan harga pelbagai jenis barangan yang lain,” katanya.

Oleh itu, katanya, kemungkinan besar akan berlaku protes terhadap pengumuman kenaikan harga tersebut.

Abdullah turut membayangkan kenaikan seterusnya, selaras dengan usaha Malaysia untuk memansuhkan kawalan harga bahan yang membabitkan kos RM17.4 juta tahun ini – kira-kira satu pertiga daripada bajet negara.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh dilakukan segera, tetapi perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Sementara itu, pakar ekonomi Yeah Kim Leng dari firma Ratings Agency Malaysia berkata kenaikan harga tidak boleh dielakkan tetapi apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.

“Kita menjangka (kenaikan) 20 hingga 30 peratus tetapi naik 40 peratus dan ini bermakna kerajaan cuba menampung kos kerana tidak menaikkan harga pada tahun lalu,” katanya kepada AFP.

Di bawah penstrukturan semula subsidi, pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc menerima bayaran tunai RM625 setahun bagi setiap kenderaan.

Manakala pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun

Yeah berkata bayaran rebet itu tidak mencukupi untuk menampung penggunaan purata pengguna.

“Ia jelas merupakan hanya sebahagian subsidi, jadi kita perlu melihat bagaimana golongan berpendapatan rendah boleh menyerap semua ini,” katanya.

Advertisement

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Terkini : Minyak naik 78sen mlm ini

BREAKING NEWS: Petrol will be RM2.70 a litre at midnight tonight
The new price of petrol is RM2.70 per litre beginning midnight tonight, it was announced a moment ago by Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad. Diesel will go up by RM1 per litre while the price for ULG 92 per litre went up by 74 sen. The 78 sen hike or 40 per cent increase for the ULG 97 petrol is still below the antiticpated RM4 per litre price projected earlier and among the cheapest in Asia.

dari utusan

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini

04/06/2008 5:56pm

PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. – Utusan.

imej dari mob1900

54 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Harga petrol dijangka naik 78 sen mulai Ogos

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka mengumumkan hari ini kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen Ogos ini – satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.

Sidang akhbar dijangka bermula sebaik sahaja perdana menteri tiba di pejabatnya di Putrajaya.

Bagaimanapun, belum diketahui bila skim harga baru itu akan dikuatkuasakan.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun – rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.

Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.

Difahamkan rebet teresbut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.

Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter – naik 100 peratus.

Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.

sumber malaysiakini

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PAS Korbankan Idealogi Islam Demi Kuasa Di Perak

sumber malaysiakini

PAS Perak mempertaruhkan idealismenya untuk melaksanakan hukum hudud dalam perundingannya dengan DAP menjelang saat-saat awal penubuhan kerajaan campuran Perak, demikian dedah pesuruhjayanya Ahmad Awang.

Syarat DAP itu selepas ia bersetuju menerima wakil rakyat PAS Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

“Selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai pengerusi negeri Ngeh Koh Ham, pemimpin pusat DAP bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi lapan jawatan exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini,” kata Ahmad.

Dalam ucapannya bagi menyambut kejayaan parti itu mentadbir Perak yang disiarkan media rasmi PAS Harakahdaily, beliau berkata selepas campur tangan istana yang mengubah senario awal politik, tuntutan DAP agar PAS menggugurkan hudud tidak lagi berbangkit.

“Bagaimanapun syarat-syarat itu gugur kira-kira jam 11 malam setelah wakil PAS dan DAP dititah menghadap Tuanku di Istana Kinta,” katanya.

“Yang paling penting syarat yang mereka kenakan iaitu lapan exco dan isu hudud gugur dengan sendirinya.”

Ahmad mendedahkan saat-saat awal rundingan antara dua parti itu, sejurus selepas keputusan rasmi pilihanraya umum 8 Mac diketahui awal pagi keesokannya, sehingga ketegangan muncul apabila tokoh utama DAP Lim Kit Siang mengugut untuk memulaukan majlis angkat sumpah Mohamad Nizar.

Ketegangan sekali lagi muncul apabila PKR tidak berpuas hati dengan pengagihan jumlah kerusi exco. Parti itu mendakwa ia menerima satu jawatan sahaja.

Bagaimanapun keputusan akhir yang kekal hingga kini, DAP mendapat enam exco, PKR (tiga) dan PAS (satu).

Ahmad mengulangi saat-saat bersejarah PAS di negeri itu dalam satu taklimat kepada menteri besar baru-baru ini yang dihadiri 700 pemimpin-pemimpin parti itu, termasuk peringkat cawangan, di kediaman rasmi Mohamad Nizar.

Dalam ucapannya ‘Enam kejayaan PAS Perak’ di laman web PAS itu, Ahmad berkata kerjasama dalam pentadbiran negeri telah menjinakkan DAP yang dianggap “parti yang tidak begitu sehaluan dengan PAS” menjelang pilihanraya umum.

“Selepas pilihanraya ke-12 dan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, pemimpin DAP bukan sahaja mudah bersefahaman dan mesra dengan pemimpin PAS di peringkat negeri, bahkan sentiasa menghormati pandangan pemimpin PAS sama ada mereka yang berada di dalam atau di luar kerajaan,” katanya.

Beliau turut mendedahkan, Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah juga mula berminat mengenali Mohamad Nizar selepas hari pertama rombongan ketiga-tiga parti itu menghadap baginda di Istana Kinta.

“Hubungan terus terjalin melalui beberapa pertemuan dengan pihak istana ketika menghadapi saat-saat kritikal mengenai pelantikan MB dari parti PAS,” tambahnya.

nota: bagi penulis, Pas akhirnya tunduk kepada tuntutan DAP. Tetapi sekiranya ikhlas ingin laksanakan hudud, mengapa ia tidak dilaksanakan di Kedah dan Kelantan di mana kemenangan PAS di sana berdasarkan majoriti?Kita lihat di sini bahawa PKR bermain ‘safe’ dengan tidak bersuara ketika saudara seIslam Pas mereka sedang tertekan akibat mainan politik DAP.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

sekitar berita kenaikan petrol

sumber malaysiakini dan utusan

Motosikal, kereta kecil dapat duit Jun 4, 08

Jawatankuasa mengawal inflasi, yang bermesyuarat semalam, telah mengemukakan sejumlah cadangan kepada jemaah menteri pagi ini bagi mengawal kesan kenaikan harga bahan api dunia.

Cadangan-cadangan tersebut:

Bayaran tunai secara langsung kepada pengguna motosikal dan kereta kecil apabila harga minyak meningkat. Wang itu akan dibayar melalui wang pos.

Tiada peningkatan harga gas memasak dan gas untuk kegunaan teksi.

Subsidi gas untuk sektor industri penjanaan tenaga akan dikurangkan perlahan-lahan.

Tenaga Nasional Bhd dibenarkan menaikkan tarif elektrik, kecuali di Sabah dan Sarawak.

Cukai tambahan ke atas pengeluar tenaga independen dan pengilang minyak sawit.

Kabinet dijangka mengumumkan saranan tersebut 5 petang ini.

Langkah-langkah yang diperkenalkan ini dijangka meningkatkan inflasi dan mengurangkan pendapatan negara kasar.

PM adakan sidang akhbar petang ini, dijangka umumkan penstrukturan skim subsidi minyak

04/06/2008 4:15pm

PUTRAJAYA 4 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 5 petang ini, dijangka untuk mengumumkan penstrukturan skim subsidi minyak.

Sidang akhbar itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana Aras 3, Pejabat Perdana Menteri di sini. – Utusan

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ezam Sedia Lawan Anwar

petikan dari sinar harian

MOHAMAD Ezam Mohd Noor membuat keputusan akan menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika berlaku pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen pada masa terdekat, sekiranya diberi peluang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang yakin permohonannya memasuki UMNO akan mendapat restu pemimpin Majlis Tertinggi (MT) parti, bersedia mendedahkan segala kepincangan politik Anwar demi memastikan perubahan dapat dilakukan dan kebenaran akan terserlah.

“Kebenaran adalah pendorong saya untuk terus berjuang. Saya tidak kisah jika orang yang saya tanding itu Anwar Ibrahim,” katanya pada pertemuan dengan Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, beliau sanggup menentang bekas Timbalan Perdana Menteri itu demi membawa perubahan, manfaat serta kebaikan kepada UMNO.

Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan berkata, menang atau kalah pada pilihan raya berkenaan menjadi perkara nombor dua.

“Saya tidak kisah jika kalah dalam pertandingan itu kelak kerana kemenangan bukan suatu yang mutlak bagi diri saya. Sebaliknya apa yang saya perjuangkan ialah kebenaran, bukan hanya untuk menang sahaja,” katanya mengulas peluang pilihan raya kecil itu.

Ezam, 41, yang pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi Keadilan Selangor turut meluahkan rasa kecewa dan kecil hati kepada kepimpinan Anwar yang dianggapnya tidak boleh bertindak sebagai seorang pemimpin sebenar.

Kata Ezam, Anwar juga tidak pernah memujuknya untuk menyertai parti itu sejak beliau meninggalkan PKR dua tahun lalu.

“Saya tidak kesal meninggalkan PKR walaupun saya adalah antara orang yang paling setia berjuang bagi membebaskan Anwar dari penjara,” katanya.

Tambah Ezam, beliau berani untuk menandingi Anwar kerana kepercayaannya kepada Penasihat PKR itu sudah hilang.

Mengenai desas-desus bahawa beliau akan bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda, Ezam menjelaskan perkara itu tidak pernah terlintas di fikirannya.

“Ketika saya buat keputusan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan hasrat untuk kembali kepada UMNO, tidak ada sebarang rundingan atau perbincangan mengenai isu jawatan atau kedudukan saya dalam parti.

“Seperti yang pernah saya jelaskan, saya masuk UMNO kerana tertarik dengan dasar yang dibawa oleh Abdullah sejak kebelakangan ini untuk memerangi rasuah secara besar-besaran.

“Keterbukaannya itu yang menarik minat saya untuk menyertai UMNO dan ia berbeza dengan pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini yang menolak kepada perubahan,” katanya.

Menurut Ezam, beliau juga bersedia untuk menjawab lebih daripada tiga soalan yang dikemukakan Ketua Pemuda, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung mengapa beliau boleh diterima menyertai UMNO.

Pada masa yang sama katanya, beliau juga ingin mengajukan beberapa soalan kepada Hishammuddin. “Saya tetap menyerahkan segalanya kepada keputusan MT untuk meluluskan permohonan menyertai UMNO. Saya akan terima apa sahaja keputusan,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Khairy kekal Ahli Parlimen Rembau

sumber klpos

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini pagi ini menolak petisyen mencabar keputusan pilihan raya umum kerusi Parlimen Rembau, yang telah dimenangi oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Petisyen telah difailkan pada 25 April  lalu oleh anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin yang turut dikenali “Chegu Bard” dalam ruangan blog.

Khairy yang bertanding buat kali pertama menang kerusi itu dengan majoriti 5,746 undi.

Petisyen tersebut merupakan antara kes yang difailkan di mahkamah di seluruh negara berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki menolak petisyen dengan kos sambil mengatakan bahawa terdapat banyak kecacatan dalam petisyen dikemukakan.

Antaranya kata beliau, pemetisyen gagal untuk membuktikan wujudnya sebarang penyimpangan yang berkemungkinan telah mengubah keputusan pilihan raya umum kerusi tersebut.

Petisyen yang dikemukakan mendakwa wujudnya beberapa penyimpangan ketika proses penjumlahan undi termasuk percanggahan dalam jumlah kertas undi yang dikeluarkan.

Malah, Badrul juga mendakwa bahawa beliau tidak menerima Borang 14, yang menyenaraikan jumlah pengundi bagi setiap pusat pengundian.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Gambar yang menjadi aduan di dalam Harakah hari ini

berikut adalah gambar dari mykmu. gambar yang dipaparkan di mykmu telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahli pas sehingga mereka mengadu dumba di laman web harakah. tidakkah sebelum ini tindakan kartunis mereka yang memaparkan imej mempersendakan mantan PM dan pak lah secara terang-terangan. mengapa tiada aduan dumba dibuat. bukankah imej tersebut secara terus menyerang dan memandang rendah individu terbabit?

23 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar diramal masuk UMNO?

sumber utusan

KUALA LUMPUR 3 Jun – Seorang penganalisis politik meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan menyertai semula UMNO berikutan parti itu adalah satu-satunya wadah bagi membolehkan beliau mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Pengarah Institut Pengajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, tanda-tanda jelas perkara itu akan berlaku ialah dengan permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk menyertai UMNO baru-baru ini.

Katanya, kemasukan bekas orang kuat Anwar itu tidak boleh dilihat sebagai ‘Kuda Trojan’ seperti disangka banyak pihak sebaliknya beliau adalah ‘landasan kereta api’ bagi membuka laluan untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali kepada UMNO.

Kejutan”Saya tidak pasti sama ada ramalan ini akan menjadi kenyataan atau tidak tetapi semua orang tahu bahawa banyak kejutan sering berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Pembangunan Negara Bangsa dan Negara Etnik di Malaysia pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-22 di sini hari ini.

Menurut Shamsul Amri, bukti bahawa Anwar masih berminat untuk kembali kepada UMNO jelas apabila beliau sehingga kini tidak pernah membuat permohonan menjadi ahli PKR walaupun beliau adalah Penasihat parti itu.

Katanya, Anwar juga akan memilih UMNO kerana merasakan bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri selama ’25 minit’ sekiranya dapat memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai pakatan pembangkang.

”Perkara ini boleh berlaku kerana pakatan terbabit sebenarnya tidak kukuh dan terdapat kemungkinan Pas akan keluar dan bergerak bersendirian.

”Kita juga harus ingat bahawa yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk menolak pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kemungkinan ini tidak boleh diabaikan,” ujarnya.

Tambah beliau, Anwar dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapat sokongan di kalangan ahli-ahli UMNO kerana beliau dilihat mempunyai pengaruh di peringkat antarabangsa.

”Sebelum ini terdapat jangkaan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi sokongan terhadap beliau semakin berkurangan kerana dilihat terlalu banyak bersikap mendiamkan diri membabitkan isu-isu berkaitan perubahan kepimpinan negara,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pas Mula Ketepikan Pakatan Rakyat Tubuh Kerajaan

satu artikel menarik yang dikirim oleh Tamin Sari di laman web mykmu.

Bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal. Itulah Pas dengan gaya terkini mereka. Gara-gara bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad mengumumkan untuk berundur keluar dari UMNO, seolah-olah ianya memberi satu rahmat kepada Pakatan Rakyat terutamanya Pas.

Mereka mula memasang angan-angan untuk menubuhkan kerajaan baru jika Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang. Mereka berharap UMNO akan terus bergolak dengan masalah dalaman mereka.

Ditambah lagi dengan pengunduran Tun Dr.Mahathir, mereka melihat UMNO retak menunggu rebah. Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan yang Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip “kontrak sosial” sekiranya mereka dapat mengambil alih tempat BN untuk memerintah negara. Beliau menegaskan pendirian itu berasaskan kepada “kontrak sosial” yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi. Tetapi tidak berani pula menyebut untuk menubuhkan Negara Islam Pas. Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.Pelik tapi benar. Sejak bila pula Presiden Pas itu pandai berbicara tentang kontrak sosial? Asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu.

Adakah rakyat masih ingat semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004. Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi. Ia (hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada “hak istimewa sesuatu kaum”. Itu bagi Pas dan bagaimana pula dengan rakan sepejuangan dalam Pakatan Rakyat. Di manakah cita-cita Pas hendak menubuhkan Negara Islam ala-Pas seperti mana yang terkandung didalam manifesto pilihanraya umum 2004.

Apakah Pas takut disergah oleh “abang besar” iaitu DAP sehingga sanggup mengugurkan penubuhan negara Islam dalam manifesto piliharaya 2008 yang lalu. Sepertimana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup perjudikan matlamat perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung dengan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat. Manakala DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, sanggup terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menghancur dan memecahbelahkan undi orang Melayu pada PRU-12 yang lepas.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan tiada lagi Ketuanan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman pada 14 April 2008. Ketuanan Rakyat yang disebut semasa Black 14. Apakah ini petanda Hari yang “black” juga untuk orang Melayu dalam PKR dan Pas? Bukankah Anwar yang hendak menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat? Kenapa Hadi Awang beria-ria benar mengeluarkan kenyataan? Atau Hadi Awang juga menyimpan cita-cita hendak menjadi Perdana Menteri dalam diam-diam? Hadi Awang nampaknya telah mengubah haluan dan menerima kontrak sosial yang dipersetujui bersama oleh pemimpin-pemimpin Perikatan dahulu. Suatu masa dulu, Hadi Awang dengan begitu keras sekali memfatwakan bahawa adalah kafir bekerjasama dengan kaum-kaum lain yang bukan Islam. Apakah DAP akan bersetuju dengan pandangan Hadi Awang ini? Nampaknya Lim Kit Siang seakan bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri pilihan kerajaan Anwar, berbanding Hadi Awang.

Ini kerana DAP sudah menguasai tiga buah negeri iaitu Penang, Perak dan Selangor berbanding Pas yang hanya dapat dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah. Dari segi hasil dan kekayaan, DAP melebihi PAS. Tentunya Kit Siang akan menjadi pilihan Anwar. Atas faktor perpaduan, kekayaan dan pengaruh berbilang bangsa, Anwar pastinya akan mengenepikan Hadi Awang. Lihatlah bagaimana Anwar membela Karpal Singh dalam isu mempertikaikan keputusan Sultan Perak mengenai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

Sayugia diingatkan bahawa perpaduan di dalam UMNO masih kekal tetap utuh dari dulu, kini dan selamanya. Hampir 95 peratus ahli Parlimen UMNO mengisytihar memberi sokongan padu kepada Presiden UMNO. Tak payahlah Hadi Awang risau. Tindakan Tun Dr. Mahathir mungkin mendatangkan kesannya jika separuh ahli Kabinet daripada UMNO meletakkan jawatan masing-masing. Hal ini tidak berlaku. Walaupun di kalangan ahli UMNO ada yang suka dan tidak suka kepada kepimpinan seseorang, tetapi untuk bertindak keluar daripada parti yang berusia 62 tahun itu nampaknya sukar. Masih ramai ahli UMNO yang berada di barisan akar umbi yang tetap melahirkan kemarahan di atas sikap pucuk pimpinan parti atas beberapa isu dan perkara, tetapi mereka masih waras untuk terus bersama UMNO walaupun golongan ini tidak bijaksana dan terbilang.

Yang pasti ahli UMNO tulen dan setia kepada parti tidak mudah untuk dipujuk rayu untuk sama-sama keluar parti. Walaupun sering berbeza pendapat, masih ramai ahli UMNO yang memegang slogan parti keramat orang Melayu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’. Jadi nasihat untuk Hadi Awang, lupakanlah buat sementara hasrat untuk mengambil alih kepimpinan Barasan Nasional buat masa ini. Tunggulah sehingga PRU yang ke-13 nanti. Itupun jika masih berhasrat lagi. Orang UMNO sendiri sudah cukup matang dan sebarang krisis timbul seperti yang pernah berlaku sebelum ini, berjaya diselesaikan dengan ‘cara UMNO’. Tidak payahlah jadi macam Karpal Singh yang suka menjaga tepi kain orang. Buat masa ini carilah fatwa-fatwa yang bersesuaian untuk meredakan kemarahan rakyat negeri Selangor. Kalau tidak pun rajin-rajinlah buat banyak ceramah-ceramah perdana dengan harapan kutipan dapat didermakan kepada Menteri Besar Selangor yang tengah pening kepala sekarang bagi memenuhi janji-janji Pakatan Rakyat semasa PRU ke-12 yang lalu. Itu yang lebih penting.

TAMINSARI
Shah Alam

Selangor Darul Ensan
nota: pada PRU12 yang lepas, penulis amat pelik dengan tindakan PAS yang menggugurkan prinsip menuju ke arah negara Islam di dalam manifesto mereka. Sebaliknya mereka memilih menuju ke arah negara berkebajikan. Penguguran prisip ke arah negara Islam mereke mencerminkan bahawa pemimpin PAS sudah merasakan bahawa perjuangan berlandaskan Islam sudah tidak lagi relevan di dalam mengejar imbuhan duniawi iaitu kuasa politik. Penulis amat sedih dengan penguguran Negara Islam yang sering dicanangkan oleh PAS sebelum walaupun penulis menyokong penuh perjuangan UMNO. Ini kerana sekiranya pengundi Islam ingin merealisasikan negara Islam, dahulu boleh lah memangkah PAS..tetapi pada hari ini sekiranya memangkah PAS ia mencerminkan bahawa undi mereka itu adalah untuk DAP. Ini kerana PAS tunduk dengan tuntuan DAP yang tidak inginkan status negara ISLAM dengan menggantikan manifesto mereka ke arah negara berkebajikan. Inilah akibat tunduk kepada desakan Kafir Harbi demi mengejarkan kuasa dunia.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda