Pak Lah Ambil Risiko Politik

sumber malaysiakini.com

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil risiko politik yang besar apabila mengurangkan subsidi, menyebabkan kenaikan harga bahan api dan tarif elektik, tidak lama selepas Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Ini ekoran kenaikan harga makanan dan bahan api merupakan antara faktor utama yang mendorong rakyat mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum lalu.

Malah, kekalahan teruk BN, khususnya Umno, telah mencetus desakan supaya perdana menteri meletak jawatan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Abdullah berkata, kerajaan terpaksa memikir apa yang terbaik untuk rakyat.

Dalam sidang akhbar yang sama, beliau mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen kepada RM2.70 manakala minyak diesel pula naik 63 peratus kepada RM2.58, berkuatkuasa tengah malam ini,
Menurut Abdullah lagi, kos petrol dan komoditi telah meningkatkan secara drastik dan oleh itu, subsidi juga perlu disusun semula.

Abdullah juga berharap pengumuman kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik hari ini tidak mendorongkan rakyat Malaysia mengadakan demonstrasi bantahan.

Tindakan kerajaan itu dijangka akan mencetuskan protes daripada orang ramai.

Ahli Parlimen PAS, Mohd Hatta Ramli yang mengetuai protes anti-inflasi awal tahun ini menyifatkan kenaikan harga tersebut amat besar dan akan menjejaskan semua pihak.

“Ia akan menyebabkan kenaikan harga pelbagai jenis barangan yang lain,” katanya.

Oleh itu, katanya, kemungkinan besar akan berlaku protes terhadap pengumuman kenaikan harga tersebut.

Abdullah turut membayangkan kenaikan seterusnya, selaras dengan usaha Malaysia untuk memansuhkan kawalan harga bahan yang membabitkan kos RM17.4 juta tahun ini – kira-kira satu pertiga daripada bajet negara.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh dilakukan segera, tetapi perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Sementara itu, pakar ekonomi Yeah Kim Leng dari firma Ratings Agency Malaysia berkata kenaikan harga tidak boleh dielakkan tetapi apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.

“Kita menjangka (kenaikan) 20 hingga 30 peratus tetapi naik 40 peratus dan ini bermakna kerajaan cuba menampung kos kerana tidak menaikkan harga pada tahun lalu,” katanya kepada AFP.

Di bawah penstrukturan semula subsidi, pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc menerima bayaran tunai RM625 setahun bagi setiap kenderaan.

Manakala pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun

Yeah berkata bayaran rebet itu tidak mencukupi untuk menampung penggunaan purata pengguna.

“Ia jelas merupakan hanya sebahagian subsidi, jadi kita perlu melihat bagaimana golongan berpendapatan rendah boleh menyerap semua ini,” katanya.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Pak Lah Ambil Risiko Politik

  1. Joe Labu

    PakLah bukan seorang pemimpin berjiwa rakyat tetapi hanya seorang ayah yang baik. keluarga di utamakan dan rakyat tidak dipedulikan.

    Diharapkan pejuang Pemuda Umno dapat membantu rakyat menolak PakLah dari jawatannya segera sebelum rakyat terus menolak Umno dari muka bumi Malaysia.

  2. AbangTuah

    Terlalu kasar tu saudara Joe Labu menganggap DSAB sebegitu sekali. Memang sekiranya kita hendak bandingkan beliau dengan mantan Tun memang jauh berbeza…tetapi ada juga beberapa kualiti yang tidak dimiliki oleh Tun ada pada DSAB. Beliau lebih terbuka…percaya pada kebebasan bersuara…tidak pula terlalu keras…beliau cuba juga untuk berfungsi dengan sebaik mungkin yang beliau mampu. Pendekatan beliau adalah lebih kepada kesederhanaan. Bagi menuduh beliau tu mementingkan waris sendiri entahlah hanya tuhan yang mengetahui…tiada apa yang saya boleh sandarkan sebagai bukti…kalau dengan membaca dari web 100 dalil tu….siapa-siapa boleh menulis sebegitu. Bagi menuduh beliau meraba tu…entahlah…aku rasa gambar tu…saja diambil bagi di politikan…mungkin semasa DSAB sedang berjalan tidak mustahil kerana sanjungan amoi tu kepada beliau, tangan beliau telah ditarik kebahu oleh amoi tu…jadi apa yang beliau buat, tarik balikla…tapi bila tengok gambar tu 100 kali pun gambar tu ia akan tetap menunjukan impression bahawa tangan tu melekat kat bahu amoi tu.. memang gambar macam tu la. Cuba perhatikan betul-betul sapa yang tarik tangan beliau….so moralnya jangan percaya kepada gambar yang tersebar luas di internet-internet…banyak make-up dah dibuat oleh Photoshop oleh pihak pembangkang….
    Biarlah beliau menentukan…saya rasa beliau mengerti kehendak rakyat sebahagian rakyat…dan saya rasa masanya akan sampai tidak lama lagi bagi beliau mengundurkan diri..tapi biarlah ianya berlaku dengan cara terbaik dan terhormat….iaitu setelah selesai segala janji yang beliau buat terhadap rakyat dan setelah bersih nama beliau. Saudara sendiri jikalau berada di tempat beliau tentu tidak akan mahu di kata nanti JOE LABU LAH PM YANG TELAH MENGHANCURKAN UMNO. Tentang rakyat menolak UMNO tu kita tawakal je lah kepada ALLAH…sekiranya UMNO jujur memperjuangan bangsa dan Agama maka yakinlah Allah akan menyebelahi kita…inshallah.
    Berkaitan dengan keputusan kenaikan minyak tu adalah langkah yang terpaksa diambil dan kita pun patut bersyukor juga dengan wang peruntukan semula subsidi yang akan diberi…saya rasa tu adil kepada orang-orang kampung yang kurang mengunakan minyak. Kalau saya jadi PM saya tak akan berikan semula wang peruntukan subsidi tu…fasal kehidupan rakyat malaysia rata-rata dah mewah dan berbelanja telebih mewah. Sebaliknya saya akan senaraikan semua rakyat termiskin negara dan saya akan berikan setiap keluarga termiskin tersebut sebuah rumah selesa dan wang sebanyak RM100,000.00 setiap keluarga untuk memulakan penghidupan yang lebih selisa.

  3. Kuntakinte

    Salam, Sdr. Joe Labu, teman nak komen sikit je anggapan saudara.

    Pemimpin adalah dipilih mengikut demokrasi, dalam situasi ini pilihan dibuat dari yang baik dan dapat lah yang terbaik.

    Semua PM atau Presiden UMNO menghadapi berbagai desakan dan kritikan, cara pimpinan berbeza2 antara satu sama lain, dan bentuk cabaran mengikut peredaran masa dan zaman, hanya setakat mana kebijaksanaan seseorang itu menghadapinya ketika itu.

    kalau kita ingat TDM dulu berbagai2 hentaman dan gelaran di beri dan berbagai2 tuntutan dibuat keatas beliau, UMNO tetap utuh dan majoriti rakyat menerima, begitu juga dengan Pak Lah, perwatakan yang lemah lembut dan bertoleransi adalah cara beliau, itu pun ada yang suka dan ada juga yang tidak suka dan menuntut agar beliau meletakkan jawatan dan dituduh dan digelar dengan berbagai gelaran.

    Sdr. yang tegas macam TDM pun tak kena yang lemah lembut cara Pak Lah pun tak kena, pemimpin yang bagai mana yang kena? ada pihak tertentu akan cuba create propaganda and making the nonsence trademart kepada pemimpin walau pun siapa yang memimpin dalam UMNO itu adalah strategi politik.

    Pandangan kuntakinte Pak Lah yan terbaik dari yang baik dan dalam masa yang sama proses pengantian pemimpin UMNO akan berjalan dengan menguna cara tarik benang dalam tepung.

    p/s, semua tak betul…. siapa yang betul da…. hantu ka.. jin ka… pening2 ana betul2 punya pening la…..

  4. Kuntakinte

    Syabas!!!! abangtuah dan harap sahabat kita bro Joe mengerti dan terus memberi sokongan kepada UMNO. salam perjuangan

    p/s air yang tenang jangan disangka tiada buayeee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s