Terkini : Minyak naik 78sen mlm ini

BREAKING NEWS: Petrol will be RM2.70 a litre at midnight tonight
The new price of petrol is RM2.70 per litre beginning midnight tonight, it was announced a moment ago by Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad. Diesel will go up by RM1 per litre while the price for ULG 92 per litre went up by 74 sen. The 78 sen hike or 40 per cent increase for the ULG 97 petrol is still below the antiticpated RM4 per litre price projected earlier and among the cheapest in Asia.

dari utusan

Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini

04/06/2008 5:56pm

PUTRAJAYA 4 Jun – Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. – Utusan.

imej dari mob1900

54 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

54 responses to “Terkini : Minyak naik 78sen mlm ini

  1. Mamak Penang

    Minyak oh Minyak kenapa engkau Naik?
    Mana tak naik ;orang malaysia Tak Syukur.
    Kenapa tak syukur?
    Kalau sudah Murah,Mintak Lagi Murah!
    Kononya Menang Mau kasi Turun!
    Ingat nak ambik minyak kat telaga Bukit minyak
    Tapi telaga sudah pergi cari baldi
    Baldi kat mana?Baldi kat Sabah!

  2. Mamak Penang

    Kunta kinte dan Tuah kalau tau Bukit minyak mana?.Dekat ceruk tekun sebelah dengan Bukit Mertajam!

  3. dharna

    Assalamualaikum…
    I think most of our government who is behind the increase in price of oil petrols today should go back to economic school…
    u think we don’t know ah how the oil and gas industry processes itself whether imported or exported ah???
    one of the minister even gave a remark on tv live just now that most products are not going to be effected by the price hype. Another stupid excuses and effort to cover the stupid decisions that will suffer the rakyat. We also have learned economics and mathematics in school giving us this bullcrap will make u think twice of ur stupidity.

    Enough is enoughla, ur so called ingenious decision will definately double cross u in the next election or probably this august…

    ill be waiting ambitiously and in victory!!!
    after all without the rakyat who are you!!!
    RAKYAT RULES!!!!

  4. dharna

    funny how there is not yet any comments been post…
    haha…i guess thousands of us Malaysians have been flocking this site and gave up hateful comments which somehow have been deleted or filtered…
    Macamanala nak jadi pemimpin if they don’t know how to dengar rintihan rakyat…
    Its such a shame how shallow minded our so called governement and kuncu2 mereka are…
    they think Malays boleh dipijak-pijak macam dulu…
    eh now we read true facts not by just looking and listening to manipulation covers made by the medias today. And we screen the information that have been given and we all use our brains to analyse these information to confer thoughts on behalf of our on rights…
    so buh byela to the governent that have led us for 50 years…

    i hope this coming 51st birthday of Malaysia will be the glorious event in Malaysia’s history as all races hand in hand had stand together and fought for our rights in the notion of being a mere rakyat…

    to the moderator or administrator of this website,,,,
    kamu ingat2la bahawa kerja yang kamu pegang selama ini untuk menipu dan menutup informasi boleh menyebabkan kamu diazab atas kebodohan kamu sendiri yang mengikut-ikut rentak yang mendatangkan syubahat…
    allah waalam….

  5. pemudaumno

    salam dharna

    utk makluman anda laman ini hanya akan menapis komen2 yang berbau perkauman. Tiada informasi yang ditutup baik informasi mengenai kerajaan atau pun pembangkang.

    harap maklum

    wassalam

  6. pemudaumno

    Pendapat saya, sumber minyak merupakan sumber alam yang tidak boleh diperbaharui. Penggunaan minyak saban hari semakin meningkat. Sebagai rakyat, kita harus bersedia menerima hakikat bahawa subsidi petrol dan diesel bakal dihapuskan. Penulis percaya sekiranya subsidi ditarik semula, rakyat akan lebih bijak berbelanja terutama dari segi penggunaan petrol.
    Penulis juga ingin menyarankan agar kerajaan memantapkan lagi perkhidmatan pengangkutan awam supaya beban kenaikan petrol dan diesel dapat dirasai pada kadar yang minima.
    Kita sudah 50tahun merdeka, adakah kita masih lagi ingin mengharap subsidi dari kerajaan. Persoalannya sampai bila kita harus disuapkan nasi ke mulut(diberi subsidi)? Sekiranya mentaliti kita asyik dengan pemberian subsidi, tidak mustahil 100tahun kemerdekaan negara, kita masih lagi mengharapkan ihsan subsidi sehingga ke hari ini, satu suapan nasi ke mulut kita, kerajaan memberi subsidi.

  7. tension

    kalau kau rasa subsidi patut dihapus kan bole kau pasti kan subsidi tu dapat memberi keselesaan pada rakyat sedang kenaikan petrol sebelum ni kata untuk pulihkan perkhidmatan awam pun hampeh jgn la nak bodek je

  8. Mamak Penang

    Dharna..dharna sabak sikit…kita bukan nak bincang pasai politik betui tak?.Nak cakap pasai ekonomi?.Hang baru-baru ini ada pi Indonesia kah?.Depa ini untuk pengetahuan adalah Negara OPEC..hang mesti tau apa makna itu?.Kenapa depa sementara waktu keluar dari OPEC?.Kalau depa sendiri tak tahan kerana kenaikan harga minyak global dan naikan harga minyak 30% kegunaan dalam negara!.Ini masalah global bukan kita aje Amerika pun kena side kick juga. Memang Malaysia pengeluar Minyak kalau minyak naik harga kita untung…sama macam harga tepong naik dan Mamak Jual roti canai dari 60 kupang ke 70 kupang.Memang mamak untung boleh balik India kahwin satu lagi!tapi tau tak sekarang orang malas makan roti canai kerana depa kata Mahal…pasai apa?.. depa mahu jimat!.Macam itu jugalah kita kena fikirkan jimatkan penggunaan minyak!.Minyak kita diekspotkan(bukan dipakai dalam negara) bertujuan pertukaran wang asing yang boleh mantapkan ringgit malaysia jadi kerajaan beli balik minyak kegunaan domestik dengan menggunakan wang rakyat dengan yang dikatakan subsidi minyak yang berbillion ringgit yang kita saban hari hanguskan wang kita.Hang tau satu billion itu berapa banyak?.. kalau tukar pii satu ringgit kita susun dari perlis ke Johor masih ada balance lagi.Orang Kaya yang pakai Mercedes itu lebih gunakan subsidi rakyat dari orang kampung pakai kapcai!.Jadi adil kah kita agihkan wang rakyat itu?.sepatutnya wang itu pergi pada yang Miskin lebih dari oarang kaya!.Kemungkinan kerajaan akan beri rebet untuk kenderaan kecil seperti Motorsikal dan kereta Kancil kot?. Mamak bukan ahli politik tapi hang pikiak sikit kalau naik 40% itu hang kurangkan pakai kereta 40%…Kalau petang-petang itu ronda-ronda cari makan dengan kereta …tukarkan sikap Jogging dengan keluarga..kesihatan keluarga pun terjaga!kalau nak jimat buat macam orang singapura tumpang kereta kawan kongsi bayak duit minyak pi opis!.GantiKalau tak mahu jugak hang Mai penang mamak pinjamkan Beca…langsung tak payah pakai minyak!.Jangan ikutkan emosi yang marah…pikiak kita orang Islam nak ambik Wuduk pun kena cermat pakai air jangan membazir air.Rasullulah berkata orang yang suka bazir itu adalah kawan syaitan!.Ambil benda yang tak baik jadikan baik!.Jangan marah noo…mamak ini cuma sembangkat hang je…pasai hang kata tak ada orang komen hang…kesian kat hang!!!!

  9. saiful nordin

    salam dan selamat sejahtera

    kepada anda semua.

    minyak naik???

    really???

    oh???

    no!!!
    no!!
    no!

    rakyat mati bukan sebab kebuluran tapi mati terkejut..

    hahaha

    oklah,i’ll be mature.Pada encik punya pendapat yang menyatakan minyak itu sumber alam yang tidak boleh diperbaharui. Ok,minyak mmg sumber yg tidak boleh diperbaharui tapi kenapa hasil penyelidikan sainstis kita seperti guna air sebagai pengerak kereta dan sebagainya tidak diaplikasikan oleh kerajaan atau diambil oleh proton misalnya untuk digunapakai tak dibuat dari dulu??kerna negara kita ini bukan negara yang mendokong usaha hijaukan bumi.
    tak payah nak cakap lebih kat sini. kamu semua ini belajar tak geografi atau ilmu sains sekitar ???bagaimana nak guna tenaga sumber alam yg tidak boleh diperbaharui ini secara berhemah dan seterusnya menjadikan ianya satu sumber yang amat murah???
    pertama kerajaan yang berILMU perlu menyediakan alternative yang baik pd rakyat seperti guna tenaga solar,atau pun biofuel.
    tapi projek biofuel negara macam mana ahh??
    satu persoalan yg bermain diminda saya sebagai remaja yg tidak punya kuasa mengundi tempo hari kenapa senyap jer projek yg gah itu????
    kerajaan kita sekarang mmg tak cekap seperti era Tun kerana Tun orang sains ,saya pun orang sains tapi AAB budak pengajian islam bukan hendak hina mana-mana pihak tapi kalau AAB ini ambil pendapat semua rakyat seperti buat kajian suara rakyat dan juga ahli akademik pasti AAB ini temui jalan yang baik berbanding naik harga minyak sekarang.

    kenapa perlu kita harus bersedia menerima hakikat brg akan naik dan subsidi harus dihapuskan secara total???
    satu penghujahan yang teramat klise bagi mereka yang tidak punya pandangan jauh.
    saya berani katakan ianya adalah hujah org yg malas hendak berfikir secara inovatif lagi kreatif kerana apa disekolah dulu kami ini diajar kalau sesuatu kesulitan berlaku pastikan org lagi tidk terima kesan kerana masalah kita.mungkin out of topik tapi kalau kamu semua(mungkin agak kurang sopan saya panggil kamu semua kamu.ok baca kamu itu pak cik atau encik semua).

    ok,negara kita mmg bukan negara maju tapi negara membangun.
    apa takrif negara membangun??
    kamu tahu???
    tak pasti g tanya AAB.

    jadi jika negara kita ingin menjadi negara maju,kerajaan yang baik lagi adil lagi berhemah tinggi perlu sediakan subsidi bagi segala keperluan asas rakyat. kamu semua tahu apa itu keperluan asas kan??

    tapi AAB dan kabinetnya gagal!!!!

    kerana isi perut kroni2 nya saja.

    walaupun negara dah maju subsidi adalah perlu,kerana itu adalah tanggungjawab sebuah kerajaan yang adil dan berhemah itu pun kalau kamu semua tahu apa itu konsep negara yang ada pemimpin adil pd rakyat.

    mungkin coretan ini korang tak paham pun tapi g lah baca buku ekonomi ker,g tambah ilmu bagaiman hendak uruskan negara.k

    lagi satu tiada istilah disuap ke mulut dalam beri subsidi ye.

    argh malas aku ops~!!! saya nak kata lagi .
    wasalam

    doa ku yg tidak akan pasrah!!!

    dari anak muda yang kurang ilmu
    tapi aku bukan ikut tak berilmu

  10. mok

    dharna..
    Aku dah agak dah.. mesti ada spesies macam awak yang akan datang bergentayangan untuk melepaskan geram. Sebelum ni tak nampak batang idung pun. Ok fine.. awak kata awak pandai economy. Tapi cakap macam orang tak belajar econ pun. Bukankah ini masalah global ? Tak tahukah harga minyak mentah di pasaran dunia dah melonjak terlalu tinggi. Indonesia sebagai ahli OPEC pun dah mendahului kita manaikkan harga bahan api. Rakyat dia pun ada juga yang marah-marah macam awak. Aku pun bukan tak ada perasaan, tapi duduk berteleku dan berfikir mesti ada sesuatu yang dirancang dengan rapi oleh ‘think tank’ ekonomi. Benda yang pahit itu kebiasaanya ubat.. paling tidak tongkat ali. Mana ada kerajaan yang suka-suka nak naikkan harga tanpa sebarang sebab musabab, yang boleh mengundang unpopular. Patutnya, mula-mula awak pergi tanya dan marah, apasal harga minyak di pasaran dunia tinggi, Malaysia control ke ? Impaknya memang akan terkena tempias pada semua pihak, tapi betul seperti kata moderator.. subsidi dah terlalu besar, bukit pun boleh ranap. Dharna, awak ni terlompat-lompat teruk sangat apasal. Selama ini, subsidi minyak yang telah dicurah bertimbun-timbun, agaknya siapa yang kaut paling laba banyak ? Adakah tauke besar yang pakai kereta mewah kuat mengketedarah minyak atau orang kecil yang pakai moto kapcai ? Pelik tapi benar.. yang kaya raya bolot subsidi bertimbun-timbun sedang si miskin ambil ciput aja. Kaedah subsidi apa kejadahnya tu ? Aku faham.. dalam pemikiran biasa yang selapis, pasti sukar nak menerima kepahitan ini. Pedih. Namun apabila digali lagi ke lapisan-lapisan seterusnya.. InsyaAllah keadaan yang bobrok sekarang dapat dipulihkan dan mudah-mudahan surplus subsidi dapat diperguna untuk beri lebih banyak kebaikan manfaat kepada sasaran yang tepat.

  11. pemudaumno

    salam saiful,
    penggunaan hidrogen dan bio-fuel sebagai bahan bakar masih lagi di dalam peringkat pilot. Kos pembuatan enjin bagi penggunaan hidrogen dan bio-fuel sangat tinggi dan agak mustahil utk Proton bangunkan enjin jenis terbabit dan menjual harga kereta dengan lebih murah.

    Persoalan kepada en saiful,
    sehingga bila ingin hidup sambil diberikan subsidi minyak?? bagi penulis dari memberi subsidi minyak adalah lebih baik sekiranya wang subsidi itu diperuntukan bagi kegunaan lain seperti perkhidmatan kesihatan percuma. Bila minyak tiada subsidi, kita akan berbelanja dengan berhemah dan tidak membazir. Membazir adalah amalan syaitan. Tanpa subsidi adalah lebih adil kerana ‘the you use, the more you pay’.

    kenapa perlu kita harus bersedia menerima hakikat brg akan naik dan subsidi harus dihapuskan secara total??? – ini bukan persoalan orang yang malas berfikir. boleh en saiful maklumkan kepada semua, negara mana yang berjaya kurangkan harga barang makanan dan petrol mutakhir ini?

    wassalam

  12. saye

    hello.. why kene compare with indonesia?
    compare la dgn negara lain macam negara arab tu…
    hmmm… pelik2 ade jugak org yang sokong minyak naik… memang pelik sebab kalaupun nak naikkan minyak sebab nak jage economy, napela pendapatan rakyat malaysia tak same mcm negara lain yang pendapatan belipat ganda. konon 50 tahun merdeka.. kalo nak suruh rakyat jgn berharap dgn subsidi suruh dulu org kat atas tu bertaubat daripada rasuah and songlap duit rakyat. dah 50 tahun merdeka, economi malaysia tak jugak stabil2, pendidikan lagila berubah2 je.. nek tau ak duit malaysia now tak laku pun kalo nak tukar kat luar negara. kene tukar siap2 kat malaysia. tu la, lain kali bacela malaysia today ke or blog2 yang lain yang commenter org2 yang bijak dan critis dan bercakap berdasarkan fakta.. if can cube2 la bace “agenda economi malaysia” bukan nak sokong sgt anwar tapi ape salahnye bace kan.

  13. pemudaumno

    salam saye

    utk makluman, duit ringgit sememangnya tidak boleh diperdagangkan di luar persisiran.
    harap maklum

  14. AbangTuah

    Assalamualaikum saudara Dharna….

    saudaralah wakil saorang wakil pembangkang yang hormat sedikit apabila mengutarakan pendapat…dan jawapannya secara terhormat sikit yang saudara dapat.

    Saudara Dharna…most of the cabinet ministers are leaders selected from the best…amongst the best, based on their academic, experience, performance and family tree. They are a group of elites who were groomed, trained to be professionals and trusted leaders…to behave, administer and decide as a leader so doubting their integrity to administer is not appropriately wise question. My opinion, not them should go back to economic school, instead you should consider going back to primary school.

    For your information before every major decision that relate to national interest were decides, every advice and ideas from a group of professionals known as ‘Think Tank’ were taken into account. Their advise and ideas were then discussed and analised meticulously by the cabinet’s members so that the government can come-up with the best solution and right decision that suit best all aspects of pro’s and contra’s of the situation in hand. So for you….consider registering to kinder-garden cause, kinder-garden child’s brains is better than yours.

    I observed, most of your reckless allegations toward the government are baseless and nonsense. I would like to know, from where did you got all those stupid information…. was it from your so called great Tok Gurus and from what you so called sacred political ceramah…..My advice to you brotherrrrr…… do repenting brotherrrr…….our teaching in Islam says, do not accuse others if you do not have enough evidence or witness….otherwise the Hell is the place that best suit you and your Tok Gurus.

  15. jebat derhaka

    aku sokong saifull dan dharna,…orang umno ni buta, apa kata pemimpin diaorang ikut aje…langsung tak pikir panjang. well, tahniah la ye sebab anda telah beri mandat pemerintahan untuk menaikkan harga minyak, beras, tepung, gula, ayam dan babi… ermm..sampai bila ya korang boleh servive kalau harga barang terus naik lagi?…opsss..aku lupa, korang apa susah, curi duit rakyat memang kaya-kaya…apa barang naik pun tak kisah, ada duit…orang kayalah katakan..

  16. remy

    assalamualaikum

  17. NAZRI

    KAS SETUJU NGAT DENGAN PENDAPAT D WOK..
    TAPI NAK BUAT CAM NA
    BUAT SEMENTARA NI MARI LA KITA BUAT KEJA PART TIME, JADI AGEN PUBLIC MUTUAL, CERITA LANJUT 0173118339 & 0193138739

    rasanya bukan minyak saja yang naik … tapi NAIK MINYAK juga akan berlaku d malaysia

  18. Kuntakinte

    Salam….. mamak nasi kandar separuh seketul ayam kasi potong dua!!!!, kuntakinte nak jimat makan sebab tak tahan baca dhana,saiful dan saye komen, lagi pun memang kena jimat la ni minyak naik harga.

    sahabat2 seronok gak hari ni ramai yang masuk webblogg ni, sibuk le sikit nak bermesra dengan bertukar2 pandangan dengan sahabat2 lain.

    dhana, seorang yang educated, tapi tak caya pulak pemikiran sempit kata belajar econ le, sains dan mathematic, tambah lagi. dhana kalau belajar econ ke sains ke dan math tapi tak masuk dalam kepala otak buat apa, kalau yang tak belajar benda2 tu pun kalau otak di buka mungkin lagi pandai dari cik adik ni haa… jangan bersikap terlalu emosional, cik adik mungkin pandai teory tapi praktikal nya yang kerajaan hadapi jauh lebih getir dan hebat.

    Pak Lah dah cakap malam tadi sebab di soal secara spontan oleh reporter bahawa memang keputusan ini unpopular tetapi terpaksa juga di lakukan, dfan memang rakyat akan marah dan kecewa jika kerajaan yang meminta rakyat keluar duit, rakyat kita seronok jika kerajaan saja yang memberi, saudari sekali2 kita kongsi le sedikit masalah dengan kerajaan, kuntakinte pun kena juga tempias semua rakyat kena, kuntakinte semalam pergi juga beratur nak isi minyak.

    Secara praktikal nya cik adik dhana, Sdr Saiful dan Sdr. saye, kuntakinte pun tahu sikit je, tapi apa yang saya faham, Negara yang mempunyai setitik dua minyak ni adalah nett exporter minyak mentah dengan sumber asli yang sedikit itu kerajaan terpaksa membuat pendekatan menjual minyak keluar negara dengan harga pasaran semasa, sekarang ni 1 tong Us130, banding zaman Anwar Ibrahim jadi Menteri kewangan harga minyak lebih kurang Us31.00 (saya sentuh sebab masa pru12 anwar kata dia boleh kekalkan harga minyak yang murah) tiap2 jam, tiap hari, tiap2 minggu, tiap2 bulan dan tiap2 tahun harga pasaran minyak meningkat selama itu lah Kerajaan memberi subsidi, sekarang ini kerajaan menaggung subsidi minyak saja lebih 20billion.
    saya sentuh semula dari eksport minya mentah tadi di jual mengikut pasaran semasa, duit yang diperolihi 1) di jadi kan dana subsidi salah satu minyak, barangan makanan tertentu dsbnya 2) membayar overhead syarikat, 3) membuat pelaburan jangka panjang di luar negara dan 4) perbelanjaan carigali.

    pasaran harga minyak dunia bukan kita kawal cik adik dan abang sayang oi….ada satu badan iaitu nak hakbak mai Pertubuhan Negara2 Pengeksport Petroleum singkatnya (OPEC) tentu cik adik yang educated ni tahu, tapi saja buat2 tak tahu, banyak faktor yang mendorong harga minyak naik sperti 1) Permintaan dari Negara2 membangun dan maju terlalu tinggi (lojik le semua negara berebut2 nak buat pembangunan, dan manusia meningkat dari hari ke hari) terutama AS, China dan India, 2)Bencana alam 3) paling jahat, spekulasi harga minyak. rasanya kalau buka otak luas2 boleh faham kut….

    kuntakinte pun tak hairan sebab isu minyak ni memang dah digembar gembur oleh pembangkang di PRU12 hari2 dan semestinya puak hampa DAP ka, PAS ka dan PKR ka dan bersedia, merata sepanduk pembangkang tolong bagi tahu kat rakyat minyak akan naik dimerata2 pelosok kampung kalau undi BN duk tukar juga nama BN tu barang naik, BN tak hairan sebab BN yang memerintah dan secara realiti nya memang barangan akan naik dimana2 dunia termasuk Mesir ke UAE ke AS ke ini kan pulak Malaysia, seperti kata sdr. Pemuda UMNO kalau dapat buktikan negara mana yang hero sangat dapat menurunkan harga barang di negara diorang.
    Sdr. saye, Mesir tu minyak nya banyak, raja yang kaya raya dan control semua, orang2 bangsawan yang kaya raya, tak perlu kerja pun AS support, minyak nya semua serah pada syarikat AS yang kita buat sendiri ngokkkk, rakyat nya miskin, duduk dalam rumah tanah liat juga di setinggan juga sebab pemalas.

    Cukup kut, rasa nya kuntakinte jelaskan untuk orang yang cerdik pandai, educated dan belajar econ, maths dan sains.

    p/s… ikut cakap mamak haji, jongging pergi kerja, pakai kereta buatan malaysia, cc kecik minyak kurang mengkedarah.

  19. Kuntakinte

    Sdr. Saiful, kalau u anak muda Malaysia dan Melayu pulak tu, malang le bangsa kita ada species generasi baru macam awak ni, masih bergantung pada subsidi kerajaan, nak kan subsidi kerajaan lepas tu hantam kerajaan, duit yang masuk pertu jadi apa allahwaallam, jadi Negara membangun ke Maju ke subsidi kena bagi, ni kepala otak mana pakai ni, kata dah baca website kut2 tersilap tengok website lain kut….

    Jangan le jadi virus dalam masyarakat kalau kita tak tahu apa yang nak dibincangkan. buang masa aje.

    Kereta solar Jepun dah mula di keluarkan malah dah berganda2 tahun advance dari kita pergi le pakai, kita ada saintis dikalangan anak melayu dan tengah usaha la tu, kena faham juga kos untuk itu berapa banyak, kalau kerajaan guna sumber kewangan untuk itu species korang bantai juga baik bagi subsidi pada rakyat, macam tu pulak nada korang, apabila kos tinggi kereta yang nak dikeluarkan akan mahal, kalau mahal korang kata hanya orang UMNO je boleh pakai sebab orang UMNO kaya raya. pui….

    Kalau awak kata awak orang muda, ada masa lagi untuk belajar lagi biar sampai khatam barulah awak layak ulas perkara mengenai Apa itu Negara Maju, apa itu keperluan asas, jangan jadi tengging, walhal dari apa yang awak cakap tu memang memberi gambaran awak tak cerdik. buang masa untuk berhujah dengan awak. bye…

  20. AbangTuah

    Hai jebat durhaka..yang mentalitinya lebih rendah dari apa ya…otak mu ada di puncak mu tapi tak berfunsi sama macam otak haiwan yang sama level dengan buntotnya…ini spesis dari pihak pembangkang…sebab setahu aku Hang Jee hatt tak ada waris….dari kaum keturunan melayu. Aku rasa tok-nenek kau dulu adalah dari keturunan Lanun…patut kurang asam dan kurang di ajar. Padan juga lah dengan muka kau pembangkang berkomplot dengan pihak pembangkang dan mewarwarkan meritokrasi…belum terlaksana meritokrasi…baru minyak je naik, orang melayu lanun pembangkang cam kau ni dah melenting-melenting macam ulat taik…bersekutu lah lagi dengan Kafir Harbi tu untuk menjahananamkan rakyat…sepakat konon hak keistimewaan melayu tak adil dalam Islam lah bangang…otak dah kuyu.

  21. Kuntakinte

    Salam, mamak wah!!!! sedap lagu tu kuntakinte pun nak sambung sikit

    mamak..oh… mamak.. kenapa minyak naik…
    macam mana aku tak naik hangpa pakai banyak

    mamak..oh …mamak kenapa kena pakai banyak..
    macam mana tak pakai banyak.. duit depa banyak

    mamak…oh… mamak kenapa duit depa banyak
    macam mana duit tak banyak, subsidi kerajaan banyak.

    p/s oh.. baru ana tahu bukit minyak dekat chorok tok kun, selama ni ana tahu tahi minyak.

  22. Kuntakinte

    Jebat derhaka…. cissss aku tikam kau jebat!!! kau memang keturunan derhaka kepada raja!!!! abangtuah akan tampil untuk membunuh kau… jebat.. cisss dasar penderhaka!!!!
    sebelum Abagtuah datang biar hang lekiu yang
    berdepan dengan mu.

    heiiiii jebat derhaka, celupar mulut mu seperti beranak tidak ber… azan lagak mu….. ni apa jenis species ni, korang tu species sapu duit derma rakyat tau….. orang kampung susah ke senang ke korang masuk kampung orang bukak kopiah tadah minta duit derma dengan orang2 kampung, duit nye korang sapu tau…. lagi haprak kerja tu, mike tanya le Mat Sabu tu, Wak hadi korang tu, Tok Nik korang tu… kemana pergi duit sedekah orang, kemana pegi duit sedekah tabung Baling, jangan sedap kata orang je sapu duit rakyat, cissss…jebat durhaka, jenis tak tahu di untong, dari cakap dengan kau lebih baik cakap dengan si kerbau ekor pendek di Selangor tu….

    Jebat durhaka, nyah kau dari sini, pergi kau masuk ke hutan untuk bersembunyi, jikalau kau lambat akan datang abangtuah untuk membunuh mu, duduk kau dihutan tak payah beli takut kan barang naik, tak payah risaukan minyak naik… jadi lah kau kera sumbang di hutan. kah…kah…

    p/s bincang lah dengan otak tak perlu emosional, ini isu Negara bukan isu Parti…. manusia2…

  23. Mamak Penang

    Do not cut off your nose to spite your face En.Dhana!!!.
    Everyone can find fault,few can do better!.Masalah kita di Malaysia ialah apa yang kerajaan buat semua salah sama juga masa ekonomi meleset dulu…tapi yang membantu tidak ada!.Memanglah DSAI itu teror ekonomi pasai itu dulu di panggil IMF mai ambil alih kat Malaysia!.Kalau En.Dhana tahu apa akan terjadi pada usahawan koperat Melayu kalau IMF ambil alih?.Yang blogger lain lebih bijak dan pandai sebab depa taukeh!pakai kereta besar memanglah marah!.Hang pii lah blog depa asyik kutuk orang melayu je!.Mamak bukan apa bosan dengan asyik-asyik orang lain semua bodoh depalah yang pandai!.Mereka itu seperti “Give the devil his due”.

    So En.Dhana “Great haste makes great waste”.It takes time to suit the present situation..Mamak also feel the price hike for rice is much worse it almost 120% so take it easy.But it’s ok you almost spill all of your hatred here.Take care and Wasalam!

  24. AbangTuah

    Hai saudara Nazri..naik minyak tu Kerbau…atau Seladang atau Gajah…karang marah pila JEBAT DERHAKA and the GANG…hang pi habak depa macam tu fasal apa..Tapi macam sama je…orang Islam lain sembahyang hajat mintak di jauhi negara ini dari CRISIS GLOBAL yang lebih teruk tapi depa ni…dah otak dan fikiran sama level ngan buntut…habak apa pun tak faham-faham. Cis Jebat Durhaka…kau fasal apa otak hang sama level ngan buntut…orang suruh pikiak…pikiak…yang jahat tu amerika…kata peminpin Iran…depa punya komplot…tu la dok campuk rapat-rapat ngan kari harbi lagi…mata kene blinded..’GLOBAL FUEL AND EKONOMIC CRISIS’ ‘GLOBAL FUEL AND EKONOMIC CRISIS’ ‘GLOBAL FUEL AND EKONOMIC CRISIS’ ‘GLOBAL FUEL AND EKONOMIC CRISIS”GLOBAL FUEL AND EKONOMIC CRISIS’ ‘GLOBAL FUEL AND EKONOMIC CRISIS’
    aku kena repeat banyak-banyak fasal aku prihatin ngan orang kurang upaya akal…

  25. AbangTuah

    Aku paling benci sekali tengok orang berkupiah duduk di depan bank-bank minta sumbangan(sedekah) nak buat surau/mesjid bukan itu sahaja kat pasar malam2 pun nak tadah kupiah dan serban minta sumbangan nak buat mesjid…duit kerajaan haram…habih subsidi minyak di tarik bukan ke duit haram kerajaan…Hoi PAS kau tahu tak, malu aku, dengan tingkah laku kau orang tu mencemar nama baik Islam…macam lah orang Islam ni teruk sangat keadaannya. Bila subsidi minyak tu dah tarik..melenting-lenting macam ulat…hmmm..hmmm…lupa lak aku ulat apa…tapi kau konon war-warkan nak laksana hukum tulah hukum ni lah…aku tengok orang macam kau ni tak akan tahan dengan ujian dan cobaannya.
    Aku hari tu di datangi oleh orang-orang berkupiah mintak simpati nak buat surau…orang jenis kau la tu…aku ibaratkan macam taik lalu je..aku buat do no je….punya la bengang depa tu..pandang macam nak telan aku…seronoknya aku..begitulah bencinya aku pada orang macam kau. Lain kali kalau kerajaan bagi duit peruntukan buat surau dan mesjid ambil aje…macam kau belasah duit subsidi baja, racun, minyak, beras, tupung dan lain-lain. Besok kerajaan bagi wang gantian subsidi minyak jangan ambil..la..tapi dah dasar kau orang kebuluk…itu kau belasah. Lain kali kalau nak dirikan surau untuk dijadikan tempat mengutuk dan mengeji jangan minta duit orang UMNO…minta dari saudara kau tu si Kapiak Harbi…depa prihatin dengan kau orang.
    Seelok-eloknya kerajaan check senarai ahli UMNO dan bagi pada wang gantian subsidi minyak tu pada ahli UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti component…kan kerajaan zalim…untuk pembangkag jangan bagi fasal bukan menguntungkan kerajaan.Apa macam adil tak???

  26. AbangTuah

    Bravo…makmak penang …bravo mamak penang berasap tu…

    Mamak bukan sebarang Mamak
    Mamak pandai memasak kurmak
    Mamak bukan sebarang Mamak
    Mamak hujahannya matang dan masak

    Teruskan saudara Mamak…

  27. anak muda

    hey
    apa kata tun,baik anda semua baca elok-elok.

    Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.

    Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.

    Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.

    Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.

    Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.

    Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

    Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.

    Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!

    Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.

    Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.

    Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.

    Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri

    Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.

    Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.

    Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.

    Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.

    Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.

    Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.

    Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

    Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.

    250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).

    Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.

    Kerajaan ini melimpah dengan wang.

    Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

    Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.

    Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.

    Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.

    Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.

    Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.

    Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

    Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.

    Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.

    Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.

    jadi tun pon tak setuju cara dan pendekatan AAB ini korang semua nak lagi sokong kat dia…
    wasalam

  28. anak muda

    hey kuntakinte.

  29. Mamak Penang

    Perbincangan kita perlu lah sekadar perbincangan tentang kenaikan minyak ini relevent atau pun tidak?.Pro dan Kontra perlu ada dalam sebarang perdebatan umum tapi apa yang mamak tak faham adalah yang kontra ini kebanyakan pembenci kerajaan dan apa juga kerajaan buat tak betul dan selalu buruk sangka macam dah kena brain-wash oleh parti.Isu kenaikan minyak ini digunakan untuk kegunaan reotrika politik dan dan seperti ‘ Sambil menyelam sambil minum air’.Mamak ini bukanlah jenis kaki bodek dan terlalu taksub dengan Parti Politik.Tapi seorang berfikiran liberal dan yang betul betul lah!.Secara waras kalau kita fikirkan isu kenaikan minyak ini, adakah kerajaan yang memerintah ini tidak ambil kira pandangan parti pembangkang yang akan mewujudkan satu keadaan yang lagi teruk dari PR12 untuk menarik perhatian rakyat yang mana mereka telah menabur janji-janji yang amat manis semasa kempen baru-baru ini.Kita kadangkala perlu memahami realiti Global dan masa depan Negara!.Setelah Mamak fikir masak-masak , kerajaan telah mengambil keputusan kenaikan Harga Minyak ini adalah semata-mata untuk kepentingan masa depan Negara bukannya untuk kepopularitian peribadi!.Kalau kerajaan ini memikirkan untuk dapatkan populariti dengan rakyat untuk PR13 senang saja, keluarkan semua dana dan federal reserve dari Perbendaharan negara taburkan kepada rakyat!.Beri allownce sara diri dan sosial securiti untuk orang melayu!.Orang kita (Malaysia) kalau dapat free apa lagi…kerajaan BN bukan Barang Naik tapi Bagus dan Nice!!!.Mamak pernah tinggal di Australia dan telah memahami bagaimana orang Australia yang pendatang berkulit putih ini buat kat Peribumi Australia yang Pak Itam ini!.Pak Itam ini semua diberi wang sosial security setiap minggu tak payah kerja kerajaan bayar duit!.Ramai Pak Itam ini cuma hari-hari Mabuk dan Gaduh sama sendiri dekat jalanan!.Apa British buat kat orang Tamil dekat Estet masa penjajah dulu..Dia bagi todi 1 pint free untuk pekerja-pekerja ladang..Manyak baik punya Tuan Master!.Balik rumah buat anak besuk bangun pergi kerja!Satu bulan sekali untuk Estet kasi Filem Tamil..angkat tikar mari…baik punya Tuan master!. Adakah orang Melayu nak seperti itu!.Baek punya kerajaan!!!Itu lah cadangan Manifesto Parti Pembangkang ‘Negara kebajikan’!.Dasar Negara kebajikan telah lama ditolak oleh Negara Eropah.Mahu pun negara jiran kita sebelah selatan,Perkhidmatan perubatan pun tak ada free! majikan perlu carum dalam sistem medi-safe!. kereta yang keluar dari negara itu perlu ada Minyak di Tank 3/4.Walau pun Negara tersebut Mempunyai Dana Reserve yang terbesar didunia!.Di Malaysia ini kita tak kisah duit subsidi rakyat hangus begitu setiap hari…kerana kecuaian dan ke egoan kita…hampa pii lah kat Border depa masuk tiga ,empat kali dalam sehari semata-mata untuk sedut minyak subsidi kita!.Kenapa ini patut berlaku?.Bukankah menyusukan anak kera kat hutan,anak sendiri kelaparan!.Mungkin orang KL tak tahu..tapi kita kat di Utara ini saban hari mengutuk di hati!.Untuk kemajuan Negara kadangkala kita terpaksa berkorbanlah sikit!.Mamak masih ingat dulu kita masuk Tentera kerana semangat dan rasa megah jadi tentera!.Balik kampung pun pakai Uniform dan bawak kit bag (karung guni)jalan segak dan Megah..markah pun punya gila dengan soldier!.Walau pun Gaji RM120 saja sebulan!.Megah berkhidmat untuk negara!.Megah dengan uniform!.tapi anda tengoklah askar-askar kita nak balik dari kerja pun malu pakai uniform…tutup dengan Jacket!.Nak tengok askar keluar kem pakai uniform dah tak ada.Dulu kalau pakai uniform syarikat bas beri subsidi!.Macam kat singapore sekarang!.Ada juga kebanyakan rakyat kita tak mahu kibarkan jalur gemilang masa Hari Kemerdekaan kalau ada pun pakai bendera yang dah koyak rabak pasai apa buang duit..kalau dapat free tak apalah..tapi kalau bendera parti dari naik roket ke bulan penuh kat Jalan.Walau ada undang-undang tak boleh kibarkan bendera parti selepas pilihan raya! Tapi ini sepanjang Jalan kibarkan bendera parti!parti lebih penting dari Negara itu sendiri!.Kalau nak kibarkan Jalur Gemilang pun perlu kerajaan beri percuma Kalau negara dah tak ada manakan ada parti!.Tak guna kita berjuang untuk parti mati-matian sekiranya kita tak ada kesedaran dan semangat Patrotisme pada negara!.PR dah lepas dan telah berlalu dengan aman dan damai. majoriti rakyat dah buat keputusan walaupun perbedzaan satu undi majoriti tetap majoriti inilah dasar kerajaan demokrasi yang kita agongkan!dan liberisma!.Kalau kita masih berdebat dia ini tipu dia ini bagus dia penipu.. sampai bila pun kita tak akan bina negara ini!.Pii..pii mai tang tu je!.Marilah kita lupakan persengketaan pilihanraya yang telah lalu dan tumpukan pada masa depan Negara ini dengan bagaimana kita perlu memajukan Negara!.Jangan marahkan pijat bakar kelambu!.Jangan gadaikan Negara kerana parti yang sekejap ada esok tiada!.Jangan turutkan dakyah parti-parti yang cuma ada kepentingan peribadi dan Indualistic yang cari Makan!!.Fikir keupayaan parti itu dari sudut negara dan kepentingan negara dari segi global jangan sekali berfikiran kolot dan keanak-anakan.Free dan Discount itu memang seronok tapi biasa discount itu diberi untuk menarik pelangan supaya masuk ke kedai kita atau syarikat itu nak gulung tikar!!!Kalau Restoren Nasi Kandar Mamak harga steady punya kalau ayam seketul mahal potong dua..teh o order satu ais asing dua orang boleh makan.Kalau naik kereta seorang bayar minyak sepuluh ringgit kalau empat orang naik cuma RM2.50 saja..mana untung?.Cuma kita perlu ubah sikap!!! tapi mau makan Nasi Kandar kat Penang ..kena jaga kalau baru punya orang atau plet kereta lain dari P……siaaap harga mamak potong leheaik punya…jadi mai penang parking kereta jauh sikit…minyak pun save…harga pun harga local,Murah!!!!.Tapi discount harga untuk Abang Tuah,Kuntakinte dan mok…sikit kurang pasai jauh mai…minyak kereta mahai sikit juga penat berperang dengan bandit!!!!!!!!!

  30. Mamak Penang

    Anak Muda…!!!memang hang tak empuk lagi!
    Hang pii salin kat blog orang tua mai sini buat apa?.Jangan Guna pendapat orang…be genuine!.Jangan serap je pandangan orang!.Nasib baik orang tua tak kerja kat Restoren mamak kalau dia kerja dengan Mamak buat 24hrs Notice berhenti kerja dan bayak gaji sebulan bye!!bye.Pasai apa pecah rahsia sales dan profit syarikat!.Orang Asia ini kalau dah tua nyanyok macam Mamak jugak!.Hang nak tau harga minyak dunia hang pi kat reutor betulkah?.
    London – RM6.94
    Sri Lanka – RM4.85
    Singapore – RM5.10
    Tokyo – RM4.85
    Sydney – RM4.49
    Delhi – RM3.84
    USA – RM3.23
    Bangladesh – RM3.13
    Vietnam – RM2.90
    Malaysia – RM2.69
    Indonesia – RM2.09
    Beijing – RM1.97
    nota”kadar tukaran” 1US$ = RM3.23
    OK,Wasalam!.

    London

  31. mok

    Mamak..itu anak muda mau tunjuk skil ekonomi sama kita. Mari kita cakap bahasa yang simple, semua orang boleh faham. Wahai Anak muda… kalau nak ikutkan pakar.. di USA pun ada berduyun-duyun pakar ekon keluar dari Harvard, tak cukup.. pergi Cambridge, Oxford dan yang sewaktu dengannya la. Tapi deorang pun tak dapat bagi solution untuk atasi masalah ini di negara secanggih USA. Apa yang kita dengar adalah nasihat kepada Americans sama macam nasihat kepada kita Malaysians. Jimat petrol, kurangkan driving, pooling macam saranan mamak penang, guna LRT. Jadi dimana kurangnya kebolehan orang-orang kita menangani krisis dunia ini. Ya, awak boleh salahkan pakar ekon kita sekiranya kes ini sekadar berlaku di Malaysia sahaja. Tetapi ini masalah global bukan ? Global. Isu yang hangat diperkata adalah beban subsidi yang perlu ditanggung. Bayangkan pada tahun 2002 harganya USD19.71 per barrel, bolehlah nak di subsidi. Namun harga terus meningkat dan meningkat hingga hari ini dah cecah USD128.93. Tak payah nak fikir susah-susah… kau panggillah pemimpin-pemimpin kau yang mana satu pun datang settlekan problem ni, garenti botak punya nak pikir. Sebab benda ni bukan kita yang control anak muda oii. Kalau setakat nak panggang babi ke, atau nak pujuk Syabas kompromi menjayakan subsidi air ke, atau nak hina raja ke, haa.. itu boleh lah nak bagi kat pemimpin korang jadi champion. Daripada bibir korang meratus membebel perkara yang fitnah.. lagi molek dibasahi dengan zikrullah.

  32. AbangTuah

    Phuii..untung…untung…Semalam aku balik keja..terus ambil pensil dan buat kira-kira…phuh…banyak untungnya dapat WANG SUBSIDI MINYAK…mana tak.Kereta 2 dapat RM1250.00, moto kecil 2 dapat RM 300.00 dan 1 motor besar 800cc dapat rebet cukai RM 50.00. Total punya total phuii..dapat RM 1450.00 setahun…….kira-kira lagi pakai minyak sebulan..RM 120.00 je…jarang jalan jadi setahun..RM 1440.00..je..jadi campur…tolak…ha..ha…memang ada untung, pakai minyak free…la aku…ada lebih lagi RM50.00 boleh belanja saudara mamak dan kuntakinte makan NASI KANDEK.

    Hai ya!!! apa macam itu mulayu ada bodoh..ka..tak tak tau kila ka..itu kelajaan mau tolong itu mulayu pon mulayu tatak faham ka…wa apa macam, ata untung ka….wa olang manyak kaya…suka manyak jalan-jalan….kila-kila tatakuntung…tatakuntung. Haiya itu mulayu kampung kurang guna minyak lagi manyak untung ho. Haiya itu mulayu butul-butul tatak telima kasih sama itu kelajaan….kalau negeri cina musti mau hokum tembak…sama itu Epol fasat mayak tatak celedik.

    Itu beras sama tupung apa mau takut…itu contlol punya barang musti tatak naik kalau naik kasi makan mullah punya la..kasi badan kulus sikitla…mau jimat lagi ha….kasi naik basikal la pegi kelija. Kalau lagi mau jimat. Kalau nak jimat terus ta tak payah makan…selamat….

    Aku memang bangga dengan kerajaan memang pandai mencari penyelesaian….dapat menolong orang melayu yang susah….memang cantik lah cara pengagihan subsidi tu…pedulikan pada pihak yang tak setuju tu…depa yang tak setuju mesti la orang sangat mewah..hari-hari pakai kereta…belagak tak mahu pakai motor atau tak mahu car pool. Kalau degil sangat buka semula je Pulau Jerjak…dari menjahanankan keamanan.

    Tapi kalau tambah sikit lagi wang susidi tu angaran RM300.00 lagi bagus dengan road tax aku pun dapat cover.
    Cis….Anak Muda keparat…lain kali pakailah idea sendiri….kalau ya pun nak menulis…yang kau bawa idea orang lain fasal apa….sia-sia aje belajar. Kalau setakat nak baca idea Tun tu aku sendiri boleh surf weblog dia.

    Yang engkau Hey…Hey….tu sapa dia…kau tau…tu kuntakinte yang terkenal…siap kau..sat lagi kena balun ngan kuntakinte…kau gi la duduk berlindung kat belakang Tun.

    Aku rasa kau ni budak Epol yang yang tak cerdik tu…kan…sebab cara kurang ajar kau tu lebih kurang dan tak cerdik tu sama aje…satu hari aku tegelak bila aku baca kau kena belasah ngan kuntakinte…nak lawan balik gi ambil pandangan Tun pula…..aku rasa nak lagi terror gi ambil theory Bush la.
    Hoi bangang itu kan theory Tun belum guarenti okay…macam theory Anuar dulu nak pinjam duit IMF mula orang nampak praktikal…tapi Indonesia sampai hancus. Tun tu kan ke mantan PM….tak semestinya dia betul…..mungkin 8 tahun dulu applicable kot…..aku pun selalu baca komentar beliau, cuma untuk general knowledge.

  33. AbangTuah

    Assalamualaikum Saudara saiful…abangTuah pun ada adik nama dia Saiful gak, kat U…majoring Engineering. Kalau balik cuti tu….dok cerita fasal theory dia yang dynamic dan meletop-letop. Aku panggil adek abang tu..Mamat Theory…apa taknya macam-macam theory yang dia keluarkan… Kadang kadang politik pun dia terror…semua peminpin Malaysia dia boleh baca sifat, kepandaian mereka dan kebijaksanaan mereka hmmm…kadang-kadang abangTuah menyampah juga…tapi nak jaga hati dengar ajelah cerita bangang dan tongong adik abangTuah tu. Hebat…memang hebat adik abang tu…tapi abang cakap kat dia besok kau dah kerja kau akan tergelak-gelak balik apabila mengenangkan theory kau yang tak praktikal tu. Eh..eh..eh…lupa pulak tadi tengah sembang ngan Saiful…oh ya saiful abangTuah doakan suatu hari nanti saiful berjaya jadi engineer ke, scientis ke…cipta kereta guna air kencing dan taik yang diproses ganti petrol…lagi banyak tenaga semula jadi tu……..apa..biofuel kata orang..wah jadi kita tak perlu pusat kumbahan lagi ….apa macam hebat tak theory abangTuah…itu abangTuah belum belajar geografi dan sains sekitar…kalau tidak….kalau tidak abangTuah berani bagi theory bahawa sebijik batu kecil tu kalau kita boleh keluarkan tenaga atomnya dan selesai masalah tenaga dunia fasal batu-batankan banyak….kat Malaysia. Eh…eh…melalut abangTuah ni…abangTuah ni kalau sembang memang suka melalut-lalut…ok la…jumpa lagi….

    Bye-bye Saiful….dan Anak Muda Hey…Hoi…Hey…Hoi yang kurang cerdik.

  34. AbangTuah

    Saudara Mamak, Mok..kuntakinte…kasi bakun itu budak tak cerdik tu cukup-cukup…dah kureng lebeh..I think somethink wrong with him la….mental kot…

    Wa….mamak mana dapat itu data terperinci…harga minyak negara dunia…phuiii macammana Tun boleh miss-out Mamak boleh dapat…eeee…malam tadi buat homework pukul berapa tidur…Shabas mamak biar orang semua tengok buat komparisan…harap-harap yang nak buat demo bodoh tu tersedar.

    Saudaraku Mamak kisah lama tu lupakan lah, kan kita dah ihtihar ‘cease-fire’…’Threat Warner’ kawan silap interpret target masa tu…Mamak terkena friendly-fire..Saja kawan umpan je nak cari siapa yang berkaliber untuk di bawa masuk ke Weblog Pemuda Enggang…nak meramaikan supporter…he..he..he..jangan ambil hati.

  35. Kuntakinte

    Salam, hey… anak muda, tak payah aku ulas, itu Mamak singa utara sama abagtuah dan mok sudah cukup menjelaskan, buka lah otak kau untuk memikir dan memahaminya, kalau pintu otak kau belum dibuka biar aku bukakan, “mar.. gi… sing… mata kaji semar….gi..sing!!!!!

    Betul kata Abangtuah, saudara jangan ceduk2 idea orang, tulisan TDM semua orang boleh lawat sendiri blog chedek sepatutnya lontarkan idea muda saudara untuk kita bahaskan, apa pemahaman saudara boleh sama2 kita kongsi, idea TDM biarlah idea dia dan kita guna otak untuk fikirkan… Mamak dah panjang lebar jelaskan siap dengan data harga negara2 lain, hebat mamak singa utara tu, Mamak!!!!! nasi kandar penuh satu….. air suam satu…… (sambil2 jimat dapat jaga badan awet muda), selera makan baca tulisan Mamak sama Abangtuah dan mok.

    Jebat durhaka, kan dah kena dengan abangtuah, itu baru sikit je, pakai keris kontot je dah mampusss belum tamingsari lagi.

    Anak Muda, kuntakinte hairan lah dengan korang ni belajar tinggi2 dalam zaman yang serba terbuka dan sofiskated tapi masih tak faham global fuel & econ crisis yang Abangtuah dok ulang puluh2 kali tu, aku kalau isu ini terpencil, hanya Malaya aje yang gatal2 nak naik kan aku pun hot gila, UMNO mana ada pak turut je ngokkk, yang orang UMNO dok kritik kepimpinan tertinggi, yang dok bising merata2, yang dok bertanding sakan2, tu apa dia, bila UMNO lagu tu hangpa kata UMNO dah pecah la, UMNO asyik bergaduh la…., sorry 2 say la, hangpa ingat UMNO ni standard Parti hangpa ka, ikut sondol je turut apa ulamak dalam semak hangpa bercakap, Isu minyak ni dah bahas lama dah dek orang UMNO, orang UMNO hidup dibumi yang nyata bukan fantasi macam hang, dhana, saipoi & saye tu, kita hadapi realiti diatas apa yang berlaku.

    Bersedia lah sahabat2 untuk reshedule dan reform perbelanjaan dan kehidupan kita dalam menghadapi masa kini dan depan, kuntakinte dah sebut dah sebelum2 ini, mahu tak mahu globalisasi akan terlaksana, tidak boleh ditolak dan ditahan walau apa cara pun, baru tempias nya bermula pun kita dah berceramuk, kalau berlaku aku tak tau lah apa nak jadi terutama nya bangsa aku sendiri. ehh… faham ka korang apa itu Globalisasi… globalisasi,…. globalisasi….globalisasi, Negara tanpa sempadan, apa saja didunia ni dah bukan hak satu2 bangsa dan negara, ia akan jadi hak semua manusia di dunia, dah tak ada hak ketuanan Melayu, dah tak berkuasa Kerajaan yang memerintah, apatah lagi harga barang lagi tak boleh kawal, aset siapa pun boleh beli, yang berkuasa PBB, jangan hairan jiran kita kelak bangsa saxon.

    Yang penting kenaikan harga yang berlaku adalah persediaan Kerajaan dalam menanganinya, fomula yang terbaik di pakai, dan buat masa ini yang terbaik dikaji oleh Kerajaan dengan memberi balik pulangan wang RM625 dan RM150 kepada rakyat, setidak2 nya terasa ringan sedikit beban rakyat, kalau dulu tak merasa pun, jangan la dulu kemudian pulak puak korang pergi pejabat pos, pantang lewat sikit mengamuk, lepas tu pukul tong kosong merata kampung kata nak ambil duit sendiri pun susah. kelemahan akan berlaku tapi kita kena bersabar, sabar itu iman.

    Persediaan yang dibuat oleh kerajaan berbagai2, anak2 dididik terutama sains & maths dalam Inggelish, untuk persediaan anak2 kita menghadapi zaman globalisasi, kita mungkin dah jadi abu dalam kubur, tapi kita bertanggungjawab untuk meletakkan anak2 kita sama tinggi duduk dan berdiri nya dengan bangsa2 yang gagah di dunia.

    Insyaallah subsidi tidak akan dihapus kan secara totall seperti dakwaan saipoi tu, kita pun tak tahu apa akan berlaku secara realitinya di masa hadapan, tetapi kita kena bersedia untuk hidup tanpa pergantungan sepenuh kepada subsidi, kecuali kepada golongan yang memang tidak berkemampuan, sebab itu kerajaan berusaha agresive mencari pelabur luar dan membuat pelaburan di luar Negara bagi salah satunya sebabnya bagi meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat kita dari masa kesemasa, pemerintah bukan sekadar perintah, pemerintah juga berperanan seperti saleman, perlu bijak mempromosi & menjual produk negara ke luar, statistik 2004 purata pendapatan seisi rumah sudah meningkat kepada RM3022 berbanding 1999 RM2,472 dan usaha ini harus diteruskan oleh kerajaan dan dengan sokongan rakyat, kita bangga usaha kerajaan dapat melahirkan profesional2 dikalangan bumiputera seperti akauntan 4,498 orang Jurutera 22,623, peguam 4,465, arkitek 1,358 dan doktor 7,400 dsbnya ini statistik 2005, saya percaya ini berlaku peningkatan dari masa kesemasa. Saudara, rakyat Malaysia yang mengunakan telefon bimbit sebanyak 19.5juta berbanding rakyat kita 27.2juta ini memberi gambaran kemajuan dan kemampuan rakyat kita, saya ambil contoh di Rusia, Pensyarah Universiti terkejut pelajar Malaysia pakai Handphone, status Pensyarah di Rusia tak mampu mengunakan handphone.

    Sebab diajar selama 50 tahun subsidi lah rakyat kita terutama bangsa kita terlalai dan leka, sikit2 subsidi, sikit2 subsidi, produktiviti kurang, Rakyat Singapura setiap produktiviti individu mereka USD49,000 setahun kita Malaysia USD11,000 setahun, saya banding kan dengan Singapura sebab bangsa mereka seperti terdapat di negara kita, kita ketinggalan USD38,000 dari jam ke hari, ke minggu ke bulan dan ke tahun tak akan terkejar kita dengan produktiviti rakyat mereka.

    Sedar dan sedar lah sahabat2 dalam kita menilai orang lain, lebih baik kita menilai dulu diri kita, kita merasakan kerajaan kita tidak baik, belum tentu kerajaan yang diganti lebih baik dari yang ada, seperti contoh Iraq mahukan Saddam dibuang akhirnya Iraq yang hancusss.

    p/s mamak!!!! teh tarik kurang susu tak mau gula satu!!!!!

  36. AbangTuah

    Tu la….Anak Muda Hey..Hoi…kan aku dah kata dah…kau ingat kuntakinte tu sembarangan orang ke…sekarang kau gi pula ambil Anuar atau Azizah punya analisa bawa kemari…lagi tak valid fasal tu pon mat theory dan minah theory….sebab theory kat Selangor mengatakan mereka perintah boleh beri lebih kebaikan dari BN lansung tak tertunai….jadi automatic hilang kelayakan buat komentar maintain harga minyak.

  37. Kuntakinte

    Salam, sahabat2 tadi kuntakinte pergi Masjid dan dapati bertaburan risalah puak PAS mengutuk kenaikan harga minyak, semua tak betul, sebut lagi “Tahniah ini lah hadiah manifesto Barisan Nasional kepada rakyat” di merata kaki lima masjid, bukan ke merosak kan kekusyukkan solat hari ini dengan sebaran risalah yang mengutuk dan mengata, tanggung le dosa korang puak PAS, setiap individu yang bersolat tadi yang tidak kusyuk solatnya sebab gangguan dari risalah syaitan tu…., hoiiiiiii tak ada tempat lain ke nak mengutuk dan mengeji bangsa seugama, tak faham2 ke masjid untuk apa? pi tanya ulamak semak hangpa tu hukum nya…haprak!!! sungguh hangpa ni.

    Ada ke akai ia membandingkan negara yang menjadi ahli Opec dengan Malaysia, tahu nya sejengkal tapi menghasutnya melaut – laut.

    Penceramah ulamak semak hangpa pun kalau bagi RM100 untuk berceramah mampuih dia takmau mai, tok sah duk sembang la…. sekarang standard Mat Sabu pun RM2000 nak habak mai, tidak mana nak sara Mercedes tu dengan bini berderet tu, kalau panggil Hassan Ali lagi kapuk ribu2, depa tau la ni semua harga naik tak kan depa tak naik2 harga lagi.

    Sedar lah bangsa ku Masjid institusi yang suci, segala perbezaan dan kepentingan parti patut di buang sama sekali, tumpukan minda dan iman terhadap yang satu Allah S.W.T.

  38. Mamak Penang

    Bravo Kuntakinte,the best ever mamak read in Malaysian blog so far,simple language,simple understanding,rapturous,cordial and beneficent.Love you all…the best argument full of data!!!!.Nasi Beriani tiga..telur rebus.. mamak tarok atai!!.tak rugi masuk blog ini!!!Well done moderator!!!.Bring out all the hatred cooment abang tuah,kuntakinte and mok will subsidize their hatred with the Goverment!!!Wasallam.

  39. Kuntakinte

    Salam, Mamak!!!! dah belajar cara Abangtuah ngan mok nampak, dah mula strategi baru dipanggil strategi jarum emas, wah angkat bukan main lagi…kuntakinte bukan tahu sangat main rapu je… kira ok je mana nak callenge dengan Mamak, Abagtuah, mok dan Sekupangdua. wassalam.

  40. AbangTuah

    Phuh…memang hebat sungguh saudara-saudara kuntakite, mamak singa utara, sekupangduas, mok…jadi very informative Weblog ni…well done. Elok sangat tu…kita dengan harapan agar maklumat yang berguna ini sampai dan di manfaatkan oleh generasi muda kita di Malaysia agar menjadi belia yang lebih berpengetahuan dan positive dengan sedikit sumbangan dari ilmu yang kita ada……Mamak sebagai superb eloborator, kuntakinte excelent information generator, Mok skilful adviser, sekupangduas political specialist dan abangTuah as Mr. Hammer.

  41. mok

    Betul kata Mamak Penang.. bunga silat Kunta Kinte kali ni memang kaw-kaw punya. Puas hati ! Mamak teh tarik kaw satu….

  42. BA

    buat hapa krajaan p jual minyak kt negara lain.. baik bg rakyat sdiri yang gune..
    baru lah d namakn krajaan yang prihatin kpd rakyat..

    selamat aman makmur hapa ke mende nye bila rakyat terbeban…

    aman ke camni???

  43. AbangTuah

    Kalau tak jual kat negara lain mana kerajaan nak dapat income untuk biayai pembangunan jangka pendek/panjang dan juga sebahagianya digunakan semula dalam bentuk subsidi minyak, barang makanan utama, dan lain-lain bantuan yang awak nikmati sekarang.Sebagai contoh pendidikan percuma,Rawatan Hospital(RM1.00 saja)& Ubatan percuma,Bantuan pertanian, cukai pendapatan rendah, dan banyak lagilah yang awak akan nampak sekiranya awak tak tutup mata dan hati. Awak tunggu apabila minyak habis tahun 2015…apabila semua subsidi ditarik balik.

    Untuk keterangan lebih terperinci tunggu bro kuntakinte dan Mok

  44. AbangTuah

    Aku keliru dengan kenyataan Tun….sampai pening aku tak faham-faham…mungkin aku pun bukan orang ekonomi…

    “Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

    Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.

    250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit)”.

    Yang RM27,375,000,000 tu sehari ke, sebulan ke…setahun ke?

    Pening…pening…pening…pening…..dah tua agaknya aku ni……

  45. AbangTuah

    Dari kenyataan Tun diatas ramai puak pembangkang bila aku tanya mereka menjawab RM27,375,000,000 sehari….wah aku cakap negara lebih kaya dari Saudi Arabia….pendapatan minyak saja 10 Trillon setahun. Kenyataan tersebut apabila tak di baca dengan teliti akan mengelirukan.

    Sebenarnya RM27 Billion tu tak lah sebanyakmana pun apabila difikirkan pula agihan kepada subsidi dan pembangunan negara untuk tempoh selama setahun.

  46. Kuntakinte

    Sdr. BA, wellcome to our democrasy webblog.

    Bro. BA, cetek dan cengkat(bahasa Perak) sungguh otak dan pengetahuan awak, maksud BA tu Barisan Altenative ke??, kalau ikut gelaran u mengambarkan Parti yang u wakili, malang sungguh standard u all macam ni, gagal pemimpin u all untuk membangunkan modal insan, satu kegagalan parti korang.

    Kuntakinte cadang Sdr. BA khatam betui2 apa yang abangtuah dan sahabat2 lain seperti mamak, mok dan sekupangdua jelaskan, sambil2 itu banyak membaca dan layari website lain untuk mendapat maklumat dan ilmu,Rasullulah pun menyuruh kita cari lah ilmu hingga ke negara China, itu lah contoh terbaik, bukan nya pergi olimpik di China, maksudnya belajar dan cari ilmu ini tiada sempadan dan tiada hadnya.

    Sumber minyak kita dijangka akan bertahan 7 tahun saja lagi iaitu pada 2015, kalau ikut fahaman saudara pada tahun berikut 2016 tutup Syarikat Petronas!!!, berhenti kan semua pekerja2 Petronas, sebab sumber minyak kita dah habis. beribu2 lah pekerja Petronas akan mengangur, adakah itu fahaman saudara mengenai perniagaan dalam indusri Petroleum, sempit sungguh ilmu saudara.

    Saudara, Petronas kena melabur dan mencari gali ke negara besar Pengeluar Minyak di Dunia, samada di Kuwait ke Iran ke dan sebagainya bagi mengembangkan perniagaan mereka dan untuk bertahan lama, untuk melabur dan mencari gali perlu ada duit, contoh mudah saudara kalau nak beli kereta kena ada duit kalau tak ada kena cari duit dengan cara bekerja kuat ke.. Isteri berniaga ke, buat kerja Part time ke dan berbagai2 lagi usaha yang saudara fikir boleh menambah pendapatan saudara, tidak hanya berharap kepada pendapatan ruting yang saudara ada, begitu lah juga Petronas, Minyak kita perlu dijual ke luar Negara untuk mendapat keuntungan seperti dijelaskan oleh Abangtuah, dengan pelaburan dan cari gali baru lah Petronas berdaya saing dan mampu bertahan selama-lamanya untuk kepentingan pekerja2 mereka yang ramai dikalangan anak melayu, untuk negara sekaligus untuk rakyat, rezab dan cukai Petronas lah yang menampung subsidi selama ini dia seperti tabung kalau dikorek hari2 akan habissss.

    Jangan sondol je bila dengar cerita orang, ada otak guna, ada akal pakai, kalau tak tahu lebih baik sokong saja usaha kerajaan dengan kita menilai apa yang kerajaan buat kepada rakyat hingga tak terhitung banyaknya.

    p/s cadang kuntakinte sdr. BA pergi berguru dengan Abangtuah.. betapa di bukit minyak.

  47. Mamak Penang

    Salam,Abang tuah dah charge beteri Nampak!!!.
    BA itu bukan apa Baru… Anwar agaknya.Abang Tuah,kuntakinte, Mamak dah khabak dengan detail yang panjang lebar..hang saja merapu lagi…!.Itu Menteri Kewangan kedua itu bukan calang-calang orang!(bukan Mamak bodek dia Mamak..tapi Mamak kenal sungguh dia..orangnya simple tapi hebat tentang ekonomi global).dulu dialah penasihat TDM ,bagaimana nak pulihkan ekonomi negara meleset semasa TDM bercuti di Argentina!.Pasai itu TDM lantik jadi Menteri kewangan!.(Lembu punya susu,sapi punya nama).Sampai satu dunia terkejut cara kita mengatasi kemelesatan ekonomi!.IMF tutup Mulut terus!.Dsai pun senyap!.perangai DSAI ini seorang nak cepat…tak kira risiko..tak kira apa..semua nak cepat…hampa fikiaklah apa yang Mamak maksudkan nak cepat…nak jadi PM tak sabar,Nak ambil alih kerajaan nak cepat tak sabar…kalau orang lain keluarga campur politik label kroni keluarga dia tak apa!.nak bina kekuatan politik!.hampa orang Melayu fikiaklah betul-betul tindakannya DSAI selama ini!.Jangan Syok sendiri…Jangan sangka air yang tenang tiada buaya mungkin buaya tembaga menunggu hampa!!!Baca dan fahamkan tulisan Abang Tuah,Mok,Sekupang dua dan Moderator…lawan dengan fakta logik dan akal bukan emosi!!!.Jangan saja… tangan gatai ingin nak komen kalau tak faham ingin nak tahu betui ka pandangan aku..secara gentlemen mohon penerangan!.Jangan lari dan takut menerima dari hakikat!.Lupakan semata-mata kita ini pembangkang perlu bangkang apa saja walaupun perkara itu tak betul.Buka pemikiran seluas-luas….dalam diri manusia perlu ada pro dan kontra itu adat tapi bila benda itu betul ,betul jugalah akhirnya!.Ini dipanggil demokratik liberisma!.Jangan jadi “piffler”sentiasa mencari keburukan orang lain dan buruk sangka terhadap orang!.Nanti kalau kahwin bini pun lari……!!!!.Abang Tuah sayang bini…Kuntakinte bagaimana pulak?..Mai Melancung Tanjung Mamak rekomen anak Mami hidung Mancung!!!.

  48. AbangTuah

    Hari Ahad 9 Jun pergi hospital…bini ada appointment…lutut sakit. Setelah doktor check, dia presribe ubat….maka 3 jenis ubat ada kat famasi cuma 1 jenis dah kehabisan stok…maka dia syorkan aku beli kat farmasi…since benda tu penting maka terpaksa lah beli. Jadi aku pergilah cari ubat tu kat famasi…mak datok!!!…mahalnya…sebiji RM0.75…nak kena makan 6 biji sehari…180 sebulan…maka harganya RM120.00 sebulan. Aku pun terfikir sekiranya tiga jenis ubat lagi tu terpaksa beli juga…maka jawabnya kena keluar 2 ke 3 ratus ringgit. Maka aku berfikir sekiranya ubat-ubatan ni tidak ada subsidi maka teruk lah orang kampung atau orang tua-tua yang dah uzur..mana nak cari duit. Aku terasa betapa bernasib baiknya kita ada subsidi ubat-ubatan dari kerajaan.

  49. assalamualaikum kengkawan dan a very good day for the ‘semi mat Salleh team’

    bukan apa bangga jugak bila kengkawan doing this war using the bahasa mat saleh, untuk tuah, bang mamak, mok, kunta kinte dan kengkawan semua, terpanggil juga untuk nak menjawab pada kau orang, mungkin tak paham atau tak paham-paham… jadi buka lah sebesar besar telinga dan minda, kan apa kau orang kena paham kalau tak bengap lah namanya (maksud cari sendiri). biarlah aku jawab secara pakage untuk kalian

    SAIFUL NORDIN, nampak sangat tak pergi megundi, hang ni rakyat apa? ada ke orang muda yang tak mengundi? keputusan pilihanraya pun sebenarnya berubah kerana golongan inilah sebenarnya penentu kerajaan di pilihanraya ke 12 tempohari. ketara sangat bila pengundi saluran 3,4,5,6,7,8,9, dan seterusnya yang sebenarnya menjadi penentu pilihanraya.
    2. sebut pasal subsidi ni saya di kategori pakcik hanglah masa dulu mana ada subsidi belanja 20 sen pakage dgn tambang (10sen), buku beli sendiri ataupun pinjam, tak dak makanan pagi free, tak dak scola (orang lama panggil biasiswa) free….. bila dah bagi termasuk lah dengan hang…macamnilah jadinya …tak sedar diuntung! universiti nak masuk pun bukan semua dapat sebab boleh kira berapa yang ada pada masa tu.
    3. pembangunan enjin yang mengunakan solar dan sumber asas yang lain….. hang je yang bengap…kan apa orang dah bertahun-tahun bangunkan…apa ni? hang dok kata orang tak baca buku…atau hang yang dok buku lain kot?… dok baca buku org putih buat apa…tu la pasal kalau depa lari telanjang .. hang pi ikut buat apa?

    SEKUPANGDUA bagi suggestion pada hang jangan ambik subsidi kerajaan kalau dah pakai tu bagi balik …elok bagi pada orang lain yang tau besyukur

    DHARMA pulak … kalau org putih dah baguih…. saya cadangkan pi dok sana habis cerita!

    SAYE ni pulak … buat malu org kampung…teman tak paham miker kata duit rakyat, mana.. mana… bila miker bagi kat kerajaan…silap-silap incometax pun tak pernah berbayor…. duit rakyat konon… itu istilah jer keuntungan dari pelabur….. ish…ish…. kalau miker nak tau … bila PAS dan sengkokollllap buat ceramah lepas tu umum bagitahu buat kuitipan yer… jangan lari, dema pergi ngutip tiap-tiap orang …haa yang itu baru betui DUIT RAKYAT…
    teman memikior juga duit tu dema buat apa ye? sebuk sesangat nak tanya duit kerajaan pak lah .. duit yang kutip tu langsung… pening miker ni yop!

    JEBAT DERHAKA… memang ptut tikam jer.. hang jebat pun tak mengaku dia derhaka…yang mamat seorang ni terang-terang ngaku derhaka…. teman bagi cadangan … tuan hamba jebat ni elok lah pada pandangan patik kita hantar saja siderharka ni kat kutub utara atau eskimo…sebabnya asik komplain je harga barang naik . kat sana semua free tak payah beli.. nak makan pegi buru singa laut atau babi laut.

    ANAK MUDA, hang tu dok jual minyak urut, minyak kelapa, minyak KY, minyak gamat …. tak tau jangan dok ceritalah …jangan dok tipu bangsa hang sendiri… pi lah tempat lain yang hang boleh kelentong pasal harga minyak ni… tah berapa banyak kedai kopi hang dok temberang pasal harga minyak ni…. betuilah hang ni memang kaki jual minyak… ambik sat ni dok perah minyak hang baru tau

    BA ni sorang lagi macam lah dia tau minyak tu jual jadi rugi.. jual lebihan sebenarnya untuk cover balik kerugian minyak yang RAKYAT DOK GUNA dengan harga rendah… payah betui lah kalau dah bengap.

    sekupang dua cadang kat hangpa BOIKOT HARGA MINYAK DI MALAYSIA… hangpa pi beli di thailand dan singapura, sorrylah aku bukan bodoh kalau macam kau orang…lu pikirlah sendiri…. ada satu benda yang ganjil… mok, tuah, kuntakinte dan mamak…perasan tak diorang ni napak pelajaran tinggi..tapi adab tak ada… lain kali sebagai seorang MELAYU… sebelum mula BAGILAH SALAM DULU….. hangpa tak belajak ka?

  50. mok

    SAIFUL NORDIN,
    DHARMA,
    SAYE,
    JEBAT DERHAKA,
    ANAK MUDA,
    BA

    Terima kasih kerana bertukar-tukar pandangan. Aku tahu.. korang pun macam aku juga, masuk sini sebab nak cedok idea dan fakta-fakta bernas daripada AbangTuah, KuntaKinte, Mamak Penang, Sekupang dua. Cuma aku harap.. ikhlas la terima sesuatu kebenaran biar pahit dan sebarkan di kalangan anda. Jika masih ada yang belum clear dan perlu penjelasan lanjut.. ayuh jangan ragu-ragu untuk kemukakan. Aku yakin korang akan dapat info berguna daripada sahabat-sahabat kita.. InsyaAllah.

  51. AbangTuah

    Waalaikumusalam Mamak Haji…
    Mana battery tak power…dok perkena nasi kadex mamak haji hari-hari…
    Mamak Haji pun apa kurangnya sampai kawan dengan kuntakite dan mok tak terkejar kehebatan ulasan dan idea Mamak Haji. Well done, teruskan…I m sure sahabat berempat juga akan terus givimg a full support to you.

    Nanti sampai Tanjung sure cari mamak haji, anak mami tanjung tu dapat tengok je…nak tambah branch tak larat, subsidi dah tak da.

  52. mamak tak nak pelawa sekupang dua ker?

    punya lah terok orang perak cuba try cakap penang tak mau offer kat saya ka? is 3 ada mamak tapi is 1, is 2 belum lagi mamak… tapi mamak lagu mana saya ni jenis orang yang sayang bini dengan girlfriend la mamak!

    mamak jangan marah na.. kan apa gurau mamak ..dok rilek sat … kasi hilang tension dok pikiak kepala orang yang tak pernah center

  53. Embong

    salam..
    sepatutnya ruangan ini dijadikan
    satu ruangan utk perbincangan..
    bukan saling mengenakan diantara
    satu sama lain dan menaikkan kemarahan yg. lain.
    Saya rasa, semua rakyat malaysia turut terasa dan tersepit dengan kenaikan minyak baru-baru ini.
    Tp. bg mereka yang kadar keegoan mereka terlalu tinggi untuk mengaku dan berpura-pura mereka mampu untuk menangani masalah kenaikan minyak dan harga barang yang lain.
    Namun saya berpendapat, ketika mereka menulis kata-kata menyokong kenaikan minyak, namun dalam hati mereka tetap terasa kesusahan dan kesempitan akibat dari perubahan yang dihadapi.
    Namun perasaan ego dan takbur mereka terlalu tinggi utk. mengaku dan menerima kenyataan.
    atau mungkin mereka menerima faedah dari kenaikan ini???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s