Khairy kekal Ahli Parlimen Rembau

sumber klpos

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini pagi ini menolak petisyen mencabar keputusan pilihan raya umum kerusi Parlimen Rembau, yang telah dimenangi oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Petisyen telah difailkan pada 25 April  lalu oleh anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin yang turut dikenali “Chegu Bard” dalam ruangan blog.

Khairy yang bertanding buat kali pertama menang kerusi itu dengan majoriti 5,746 undi.

Petisyen tersebut merupakan antara kes yang difailkan di mahkamah di seluruh negara berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu.

Hakim Datuk Mohtaruddin Baki menolak petisyen dengan kos sambil mengatakan bahawa terdapat banyak kecacatan dalam petisyen dikemukakan.

Antaranya kata beliau, pemetisyen gagal untuk membuktikan wujudnya sebarang penyimpangan yang berkemungkinan telah mengubah keputusan pilihan raya umum kerusi tersebut.

Petisyen yang dikemukakan mendakwa wujudnya beberapa penyimpangan ketika proses penjumlahan undi termasuk percanggahan dalam jumlah kertas undi yang dikeluarkan.

Malah, Badrul juga mendakwa bahawa beliau tidak menerima Borang 14, yang menyenaraikan jumlah pengundi bagi setiap pusat pengundian.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Khairy kekal Ahli Parlimen Rembau

  1. Kuntakinte

    Tahniah Khairy!!!! n Tahniah Chegu Bard yang membuat bantahan mengikut saluran undang2 akhir nya keputusan berpihak kepada khairy.

    Jangan lah lepas ni pukul tong kosong sebar merata kampung Mahkamah tak adil pulak, Khairy guna rasuah pulak….. bukan boleh percaya species korang ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s