Kenyataan Dato’ Mukhriz Mahathir Mengenai Kenaikan Minyak

dipetik dari blog bigdogdotcom

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN JERLUN DAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

Saya rasa terkejut dengan pengumuman memeranjatkan yang dibuat Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenaikan harga minyak mendadak dan tanpa amaran semalam, sedangkan kenyataan yang dibuat di dalam media massa hanya pada pagi kelmarin memberi amaran bahawa kenaikan tersebut hanya akan berlaku pada bulan Ogos. Pada pendapat saya, kita mesti mengambil tindakan yang bijak dalam mengimbangi keperluan rakyat dan kos harga minyak yang semakin naik. Kita perlulah mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencapai satu formula perlaksanaan yang sesuai buat semua orang; dan bukan secara terburu-buru.

Pada hemat saya, masanya amatlah tidak sesuai untuk tindakan ini diambil dengan cara ini, walaupun kita sedar masalah minyak global harus ditangani diperingkat negara juga.

Saya kira, lebih wajar kenaikan ini dibuat secara berperingkat mengikut jadual yang diumumkan terlebih dahulu, untuk mengelakan ketidak tentuan dan keresahan, seperti mana yang berlaku sekarang ini. Rakyat perlu masa dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan yang begitu tinggi itu. Apapun, keputusan ini memberikan kesan kepada rakyat, termasuk golongan peniaga dan pedagang kerana ketidak ketentuan yang berlaku dan menyukarkan mereka untuk merancang perbelanjaan perniagaan mereka.

Kerajaan tidak harus mengunakan alasan masalah ini ialah masalah global kerana setiap negara mempunyai situasi dan keadaan berbeza. Apa yang berjaya ditempat lain, tidak semestinya berjaya untuk sistem kita. Kita mempunyai masalah dan cara penyelesaian kita sendiri. Sebagai contohnya, sewaktu Malaysia mengumumkan kawalan matawang dan modal serta Ringgit Malaysia ditetapkan nilai (peg) kepada US Dollar pada 3 September 1998, tindakan itu dikecam pelbagai pihak diperingkat dalam negara dan antarabangsa kerana dianggap tidak konvensyenal. Akhirnya, ianya terbukti berkesan kepada menyelesaikan masalah krisis ekonomi negara dan Malaysia sebaliknya menerima pelbagai pujian dan pengiktirafan kepada tindakan di’luar kotak’ tersebut.

Saya terkilan dengan kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum ini mengesa rakyat untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup berbeza sebagai reaksi kepada kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang meningkat. Rata rata, rakyat dipendalaman, termasuk kawasan Jerlun yang saya wakili, menyara hidup secara ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sejauh mana lagi mereka perlu menyesuaikan diri, setelah berlaku kos sara hidup yang dijangkakan meningkat pada tahap terlalu membebankan kepada golongan ini.

*Ikuti temuramah Dato’ Mukhriz dengan Astro Awani mengenai isu pengumuman kenaikan minyak mendadak

39 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

39 responses to “Kenyataan Dato’ Mukhriz Mahathir Mengenai Kenaikan Minyak

  1. Mamak Penang

    Bumi pada asalnya hanya mengandungi sumber minyak sekitar 2 trillion barel.separuk daripada jumlah telah diguna pakai oleh Manusia.Jumlah kegunaan dunia dalam sekitar 31 billion barrel dalam setahun.Kalau kita membuat perkiraan dalam masa 32 tahun lagi segala sumber Minyak akan hilang!.Bukan Malaysia tapi seluruh dunia!.Keadaan sebenar permintaan minyak semakin bertambah dan tidak akan berubah.Dari 30 tahun pencarian gali minyak sedang berkurangan.Pengeluaran Minyak akan akan tetap bertahan hanya untuk 30 tahun saja…lepas itu ke sifar!.
    Ahli politik,Ahli ekonomik,Ahli Kewangan dan rakyat sebenarnaya kurang sedar!.Sepatutnya Syarikat Petronas perlu memberi gambaran yang kepada rakyat yang pelopor dan pakar dalam bidang ini!.
    Semua kata Minyak Mahal sekarang?.Tapi tunggulah.Kita dah jemu dengar kenaikan ini bukan!Tapi ini cuma baru permulaan dalam kenaikan harga dan kini kita berada dalam garisan penamat untuk Harga Murah Minyak!. Penamatnya bila…..?.Allahwualam!!!.Yang aneh sumber Alam ini tidak akan bincang dengan sesiapa pun walupun dengan parti politik atau pun rakyat!!!.Kalau Allah tutup dia tak perlu mohon izin!.jadi apa yang kita ada itu simpanlah untuk tua….polisi KWSP!.

  2. Kuntakinte

    Mamak!!!! nasi kandar taruh sayur saja, lain tak mau satu!!!!….. minum kasi Teh o kosong satu!!!

    hebat singa utara nih…, mamak, itu Maukriz kasi komen kuntakinte hormat dia punya komen sama mamak punya komen.

    Itu kalau mukriz sokong sama kenaikan harga minyak nanti itu puak PAS sama PKR naik minyak, diorang cakap orang UMNO semua ampu dan bodek punya kaki sama Pak Lah, itulah… ini lah… macam2 diorang ada ingat dalam kepala hotak.

    Sekarang bukti orang UMNO pun ada komen dan kritik itu hal, kita demokrasi bukan serupa puak diorang sondollkrasi.

    p/s mamak!!! kira betul2 pakai calculator berapa!!, tak mau kira@#$%%& RM10.00.

  3. Mamak Penang

    Kuntekinte kalau makan mau murah sendiri masaklah….!!!. itu padi kasi tanam dalam pasu bunga,itu bunga tanam apa bikin?.Ini orang Melayu suka tanam bunga…tanamlah itu kunyit ke,itu Serai ka,itu pokok kari ka,pokok Cukur…itu tongkat ali boleh tanam dalam pasu ka?.Mamak pun tanam juga itu kurmak!.Dalam parti politik sekarang banyak pasu bungalah sekarang ,semua mau kasi cantik saja guna tak ada!.Semua haprak punya orang.
    Tentang itu kira @#### $10/= Mamak ada satu cerita….
    Dulu Mamak punya bapak jadi taukeh restoren,bila pekerja baru masuk kerja dia punya training asas kena tipu pelanggan yang dari kampung atau pun sengkek sikit!.Dia kata dia orang tak tahu matematik punya “jadi bapa saya sebagai boss sentiasa duduk kat kaunter; pasai apa duit ini punya pasal tak percaya kat sapa pun anak ke bini!.Itu dia punya falsafah niaga.Jadi itu pelanggan yg cakap tadi masuk je kat kedai dia akan bagi itu pekerja tipu dalam kiraan…Apa signal itu”Annane Gaunni”atau dalam bahasa melayu “Layan Abang betul-betul”.Kena lah dia jadi mangsa Mamak!.Selepas dia makan mula pekerja baru ini akan kira@#$%&* ah sepuluh ringgit enche!!!.Kalau dia bayar selamat!.Tapi kalau dia cerdik sikit Mana boleh Mamak sepuluh ringgit…kira balik!!!.Ini bapa saya pun pii kat tempat pelanggan itu “Apa hal encik?”.Mamak kasi kira…ini BARU PUNYA ORANG LAH ENCIK KASI MAAP..OK.dan dia terus maki pekerja itu untuk sedapkan hati pelanggan!!!.Jadi Mamak syok tengok ini BARU PUNYA WAKIL RAKYAT!!!!
    Ha..Ha..Ha..kadangkala Mamak banyak kena tebus dosa keturunan mamak ke atas orang Melayu!!!.Itu baru Mamak tipu Melayu yang lain tak tahulah….Kuntakinte Mamak owe one special Beriani for you!!!!!Wasallam.

  4. Kuntakinte

    kah…kah…kah…kah… hidup mamak haji!!!!

  5. mok

    Waa.. sana atas punya ada 4 comment.. suma kita punya worang juga…. ok line clear, mau pi lawat lain topic. Bravo Kunta Kinte & Mamak Penang.

  6. minyak dah naik tapi harga barang takbolih naik!oi mana punya sistem dah?

  7. Kuntakinte

    Salam, sdr. Aboo, betul komen saudara, kenaikan minyak akan menjejaskan beberapa harga barangan yang berkaitan dengan elemen minyak, mungkin Menteri tersebut bertekad dan memberi jaminan kepada rakyat untuk memastikan peniaga tidak menaik kan sesuka hati harga barangan terutamanya harga barangan yang dikawal oleh kerajaan.

    Kesan tersebut memang sudah tentu melibatkan beberapa kenaikan, hanya kenaikan tersebut kita harap tidak akan menyusahkan rakyat dan kita harap Menteri akan lebih berperanan unt memastikan Pegawai Kementrian beliau menjalankan tugas dengan efisyen.

  8. jacques

    saya berasal dari Sabah dan dlm hal politik ni tidaklah tahu sangat tp drpd komen Dato’ Mukhriz ni kami disini pun sama seperti saudara dr Semenanjung.. kami berasa hairan bgmana harga minyak tiba2 saja naik sebegitu tinggi, kurang dari 24 jam apabila Dato Shahrir kata kemungkinan harga minyak akan di ‘review’ pd bulan Ogos? kami juga tak lupa janji PM sebelum pilihanraya katanya minyak takkan naik tahun ni.. kita hidup dinegara ini bila dibanding dgn tempat lain memang berkat, tp sekarang sudah berubah. mula2 dr beras, minyak makan dll, sekarang minyak.. kita tahu barang2 yg naik harga ini buat sesetengah pihak lebih kenyang.. kita rakyat yg hidup sederhana ini bgmana?

  9. Mamak Penang

    Terima kasih ke atas soalan jacques dan kami mengalu-alukan kedatangan jacques ke blog ini untuk mendapatkan maklumat.Mamak suka gaya awak melontarkan persoalan!.Mamak secara peribadi Memang tak terkejut dengan kenaikan minyak dan barangan keperluan harian kerana kalau kita mengikut data-data harian seperti msn news dan banyak lagi berita di luar negara memang mereka telah mengalami lebih awal dari kenaikan itu daripada kita!.Cuma kerajaan kita serba – salah untuk naikan harga Minyak untuk satu tempoh yang berpanjangan!.Kita perlu ingat dato Sharir hanya mewakili kementeriannya memang kalau boleh tak mahu naikan harga,Pak lah begitu tak mahu popularitinya menurun dengan kenaikan ini tetapi bila pakar-pakar kewangan telah menyarankan kita tidak ada pilihan lain dari naikan harga minyak perlu kerajaan mengikut saranan pakar-pakar ini yang lebih arif dalam hal ini.Begini lah pemimpin kerajaan yang lebih utamakan kepentingan Negara lebih dari kepentingan politik mereka.Bacalah ulasan-ulasan dan fakta yang diberikan dalam blog ini terutamanya dari abang tuah,Kuntakinte,Sekupangduas,Mok dan Moderator dengan hati yang terbuka dan pemikiran yang rasional.Satu lagi perkara ini kerajaan beri 24 jam cukup bagus boleh juga kita beratur isi minyak…!!!sempat lagi.Kalau kerajaan umumkan lebih awal misal kata banyaklah penyanggak bawak trelar dan tong drum isi minyak!!!.Kamu tahu sajalah perangai orang malaysia!.Kerajaan cukup merahsiakan hal ini.Sama juga kawan-kawan Mamak bila tahu beras nak naik ambil stok untuk satu bulan untuk disimpan beribu guni beras mereka sorokkan pasal itu restoren Nasi kandar masih lagi kekalkan harga sepinggan nasi masih harga yang sama seperti dulu!!!.yang teruk warung-warung semakin susah untuk terutamanya pengusaha makanan Melayu!!!!.Tapi tak mengapa kerajaan masih pri-hatin terhadap rakyat pendapat rendah dengan beri subsidi minyak sebagai rebet pada masa kita menghidupkan road-tax di JPJ.Yang bising itu cuma pemilik-pemilik kenderaan yang lebih 2500 cc…kalau hang pakai kapcai jangan risau..ada ribet!!!.kalau super-bike sorry!!!.mamak harap Abang Tuah,Kuntakinte ,sekupangduas dan Mok akan memberi penerangan yang lebih lanjut..dengan data sekali!!!!.Sila kunjung ke web ini kalau ada masalah..beritahu kat kawan-kawan..tentang orang Sabah kami anggap sama macam orang Semenanjung!!!tiada pilih kasih….

  10. jacques

    saya tahu nak jaga hati rakyat taklah mudah, PM pun memang troma nak hadapi semua ni. saya yakin kebanyakkan org yg dlm kitaran umur Pak Lah sah dah nak cuti panjang, buat amal habiskan masa yg ada dgn isteri dan keluarga. Pak Lah pula bertahan, cuba nak buat baik org kata ada sebab lain pula, diminta resign tak mahu sebab kalau kita fikir pun kalaulah gerenti semua fenomena ini takkan berlaku jikalau PM resign itu lainlah ceritanya. Najib jd PM kelak pun saya rasa tidak akan merubah apa yg telah berlaku pd Negara kita. Anwar? kami disini perasaan benci atau tak suka dekat Anwar tu takdelah.. perasaan negatif keluar hanya bila dgr ucapan ‘YB’ kita.. bagi saya Anwar ni lebih kpd pendiriannya nak balas apa yg telah memusnahkan karier jg nta berapa tahun hidup dia dlm tahanan. bila jadi pd kita pun tentu marahkan?.. ramai kami disini tak pasti kalau Anwar jd PM bolehkah dia melawan, bertahan dgn apa yg telah terjadi pada seluruh dunia tika ini seperti dlm ucapan2nya? i dont think so..sebelum saya lupa, terima kasih mamak Penang dan hrp luahan pendapat saya takle melebih sangat.. saya pernah ditugaskan di Penang dulu selama 3tahun, pengalaman terbaik dlm hidup saya masa tu..

  11. Mamak Penang

    Bagus ulasan jacques dan faham rasa jacques faham macam mamak!!!.Secara ikhlas kami di sini bukanlah 100% sokong apa saja kerajaan promosikan tapi kami fikir kalau perkara itu betul..betul jugalah kalau yang tak betul..pasti tidak betul….itulah dinamakan politik demokratik liberisma yang bebas untuk utarakan pendapat!.Zaman akan berubah, percayalah cakap mamak,kita akan merasai liberisma yang lebih berkesan dari pemerintahan Paklah!!!!.Hang kalau Mai Penang lagi Mamak belanja Nasi kandar Special!!!.Take care. bye!!!.

  12. Kuntakinte

    Sdri Jacques, welcome to ur demokratic webblog, apa khabar orang negeri di bawah bayu.. doa saya sdri sihat ceria danbersemangat, kuntakinte belum pernah sampai ke Sabah teringin sangat nak kesana, minggu depan kuntakinte nak ke Sarawak je, mungkin ada rezeki akan sampai juga.

    Sdri, pandangan sdri amat saya hormati dan pandang tinggi, sdri mengunakan sepenuhnya 12 juta sel – sel yang terdapat didalam tubuh manusia hingga kan sdri dapat mem proseskan segala data dan baik diterima buruk di buang. Sdri, mamak haji singa utara dah bagi pandangan kira dah complete le tu, hebat hang tau orang penang tu, tengok misai dengan cermin mata pun dah tau dia orang cerdik. ha..ha..

    Sdri, sebagai insan biasa kita perlu bijak didalam menerima sebarang maklumat yang bertaburan di muka bumi ini, ketidak mahiran kita menerima maklumat ia akan merosak sistem otak atau pun salah satu sel yang menuju ke otak kita, ceh… macam sintis pula bercakap, kah..kah..kah..

    Politik, adalah satu elemen yang baik bagi mereka yang mengunakannya untuk kebaikan, politik akan menjadi tidak baik jika mereka mengunakannya dengan cara yang tidak baik, Politik adalah satu platform yang digunakan untuk mempengaruhi otak dan hati manusia, sekiranya seseorang itu dapat mempengaruhi otak dan hati kita bermakna kita akan terpengaruh dengan nya, baik dan buruk sesuatu bahan itu tidak di fikirkan sangat, sebab untuk menghakmkan sesuatu itu buruk atau baik hanya ita saja yang layak untuk menghakimi nya dengan mengunakan otak dan hati kita sendiri.

    Sebab itu ada pepatah mengatakan ‘kalau hendak tahu kebaikan seseorang tanya lah kawan baiknya dan jika hendak mengetahui keburukan kita tanya musuh nya’ disini ada pro dan kontra, setiap manusia bukan semua nya perfect, tidak perfect tidak bermaksud tidak baik sebab itu adalah kelemahan di setiap individu bernama manusia.

    Memerintah dan membangkang 2 perkara yang berlawanan, konsep memerintah adalah memacu sesuatu negara dan rakyat kearah yang lebih baik dari sebelumnya, membangkang pula setiap langkah yang di ambil akan dikatakan tidak betul dan tidak baik bertujuan untuk mencari sokongan dari rakyat, di sini rakyat lah rakyat perlu bijak untuk memain kan peranan. Sebab itu banyak mengatakan mudah membangkang dari memerintah, tangunggjawab pemerintah kita ketahui cukup susah berbanding pembangkang.

    Saya ambil cerita seorang ayah dan anak, menunggang seekor keldai untuk satu majlis yang agak jauh, kedua2 menungang seekor keldai ditegur oleh seorang mengatakan kenapa kau menyiksa keldai tersebut dengan kedua duduk diatas keldai, betul juga fikir si ayah, maka ayah pun turun berjalan kaki anak duduk diatas keldai, samapi disatu kampung ditegur lagi, kenapa yang tua tidak naik si anak berjalan, yang muda patut hormat pada yang tua, betul juga fikir si ayang, maka bertukar lah sianak berjalan siayah naik, sampai sisatu kampung lagi ditegur juga, apa punya orang tua tak ada otak sepatutnya sianak yang naik si bapa yang jalan, bertukar lah semua siayah naik sianak berjalan, ditegur lagi apa lah bodoh sepatutnya naik lah kedua orang diatas keldai sebab memang itu kerja keldai, maka akhirnya difikirkan oleh si ayah mengambil keputusan terbaik untuk kedua2 berjalan kaki tanpa mempedulikan teguran orang lain.

    Pengajaran nya apa buat pun akan dikatakan tak betul, dan ada yang kaan mengata kan betul, ini lumrah manusia disebabkan otak dan hati tadi yang menguasai tubuh badan manusia, selagi kita fikir kan ianya untuk kebaikan keseluruhan rakyat itu lah yang terbaik di fikirkan kerajaan dalam merintah sebuah negara seperti Malaysia ini yang kaya dengan kaum dan etnik.

    P/s, turun…. naik.. turun… naik…turun….. naik berapa bayak kali mau turun naik da….. mamak!!! nasi kandar kambing satu!!!! lama tarak oder.

  13. keadilan rakyat

    selamat tertipu dgn dakyah UMNO jacques
    mari lah tukar ke PKR….di bawah jeffry kitingan sabah akan terus maju dan makmur…
    tiada lagi kemiskinan
    minyak murah

  14. jacques

    wahailah keadilan rakyat, saya ni ahli Umno pun tidak apatah lg cadangan nak msk PKR.. tp sejarah mengajar saya siapa Jeffry semenjak jd Pengarah Yayasan Sabah dulu dan sebab dia masuk ISA (saya pun tak sokong ISA) perasaan dendam lebih mengawal dirinya dari apa yang dijanji. tak perlu saya terangkan dgn lebih detail lg sebab saya pernah berjumpa dgn Jeffry, dulu pun dia ni indah khabar dr rupa. Politiklah katakan.. kuntakinte dgn mamak penang, dr ayat yg diguna saya tahu org Umno.. tp saya respek kat depa ni, drpd hentam org lain depa bedua ni lebih berckp utk kita berfikir dan utk tidak terburu-buru menyalahkan kerajaan yg sedia ada. kalaulah betul kerajaan skrg ini betul2 nak mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga minyak dll, saya harap dapat jg dibuat secara mendadak.. janganlah naik itu ini sekelip mata, kemudian nak tolong rakyat nak meeting meeting meeting, kita tunggu punya tunggu nta2 setahun berlalu.. lepas kena janji janji janji. waktu nak naik harga apasal takde meeting meeting meeting?? bukannya nak mengata apa, PM tika ini skrg dr tukang sapu sampai org dlm kabinet sendiri tak puas hati dgn keputusan kerajaan. kalau tak dilayan susah, nak dilayan tu sekurang- kurangnya tunjukkan pada kita semua, beri rakyat rasa “confident’ bahwa PM tengah buat sesuatu. pengurangan belanja menteri sebyk 10% boleh jimat duit kerajaan 2bilion?? permulaan yg baik tp? bgmn dgn petani, driver taxi, nelayan, kakitangan kerajaan yg gaji nta cukup tak cukup menyarah keluarga? naik belanja minyak je tiap bulan kena extra kurang lebih rm500 skrg, rebet bantuan kerajaan rm600lebih utk setahun?? tak payahlah guna kalkulator nak kira semua ni, sah akhir bulan angka sifar je tinggal dlm akaun..
    10% ni saya rasa takdelah besar sangat, tak diberi pada menteri pun saya rasa da cukup bekal dah semua.. kita?? bgmana?? maksud saya ‘kita’ yg kerja gaji yg tak seberapa. berapa ramai? saya harap ‘keadilan rakyat’ jgn berkecil hati dgn apa yg saya note disini, utk pengetahuan saudara/saudari, pemikiran rakyat Sabah dgn Sarawak agak berbeza dgn saudara di Semenanjung. Sewaktu pilihanraya disini majoriti pengundi bila ditanya tentang parti, reaksinya taklah panas tp bila ditanya tentang calon barulah mula berisi perbualan.. hampir 100% wakil dr BN adalah dihormati oleh pengundi kawasannya, walaupun tak semua pangkah ‘dacing’ tapi majoriti ke wakil BN.. bagi pendapat saya kalau tak kerana sesuatu ‘KEAJAIBAN’ berlaku.. utk Keadilan, Pas atau DAP, hrp utk BN kalah atau bertukar kerajaan di 2 negeri ini, ia takkan berlaku dalam masa yg terdekat.. contohnya saya terdengar dari sekumpulan warga emas pada pilihanraya lalu bila ditanya tentang wakil BN dikawasan saya, selambah dia kata ‘ baik buruk pun wakil kami , org kita’..

  15. AbangTuah

    Kau dengar tu PKR pengakuan orang sabah yang tinggi daya pemikiran dan akalnya….Aku heran fasal apa orang semenanjung(PAS & PKR) ni bengap sikit.

  16. Kuntakinte

    Sdri Jacques, pandangan sdri cukup rasional, sdri boleh lihat antara sikap yang ditonjolkan oleh sdr. keadilan rakyat dengan sahabat2 moderator yang lain, dari jauh sdri dapat selami hati mereka dan membezakan antara batu atau permata, dan apa yang dikatakan oleh mamak haji dan kuntakinte diatas dapat kita fikirkan dan kaji dimana yang baik dijadikan sempadan yang tak baik jangan di ambil, yang baik kerana kurniaan tuhan yang tak baik kerana kelemahan individu sendiri, kita tidak boleh provokasi dengan tuduhan liar tanpa bukti dan menulis secara membabi buta dengan hasrat untuk memburuk kan orang lain seperti dilakukan oleh sedara keadilan rakyat, sedang kan apa yang di tulis oleh jacques, mamak, mok, abangtuah perkara2 yang baik tetapi kenapa di tolak oleh sdr keadilan rakyat, ini satu contoh yang dikatakan oleh kuntakinte tadi, otak dan hati.

    Sdri, Jacques boleh lihat potongan 10% setidak2 nya terdapat tanggungjawab kerajaan dan WR BN untuk bersama2 dengan rakyat merasai kesusahan dan sikap berjimat cermat, memang betul ia tidak lah sebesar mana tetapi tujuan dan motif itu sudah mencukupi untuk kita nilaikan, berbanding dimana pemimpin kerajaan Negeri pembangkang ketika ini, kenapa peluk tubuh berdiam diri, kenapa tidak bersuara bersama2 kerajaan BN memotong segala keistimewaan MB, Speaker dan exco negeri mereka apabila krisis nasional ini berlaku, otak dan hati membuktikan ini lah politik yang disalah gunakan oleh puak2 pembangkang. peranan sdri jacques dan rakyat lah berperanan mengunakan otak dan hati membuat keputusan, pepatah tepuk dada tanya selera.

    p/s senang sama senang susah kau punya pasal lah……., betul juga nasihat orang tua2 berkawan biar beribu berkasih biar satu, berpada2…. cik adik jacques.

  17. jacques

    saya adalah diantara jutaan rakyat negara ini yg tidak berpuas hati dgn kenaikkan harga brg2 dan minyak ini, tp apakan daya dah lumrah manusia, perasaan mengawal pemikiran jadi salahsatu jalan penyelesaiannya adalah mudah.. cari org yg boleh dituding jari utk disalahkan, dlm kes ini Pak Lah. terasa dosa juga saya kadang2 bila membuta tuli menuduh org. tp kwn2, saya nak tanya semua, tertanya juga pd diri saya sendiri, apakah masalah brg2 yg naik harga ini yg memudaratkan negara kita tika ini tapi pernahkah terfikir mungkin ADA BENARNYA, PM kita dlm percubaan menangani masalah ini terasa setengah mati juga dia cuba membantu rakyat.. perasaan tidak puas hati ini yang membakar rasa marah dlm diri manusia.. bagi pembangkang memang benarlah BN buat salah dibilang salah besar, buat betul pun dibilang salah. dah namanya ‘Pembangkang’.. sama juga bagi Pembangkang, bila rasa perkara yg dibuat betul? BN memang tak bagi can.. dah dlm politik mcm ni.
    tp pernah terfikirkah yg PM memang nak bantu kita? dlm keadaan skrg ini memang susah sebab keadaan dah jadi camnikan, duit tak seberapa kena cas lebih lg.. harapan saya hanyalah satu pada kerajaan BN, cadangan2 utk membantu meringankan taraf hidup rakyat haruslah berterusan. cakap2 dikedai atau diwarung kopi sampailah ke bangunan Parlimen tentang kenaikan harga ini akan berterusan dan PM harus buat sesuatu yg luar biasa dlm bentuk berbagai bantuan utk meringankan beban rakyat tak kiralah pangkah BN ke atau Pembangkang..
    harap kali ini PM bila nak buat keputusan janganlah babitkan saudara mara, ambilah penasihat yg betul, kurang juga pihak yg marah dgn PM yg guna isu berkenaan kronilah, anaklah, menantulah..
    tp walaubagaimanapun saya rasa bangga jadi anak Malaysia.. Lahir dan jika diizinkan Tuhan mati pun disini..

  18. mok

    keadilan rakyat,
    Dah berapa kali aku cakap.. tolong bawa fakta bukannya auta. Awak ingat Jacques dan warga Sabah tu macam budak-budak tadika ke ? Kau sebut nak bagi gula-gula : tiada kemiskinan, minyak murah. Cukup ke sekadar cakap begitu untuk meyakinkan warga Sabah yang bijaksana seperti Jacques lompat masuk parti awak buta-buta.
    Nampak sangat awak ni jenis suka memperbodoh orang. Sedar sikit… awak dah diperbodohkan oleh cucu PAP.. tapi korang bodoh sombong bertepuk PAP..PAP..PAP. Orang ada otak tepuk dahi PAP..PAP..PAP..

  19. Biarlah depa buat apapun…kita tunggu Pilihanraya 13 plak…biar semua hanyut…Yang jelas kerajaan sedia ada gagal jaga harga beras…satu makan nan itu sahaja…tak boleh nak urus…itulah betapa lemahnya kerajaan…

  20. Kuntakinte

    Salam, sedara globalmalau, betul kata awak kita tunggu Pru13 biar semua puak penghancur bangsa tu hanyut, ikut kepada senario dan sejarah politik Malaysia, BN naik turun kemenangan, menang team ini, kalah sikit team seterusnya, menang balik, kalah sikit, menang balik, kalah sikit, begitu lah senarionya kunci kejayaan BN sebab BN apabila berlaku kesilapan dibetul kan segera, berlaku teguran pengundi dibetulkan segera, itu lah BN menerima teguran rakyat dan akhir nya menang besar kembali.

    Sekarang ini kuntakinte melihat BN memulakan semula langkah2 pembetulan dgn serius sekali dalam Parti dan luar Parti, ini amat mengembirakan pengundi dan penyokong dan keyakinan ada pada diri setiap orang UMNO bahawa Pru13 pembangkang seperti ayat sedara diatas gagal kembali untuk meracuni pengundi kerana next team giliran BN menang besar kembali.

    Setakat cerita beras tahun ini naik dah tak sanggup nak tempoh hidup menyalah kan orang lain secara membabi buta, macam mana nak perintah negara, yang selama ini tok nenek, mak bapak hang dan hang2 sekali selama ni hidup atas beras mai dari mana dan kerajaan mana yang urus, sedar la melayu DAP dah pijak kepala hangpa.

    p/s awat tak sedar2 ni ha, depa makan apa no… ooo.. makan beras, padan beku kepala hotak, kuntakinte makan nasi.

  21. Kuntakinte

    Ralat… maaf kesilapan taip team sepatutnya term. maaf kesilapan yang di lakukan

  22. azura binti mohtar

    moral of the story…. Yang kaya bertambah kaya, dan yang miskin jadi papa kedana…
    pikir-pikir lah sendiri. yang kaya anak beranak depa, anak beranak kita apa jadi???

  23. jacques

    kata azura betul, tp yg kita lihat org kaya2 tu yg bertambah kaya sudah terlalu melebih-lebih menunjuk.. mcmlah tak cukup2 apa yg Tuhan berikan. hairankan?? seperti kita, taklah nak sampai milion milion bilion bilion kayanya tp dpt hidup tiada kekurangan itu sudah..
    dah tu yg susah skrg ni tambah le susahnya.. makan minum naik harga, minyak naik transpot pun tentu naik.. semua perlu duit, harap kerajaan lebih prihatin pd golongan berpendapatan rendah.. yg mana skrg ini rendah dibawah rendah lg..

  24. Mamak Penang

    Salm Chek azura!
    Mamak sedih orang luahkan hati yang terguris”orang kaya bertambah kaya,orang miskin jadi papa kedana”.Ayat begini cuma pendekatan Politik jenis Komunisme dan inilah cara propaganda mereka.Jangan terikut sangat dengan kelohan hati di bumi bertuah ini!.Kaya ini definasi nya terlalu subjektif dimana kalau tak percaya Tanya, Bill Gates dia mesti kata dia belum kaya pasai itu dia masih kawal perisian Microsoft kalau dia kaya dia dah lama dah lepaskan hak cipta terpelihara microsoft yang di gunakan seluruh dunia. kalau kata kita miskin sekarang di Malaysia ini!.Kalau chek ini muda tak tahulah tapi mamak ini yang dah tua ini masih ingat arwah bapak saya menjual Nasi Kandar dengan kandar setiap pagi keluar Malam baru balik..sebelum subuh dah bangun untuk masak!.Tapi Mamak sekarang ada dua buah restoren nasi Kandar. modal buka satu restoran saja cecah ratusan ribu!.Macam mana mamak boleh kata dikatakan yang miskin jadi papa kedana!.Mamak satu sen tak harap dari bantuan kerajaan..cuma mamak harap jangan ada kacau bilau (demo)dan kerajaan bangkrap!.Itu saja harapan mamak.Yang masalah nya kita di Malaysia ini terlalu harapkan kerajaan ..hang tengok kaum tionghua begitu gigih mereka usaha untuk maju.Tuisyen center mereka penuh tapi orang Melayu ini masih harap kerajaan beri tuisyen free untuk anak mereka,baju nak free,kasut nak free..buku nak free duit pun nak free dari kecil lagi anak-anak melayu ini ditanamkan dengan ideologi FREE..Jadi bila saja orang kata free berduyunlah mereka pergi!Kaum Melayu miskin perlu orang bantu…Tapi sampai bila orang Melayu ini perlu bantu..bila nak kaya?.Atau saja tak mahu usaha nak jadi kaya.Bila minyak naik orang yang naik basikal pun bising apa kata dia “mesti barang naik!”.Hampa tengok mat salleh rilek saja pasai Minyak ini..tapi kat asia ini tak tentu arah!.Oh,depa kaya kita miskin ..alasan!.Bila negara kita boleh kaya?.Kalau ada sikit simpanan negara pun kena bagi jugak pada rakyat .kalau tak bagi kerajaan ….macam-macamlah kata!.Nasib baik Pak Lah tabah dengan kerenah rakyat!.Kalau tidak ikut perasaan orang pinang kata “Biak mampoi pi depa”!!!bagi free minyak. bila dah tak ada duit biak aku pii kepala bate!!!duduk kat surau lagi baik dari tolong hampa!!!.kita perlu berpengetahuan.sentiasa baca buku .kita dah lah tak baca , orang bagi pengetahuan free pun tak mahu.Bila anak itu keluar U pun masih lagi terikat dengan kerajaan…kena cari kerja untuk dia!.sampai bila?.Jadi Rasullulah s.a.w pernah bersabda “Allah tidak akan membantu sesuatu kaum selagi kaum itu berusaha untuk memajukkannya!.jadi kita perlu berusaha kuat sementara kerajaan kita ini masih ada kewangan yang cukup untuk membantu untuk menaikan taraf orang Melayu!.Orang Amerika yang berhijrah ke Amerika itu terdiri dari berbagai bangsa Eropah yang miskin,lari dari hutang dan kerajaan yang ganas!.Tapi mereka berusaha sungguh-sungguh untuk menaikan taraf hidup mereka dengan “American Dream” iaitu secara sepontan sekiranya bapanya ada basikal anaknya sekurang dapat beli motorsikal..Inilah impian generasi.Jadi orang Melayu sepatutnya berdiri teguh di sebuah kerajaan yang mantap perihatin terhadap bangsanya!.Kecacatan mesti ada pada mana-mana organisasi tapi jangan runtuhkan rumah yang telah dibina sekian lama.Bah kata pepatah “kerana pijat di bakar kelambu”!.Jadi kita kembalilah kepangkuan jalan dan mendukung kerajaan yang di perintah.Dengan ini sajalah orang Melayu boleh berjaya di Negara sendiri dari mengeloh mengenangkan nasib yang malang!!!.Wasallam.

  25. mok

    PHD pembangkang melayu terlalu tinggi. Merujuk majalah Forbes, daripada senarai 10 orang terkaya di Malaysia…no 1 chinese, no 2 indian, no 3 – 6 chinese, no 7 malay, no 8 – 10 chinese, seterusnya majoriti chinese juga. Bagi mereka biar orang lain kaya raya tak mengapa tapi jangan sesekali bangsa sendiri, mak ai… meletup-letup, meluap-luap, mendidih-didih. Peluang yang ada tu.. biar orang lain rebut tak mengapa, jangan sesekali diambil oleh bangsa sendiri. Itula.. peluang ada tak nak rebut, kudrat ada tak nak usaha, otak ada tak nak pakai. Dengan bangsa lain manja.. dengan bangsa sendiri menyalak !

  26. Kuntakinte

    Salam, mamak!!!!! nasi kandarrrrr semua lauk kasi ayam ka daging, udang , sotong sudah lapar lama tarak pekena nasi kandarrr mamak, minum air cam satu!!!.

    Sdri Azura dan jacques, jarang2 jurang kuntakinte bertemu dengan wanita/gadis yang negatif otak nya, kritikal minded bagus tapi untuk jalan kebaikan dan untuk survival bangsa dan agama satu sikap yang bagus di amalkan, tetapi sekiranya kritikal minded di salah bawa akan merosakkan otak & hati akhirnya wajah cantik jadi tak cantik tiada manisnya apabila dipandang, kata orang melayu tiada seri nya, hati2 sdri apabila bernama wanita/gadis, kita sebagai manusia yang di anugerah kan oleh Allah S.W.T dengan sifat yang sempurna kita mempunyai pilihan untuk menyebelahi yang baik atau tak baik adalah lebih baik kita pilih perkara2 yang baik saja dengan kita tune kepala otak kita berfikiran positif baru wajah kita berseri2.

    Pandangan mamak & mok telah jelas lagi bersuluh sekiranya kita berfikiran positif dan hati yang terbuka kita akan faham, Saya pernah ke US siapa US? negara gergasi dunia yang cukup kaya dan marshal dunia yang cukup berkuasa, pernah sdri lihat dengan mata kepala sdri masyarakat nya atau rakyat nya berjuta2 tidak mempunyai rumah terutama majoriti dikalangan orang kulit hitam, ada sdri lihat di Malaysia, pernah sdri lihat dengan mata kepala sdri 10 kali ganda besar nya Pulau Pinang setinggan yang beratapkan saki baki zink buruk dan plastik, ada sdri lihat di kampung2 di negara kita keadaan nya begitu, semiskin orang kampung yang sdri katakan pada fizikal nya saja dan sekurang2 berumah berdinding kayu beratapkan zink tanah milik sendiri, pernah sdri lihat dengan mata kepala sdri beratus2 keluarga masak dan tidur nya dibawah jambatan, anak2 nya meminta sedekah di traffic light, beratur panjang untuk mendapat bantuan. Sdri kuntakinte dah lihat dengan mata kepala sendiri secara live bukan satu negara saja termasuk lah Afrika Selatan, Mozabique, Mauritius, Filipina, Indonesia, Thailand, China dan beberapa negara lain, bukan niat nak membesar diri tetapi berkongsi pengalaman kata pepatah jauh berjalan luas pandangan, sebab isu yang sdri katakan orang kampung susah, rakyat susah dan berbagai2 lagi kesusahan yang diutarakan, sedangkan ada lagi umat yang jauh lebih susah dari kita dan betul kah orang2 kampung susah, contoh kuntakinte sendiri sebagai anak yang senang sikit nak bawa emak bapak tinggal sekali di rumah kuntakinte, emak bapak tak mahu ikut sebab mereka lebih senang tinggal di kampung katanya disni semua ada, betul apa yang dikatakan oleh mamak yang pergi menunaikan Haji orang kampung lah majoriti nya, pada zahir kita lihat mereka2 ini susah dengan pakaian yang biasa mereka pakai dengan rumah papan dan tidak semestinya mereka susah, katalah kalau kita tengok bapak2 kita dikampung pakai smart dengan tali leher kasut berkilat emak kita pakai skirt beg tangan gucci, kut2 kita pulak sebagai anak2 yang mati terkejut, keadaan fizikal mereka memang begitu, masuk lah kampung dan tengok secara realiti, tak perlu kita suarakan hanya sekadar kita mendengar tong kosong berbunyi kita campur untuk menari.

    Seperti kata mok PHD terlalu kuat pada orang kita, yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah miskin, kita bukan negara komunis sdri oi!!!, peluang terbuka luas untuk sesiapa saja yang di bandar dan di kampung, yang pandai dan yang bodoh, hanya kita saja perlu merebut peluang 2 yang ada, jangan kerana kita gagal merebut peluang diatas kelemahan diri sendiri kita menunding pada mereka yang berjaya merebut peluang dan menyalah kan kerajaan, adakah adil sikap kita ini, yang kaya kerana usaha mereka sehingga mencapai tahap itu, bukan saja orang bandar malah orang kampung pun ada yang kaya raya, bukan saja Menteri malah yang bukan menteri pun kaya, bukan orang cerdik saja yang kaya malah orang yang bodoh pun kaya, contoh Allahyarham Dato Nazamuddin (Naza Motor) siapa dia sebelum dia menjadi kaya difahamkan hanya Office boy asalnya, dia berusaha dan terus berusaha sehingga mencapai ke tahap konglomerat, kaya bukan hak satu golongan saja sdri oi!!! ia hak semua, ini terpulang pada diri kita sendiri untuk mendapatkan nya.

    Sebagai generasi baru, malu sdri kalau kita masih bersikap bergantung kepada subsidi dan free, Presiden World Bank mengatakan, ‘Masyarakat dunia jangan meletak harapan penurunan harga akan berlaku’, ini lah malang nya masyarakat kita yang dididik lama oleh kerajaan sejak dulu yang peringkat awalnya untuk meningkat sosio ekonomi dan kehidupan masyarakat zaman itu akhirnya ianya menjadi virus hingga ke hari ini, buktinya generasi baru seperti sdri masih lagi bergantung sangat kepada subsidi dan free dan akhirnya kerajaan yang di persalahkan tanpa perasaan terima kasih sedikit pun diatas segala jasa2 kerajaan sejak sebelum merdeka hingga kehari ini seperti air di buang ke daun keladi jadi nya, ini lah yang dikatakan kacang lupa kan kulit.

    Bersedia lah sdri globalisasi akan melanda lebih teruk lagi dari thunami dan lain2 bencana alam, bencana ini akan meranapkan sebuah negara, sebuah bangsa dan sebuah agama sekiranya kita alpa dan lalai dan hanya mengharapkan kerajaan yang ketika bencana tersebut tida kuasa nya lagi, kita mungkin ada atau pun tiada lagi didunia ini tetapi ambil lah masa sedikit untuk sdri bayang kan generasi terbaru selepas generasi sdri kelak apa akan jadi nasib mereka terutama sikap sdri diperwariskan kepada mereka, lenyap sdri Melayu di Dunia ini.

    p/s mamak sudah lebih kenyang lah… diam2 mamak jangan kasi orang tau nanti diorang PHD sama kuntakinte sebab makan lebih ini hari. he..he

  27. yeop kk

    Salam cik jacques/azura, saya harap saudari bersabar dengan keadaan masaalah negara yg kita hadapi sekarang. Bukan saudari sahaja yg terasa bahangnya, kita semua juga terasa. Buat masa ini saudari kena berhati-hati dengan anasir yg hendak mengambil kesempatn keatas diri kita. Saudari pandanglah tulisan ayahanda mamak penang dan saudara kita yg lain-lain. Fikir dengan hati yg tenang, bukan negara kita saja yg ditimpa musibah malahan ada negara lain yg lebih teruk. Kita patut bersukur kerana negara kita kaya dengan sumber alam samulajadi dan rakyat yg hidup dalam harmoni {melainkan kan ada orang yg sedang berusaha untuk menjatuhkan keharmonian yg sedia ada}. Jauhilah diri kita dari mereka.
    Saudari tidak harus merasa keciwa denga keadaan sekarang kerana ada yg lebih susah dari saudari. Tiada kerajaan didalam dunia ini yg ingin menyusahkan rakyaatnya, mungkin ada hikmah disebaliknya.

  28. wajara08

    kalau kerajaan gagal berbuat sesuatu untuk rakyat dan negara WAWASAN 2020 tak akan tercapai.

    … Negara makmur…
    …… Rakyat Merempat….

    Kegagalan negara bukan bermula daripada rakyat.. tapi bermula dari pemimpin yang LEMBIK dan LEMBAB.

  29. gaban

    jangan sampai orang muda melayu tunjuk belang…
    pal lah… jaga negara betul2 kalau x nak anak cucu meraung kesedihan

  30. kamikaze

    pesanan utk PM tersayang………….pergilah, berhentilah dalam keadaan yg diredai spt TDM..jgn kami hamba rakyat ini mengganggap anda hina sehina “sepang yg hendak di bina”…tinggallah jwtn utk yg berkelayakan..ckplah dgn ketelusan anda yg membuatkan negara haru biru jdnya..anak2 anda & menantu telah pun mendapat habuan dr jwtn anda……mintalah mereka bersumpah “islam” sekiranya mereka2 ini tidak merompak & mendpt sedikitpun dr jwtn anda..kami masih tetap sygkan TDM…dulu, kini & selamanya…terima kasih TDM, terima kasih UMNO

  31. kamikaze

    Slm kpd semua……..
    Siapa KJ???BUDAK BIADAP yg mencaci & menghina org tua yg bergelar datuknya!!!anda perlu ingat KJ, ketika ini bapa mentua anda sdg berkuasa..buatlah sesuka hati anda..jgnkan hendak ditegur, dijentik pun anda tak boleh…rakyat m’sia tau sapa anda…mata & telinga anwar..sudah byk kerosakan yg telah anda buat..
    kenapa BN kalah dgn teruknya???UMNO m’sia lebih afdal akan jwpnnya!!!bkn krn bapa mentua anda tp andalah penyebabnya..SY DOAKAN AGAR ANDA BGN SPT ANWAR & JATUH DLM KEADAAN HINA SEHINA2NYA SPT SHEIKH ANWAR AL JUBURI (bkn sy yg ckp tp SDR MAT SABU yg ckp)..tanyalah dia kalau anda ada masa nanti kenapa pemimpin PARTI ISLAM SeMALAYSIA blh berkata begini..kdg2 tu kami yg jahil ni perlukan penjelasan………….

  32. kamikaze

    kpd KEADILAN RAKYAT………
    Adakan anda kenal dgn Jeffrey Ketingan???tanya org sabah..inikah pemimpin yg dibanggakan oleh rakyat sabah..alangkah bodoh & sempitnya pemikiran KR…JWPNNYA HANYA PD ORG2 SABAH YG TELAH LAMA SEDAR AKAN KEBENGONGAN & KEDANGKALAN PEMIMPIN2 PEMBANGKANG DI SANA……….

  33. wajara08

    kepada pemimpin2 yang dah tak larat dan tak mampu menguruskan ekonomi negara …..relakanlah … bagilah kerusi panas itu kepada orang lain… setakat masa kini rakyat dah pun cukup derita.. dianggarkan 70 % rakyat negara ini akan jadi kais pagi makan pagi..kais patang makan petang bila harga minyak naik RM4.00 seliter dan negeri yang paling menikmati kesengsaraannya ialah SABAH… Negeri paling tinggi kos sara hidup d Malaysia… Terima kasih BN.. semoga setiap minggu PM datang ke Sabah..
    ……nanti banyak katak melompat……ikat diorang dulu.. paling sesuai naikkan saja minyak RM10.00 seliter semoga rakyat bertambah makmur… HIDUP..BN..!!!!!!….

  34. Kuntakinte

    Salam, sedara wajara08, 70% tu sedara dapat statistik dimana?, cakap biar keluar dari mulut, pakai otak jangan main tulis je ikut sedap, sedara bandingkan sebelum Sabah dalam Malaysia dengan sekarang, dan masa bila pulak minyak RM4.00 seliter, sedara cakap biar pakai kepala hotak jangan pakai kepala lutut. kita kena lah bersyukur dengan pa yang kita perolihi, kita setakat duduk dirumah terima saja nikmat yang dilakukan oleh kerajaan, baru susah sikit kita tuduh kerajaan macam2, kuntakinte tak mahu jelas la mengenai kenaikan harga minyak ni… sedara cari lah sendiri maklumat nya, dah letih nak jelaskan, bukan perkara baru sedara oi…cari sikit maklumat, kalau sedara dari Sabah takan nak merendah kan orang sabah, langsung tak ada maklumat ke orang Sabah.

    Sabah dan Sarawak sebuah pulau, segala hasil kebanyak kan nya dari semenanjung, barangan berasakan Import kebanyakkan nya berpusat di Semenanjung, tidak kah kita fikir atau kita saja2 malas nak fikir, penghantaran barangan keperluan
    ke Sabah dan Sarawak memerlukan kos tambahan, ini semua orang tahu, apa bila ini berlaku sudah tentu kos akan meningkat, begitu juga barangan dari Sabah dan Sarawak sekiranya dibawa ke Semenanjung memerlukan kos tambahan pengangkutan, kuntakinte baru semalam balik dari Sarawak, nak pos barang ke Semenanjung pun kena bayar kos pengangkutan kalu begitu teman bolek kata juga barang di Sarawak mahal, tetapi tidak teman kata begitu, sebab teman faham kos pengangkutan untuk ke semenanjung perlu kita keluarkan dan ini juga memberi sumber pendapatan sektor pengangkutan kapal atau kapalterbang kita. Sedara species apa mengelarkan sendiri orang Sabah katak, tak ada maruah kah sedara, marah orang sabah kalau baca tulisan sedara ni, sedar menjatuhkan maruah orang Sabah sendiri dengan gelaran yang disamakan dengan katak, sedar lah sikit, kita di semenanjung tidak membezakan antara orang Sabah ke, Sarawak ke, semenanjung ke, kita semua rakyat Malaysia yang mempunyai nilai2 yang tinggi.

    p/s, popular juga lagu lompat si katak lompat, lompat tinggi2, ha… otomatik orang Sabah menari, kah..kah..

  35. AbangTuah

    Wah brokuntakinte…sejak balik sarawak ni lagi berapi nampak…ada bawa suvenior tak..kawan tahu sarawak tu banyak barangan kraf tangan.

    Kawan pun dah dua tiga hari perhati wajar08 ni..fakta mana tah yang dia ambil. Wajar08..nama dah cantik terkini tapi fakta kurang betul, lain kali jangan main tulis suka hati je nanti orang tanya mana dapat maklumat kan ke susah….

    Hari ni ada tengok TV ke…kerajaan dah mula nak buat penstrukturan semula 4 Billion untuk subsidi makanan utama dan untuk lain-lain bantuan kepada rakyat. Fikirlah dari mana dapat 4 billion tu kalau bukan dari pencaturan semula subsidi minyak. Kalau tak buat begitu kenaikan barangan makanan tentu tidak dapat dikawal. Juga banyak lagi berita-berita terbaru, PM istihar bahawa keenderaan 3000cc kebawah diSabah/Sarawak juga akan dapat rebet tunai…kami di Semenanjung hanya 2500cc kebawah sahaja. Kerajaan juga melupuskan pinjaman pertanian FELCRA, dan akan memberikan lebih banyak bantuan kepada petani dan nelayan.Lagi…kerajaan akan memgeluarkan lebih banyak lesen perniagaan roda tiga untuk rakyat berniaga bagi menambah pendapatan. Bukankan itu sebagai bukti keperihatinan kerajaan, kebijaksanaan kerajaan untuk membantu rakyat menyerap dan menangani masalah ini.

    wajar08..kita jangan hanya memikirkan masalah yang kita tanggung sahaja…fikirkan juga masaalah yang ditanggung oleh kerajaan. Mereka ni lagi pening memikirkan bagaimana nak mengatasi masalah sekiranya harga minyak dunia semakin menaik sehingga keparas USD200.00. Masa tu bukan sahaja Malaysia malah Europe pun akan muflis dan collapse. Tak nampak ke kerajaan sedang mengkaji pengunaan tenaga solar, tenaga angin(disabah/sarawak) dan juga tenaga nukleur bagi menjana tenaga untuk negara. Jangan pula salahkan kerajaan kerana tidak buat perancangan awal untuk menghadapi masalah inflasi global ni…Bush yang buat masalah pun sendiri pun tak dapat menyangka ini akan terjadi. Cuba lihat Amerika sendiri pun baru mula menbuat perancangan untuk mencari gali minyak di persisiran pantai mereka untuk menghasilkan lebih bekalan minyak untuk pengunaan mereka. Di Europe mereka sendiri pun baru hendak memulakan penghasilan minyak dari bijirin..kenapa mereka tidak memikirkan ini semua 10 tahun dulu…

    Sebenarnya kegagalan negara bermula daripada rakyat.. ia bermula dari rakyat yang negative dan pessimistik.

  36. Salam saudara Kuntakinte dan Abang tuah,
    Rindu juga kat kuntakinte…balik dari Sarawak terus saja bagi buah tangan nampak!.Bila kita rest lagi banyak idea yang bernas timbul!.Mamak pun seharian cari negara mana yang turunkan harga minyak masa ini,masih lagi tak dapat cari.Cuma kat dunia seorang je cakap harga minyak boleh diturunkan. teka siapa?.
    Tapi sampai sekarang nak turunkan harga untuk satu liter berapa?.tak beritahu pulak!.Yang lompat katak itu siapa pun tak beritahu!.Takut kerana salah , kalau benar kerana berani?.Betul ke dia ini…..!!!.Parti Pas pun dah terasa mereka ini,”seperti Pas ini melukut di tepi gantang”!.Yang yakin dengan dia cuma DAP saje?.Parti kat sabah pun malas nak masuk dengan PKR kenapa?.Kalau orang kaki temberang ….macam mana pun temberang juga!.Wasalam.
    p/s:Kuntakinte apa macam Sarawak sekarang?.

  37. Kuntakinte

    Salam, sori la abangtuah, teman tak dan nak beli sorvinier, masa banyak habis diatas jalan, maklum lah satu bandar dengan satu bandar makan masa 6 ke 7 jam perjalanan menaiki kereta, sampaikan gambir sarawak pun tak sempat nak beli, kah!!kah!!, teman idak le pakai gambir sarawak takut kebas satu badan, kalau mamak boleh kut dia banyak ilmu ketahanan diri, lagi kebas lagi handal, jangan mare mamak!!!

    Abangtuah teman setuju kegagalan sesebuah negara bermula dari rakyat yang negative dan pasismastic, macam species wajar08 lah ni, tak akan puas dan bersykur dengan apa yang telah di perolihi dan di nikmati, dia ingat nak bangun kan sesebuah negeri memakan masa singkat dan senang kut nak laksanakan, Pak Lah bagi peruntukan berbillion2 dalam RMK9 untuk Sabah dan Sarawak pun di kata nya nak ikat katak species macam dia, kalau Pak Lah tak bagi lagi le di kutuk, kita di semenanjung kalau nak dengki pun boleh dengki sebab kita yang asal Malaysia bukan macam dia orang di Sabah, itu kalau nak diungkit, tapi tidak lah sampai ketahap itu, sebab kita rasional orang sabah sememangnya kita anggap sebagai adik beradik kita dan seharusnya kerajaan memberi penumpuan kepada Sabah dan Sarawak & kuntakinte amat sokong, hanya kita kena lah rasional sikit.

    Sedara wajar08, Yang si anwar nak sogok orang Sabah tu untuk melompat parti apa pulak sedara punya komen?, tidak kah merasa kecik hati diatas sikap anwar memandang rendah akan kredibiliti dan memperkecilkan maruah orang Sabah seperti dianggap terlalu lapar dan hakap (gelojoh) apabila dengar nak bagi duit, tidak kah nampak perbezaan layanan antara si anwar tu dengan Pak Lah selaku PM yang sentiasa menuruti kehendak rakyat, terlalu baik hati melayan kehendak rakyat terutamanya sekarang ini Sabah dan Sarawak, kenapa kita langsung tak hargai dan berterima kasih diatas kebaikan Pak Lah, adil ke sedara merperlekeh kan Pak Lah, tidak kah kita sedar siapa kita, dari mana etnik kita, dari mana asal kita hingga orang nak buat baik dengan kita pun kita perlekeh kan, jenis apa sedara ni!!!

    Nak kata kerajaan tak mampu uruskan ekonomi sedara ingat macam standard sedara ke pemimpin negara kita, sedara lagi teruk baru naik minyak sikit dah tak boleh nak tadbir ekonomi diri sendiri, bagai nak rak sedara bising sana sini, kalau nak tuduh orang lain tak mampu urus ekonomi sedara belajar dulu sampai tamat urus dulu ekonomi diri baru layak sedara nak kata orang lain terutama kerajaan yang terlalu banyak bagi kepada species macam sedara nikmat yang tak terkira nilainya.

    Seperti penjelasan Abangtuah kita perlu bersabar sedikit dan rakyat Sabah dan Sarawak kena memberi sokongan dan membantu kerajaan negeri dan Persekutuan dalam membangunkan Sabah dan Sarawak yang dianggap mempunyai geografi yang berbeza sedikit dengan semenangjung.

    Wassalam…

    p/s teman sempat juga menyaksikan perayaan Gawai, terpegun juga teman dibuatnya.

  38. kamikaze

    Ezam msk UMNO????sanggupkah dia melanggar sumpah keramat yg kononnya akan mempertahankan prinsip Islam Madani yg di bawa oleh “sifu”nya…???Ingat Ezam…anda pernah mengkianati UMNO & perjuangan krn mrhkan TDM..apakah TDM membuat keputusan sesuka hatinya..apakah yg dimaksudkan oleh anda mempertahankan “Prinsip Islam” kepada Anwar Al Juburi???Ini yg rakyat ingin tahu!!!tunjukkan ketelusan & kebenaran kata2 anda!!banyak sgt persoalan yg perlu anda jawab wahai “saudara mualaf”……………………

  39. pendekar

    pak lah telah menyusahkan rakyatnya sendiri, oleh disebabkan sifat sombong dan belagak apabila menjadi pm, pak lah telah lupa dari mana asal tempat tinggalnya. rakyat menderita dibawah peminpim macam pak lah. anak menantu dia semua jadi kaya setelah pak lah menjadi pm. sedarlah pak lah, rakyat dah mula benci dengan cara kamu menguruskan negara. lebih baik letak jawatan secepat mungkin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s