Pas Mula Ketepikan Pakatan Rakyat Tubuh Kerajaan

satu artikel menarik yang dikirim oleh Tamin Sari di laman web mykmu.

Bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal. Itulah Pas dengan gaya terkini mereka. Gara-gara bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad mengumumkan untuk berundur keluar dari UMNO, seolah-olah ianya memberi satu rahmat kepada Pakatan Rakyat terutamanya Pas.

Mereka mula memasang angan-angan untuk menubuhkan kerajaan baru jika Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang. Mereka berharap UMNO akan terus bergolak dengan masalah dalaman mereka.

Ditambah lagi dengan pengunduran Tun Dr.Mahathir, mereka melihat UMNO retak menunggu rebah. Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan yang Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip “kontrak sosial” sekiranya mereka dapat mengambil alih tempat BN untuk memerintah negara. Beliau menegaskan pendirian itu berasaskan kepada “kontrak sosial” yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi. Tetapi tidak berani pula menyebut untuk menubuhkan Negara Islam Pas. Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.Pelik tapi benar. Sejak bila pula Presiden Pas itu pandai berbicara tentang kontrak sosial? Asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu.

Adakah rakyat masih ingat semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004. Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi. Ia (hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada “hak istimewa sesuatu kaum”. Itu bagi Pas dan bagaimana pula dengan rakan sepejuangan dalam Pakatan Rakyat. Di manakah cita-cita Pas hendak menubuhkan Negara Islam ala-Pas seperti mana yang terkandung didalam manifesto pilihanraya umum 2004.

Apakah Pas takut disergah oleh “abang besar” iaitu DAP sehingga sanggup mengugurkan penubuhan negara Islam dalam manifesto piliharaya 2008 yang lalu. Sepertimana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup perjudikan matlamat perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung dengan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat. Manakala DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, sanggup terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menghancur dan memecahbelahkan undi orang Melayu pada PRU-12 yang lepas.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan tiada lagi Ketuanan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman pada 14 April 2008. Ketuanan Rakyat yang disebut semasa Black 14. Apakah ini petanda Hari yang “black” juga untuk orang Melayu dalam PKR dan Pas? Bukankah Anwar yang hendak menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat? Kenapa Hadi Awang beria-ria benar mengeluarkan kenyataan? Atau Hadi Awang juga menyimpan cita-cita hendak menjadi Perdana Menteri dalam diam-diam? Hadi Awang nampaknya telah mengubah haluan dan menerima kontrak sosial yang dipersetujui bersama oleh pemimpin-pemimpin Perikatan dahulu. Suatu masa dulu, Hadi Awang dengan begitu keras sekali memfatwakan bahawa adalah kafir bekerjasama dengan kaum-kaum lain yang bukan Islam. Apakah DAP akan bersetuju dengan pandangan Hadi Awang ini? Nampaknya Lim Kit Siang seakan bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri pilihan kerajaan Anwar, berbanding Hadi Awang.

Ini kerana DAP sudah menguasai tiga buah negeri iaitu Penang, Perak dan Selangor berbanding Pas yang hanya dapat dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah. Dari segi hasil dan kekayaan, DAP melebihi PAS. Tentunya Kit Siang akan menjadi pilihan Anwar. Atas faktor perpaduan, kekayaan dan pengaruh berbilang bangsa, Anwar pastinya akan mengenepikan Hadi Awang. Lihatlah bagaimana Anwar membela Karpal Singh dalam isu mempertikaikan keputusan Sultan Perak mengenai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

Sayugia diingatkan bahawa perpaduan di dalam UMNO masih kekal tetap utuh dari dulu, kini dan selamanya. Hampir 95 peratus ahli Parlimen UMNO mengisytihar memberi sokongan padu kepada Presiden UMNO. Tak payahlah Hadi Awang risau. Tindakan Tun Dr. Mahathir mungkin mendatangkan kesannya jika separuh ahli Kabinet daripada UMNO meletakkan jawatan masing-masing. Hal ini tidak berlaku. Walaupun di kalangan ahli UMNO ada yang suka dan tidak suka kepada kepimpinan seseorang, tetapi untuk bertindak keluar daripada parti yang berusia 62 tahun itu nampaknya sukar. Masih ramai ahli UMNO yang berada di barisan akar umbi yang tetap melahirkan kemarahan di atas sikap pucuk pimpinan parti atas beberapa isu dan perkara, tetapi mereka masih waras untuk terus bersama UMNO walaupun golongan ini tidak bijaksana dan terbilang.

Yang pasti ahli UMNO tulen dan setia kepada parti tidak mudah untuk dipujuk rayu untuk sama-sama keluar parti. Walaupun sering berbeza pendapat, masih ramai ahli UMNO yang memegang slogan parti keramat orang Melayu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’. Jadi nasihat untuk Hadi Awang, lupakanlah buat sementara hasrat untuk mengambil alih kepimpinan Barasan Nasional buat masa ini. Tunggulah sehingga PRU yang ke-13 nanti. Itupun jika masih berhasrat lagi. Orang UMNO sendiri sudah cukup matang dan sebarang krisis timbul seperti yang pernah berlaku sebelum ini, berjaya diselesaikan dengan ‘cara UMNO’. Tidak payahlah jadi macam Karpal Singh yang suka menjaga tepi kain orang. Buat masa ini carilah fatwa-fatwa yang bersesuaian untuk meredakan kemarahan rakyat negeri Selangor. Kalau tidak pun rajin-rajinlah buat banyak ceramah-ceramah perdana dengan harapan kutipan dapat didermakan kepada Menteri Besar Selangor yang tengah pening kepala sekarang bagi memenuhi janji-janji Pakatan Rakyat semasa PRU ke-12 yang lalu. Itu yang lebih penting.

TAMINSARI
Shah Alam

Selangor Darul Ensan
nota: pada PRU12 yang lepas, penulis amat pelik dengan tindakan PAS yang menggugurkan prinsip menuju ke arah negara Islam di dalam manifesto mereka. Sebaliknya mereka memilih menuju ke arah negara berkebajikan. Penguguran prisip ke arah negara Islam mereke mencerminkan bahawa pemimpin PAS sudah merasakan bahawa perjuangan berlandaskan Islam sudah tidak lagi relevan di dalam mengejar imbuhan duniawi iaitu kuasa politik. Penulis amat sedih dengan penguguran Negara Islam yang sering dicanangkan oleh PAS sebelum walaupun penulis menyokong penuh perjuangan UMNO. Ini kerana sekiranya pengundi Islam ingin merealisasikan negara Islam, dahulu boleh lah memangkah PAS..tetapi pada hari ini sekiranya memangkah PAS ia mencerminkan bahawa undi mereka itu adalah untuk DAP. Ini kerana PAS tunduk dengan tuntuan DAP yang tidak inginkan status negara ISLAM dengan menggantikan manifesto mereka ke arah negara berkebajikan. Inilah akibat tunduk kepada desakan Kafir Harbi demi mengejarkan kuasa dunia.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Pas Mula Ketepikan Pakatan Rakyat Tubuh Kerajaan

  1. Kuntakinte

    Angan2 mat jenin le PAS nampak nye, Kerusi yang PAS bertanding keseluruhan Malaya ni pun kalau menang semua tak cukup untuk mengkome nak perintah, korang bubar je Parti PAS tu lepas tu masuk beramai2 UMNO, mana tahu dengan cara tu boleh ngak dipikiorkan bergilir2 jadi PM.

    Anwar usah le percaya, PKR tu tubuh pun baru setahun dua dah nak kontrol semua parti pembangkang, PAS yang dah lama ni tak ada telor ke. jadi usah le mengkome percaya sangat kat Anwar tu, DAP tak masuk dalam kepala otak teman pun, itu kafir harbi, sial teman kalau sebut nama tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s