PAS Korbankan Idealogi Islam Demi Kuasa Di Perak

sumber malaysiakini

PAS Perak mempertaruhkan idealismenya untuk melaksanakan hukum hudud dalam perundingannya dengan DAP menjelang saat-saat awal penubuhan kerajaan campuran Perak, demikian dedah pesuruhjayanya Ahmad Awang.

Syarat DAP itu selepas ia bersetuju menerima wakil rakyat PAS Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

“Selepas kira-kira tiga jam perbincangan di antara pihak PAS yang diketuai saya dengan DAP yang diketuai pengerusi negeri Ngeh Koh Ham, pemimpin pusat DAP bersedia mengubah pendiriannya dengan mengenakan syarat supaya DAP diberi lapan jawatan exco dan PAS berjanji tidak melaksanakan hukum hudud dalam kerajaan campuran ini,” kata Ahmad.

Dalam ucapannya bagi menyambut kejayaan parti itu mentadbir Perak yang disiarkan media rasmi PAS Harakahdaily, beliau berkata selepas campur tangan istana yang mengubah senario awal politik, tuntutan DAP agar PAS menggugurkan hudud tidak lagi berbangkit.

“Bagaimanapun syarat-syarat itu gugur kira-kira jam 11 malam setelah wakil PAS dan DAP dititah menghadap Tuanku di Istana Kinta,” katanya.

“Yang paling penting syarat yang mereka kenakan iaitu lapan exco dan isu hudud gugur dengan sendirinya.”

Ahmad mendedahkan saat-saat awal rundingan antara dua parti itu, sejurus selepas keputusan rasmi pilihanraya umum 8 Mac diketahui awal pagi keesokannya, sehingga ketegangan muncul apabila tokoh utama DAP Lim Kit Siang mengugut untuk memulaukan majlis angkat sumpah Mohamad Nizar.

Ketegangan sekali lagi muncul apabila PKR tidak berpuas hati dengan pengagihan jumlah kerusi exco. Parti itu mendakwa ia menerima satu jawatan sahaja.

Bagaimanapun keputusan akhir yang kekal hingga kini, DAP mendapat enam exco, PKR (tiga) dan PAS (satu).

Ahmad mengulangi saat-saat bersejarah PAS di negeri itu dalam satu taklimat kepada menteri besar baru-baru ini yang dihadiri 700 pemimpin-pemimpin parti itu, termasuk peringkat cawangan, di kediaman rasmi Mohamad Nizar.

Dalam ucapannya ‘Enam kejayaan PAS Perak’ di laman web PAS itu, Ahmad berkata kerjasama dalam pentadbiran negeri telah menjinakkan DAP yang dianggap “parti yang tidak begitu sehaluan dengan PAS” menjelang pilihanraya umum.

“Selepas pilihanraya ke-12 dan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, pemimpin DAP bukan sahaja mudah bersefahaman dan mesra dengan pemimpin PAS di peringkat negeri, bahkan sentiasa menghormati pandangan pemimpin PAS sama ada mereka yang berada di dalam atau di luar kerajaan,” katanya.

Beliau turut mendedahkan, Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah juga mula berminat mengenali Mohamad Nizar selepas hari pertama rombongan ketiga-tiga parti itu menghadap baginda di Istana Kinta.

“Hubungan terus terjalin melalui beberapa pertemuan dengan pihak istana ketika menghadapi saat-saat kritikal mengenai pelantikan MB dari parti PAS,” tambahnya.

nota: bagi penulis, Pas akhirnya tunduk kepada tuntutan DAP. Tetapi sekiranya ikhlas ingin laksanakan hudud, mengapa ia tidak dilaksanakan di Kedah dan Kelantan di mana kemenangan PAS di sana berdasarkan majoriti?Kita lihat di sini bahawa PKR bermain ‘safe’ dengan tidak bersuara ketika saudara seIslam Pas mereka sedang tertekan akibat mainan politik DAP.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “PAS Korbankan Idealogi Islam Demi Kuasa Di Perak

  1. Sudah jelas lagi terang bulan… Parti yg mengangkat diri mereka sebagai pejuang tulen agama,(ceh,..Harap slogan) meremang rerambut nih.rupanya sedang kabur,silau dan sedang asyik “dinasyidkan” oleh rakan kongsi kuasa mereka…si kapal angkasa dalam gelang, dan akhirnya terpampang dek izin Allah bahwa akhirnya yang haq tetap haq dan batil kekal batil walau kepala diselimuti kain tebal,(petanda aras untuk iman)di kalangan mereka.
    jelas.. kerajaan perak kini tidak lebih dari “KERA JAGAAN” dibawah hujung tangan asing yg sedang memegang pisang..hidup melayu!!!

  2. Kuntakinte

    Sekupang dua, puak PAS dan DAP ni macam Kata paku dulang serpih kata orang diorang yang lebih, bersekokol le korang dengan kafir harbi, KITA TENGOK SAPA YANG KENA!!!!!
    oppps….., ante yang kena!!!! tak ku sangka cempedak berbuah nangka.

  3. AbangTuah

    Aku dengar dari PAS bahawa hukum hudud tu adalah wajib dilaksanakan dan pemerintah wajib meletakan hukum Al-Koran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi didalam pemerintahan. Aku juga dengar sekiranya pemerintah tidak megikut hukum islam didalam pemerintahan maka, kerajaan tersebut perlu ditentang atau tak wajib di ikuti. Sekarang aku dah keliru bagaimana hukum yang wajid dilaksanakan tu boleh pula dirunding-runding…pula…tak masuk akal betul. Pada pendapat aku kalau dah mampu untuk dilaksanakan fasal apa perlu dirunding-rundingkan lagi atau ganti dengan hukum kebajikan pula….apa ni PAS……PAS NI PARTI APA..NAK KATA PARTI ISLAM PUN BUKAN…Lagi satu yang aku dengar sebelum pilihan raya dari PAS, SESIAPA YANG TIDAK MAHU MENGIKUT DAN MENYOKONG PERJUAGAN PAS MEMPERJUANGKAN NEGARA ISLAM HARAM DI CAMPURI DI SAPA PUN TAK BOLEH. Tiba-tiba selepas pilihan raya…aku terperanjat besar apabila mendengar PAS BERGABUNG DENGAN PKR DAN DAP bagi membentuk PPR(Pakatan Pemusnah Rakyat). Aku heran macammana macammana PAS boleh berpakat dengan PKR dan DAP tu sebab dah terang mereka tu tidak menyokong perjuagan Negara Islam PAS…heran…aku heran…sebab kuasa, nak sangat memerintah dan nak sangat agar UMNO jatuh PAS boleh pulak tu menghalalkan apa yang dah mereka haramkan…iaitu larangan yang telah dikeluarkan haram bercampur dengan mereka yang tidak menyokong perjuangan Islam PAS…apakah itu bukan bukti nyata…terang dan nyata….bukan pun cerita propaganda aku…..bahawa PAS mengunakan agama untuk kepuasan nafsu…nafsu…nafsu…apa hukumnya apabila sesaorang tu berdolak-dalih dan berbohong di dalam kata-kata dan janjinya….MUNAFIK…MUNAFIK…MUNAFIK…. Yang lebih memeranjat dan membingungkan..dan memeningkan pengikut PAS selepas dua tiga hari pilihanraya pimpinan PAS mewar-warkan pula konsep negara kebajikan dan PAS di bolehkan pula bepakat dengan PKR dan DAP demi menetang kezaliman pemerintah kononnya..dan hilang pula kisah kerajaan tidak melaksanakan hukum Islam. Untuk menguatkan lagi konsep baru PAS ni iaitu membela rakyat dan berkebajikan kepada rakyat dan menghalalkan penyatuan dengan PKR dan DAP yang terang-terang menentang negara Islam PAS maka di keluarkan satu dalil berbentuk kisah bagaimana seorang pemerintah Islam di zaman dahulu bersama-sama dengan bukan Islam membentuk satu pakatan pemerintahan.
    Kesian..sungguh kesian aku pada pengikut-pengikut PAS…aku lihat selepas berjaya memerintah Kedah dan Perak..mereka seakan tak gembira..rata-rata aku lihat dari air muka mereka semacam ada suatu penyesalan….atau pun bingung..bingung..semacam jadi bodoh dan bila aku pandang mereka tunduk..tertunduk malu..mungkin mereka malu dengan perbuatan mereka selama ini atau mungkin mereka menyesal atau rasa tertipu.Ada juga seorang pengikut yang terlalu finatik terus senyap…mendiamkan diri sehingga kini….tak mahu lagi menghina, mengcerca.dan lain-lain lagi….berubah…bingung seolah-olah dah saiko…atau macam orang isim…. Pada pandangan aku PAS ni dah sesat….tapi malu nak kembali kepangkal jalan kerana sudah terlalu dalam ketabsupan dan malu pada masyarakat umum akibat banyaknya fitnah.tomahan,cercaan dan lain-lain yang telah dihambur kepada UMNO dan BN. Ini lah akibatnya sesaorang yang terlalu taksub dan takbur dengan ideology….walau tersedar akan kesesatan mereka tidak mampu lagi hendak kembali kepangkal jalan untuk bertaubat….Adakah PAS sekarang wajib ditaati oleh pengikutnya…setelah ternyata MUNAFIK dan tersesat kerana mengikut nafsu serakah politik mereka….memang nyata lah bahawa di akhirat kelak neraka sepertiga di penuhi oleh mereka yang tahu atau faham tentang agama…atau lebih tepat lebai.

    Kisah tambahan..bagaimana kuasa pengaruh dapat menutup hati dari bertaubat.

    Ada satu kisah seorang ahlil nujum di Tibet pada abad yang lalu, yang faham dan tahu Islam itu benar dan tahu akan Nabi Muhamad tu benar melalui jin yang di hantar kelangit pertama bagi merisik rahsia dari loh mahfuz berkata…walaupun tahu tapi tidak dapat masuk Islam kerana tidak mahu orang yang hilang percaya pada ramalannya.dan hilang pengaruh sebagai ahlil nujum hebat…nama dia adalah ‘NYAI LOBSANG RAMPA’.

    Bro kuntakinte…kalau ada masa kawan nak cipta satu puisi untuk PAS…..

  4. ala mat awang di congnya (tipu) bangsa….

    cakap lain… berapi pasal hudud, pasal DAP yang dapat dijinakan….ish ish ish habih orang perak dia tipu..tu ler cakap lain buat lain

    elokler teman nak tanya bila nik aziz setuju kerajaan campuran demi islam antara UMNO dengan PAS untuk orang melayu jugak. mengapa TOLAK walaupun MURSYIDUL dia dato nik aziz dah kata ok dia kata tak ok. dia kata berkawan dengan UMNO zalim dan DAP KAFIR. baik bersama KAFIR!

    pastu siap suruh 6 adun PAS berbaiah supaya tak lari. KALAU IKUT UMNO MEMBENTUK KERAJAAN ISLAM MAKA JATUHLAH TALAK TIGA KEATAS ISTERI MASING-MASING!.

    kengkawan, teman ingat… tutup ceritaler…. getek dengornyer… nak muntah dgn mat awang ni bila bercakap tentang ugama…. ini rupa orang yang bercakap tentang hukum… HUDUD … masyaalah kufur pun tak kenal nak cerita pasal hudud

    CERITA LER PASAL TAK NAK KERAJAAN ISLAM DENGAN GABUNGAN UMNO… CERITALAH BAIAH DIA BOLEH JATUH TALAK TIGA ISTERI MASING-MASING ….semua orang perak dah tahu yop!…

    kehalnya MAT AWANG ni langsung tak bertanding dipilihanraya sebab muflis…. sedorler yop .. banyak bunyi pulak … tak sedor diuntung! MALU LER sikit!

    sekupangdua saran hukum pancung jer orang yang mengaku islam khianatkan agama islam…allahuakbar!

  5. Kuntakinte

    Sekupangdua, sebut cerita cerai bini talak tiga, di kelantan baru2 ni dah jatuh kut talak kat seorang isteri WR PAS, huh….cun hang tau, tu WR PAS mana lah pulak yang sambar, bising pasai pendatang asing, yang depa kahwin dengan bangsa luar tu apa ke benda nye tu… tapi ya jugak bab nafsu wet dan rek kopiah pun letak sebelah, mana boleh tahan, tu lah dia kepimpinan melalui teladan.

    Nga dan Ngeh tu biras, seorang kahwin adik seorang kahwin kakak, kalau diorang bersatu le… jadi Nga…nge (bahasa Parit) le orang lain, usah harap le nak tonjol2 Negeri Islam kebajikan (dulu Negeri Islam hudud), setakat nak sogok orang miskin bagi beras dan gula teman pun bersedekah tak payah kerajaan buat pun, dan bukan nya benda baru pun memang selama ini Kerajaan dulu pun bantu, lepas tu yang dapat semua puak PAS belaka sebab puak tu memang ramai yang susah pun. teman teringat sepanduk PAS masa PRU undi BN dapat beras, gula & kain pelikat, haaa. la ni kata paku dulang seropih kata orang awak yang lebih2. didik le puak korang tu biar ternganga je tunggu di suap.

    Tu.. exco2 dah mula dah meresek di GLC kerajaan Negeri apa boleh balun dan solap, satu dah sah kena sapu dah kawasan hutan balak milik SADC di Gerik /Jeli lebih kurang 800 ekar oleh exco bagi kat Syarikat india+melayu (india bos nya) nama syarikat Maha???? sdn. bhd sponser masa PRU exco berkenaan, sekarang kena ganti balik, ganti dengan harta kerajaan negeri, kuasa ada le.. kata kan. dayus rasa teman, sekarang ni India pun dah dapat berkuasa. ngange le puak korang, sibuk le korang ngutuk sana sini, sibuk le korang rebut Pengerusi Masjid dan Ketua Kampung yang sampai sekarang tak termampu cari Ketua Kampung, orang kampung dah bising, anak2 nak masuk Universiti, nak cari chop Ketua Kampung apa ke hal nye ni… lantik Ketua Kampung pun tak boleh nak selesai, ini kan pulak hal2 besar.
    Yang merodak projek biar le DAP je,… kata ngeh pada Nizar, Haji aaa… ini Melayu ha haji jaga sama diorang kasi apa diorang mau pasai sembahyang punya tempat, lain2 haji jangan takut saya sama Nga kasi selesai… ha… ngange le mengkome puak PAS/PKR oi…

    p/s ngange …… ngange….ngange…. ngange, nguap kut, tak biasa kerja dalam aircond. keh…keh..

  6. Mengikut Undang-undang yang merujuk Perkara 16(6),Sistem Raja Berpelembagaan Malaysia,Sultan hanya mempunyai kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) tetapi tidak kepada Menteri Besar (MB).MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran Dewan Undangan Negri (DUN),undi tidak percaya didalam sidang DUN atau MB sendiri yang meletakkan jawatan.

    ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
    Jelas terang lagi bersuluh KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MASIH SAH
    tetapi bagaimana pula kerajaan baru BN!!Sultan perkenankan MB yang baru..Darul Ridzuan ada 2 orang MB pada waktu sama!!!!
    ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
    komen dari orang kuat BN:
    Bekas Menteri UMNO, Zaid Ibrahim berkata krisis perlembagaan di Perak boleh di elakkan sekiranya semua ahli politik menerima Malaysia adalah negara demokrasi, dimana permasalahan politik sepatutnya diselesaikan melalui Dewan Undangan Negeri dan bukannya di belakang pintu istana yang tertutup.
    Beliau yang bertindak sebagai Menteri Undang-undang dalam kabinet Barisan Nasional (BN) berkata BN dan Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya menguji sokongan terhadap mereka di DUN Perak melalui undian dengan mengangkat tangan.Menurutnya dalam demokrasi mahkamah adalah terbuka kepada umum, supaya rakyat jelata boleh berpuashati dengan proses perundangan yang adil dan boleh disemak dengan teliti.“Mengapa bila tiba menukar sesuatu kerajaan, dibuat secara tertutup? Adakah kerana kita ada budaya ‘kekuasaan’? Rakyat tidak perlu tahu, hanya elitis sahaja yang perlu tahu?”katanya yang kesal dengan tindakan tergesa-gesa menukar kerajaan Perak.Beliau yang dipetik Malaysian Insider berkata persoalannya bukan samada Sultan ada kuasa untuk membubarkan DUN atau adakah Sultan boleh menitahkan peletakan jawatan Menteri Besar, tetapi samada parti-parti politik durujuk kepada forum yang betul.”Ia adalah berkaitan mendapatkan keyakinan majoriti dalam DUN,”tegasnya. Kedua-dua BN dan PR mempunyai 28 kerusi di DUN, tetapi tiga ADUN yang memilih menjadi BEBAS berkata mereka akan menyokong BN.Sultan Azlan Shah mengambil sokongan meraka (tiga ADUN) kepada BN sebagai bukti yang Menteri Besar Perak tidak lagi mendapat keyakinan DUN. Sultan telah bertindak mengambil sumpah Dr Zambry sebagai Menteri Besar yang baru semalam tetapi Nizar menolak keputusan yang dibuat di istana.Keputusan yang diambil oleh Sultan Azlan yang juga bekas Ketua Hakim Negara telah menimbulkan banyak kritikan sehingga pakar undang-undang bercanggah pendapat adakah Sultan bertindak dengan niat yang benar (whether he acted in good faith)Zaid, yang meletakkan jawatan dari Kabinet Abdullah kerana kurangnya sokongan atas usahanya untuk mengislahkan badan kehakiman berkata, isu mudah untuk menentukan parti manakah yang mendapat majoriti telah menjadi sukar (complicated) kerana beberapa orang telah bertindak sewenang-wenangnya. “Saya tidak fikir masalah ini boleh diselesaikan melalui mahkamah, jadi rakyat kena menunggu. Kerajaan baru yang berkuasa telah ditubuhkan. Istana telah bertitah. Ia seolah-olahnya tidak boleh dipersoalkan lagi (fait accompli),”katanya dan menambah bahawa situasi di Perak telah menimbulkan nada bersifat membahagi (divisive tone) dalam negara ini.”Matlamat untuk menubuhkan kerajaan diterima oleh semua pihak (working government) bukanlah permainan matematik (angka). Ia bukannya angka tetapi berkait rapat dengan kestabilan,” kata Zaid.Beliau menyatakan ada pendapat yang mengatakan bahawa tindakan Sultan tidak boleh dipertikaikan oleh mahkamah.”Adakah ia bermakna seseorang tidak perlu menerangkan tindakannya kepada rakyat umum?,”soalnya.Beliau menimbulkan bahawa sesetengah pihak merasakan bahawa pertukaran kuasa di Perak adalah satu rampasan kuasa (coup d’etat), justeru mereka harus menyatakannya dengan trang dan jelas dalam kotak undi pada pilihanraya akan datang, kerana katanya jelas sesetengah pihak memang tuli (tidak pernah mendengar keluhan rakyat) !

    sumber:buletine online/bernama

    Kerajaan pakatan rakyat di Perak Musnah dan tidak sah??Kerajaan barisan nasional yang terbaru??Mengikut Undang-undang yang merujuk Perkara 16(6),Sistem Raja Berpelembagaan Malaysia,Sultan hanya mempunyai kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) tetapi tidak kepada Menteri Besar (MB).MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran Dewan Undangan Negri (DUN),undi tidak percaya didalam sidang DUN atau MB sendiri yang meletakkan jawatan.

    Update 08.02.09:02:40 pm

    Mesyuarat Exco Berjalan, Nizar Mengekalkan Jawatan Sehingga Mahkamah Memutuskan

    Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mesyuarat exco negeri dengan mengambil beberapa keputusan penting.
    Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempengerusikan mesyuarat itu bersama semua tujuh orang exco di kediaman rasmi menteri besar sejak pagi tadi. Dalam sidang medianya tengah hari tadi, beliau mengumumkan empat keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat khas exco tersebut: – tajak pajakan untuk perindustrian akan ditukar status kepada pegangan bebas selama 99 tahun untuk merangsang pelaburan ke negeri tersebut,- menghidupkan semula lapangan terbang Ipoh untuk pesawat tambang murah bagi menggalakkan pelaburan,- kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta kepada warga tua yang meninggal dunia, dan- seramai 342 anggota majlis pihak berkuasa tempatan bawah kerajaan Pakatan Rakyat – sebelum ditumbangkan oleh BN minggu ini – akan terus menjalankan tugas mereka.Mohammad Nizar menambah, minit mesyuarat yang mengandungi keputusan-keputusan besar itu akan dihantar kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk dilaksanakan.Katanya kepada Malaysiakini beliau akan mengekalkan jawatannya sekarang sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya. Seperti pagi semalam, tambahnya, beliau akan terus ke pejabat rasminya di bangunan setiausaha kerajaan negeri pada Selasa depan. Tindakan yang sama akan diambil oleh barisan exco tiga parti utama kerajaan campuran itu.Beliau juga berkata, satu permohonan akan difailkan di mahkamah pada Selasa depan untuk mencabar kesahihan pelantikan menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abd Kadir semalam.
    Posted by poohboyz at 10:47 PM 0 comments
    Labels: krisis politik diperak
    poltik perak

    Kerajaan pakatan rakyat di Perak Musnah dan tidak sah??
    Kerajaan barisan nasional yang terbaru??

    Mengikut Undang-undang yang merujuk Perkara 16(6),Sistem Raja Berpelembagaan Malaysia,
    Sultan hanya mempunyai kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) tetapi tidak kepada Menteri Besar (MB).MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran Dewan Undangan Negri (DUN),undi tidak percaya didalam sidang DUN atau MB sendiri yang meletakkan jawatan.

    Update 08.02.09:08:30 am

    Sekarang Dato’ Seri Ir Nizar bertindag berani mmpertahankan hak rakyat yang memilih beliau.Biar rakyat yang menentuan.
    Sekarang siapa yang benar???BN atau PR??
    Adakah media BN memutar beltkan fakta??
    Dato’ Seri Ir Nizar masih lagi Sah!Dr Zambry diperkenan sultan
    Sekarang Pertama didalam sejarah Malaysia,Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai 2 Menteri Besar!!!!!!!!!
    Posted by poohboyz at 7:16 PM 0 comments
    politik negeri perak

    kerajaan pakatan rakyat akan tumbang???
    kerajaan barisan nasional dibawah kempipinan baru Dr Zamry akan naik??

    Menurut Undang-Undang perkara 16(6),sistem Raja Berperlembagaan Malaysia,Sultan hanya ada kuasa melucutan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negri (Exco) ttapi tidak Menteri Besar (MB).MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN),undi tidak percaya didalam sidang DUN ataupu MB sendiri yang meletakkan jawatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s