Islam Hadhari: Selangor cakap lain buat lain

sumber mstar

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi terkejut dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mengharamkan sebarang aktiviti berkaitan dengan Islam Hadhari.

Menurut Zahid, dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam sebulan setengah yang lalu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Hassan Mohamed Ali menyatakan beliau tidak bersetuju dengan perkataan Islam Hadhari namun bersetuju dengan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Islam Hadhari.

“Saya terkejut dengan tindakan beliau, semasa mesyuarat itu beliau kata tidak berstuju dengan perkataan Islam Hadhari. Namun bila kembali Selangor beliau bertindak mengharamkannya,” kata beliau ketika dihubungi oleh mStar Online hari ini.

“Jangan berfikiran sempit, adalah lebih baik mereka mengkaji terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan,” katanya.

Selasa lepas, Dr. Hassan berkata, konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di negeri itu memandangkan ajaran Islam yang diamalkan di negara ini lengkap dan menyeluruh dari segala aspek kehidupan.

Ekoran arahan itu, katanya, semua masjid dan surau di negeri itu tidak dibenarkan menyentuh soal Islam Hadhari dalam khutbah sembahyang Jumaat.

Dalam pada itu Zahid berkata, beliau akan mengadakan pertermuan dengan Dr Hassan Ali dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

13 responses to “Islam Hadhari: Selangor cakap lain buat lain

  1. Kuntakinte

    Bagus juga keikhlasan Dato Zahid tu untuk bertemu balik dengan Dato Hassan Ali Pejuang Islam Selangor tu untuk menjelaskannya demi kepentingan rakyat Islam di Selangor, mereka tak fikir melalui konsep Islam Hadhari berapa ramai guru2 KAFA, Guru Sekolah Agama Rakyat, Guru bina Insan, Imam2 Masjid sebelum ini susah berpeluang untuk mendapat gaji yang dibayar oleh JAKIM tanpa boleh dipertikaikan oleh bangsa lain, tak terfikir kah mereka melalui Islam Hadhari berapa banyak Sekolah Agama Rakyat dibina dan disalurkan peruntukan yang akan memberi kesan pengajian agama kepada anak2 bangsa dan guru2 yang mengajar. Tak terfikir kah mereka berapa Masjid dan Surau yang bergantung kepada Kerajaan untuk di bela dan dibangunkan.

    Memang lidah bercabang Ulamak Hassan Ali ini, dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam kata setuju balik ke selangor kata tak setuju, diharamkan pulak tu, ini lah dia lagi satu pejuang Islam Selangor yang nak diagung2 kan oleh puak PAS, membabi buta je membuat keputusan tanpa berfikir secara matang dan resional kesan buruk baik diatas keputusan tersebut terhadap Guru KAFA, Guru Sekolah Agama Rakyat, Guru2 bina Insan, Imam2 Masjid, terpenting sekali Anak2 Bangsa, Sekolah2 Agama Rakyat malah peruntukan pembangunan Masjid dan Surau di Selangor yang menerima kesan nya.

    Jangan disebabkan perbezaan ideologi sempit yang kita taksubkan, harus diingat awak sekarang bukan nya pembangkang TETAPI PEMERINTAH, mentelaah lah hingga khatam apa itu tangunggjawab sebagai pemerintah didalam Islam, perlaksanaan perlu di lakukan hukum ibadatnya, Munakahatnya, Muamalatnya dan jinayat nya, apa yang mampu kita laksanakan kita wajib laksana kan mana yang tak mampu dan boleh memudaratkan keharmonian Islam itu kita KIV kan sehingga masa yang sesuai seperti yang dipraktik oleh Kerajaan BN selama ini.

    Jangan kerana awak yang tengging seluruh rakyat Melayu Islam yang jadi mangsa bak kata pepatah disebabkan Nila setitik rosak susu sebelanga. kerana seekor kerbau bawa lumpur habis semua terpalit.

    Rakyat Selangor, satu lagi hadiah untuk anda….

  2. kampungkami

    Kau nampak ke sekolah agama rakyat yang hidup segan mati tak mahu tu…. siapa yang memusnahkan? Bukankah UMNO yang memusnahkan dengan menghentikan bantuan ke sekolah2 berkenaaan…. janganlah saudara terlalu hipokrit sangat……

  3. Kuntakinte

    Salam Sdr. Kampungkami, sekolah agama rakyat ada berjenis2, satu hak kerajaan tubuh, satu hak puak mu yang tubuh, satu hak persendirian, biar tahu sikit sejarah penubuhan SAR.

    Hak kerajaan, kerajaan le yang jaga, tempat kuntakinte semua baguih2 apa… hak puak PAS tubuh kut yang uzur.

  4. AbangTuah

    Dah uzur dan nazak macam parti depa kalau tidak masakan cari saudara nak bantu depa dari kaum Kapiok Harbiok. Dah tu hulur kopih minta dari orang IMNO duit nak buat surau…duduk depan bank lak tu bro kunta kinte…malu betul kawan yang beragama islam ni.

  5. AbangTuah

    SEBAB KENAPA ‘X’ TIDAK BOLEH MENERIMA PRINSIP HADARIAH-AL-ISLAMIAH

    * Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi.

    ‘X’ lebih mengagungkan Ideologi politik dan ketabsupan pada pemimpin dari ketakwaan kepada Allah.

    * Kerajaan adil dan beramanah.

    Sekiranya ‘X’ amanah pada agama maka mereka kehabisan strategi untuk mencemuh dan memaki.
    Sekiranaya ‘X’ berlaku adil maka limpuhlah jentera propaganda mereka kerana semua tomahan terhadap kerajaan memang tak adil.

    * Rakyat berjiwa merdeka.

    Sekiranya ‘X’ percaya pada rakyat berjiwa merdeka maka gagallah strategi pulau-memulau mereka kepada yang enggan menyokong ideologi mereka.’X’ perlu mencari penyokong secara paksa.

    * Penguasaan ilmu pengetahuan.

    ‘X’ tidak mengalakan perkembangan ilmu pengetahuan kepada pengikut…berita TV dan akbar dilarang dari di baca dan mengangap ia media kerajaan. Hari-hari disogok dengan berita palsu bercampur keliru ‘X’. Mereka takut nanti pengikut jadi terlalu pandai …dan menentang kebodohan Master.

    * Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif.

    ‘X’ tidak mementingkan pembangunaan ekonomi sebagai contoh lihat di Negeri …rakyatnya sendiri berhijrah keluar bagi mencari kehidupan lebih baik dan T semasa era ‘X’…hancus.
    Komprehensive…mereka lagi tak faham..maklum mereka kurang ilmuan.

    * Kehidupan berkualiti.

    Tak da dalam kamus ‘X’…mereka galakan hidup berpuak-puak.

    * Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.

    Tak ada dalam kamus ‘X’

    * Keutuhan budaya dan moral.

    Tak mengutamakannya kerana mereka dalam proses penghijrahan ke budaya AFGANISTAN, PAKISTAN dan INDIA. Maklum…ikut stail Master yang ngaji kat negara tersebut.
    Moral pula phuiii….mereka nak pengikut mereka ganas…

    * Pemeliharaan alam semula jadi.

    Tak perlu…kasi botak…kasi botak…kasi botak…semua botak

    * Kekuatan pertahanan.

    Tak ada dalam kamus ‘X’…hak orang melayu dan ketuanan raja-raja melayu pun tak dipertahankan.

  6. ISLAM HADHARI: LANGKAH PERMULAAN UNTUK MELAKSANAKAN KESYUMULAN ISLAM .
    Salam,
    Tidak kira samada tidak mengizinkan ataupun mengharamkan sebarang bentuk program Islam Hadhari di dua buah negeri pemerintahan Pakatan Rakyat iaitu Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing membawa implikasi yang berbeza.
    Jika digunakan “mengharamkan”, maka ia membawa implikasi syariat atau agama yang mana jika dijalankan program Islam Hadhari, maka kita berdosa. Jika digunakan “tidak mengizinkan”, maka ia lebih lunak sedikit namun ia tidak membawa implikasi syariat di mana jika dilanggar, habis kuat kita telah melanggar peraturan sebuah Kerajaan Negeri sahaja.
    Pelbagai kenyataan menunjukkan, Islam Hadhari cuma tidak diizinkan maka implikasi syariat tidak ada disini. Tetapi, justifikasi ketidakizinan itu digunakan alasan syariat atau agama pula!. Ini dapat kita lihat alasan yang diberikan ialah, kita tidak perlu Islam Hadhari kerana Islam itu syumul tak perlu Islam Hadhari…
    Persoalannya sekarang, mengapa teragak-agak menggunakan “mengharamkan” sahaja Islam Hadhari itu jika benar-benar serius mahu membenteras “ajaran sesat” Islam Hadhari ini? Atau apakah tidak berani untuk mengatakan pengharamannya kerana sehingga kini, mereka gagal untuk membuktikan Islam Hadhari salah dari segi Islam. Sebagaimana yang saya tulis sebelum ini, bahawa yang saya jumpa hanyalah menyalahkan Islam Hadhari dari segi kelemahan Pak Lah dan kegagalan perlaksanaannya itu pun hanya penilaian mereka sahaja ianya gagal kerana Islam Hadhari baru berada di tengah masyarakat hanya selama 4 tahun sahaja. Bukti kesilapan dari segi konsep dan prinsipnya masih gagal diutarakan.
    Dengan istilah Islam Hadhari, Islam seperti digambarkan tidak syumul….betul ke? Islam tetap syumul namun kita gagal melaksanakan kesyumulan Islam itu.!

    Dengan penuh kesedihan kita harus menerima hakikat bahawa Islam yang syumul juga merupakan slogan yang hingga kini tidak ada satu kelompok umat Islam pun berhasil membentuknya, apa lagi dengan kesyumulan Islam yang menuntut semua umat Islam di dunia untuk berada dibawah ungkapan itu…Bagaimana untuk mencapainya?..Maka umat Islam dimana-mana dengan berbagai cara telah berusaha untuk mencari jalan ke arah itu…Hingga kini, hanya waktu yang menjadi saksi tentang apa yang dilakukan umat Islam dengan harapannya itu…kerana umat Islam masih juga bertanya bila dapat mencapainya?Ketika mana umat Islam belum sampai kepada Islam yang syumul, maka ini tidak bererti kita katakan bahwa Islam tidak syumul, tetapi sebenarnya umat Islam belum dapat menjalankan Islam dengan syumul. Kenapa?. Maka pelbagai alasan dan dalil yang disampaikan..
    Saudara pembaca, selama umat Islam masih berpandangan atau menganut kepercayaaan bahawa Islam hanya mahu dilaksanakan di negara dan kerajaannya sendiri apatah dalam partinya, maka Islam syumul hanya berupa mimpi, kerana Islam adalah rahmatan lil alamin..disinilah makna syumul itu..dunia…world..!
    Islam hadhari tidak lain adalah satu langkah dari usaha sebahagian umat Islam untuk menjalankan tugasnya di sebahagian dunia ini iaitu Malaysia, sehingga lepas tanggungjawabnya dihadapan Ilahi. Maka kalau itu tidak dapat dilaksanakan oleh sebahagian maka sebahagian yang lain wajib pula mendukung atau menjalankannya..begitu konsep fardhu kifayah…Bukan mempermasalahkan istilah kenapa Islam hadhari apatah lagi mengharamkannya…tetapi tidak dilihat apa yang ada dibalik itu…kenapa permasalahan hanya di batasi oleh makna bahasa?. Apakah umat islam begitu susah untuk memahami umat Islam yang lain, yang katanya ruhama’ bainahum dan assyida’ ‘alal kufr…kenapa tidak mencuba memahami..malah mengapa dengan cepat menghukum sesuatu yang masih boleh dibahas dengan ukhuwah…bukankah ini menunjukkan rendahnya cara berfikir kita..atau tentunya ada problem besar yang mempengaruhinya, yang pasti, tindakan ini tidak Islami, kerana kalau Islami pastilah didasari oleh ilmiah, syura dan taaruf serta ukhuwah dan juga wahdah-persatuan.kenapa selalu makna bahasa yang jadi problem, belum atau tidak dilaksanakan..mengapa tidak mendalami dulu tentang nilai dan isi yang ada di dalamnya..kenapa selalu dimulai dengan syu’u dhan -buruk sangka – dengan sesama kita? Betapa ruginya umat Islam yang telah kehilangan nilai Islamnya hanya kerana mereka berbeza parti…betapa ruginya umat Islam kehilangan kewajiban hanya kerana mempermasalahkan ungkapan – yang itupun masih dapat dibahas secara ilmiah d meja musyawarah-…betapa ruginya.
    Tetapi untuk Islam Hadhari..inilah kewajipan yang wajib di selesaikan…inilah kenyataan yang ada dihadapan umat Islam..dan mungkin juga ini juga punca sebenar Islam Hadhari belum dan tidak dapat dilaksanakan dengan baik……halangan dari kita yang jahil namun tidak tahu yang kita itu jahil…..Jangan menilai siapa yang membawanya tetapi nilailah apa yang dibawanya.

  7. AbangTuah

    Salam saudara purehadharis…
    Alhamdullilah…weblog ni telah disertai oleh mereka yang dalam kepahaman agamanya. Sekiranya semasa kami mengulas sesuatu topik atau isu sekiranya ada kesilapannya bahasa atau perkataan disisi agama minta di perbetulkan.

    Terima Kasih…artikal saudara banyak membantu.

  8. Kuntakinte

    Salam, sukran sdr purehadharis, hujah dan komen sdr amat perlu di tonjolkan dengan lebih kerap lagi, agar ramai yang berada diluar sana terutama mereka2 silap tanggapan mengenai istilah Islam Hadhari. kuntakinte hargai diatas pandangan sdr.

    Ana harap ante dapat perjelaskan lagi mengenai istilah Islam Hadhari bukan satu ajaran Islam baru seperti yang di war2 kan oleh puak PAS agar ianya tidak merosakkan akidah keseluruhan umat Islam dan melayu di negara ini.

    No comment it perfect information.

    Wassalam.

  9. Mamak Penang

    salam,
    Seronok juga ramai juga pengunjung dalam blog ini.Inilah dikatakan information yang perlu diperkongsi.kadangkala mamak yang dah tua lengoh jari nak explain benda yang baik!!.Terima kasih Hadrist…bantu-bantulah kami ini ha…penat kami berjuang ada yang kata macam mamak ini ha…ambil upah orang tulis!!!.Sedih mamak orang tuduh begini..dulu bagi kat blog ini.Lepas ini mamak nak berkunjung blog-blog orang muda pulak!!!!.Nak start dari bawah balik!
    Wasalam semua saudara seperjuangan!.

  10. ain

    islam hadhari tidak di terima kerana seolah2 islam itu tidak bertamadun. hadhari bermaksud moden, bertamadun.. islam moden? islam bertamadun? tak cukup ka islam sahaja. takda dalam al quran dan sunnah mengatakan islam bertamadun atau islam moden.. tamadun islam adala.. cukup lah setakat islam sahaja. islam itu dah cukup syumul tanpa hadhari.macam selama ini islam itu tidak bertamadun. sebenarnya. manusia itu la tidak cukup tamadunnya. islam mereka belum sempurna nak islam hadhari pula. hiduplah dengan menggunakan dua panduan sahaja al quran dan sunnah. jgn nak pandai2 ubah nama islam. cukup islam shja tak perlu hadhari. tlg faham sikit maksud islam hadhari. jgn main cakap ja bagus sangat islam hadhari tu konon. ISLAM sudah cukup. jgn berfikiran sempit. nama ja org islam tapi tak pula mendalami islam. malah ikut sukahati mulut ja kata islam hadhari tu ok. “Sesungguh agama yang d terima di sisi Allah adalah ISLAM” takda pun dia sebut islam hadhari. teruk betul pemimpin zaman sekarang ni. tengok isu semasa sekarang pun dah tahu.. masyAllah..d akhir zaman nti ulamak terbahagi kpd dua yang hak dan yg batil. ustaz2 pun macam tu. apa lgi pemimpin. jadi tolong ikut yang betul2 bole bimbing ke arah kebaikan. semua ni akan di hisab d akhirat kelak. wallahualam..

  11. ain

    islam hadhari bukan ajaran baru tetapi membawa makna yg berbeza tentang islam.. cukup setakat islam. orang cetek ilmunya ttg islam sahaja nak islam hadhari.. tetapi pemimpin pula tu.. masyAllah..

  12. Kuntakinte

    Salam, sdri mentelaah le apa yang sdr. purehadharis tulis diatas tu ha, jangan nak orang baca tulisan sdri saja tapi sdri tk mahu baca tulisan moderator lain.

    Yang kata undi PAS masuk syurga tu ajaran apa pulak. PAS Islam, Islam PAS tu apa punyai ajaran pulak!!!

  13. ain

    minta maaf ya. Islam mmg syumul.. salah siapa islam itu tidak dilakukan secara syumul? takda salah pun buat islam hadhari.. tapi fahami knsep islam yg sebenar dahulu.. siapa yg bawa islam hadhari ni? sebelum kita suruh org buat baik diri sendiri dulu buat.. kalu diri sendiri pun tak betul ttg islam cmna nak ajr di luar sana.. aurat pun tak terjaga nak buat cmna.. kalau ada yg naik angin tu biasalah bisikan syaitan. akidah lemah. begini la zaman sekarang.. wallahualam.. siapa kata undi pas masuk syurga?semua orang kata gitu ka? adakah ajran islam PAS? setau sy PAS je.. segalanya akan di hisab d akhirat kelak siapa pemimpin yg kita ikut. ya kalu bn betul ikut bn kalu pas betul ikut pas. tapi pastikan pemimpin tersebut ikut cara islam yg sebenar. kan islam itu syumul dan politik termasuk dalam ksyumulan islam tp cara berpolitik dalam islam pun ada.. kalu kamu rasa kamu betul tegakkan ja la kebenaran yang kamu tu betul.. ending dia kita tunggu jala d akhirat. kan senang. d sana baru kita tau sapa betul sapa salah. teruskan ja la usaha kalu kamu rasa kamu betul..
    ALLAH Maha Mengetahui.. ALLAH Maha Melihat.. ALLAH Maha Berkuasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s