Minyak: Protes besar-besaran 12 Julai

Ribuan orang akan digerakkan untuk menyertai protes membantah kenaikan besar harga minyak di Menara Berkembar Kuala Lumpur pada jam 3 petang 12 Julai.
Penganjur Gabungan Anti-Inflasi (Protes) berharap dapat menghimpun 100,000 orang untuk mendesak kerajaan supaya mengurangkan harga minyak ke paras asalnya, sebelum ini.

“Kami percaya, dengan kenaikan drastik harga minyak, kami akan mendapat sokongan rakyat…

“Ini tidak sama dengan perhimpunan anjuran Bersih. Ia akan lebih besar. Impaknya juga akan lebih besar,” kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli dalam sidang akhbar hari ini.

Hatta menjelaskan bahawa Menara Berkembar KLCC dipilih sebagai tempat protes tersebut kerana ia merupakan ibupejabat syarikat minyak negara, Petronas.

Menurutnya, Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas sepetutnya digunakan untuk meringan beban rakyat, akibat kenaikan harga minyak.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga petrol naik 78 sen atau 41 peratus kepada RM2.70 manakala harga diesel naik RM1 atau 63.3 peratus kepada RM2.58.

Kenaikan harga minyak itu adalah antara langkah drastik kerajaan untuk menangani kenaikan subsidi minyak, yang dijangka mencecah RM56 bilion tahun ini.

Selepas membuat pengumuman tersebut, Abdullah berharap rakyat Malaysia tidak mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga bahan api itu. – sumber malaysiakini

nota: Mutakhir ini, kerap negara dilanda berbagai dengan demostrasi protes bermula dengan gerakan BERSIH dan HINDRAFF. Ironinya, protes besar-besaran ini ditunjangi oleh ahli politik pembangkang yang mengejar keuntungan politik. Sekiranya ikhlas di dalam menjadi ahli politik, kesemua ahli politik tak kira dari BN atau PR hendaklah duduk semeja berbincang tentang bagaimana masalah kenaikan harga dapat dibendung. Adakah mereka bersifat prihatin dengan mengadakan protes walaupun ia dijalankan secara aman? Adakah kita ingin melihat keadaan seperti di negara jiran yang hampir setiap hari melakukan protes terhadap kenaikan harga minyak?Apakah keuntungan protes ini? Yang jelas ialah keuntungan bagi ahli politik pembangkang. Sekiranya tercetus kejadian yang tidak diingini, merekalah yang akan lari menyelamatkan diri dahulu sambil meninggalkan peserta protes sendirian di jalanan.

Pendapat penulis ialah sekiranya penganjur masih ingin mengadakan protes ini, adalah lebih baik ia dianjurkan di dalam stadium supaya keadaan lebih terkawal dan pengajur bebas mengadakan ceramah sekiranya perlu. Tidak perlulah menunjukkan hero dengan mengadakan demostrasi di kawasan segi bintang emas seperti di KLCC kerana ia memberi imej buruk kepada negara. Bukan sahaja imej tercemar malah ia menyusahkan rakyat lain.

23 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

23 responses to “Minyak: Protes besar-besaran 12 Julai

  1. Mamak Penang

    Mamak sedih dengan tahap pemikiran rakyat Malaysia ini..ada kah kita ini dah jadi macam rakyat negara jiran yang sikit – sikit buat demo!.Gian PR belum habis agaknya!. Mamak faham emosi mereka rata-rata berpelajaran tinggi dan faham kedudukan …tapi apa boleh buat nak tunjuk mereka itulah pembela rakyat!!!.Mesti kena tunjuk kalau tidak rakyat kata pulak mereka ini ambil gaji buta….biaak piii…rasa mual dan loya!.Susah nak beri fahaman pada specisis seperti ini!Baru-baru ini kawan Mamak orang putih hantak satu atikel tentang pasai minyak ini.Mamak ingat nak translate ke Bahasa Melayu tapi Mamak beremosional sangat bila depa nak demo!malu juga kat kawan-kawan Mat salleh ini nanti jenoh nak balas e-mail!.
    The are currently 98 oil producing countries in the world,of which 64 are thought to have passed their geologically imposed production peak,and 60 are in terminal production line.
    GAO peak oil report is a clarion call for leadership at the highest level of our country to avert and energy crisis unlike any the world has ever before experienced and one that we know could happen any time.Potential alternatives to are extreamely limited.Tec and money to develop and scale them up.Technology won’t save us without time and money to develop and scale them up.
    Without imports,the USA’s domestic oil reserves would be exausted in three years at the current rate of consumption.Oil war option losing favor.Technoligical breakthroughs will be too slow and voluntary conservation will be too shallow to avert widespread disruption of economic activity specialy transportation and consequently food.LACKING OF THIS AWARNESS SUBSEQUENTLY THE POLITICAL WILL MAKE CONSCIOUS,RAPID DRASTIC CHANGES will be subjected to Mother Natures’adjustment!!!!dah bosan bagi tau macam mana pun macam itu jugak!!!
    Wasallam!

  2. Kuntakinte

    Salam. Mamak!!!! ini kali tak mau makan, minum air suam saja, kuntakinte pun sedih macam mamak sedih, gejala genterism dan xtremesm dah mula diperkenalkan di Malaysia ni, ini angkara anwar, demostrasi memang modus operandi method dia sejak belajar dulu hingga la ni… contoh yang diambil memang macam meniru cara negara2 yang sentiasa berlaku demostrasi seperti Pakistan, India, Afghanistan, Palestin, Indonesia, Thailand, Filipina dsbnya yang memang ekonomi dan politik akan lumpuh.

    kuntakinte yakin rakyat Malaysia ramai yang tidak bersetuju dan open minded, cukup lah masalah yang dihadapi jangan di tembi2 lagi, nanti ibarat pepatah sudah jatuh di timpa tangga konkrit pula, dah muka tersebam dalam longkang kan ke masalah.

    Bagi Mamak orang yang cerdik pandai betul, mereka2 yang dianggap pemimpin besar Parti2 pembangkang sepatutnya bertemu dengan Kerajaan untuk mengemuka kan pandangan dan idea untuk menyelesaikan isu ini, duduk meja bulat dan sepatutnya perangkap Kerajaan dengan cadangan2 mereka, hujah-hujah mereka sehingga Kerajaan mahu tak mahu kena terima cadangan mereka, itu baru dikatakan pemimpin yang mahu melihat kepada kemakmuran dan kemajuan rakyat sekaligus membela nasib rakyat kalau itu dianggap kerajaan BN tidak membela.

    Demostrasi tak perlu kita jelaskan kesan besar yang akan dihadapi disemua pihak tak kira pihak kerajaan mahu pun pihak individu yang terlibat, perbelanjaan kerajaan terpaksa dikeluarkan untuk membaikpulih dan sebagainya kesan dari tindakan itu dan hanya disebabkan perangai mereka2 yang berdemostrasi, sepatut perbelanjaan tersebut boleh digunakan cara berfaedah lagi manakala individu akan menyusahkan diri dan keluarga sekiranya kerajaan mengambil tindakan tegas, anak isteri akan susah, Masyarakat akan susah untuk bergerak, Perniagaan akan lumpuh, Pelancong akan takut dan bla..bla…lagi.

    Mamak, mahu bina dan bangun ini negara banyak susah, puluh tahun kita usaha untuk bangunkan, TETAPI untuk meruntuhkannya sekejap saja tak perlu makan hari hanya sejam dua saja negara boleh runtuh, sikap begini sama sekali harus kita hindari dan fikir kan, sesusah – susah kita, masih ada yang lebih susah dari kita, yang berlaku kebuluran, yang berlaku bencana besar, yang berlaku peperangan dan berbagai lagi, tidak kah kita patut insaf dan bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang ini.

    p/s. mamak, sudah tau itu hari sama tempat mau bikin demostrasi, mamak kasi bukak satu warung nasi kandar sana tempat, keh..keh..keh

  3. mok

    Nampak sangat Hatta Ramli ni Politician oppoturnis. Patutnya awak tu Doktor, apply la ilmu awak tu untuk cari jalan mengubati masalah ini. Memang betul.. janji nak naik harga pada Ogos, tapi Jun. Kenapa ? Mesti ada sebab. Analoginya begini la.. Doktor janji nak operate Ogos tapi tengok2.. bulan Jun patient dah teruk.. nak tunggu lagi ke ? Lagi satu mau ingat la.. subsidi ni diibaratkan macam empangan, kalau sikit-sikit ok, boleh bertahan dan banyak kebaikan. Bila beban tekanan dah terlalu tinggi, ianya amat merbahaya.. sekali pecah ranap semua. Itu bukan aku pandai-pandai cakap.. aku petik kata-kata orang ekonomi la.
    Aku setuju sangat dengan saranan sahabat sekapal Mamak Penang dan KuntaKinte, patut-patutnya awak bawalah berbincang dengan pihak berkenaan.. tunjukkan kehebatan berhujah. Jangan jadi macam persidangan parlimen hari tu.. ada MP baru kerja korek t**k hidung aja. Agaknya terkejut bila ada yang sergah..terpekik-pekik DEMO! DEMO!… aa.aa.. ‘Lawan Tetap Lawan’ (amende yang nak dilawan pun diri sendiri tak tahu!) dan paling klise ‘Takbir’ (sekarang tambah lagi ‘Makkal …’).
    Aku nak pesan ya.. FRU tu pun ada anak bini juga, majoriti Islam. Deorang very dicipline and taat pada perintah ketua and well trained. Bila korang dah ramai-ramai dan naik syeikh..mula berani nak hentak Polis dengan bata, last-last tindakan pasti diambil dan macam-macam boleh jadi..silap-silap maut. So berbondong-bondong masuk mahkamah, menyesal, merayu. Anak-bini, mak bapak susah. Si Hatta Ramli balik awal-awal tidur dengan anak bini, bimbang kena ke Ke’MOON’ting. Tinggal la korang melarat.

  4. AbangTuah

    Assalamualikum sahabat-sahabat…. Kawan hari ni nak tulis panjang sikit…. Kawan tahu orang bukan ada masa sangat nak baca tapi saja seronok-seronok. Rupa-rupanya jadi penulis ni ada ummpp….macam makan kerepek, lagi makan lagi sedap hingga tak sedar kerepek dah habis. Tapi sambil bercerita kawan selitkan juga unsur-unsur nasihat dan pandangan positif sebagai renugan.

    Pada hari sabtu lepas kawan bangun lambat sikit…maklum tak kerja..Lepas dengar berita TV kawan rasa boring…ajak bini dan anak keluar dan kebetulan pula bini kawan nak gi beberlanja beli barangan keperluan. Kawan pun hantarlah…Sementara menuggu bini shopping kawan masuk kat siber cafe buka Weblog pemudaenggang….kawan lihat ada 2 bandit (Mamak Haji suruh up-grade dari ‘lanun’ ke ‘bandit’) buat posting terbaru…dan kawan lihat Mok dan Mamak Haji pun ada buat posting kuntakinte day-off agaknya selepas penat berjuang habis-habisan pada hari jumaat.. Setelah bini selesai shopping dia nak pergi gunting rambut pula…kawan pun hantarlah. Sambil driving kawan ..tanya dia barang naik harga tak…dia jawab tak juga..macam biasa je. Kawan tanya dia beras naik tak..dia kata tak..tapi dia kata beras yang selalu makan dah tiada, hmm…kawan kata tak lain la tu….. Jadi dia pun beli beras yang lower grade sikit…kawan cakap tak apalah, kita maintain aje beras 5% hancur harga RM28.00 untuk 10 kg, biasa kawan beli yang RM30.00 Kawan kata ini lah cara nak menyerap kesan bebanana dari kenaikan harga minyak….dia menganguk. Dalam perjalanan ke salon kawan tanya boleh tak potong rambut di kedai biasa sebab lebih murah..dia pun nampak macam tak kisah…..hmmm bini understanding lah katakan. Kawan nampak petrol station, kawan tengok minyak dah nak habis kawan masuk untuk isi minyak. Biasanya kawan isi RM35.00 untuk seminggu…tak mahu isi penuh..sebab orang kata minyak akan jadi kurang ‘evaporate’. Kawan pun isi RM45.00 instead RM35.00 saje lebihkan sikit fasal nak maintain millege …dalam hati kawan kata lebihkan RM10.00 tapi kawan akan kurangkan jalan…biasa gunakan kereta 7 hingga 8 kali, kawan kurangkan kepada 5 hingga 6 kali seminggu dengan harapan dapat kurangkan pengunaan minyak. Semasa mengisi minyak sempat kawan berfikir.. sekiranya kita pandai sesuaikan dengan cara berbelanja dengan berhemah maka sedikit sebanyak akan dapat membantu menyerap tekanan dan bebanan dari crisis tersebut. Dalam perjalan nak hantar bini ke kedai potong rambut tiba-tiba jalan sesak…jam…kira-kira sepuluh minit adalah…kawan ingatkan kemalangan…sebab tengok didepan orang ramai…rupanya bukan kemalangan tapi Pak Lebai sedang buat demonstrasi jalanan…..gelak kawan tak ramai pun, cuma lebih kurang 20 orang je…yang meramaikan hingga sesak jalan orang yang seronok tengok…maklum budaya baru. Kawan sempat lihat sepandok yang di pegang oleh salah seorang Lebai tu tertulis ‘Kerajaan Mundur..Lebih Baik Undur’. Di tepi jalan kawan nampak 3 hingga 4 orang pegang kamera dan camcoder sedang merakam apa yang berlaku…nak publish dalam harakah agaknya. Kesian juga kawan tengok anggota polis yang sedang mengawasi demonstasi tu tercegat depan kumpulan tu….tak fasal-fasal kena kerja lebih…Dalam hati kawan punya la bengang .betul-betul menganggu perjalanan, dan lagi pun kawan nak cepat, petang nak hantar anak tuishen. Mulut kawan mengumit-gumit memaki….last-last kawan feed-up kawan turun tingkap kereta dan kawan jerit kat anggota polis yang tercegat tu..’ha!!! tangkap-tangkap!!!!”..tak tahu lah mereka dengar atau tidak..tapi yang sah nya beberapa orang ramai yang ada kat situ pandang kawan dengan keadaan terpingga…..apa lagi kawan pecutlah kereta sebelum puak tu perasan apa yang kawan jeritkan. Sepanjang jalan kawan bising dalam kereta bengang dengan apa yang terjadi. Lepas Isteri kawan siap gunting rambut..kawan balik ke rumah ikut jalan lain meluat…tak mahu tengok selisih dengan para demonstrator tu lagi…tak tahu apa jadi kemudian.

    Sampai dirumah, kawan duduk berfikir apa faedahnya buat demonstrasi jalanan macam tu..kawan tengok banyak risiko dan menyusahkan orang ramai aje. Memanglah pada asalnya demonstrasi aman..tapi bila ada yang terlalu emosi dan tak dapat control makanya bertemporlah dengan polis. Bila dah kena tembak dengan Water Cannon atau kena balun dengan cota kan ke susah..dan kalau kena heret ke balai kan ke naya…anak bini pun susah dan yang paling malang pada yang makan gaji tu apabila dah masuk lokap maka kerja pun harus terbang..majikan tentu sack. Tapi yang peliknya apabila dah cedera kena balun mula lah buat keyataan akhbar tuduh polis jahat tak ada perikemanusiaan dan hantu polis yang buat provokasi dan macam-macam kenyataan memburukan polis, pada hal mereka tu amanah dalam melaksanakan tanggungjawab, mereka nak halang kekacauan dari merebak. Hai apa nak jadi pada rakyat Malaysia sekarang ni…kalau mereka buat demonstrasi besar-besaran pun tak akan mengubah apa yang telah di putuskan oleh kerajaan. Bak kata kuntakinte dan mok kan ke lebih baik cari jalan yang lebih baik bagaimana nak menyampaikan ketidak puasan perasaan. Kawan tak salahkan sangat pengikut-pengikut puak yang buat demonstrasi sebab mereka tu dah di sogokan dengan fakta yang mengelirukan oleh pemimpin politik.yang mengexploit pengukut mereka untuk publisiti murahan. Yang menyedihkan kawan, apabila terjadi sesuatu pada pengikut tadi…batang hidung pemimpin tersebut pun tak kelihatan atau datang bagi membela nasib yang tertangkap tadi…paling-paling nak menambahkan lagi publisiti, mereka akan mengistiharkan atau publish dalam akhbar mereka yang membuat kekacauan tu adalah perjuang yang berani. Makanya meranalah pengikut yang kurang upaya akal tu, sia-sia kena balun, kena tangkap dan kerja melayang.
    Tapi kawan perhatikan sambutan terhadap demonstasi untuk menentang kenaikan minyak macam kurang sambutan dari orang ramai termasuk pengikut-pengikut parti pembangkang. Kawan rasa mereka telah mula faham apa yang sebenarnya berlaku dan mungkin mereka telah bandingkan harga minyak negara lain dengan negara Malaysia terbukti masih murah..dan mereka agaknya dah tersedar tentang auta peminpin mereka. Kawan rasa tu sebablah pihak pembankang kurang mengalakan pengikut mengikuti arus warta perdana dengan mengatakan semuanya bohong belaka, kerana Master-master mereka takut pengikut jadi terlalu berpengetahuan seterusnya sukar bagi mereka untuk menjalankan jarum mereka.

    Sampai dirumah setelah berehat dan hilang penat kawan pun megerja solat Asar..dan setelah selesai kawan bersiap nak hantar anak pergi tuishen…jauh juga tempat tuishen tu. Kawan keluar ke laman rumah…tengok kat langit nampak gelap je…ingat hari ini nak mula hantar anak naik motor, biasanya kawan hantar naik kereta tapi takut pula kang basah kawan dengan anak kawan..maka terpaksalah guna kereta lagi. Tapi …mengenangkan nak menyahut saranan Mamak Haji maka kawan decide nak kurang gunakan kereta. Sementara tunggu anak dan bini kawan siap kawan gi tengok pasu yang berisi tanah…3 bekas semuanya…kawan beli semalam. 2 kawan tanam cili padi dan 1 kawan tanam terung…lagi satu usaha meyahut saranan mamak haji …sekurang-kurangnya tak payah beli kat kedai.

    Dalam perjalanan ke pusat tuishen kawan lihat lebih kurang 12 orang anak muda menunggang motorsikal secara berkumpulan tanpa memakai topi keledar. Kawan rasa mereka bukan mat rempit full time…fasal masih muda sangat..masing-masing berumur lebih kurang 13 ke 16 tahun…masih sekolah. Kawan terfikir…dalam keadaan ekonomi yang semakin hampir kepada keadaan melampau ni pun masih ada lagi orang nak buang minyak sia-sia dengan aktibiti yang tak berfaedah. Ehh…budak-budak ni tak takut polis ke?…tanya bini kawan, Kawan kata pula kat Europe setiap langkah perlu berhati-hati agar tidak melanggar undang-undang negara tersebut yang mana penguatkuasaan undang-undangnya amat ketat, polis dan kamera perangkap had laju banyak betul…silap buang sampah kena compound…silap memadu laju sikit kena compound…sehinggakan puntung rokok pun kawan tak berani buang merata…masukan dalam poket sementara jumpa bekas sampah. Kawan juga lihat bagaimana tuan anjing memungut tahi anjing bila berak di jalan raya..sebab boleh kena saman. Kawan berfikir beruntungnya berada dinegara Malaysia ni…kerajaan amat bertimbang-rasa…tidak lah telalu tegas dalam menguatkuasakan undang undang…madsud kawan bukan tak bertanggungjawab tapi kawan rasa di negara kita kerajaan mahu membentuk kesedaran rakyat secara mendidik bukan secara paksaan. Berbalik pada kisah kumpulan remaja tadi…kawan sedih tengok sebab mereka tu sebangsa dengan kawan….membuang masa dengan aktibiti tak berfaedah, membahayakan diri sendiri dan menyusahkan mak bapa…di dalam hati kawan berkata beginikah jadinya anak-anak muda melayu sekarang ni. Dimanakah silapnya? Pada merekakah nanti kita nak sandarkan harapan untuk meneruskan survival bangsa…yang mana dari penelitian kawan rata-rata anak melayu sekarang semacam hilang arah, jiwa mereka kosang tiada pengisian…lalai dengan merempit, merokok, dadah, berpacaran, melepak dan lebih teruk hanyut di dalam arus kemodenan dengan stail hidup yang terkini walau pun masih bersekolah. Kawan berfikir apa dapat kita sandarkan harapan pada mereka ini yang telah hilang arah tujuan dan lupa pada sejarah perjuangan bangsa. Dalam dilubuk hati ini seolah-olah berkata, apakah runtuhnya akhlak dan moral anak melayu kini ada kaitan dengan konflik jiwa mereka. Di rumah mereka di asuh agar membenci dan menentang kerajaan manakala di sekolah pula mereka di ajar agar menjadi rakyat yang beretika dan bermoral. Mungkinkah pertembungan dua pengaruh ini yang diasak kepada mereka menyebabkan mereka berkonflik jiwa, keliru dan secara tak di sedari mengambil jalan tengah …setelah hilang kepercayaan kepada ibu bapa dan kerajaan…..allahualam. Kadangkala terlintas juga di fikiran mungkin gejala sosial ini juga berpunca dari agenda terancang anasir-anasir tertentu ….hmm…mungkin tidak. Kawan teringat juga pada kisah yang berkaitan Aulia Allah Iskandar Dzulkarnain dan tembok besinya….apakah yang berlaku ini angkara dajal dan yak-jud dan makjud, tanpa kita sedari mereka telah dan membunuh dan meratah daging hingga ketulang (meratah keislaman dan keimanan) umat Islam sekarang ni…Allahualam.

    “Abang!! dah sampai…” terkejut kawan dari lamunan apabila di tegur oleh bini kawan, rupanya pusat tuishen dah sampai sampai….

    Pesanan kepada yang terlalu sibuk berdemonstrasi dan menetang kerajaan secara keterlaluan tu ingatlah semua tingkah laku kita diperhatikan oleh anak-anak kita…Jangan salahkan anak-anak kita sekiranya mereka menjadi hilang arah, konflik jiwa, kurang adap, hilang kawalan dan extremis kerana awak sendiri yang dijadikan contoh oleh mereka. Fikirkanlah…golongan masyarakat melayu telah terpecah kepada 4…..di burukan pula dengan gejala social remaja melayu…Apa akan jadi pada kita 10 tahun lagi…..?.

    Akhirkata, Kawan ni bukanlah maknusia perfect sangat…Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kawan sendiri.(Adap berkata-kata sebagai hamba…pada hakikatnya semuanya adalah dengan kehendak Allah jua..)

    Wah…kick betul jadi penulis amator lagi kampong ni rupanya….patut ramai nak jadi blogger…bro kuntakinte order nasi kandek mamak Haji singa utara satu…lapak ni.

  5. pemudaumno

    salam abgtuah

    tahniah di atas komen diberikan. diharapkan ia dapat menyedarkan para pembaca. tidak lupa juga kepada saudara kunta-kinte, mok, sekupang dua, merah, mamak dan para pembaca lain terhadap weblog ini. moga kita semua dapat manfaat dari apa yang berlaku pada negara kita pada hari ini. saya percaya yang baik datang dariNya dan buruk datang dari kita hambaNya yang rakus dengan urusan duniawi.

    wasalam

  6. AbangTuah

    Terima kaseh Mr. Moderator kerana memberikan saya dan kawan-kawan peluang menyuarakan pendapat di Weblog ni.Kami menulis diatas kesedaran bagi memperjuangkan kedaulatan bangsa dan kesucian agama yang tercinta ini.

  7. Mamak Penang

    Assalamualaikum,
    Abang tuah hebat itu macam keris taming sari.Tapi kali jangan keluarkan keris dari sarong kerana perbuatan seperti ini bi’daah,tak boleh main-main dengan senjata!.Memang mamak syok baca karya Abang Tuah pasai itulah mamak makin lama makin syok kat blog ini.Terima kasih pada Moderator yang cukup berpengalaman dan luas pengetahuan!.Mamak ini kadang-kadang lebih sikit dah biasa dengan Nasi tambah kalau tak betul itu delete tak apa..dah tua kadang nyanyok pulak!.Sekali lagi pada Abang tuah Syabas!teruskan karya-karya seprti ini senang difahami.Tunggu karya kuntakinte dan sekupangduas pasti lebih hebat dan no harm!.Kawan-kawan mamak ramai dah masuk blog ini untuk memahami dan ada yang e-mail depa tak perlu komen kerana dah lengkap apa yang Abg tuah,mok.kuntakinte,sekupangduas mengupaskan secara logik dan fakta!.Tapi mamak rasa depa takut kena bedal kot kalau tersilapa kata!!!!!.Moderator pun dah ikut tempo kau orang nampak!!!!!

  8. AbangTuah

    Salam Saudara Mamak Haji Singa Utara….dalam berbicara tentang perjuangan ni kadang-kadang tersasul bahasa..maklum dah pekena nasik kandek…musti nak tambah. Well thanks for the advice…”Taming Sari masuk sarung balik”. Mr Moderator, do feel free to advice and edit.

  9. Kuntakinte

    Salam, wah!! abangtuah tersentuh dan terkaku seketika kuntakinte baca nukilan abangtuah, ada can jadi penulis, dah terkenal jangan lupa kuntakinte sudah lah…..

    Sahabat2 yang species sewaktu dengannya seperti puak PAS dan PKR kalau kau orang baca betul2 dan buka kepala hotak sepatutnya faham dan tersentuh hati kau orang, insyaAllah. teruskan perjuangan sahabat2 demi Agama Bangsa dan negara tercinta, kalau tak banyak sedikit pun jadi lah dapat kita tune kepala hotak agar rasional, biar mereka sedar UMNO dibenci, Islam akan dibenci, UMNO runtuh, Melayu akan runtuh, UMNO hancur, Negara akan hancur.

    Mamak jangan gusar terikut2 nada, irama lagu perlu berubah2 untuk disesuaikan dengan perasaan yang dipendam untuk diluahkan, joget, balada, dangdut, rock, pop hanya satu tujuan untuk memartabatkan seni, dan nawaitu mamak menulis di webblog ini adalah untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. teruskan!!!!!!. kuntakinte teringat pepatah orang china lama ‘walau dimana kita berada dan siapa kita, jangan kita terlupa air sungai yang mula2 kita minum’ dan teringat juga prinsip hidup orang china ‘ kalau RM3.00 diperolihi RM1.00 daripadanya adalah hak orang lain dan mesti diberi kepada yang hak’.

    Fikir2 kan lah.

  10. Mamak Penang

    Salam saudara kuntakinte maksud yang baik dan nasihat yang unggul..thanks buddy for the understanding!.Satu lagi pepatah cina datang dari Kungfucius “Kalau orang dalam kelaparan jangan beri dia ikan untuk makanan hari itu tapi berilah matakail untuknya dia akan mencari makan seluruh hidupnya dengan usahanya sendiri!.
    Wasalam!.

  11. AbangTuah

    Pernah aku di beritahu oleh pihak pembangkang
    1) kenapa kerajaan tak mencontohi Negara Thai…dimana rakyatnya tidak bergantung pada subsidi kerajaan. Tujuan ia berkata begitu supaya rakyat tidak terlalu bergantung kepada kerajaan agar senang parti lain mengambil alih.
    2) Bertanya pula, apa yang telah di berikan oleh kerajaan selama memerintah 50 tahun tak nampak pun.
    3) Wang dari kerajaan adalah haram.

    Tapi sekarang kerajaan mengatur semula cara pengagihan subsidi atau mengurangkan sedikit sahaja subsidi…kenapa ada yang melenting-lenting, terkujat-kujat, mengaruk-garuk dan mengila-gila…POLITIK…POLITIK….POLITIK maka berangkatlah berduyun-duyun puak yang hendak mencuba kesetiaan FRU dan Polis.

  12. ASSALMAIKUM SEMUA!

    MESTI TENGOK satu lagi bukti patut dilaporkan pada POLIS angkara si IBLIS PAS utk perarakan protes harga minyak. menghina PAKLAH yg dijadikan spt SYAITAN, boleh jadi pergaduhan besar!

    MESTI TENGOK! http://alhusseyn51.blogspot.com/ Penulis BLOG mohon jadikan isu utk perhatian BLOGGERS!

  13. AbangTuah

    Salam…sahabat semua..kawan ada cerita sedikit..maklum nak jadi cerpenis…variation lah katakan.

    Kawan nak cerita sedikit…saorang rakan yang bergaji campur elaun sekitar RM4,500.00 sebulan. Hujung bulan dapat gaji kira hutang dan perbelanjaan bulan. Di samping perbelanjaan bulanan beliau juga buat simpanan sedikit iaitu kira-kira RM400.00 sebulan untuk perbelanjaan dimasa susah dan untuk persediaan kewangan hujung tahun bagi tujuan pembayaran income tax,sekolah anak-anak,hari raya dan lain-lain perbelanjaan. Tanpa disangka-sangka, elaun rakan tu ditarik balik kerana syarikat beliau berkerja mengalami masalah kewangan dan setelah dikira pendapatan beliau tinggal RM4000.00 sahaja. Beliau mencadangkan kepada isteri dan anak-anak beliau agar elaun yang diperuntukan kepada mereka di kurangkan sedikit bagi mengekalkan simpanan bulanan sebanyak RM400.00. Malangnya usul sibapa tadi telah tidak dipersetujui oleh keluarga beliau kerana dah biasa dengan keselesaan elaun yang banyak setiap bulan. Maka sibapa tadi terdiam bingung.
    Apabila sampai hujung tahun sibapa tadi pening bagaimana cara hendak mecari wang bagi persekolahan anak-anak,income tak,road tax dan perbelanjaan hari raya. Akhirnya setelah kebuntuan sibapa tadi terpaksa menjual keretanya bagi menyelesaikan masalah keluarga beliau. Tapi dah dasar isteri dan anak yang DURHAKA telah bersepakat memarahi si bapa kerana menjual kereta sebab sekarang mereka terpaksa berjalan kaki kesekolah, pasar dan menyambut hari raya tanpa berjalan kemana-mana.

  14. AbangTuah

    Kawan nampak ini adalah strategi Anuar cuba hendak menjadikan isu minyak sebagai landasan beliau agar rakyat keluar beramai-ramai bagi menumbangkan kerajaan secara pemberontakan. Sekiranya ini betul strategi Anuar…..bagaimana ya?

  15. Mamak Penang

    Salam abang tuah jangan terlalu fikirkan tentang PKR dan Anuar ini kerana dia ini memang dari dulu pandai putar alam nak memahami putar alam dia kita perlukan daya fikiran yang tajam dan pengetahuan yang tinggi.Cuma Mamak sedih dengan dia ini kerana walau pun Allah beri dia kecerdikan tetapi dia gunakan dengan cara salah.Abg tuah kena fikirkan dia ini jenis firaun.Kelak dia hancur kerana perbuatanya.Dulu IMF jadikan dia Naib presiden bukan apa-apa mesti ada muslihat yang tersembunyi di antara barat dan dia.Cuba renungkan, kuasa dunia Negara Cina semakin lama semakin kuat di rantau ini mahu pun dari segi ekonomi atau pun ketenteraan. pihak barat yang selama ini hanya bergantung sumber alam dari negara-negara rantau ini kerana sumber alam mereka telah pun pupus sama sekali. dengan ini mereka perlukan satu platform untuk survival.mereka akan kacau bilaukan negara-negara sebelah timur untuk kepentingan mereka.Terutamanya Malaysia, mereka pandang sebagai The rising tiger of south Asia semasa TDM.Cara TDM memerintah masih lagi menghantui fikiran mereka!.Jadi mereka perlukan orang panggil ‘Scape Goat” si Anwar ini untuk kepentingan mereka.Pasai itu masa dulu sampai Naib Presiden Amerika sendiri telah menyokong dia tanpa menghiraukan diplomasi di antara dua negara.Depa bukan jenis ikut perasaan macam kita.Pas dah lupa tentang ini kerana mereka pun nak tumpang sekaki dan gila kuasa!.Parti Pas seperti melukut di bawah gantang.Liputan berita tentang Anwar mendapat publisiti yang luas di Media Barat.mamak kadangkala kecewa juga dengan pemerintah kita yang terlalu lembut terhadap dia ini.Cara berdiplomasi dan cara saikologi yang digunakan oleh team Pak Lah tak jadi kerana dia ini jenis ular dan boleh belit kita sendiri apabila terlepas.Tak kenang budi dan gila kuasa.Apa yang dia tak buat dulu pada TDM.Siapa yang bawak dia ke Mercu kejayaan.Cuma pemimpin UMNO ini pemimpin Islam yang tak mahu hebahkan pada umum keburukan sesama saudara Islam.Mamak tak tahu perkara begini adakah betul disisi agama atau pun salah!!.Dia tak boleh di percayai sama sekali.Pak lah silap tentang ini perlu mengakui kesilapanya.Ini hakikat yang ketara tak perlu diselindung lagi.Apa yang Mamak kata betul betul juga!!!.Tak guna kita berperang tentang Anwar di blog ini.Cuma Mamak fikir Pak Lah masih lagi ada mempunyai senjata rahsia untuk menghancurkan Anwar ini.Tapi beliau serba-salah kerana beliau jenis beragama dan takutkan Allah.Tapi kian masa berlalu tindakan perlu cepat!!!.Mamak rasa moderator faham maksud Mamak!.Kalau moderator delete atikel ini Mamak tak kecewa tapi Sebagai ahli UMNO kita berhak memberi pandangan!.Kita dah penat…tak larat.Ini di atas tangan General yang memimpin kita.Biar pemimpin lain mengetahui apa yang mamak maksudkan.Ada kalanya TDM kata kita lembut sekarang ada maknanya tersembunyi.Sebelum si Anwar menghancurkan Negara dan bangsanya sendiri pemimpin UMNO perlu bertindak untuk parti dari memikirkan keperibadian.Mamak hanya berdoa itu saja yang boleh buat.Amar Makruf Nahi Mungkar.Mamak sebagai orang tak berkuasa cuma tulis diblog pandangan Mamak.Wassalam.

  16. AbangTuah

    Kawan lihat di kaca TV..ramai yang gembira dapat wang subsidi minyak dari kerajaan. Tempoh sehingga hujung bulan telah diberi untuk menuntut wang mereka. Seronok kawan melihat sambutan yang di berikan amat mengalakkan dan rata-rata mereka bersetuju dengan usaha kerajaan ini. Kawan rasa mereka yang tidak bersetuju rata-rata pula adalah yang kerap mengunakan keenderaan dan mereka yang berkepentingan politik sahaja. Tapi walaubagaimanapun kita patut bersyukur kerana kerajaan sanggup mengembalikan sebahagian subsidi kepada kita. Di samping itu aku juga dengar kerajaan akan juga membuat beberapa lagi pengumuman iaitu beberapa langkah yang sedang dirancang dan akan diambil bagi membantu meringankan masalah dan mengurangkan kesulitan yang di hadapi oleh rakyat. Pada pandangan kawan kerajaan telah pun membuktikan keperihatinnya terhadap rakyat bukan sebaliknya sebagaimana yang di hebohkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

    Tanggungjawab sebagai rakyat pula kita hendaklah bersama-sama berganding bahu membantu kerajaan di dalam menghadapi kesulitan dan kegetiran ini. Tanyalah pada diri kita sebagai rakyat “Apakah yang telah kita sumbangkan kepada Negara” dan bukan “apa yang Negara yang telah sumbangkan kepada kita”. Telah terlalu lama kita hidup didalam kemewahan yang mana disesetengah negara mereka tidak langsung menikmati kemewahan sebagaimana yang kita kecapi. Apa yang berlaku ini adalah sedikit sahaja kekurangan dari kemewahan yang telah lama dikecapi iaitu keborosan dan keseronokan dari segi pengunaan minyak, tapi kita lupa masih banyak lagi kemewahan yang kita masih ada. Kita masih mampu menyara diri dan keluarga, kita masih ada kemampuan berkenderaan, kita masih ada jalan mencari rezki, dan yang paling penting kita masih ada kemampuan mengekalkan keamanan. Jadi usah timbulkan lagi isu orang kampung akan mati tak makan, orang kampong tidak dapat belajar lagi, orang kampong dapat bala dan lain-lain lagi yang di gembar-gemborkan seolah-olah seburuk keadaan telah menjadi seperti Negara-negara Afrika yang hari-hari kita lihat dikaca TV. Aku pun berasal dari kampong, aku tahu orang kampong ada tanah untuk menanam sayuran sendiri, bela ayam itik sendiri dan banyak jalan bagi menambah sumber rezki. Inshallah dengan usaha sendiri dan sedikit bantuan kerajaan aku yakin orang kampong dapat mengharungi masallah ini. Maka kita masih boleh bershukor kerana tanpa kita sedari rupanya kita belum papa lagi.

    Sesekali kita perlu menyingkap sejarah perjuangan bangsa dan mengambil tauladan bagaimana pahit getirnya perjuangan mereka yang terdahulu mempertahankan negara semasa era pendudukan jepun serta semasa era komunis dan juga mereka yang memperjuangkan kemerdekaan. Mereka ini berjuang dengan segenap tenaga tanpa mengenal erti penat, tidak pula kenal erti mengalah dan sanggup mengadai nyawa demi negara tanpa pula mengharapkan sebarang imbuhan atau balasan. Tidakkah kita malu dengan semangat kenegaraan dan perjuangan yang telah ditunjukan oleh mereka ini. Jadi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan idelogi sepatutnya menyumbangkan usaha dan rela berkorban sedikit bersama-sama menghadapi sedikit kesusahan yang berlaku kini.

    Heran juga kawan dengan sesetengah golongan masyarakat yang ada di Malaysia kini, apabila sahaja kerajaan berhadapan berhadapan dengan masalah besar ini kebanyakan tanpa memikirkan sulit getir dan usaha kerajaan dalam menangani masalah ini, bukan hendak menyumbang bagi meringankan atau menyelesaikan masalah ini sebaliknya dengan takbor mempertikai kredibiliti, integriti, prudensi, tranparensi dan keperihatinan pihak kerajaan. Apakah jenis manusia ini, telah tidak peka apa yang berlaku disekeliling selama ini, tidak perasan tentang kemajuan yang dikecapi dari segi taraf kehidupan, akhlak Insan dan kekuatan beragama yang telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan dengan cermerlang. Apakah mereka telah buta deria penglihatan, hilang deria pertimbangan atau keupayaan akal bagi membuat perbandingan antara dahulu dan sekarang? Mashallah…beginikah jadinya sebahagian masyarakat Malaysia yang telah menjadi golongan opputunis yang terlalu mementingkan diri jauh sekali menjadi pembela bangsa dan negara.

  17. kuntakinte

    Salam, kuntakinte seronok bila lalu depan pej pos dan lihat ramai orang beratur berpusu2 menuntut rebet subsidi minyak, seumur hidup kuntakinte tak pernah lihat kerajaan memberi duit cash kpd majoriti rakyat n rakyat secara terus terima duit dari kerajaan, setidak2 ringan juga beban rakyat, senyum simpul juga yg terima duit tunai dari pej pos, dihati sudah tentu melafazkan alhamdulillah syukur nikmat.

    Abangtuah, dalam isu kenaikan harga minyak ramai rakyat yg buat tak faham dan ekploitasi unt kepentingan politik kepartian buka politik bangsa, ini yang memudaratkan lagi sesuatu isu yang dihadapi bukan saja d Malaysia malah dimana2 negara lain yg sememangnya dibelengu oleh masalah demikian, paling kuntakinte rasa tenang apabila hanya 2000 saja menyahut seruan PAS unt berdemostrasi, ini bukti keseluruhan rakyat kita menolak politik xtreme dan sikap senang sama dijunjung susah sama digendong, dalam hal ini kuntakinte ucap TAHNIAH!!! kpd rakyat, TAHNIAH!!! kpd Pihak Polis yg terpaksa bersusah payah melegakan keadaan, kpd pembang
    kang, sudah lah!!! fikirkan cara yg betul unt menyampaikan pandangan jgn mempolitikkan isu ini.

    PBB, World bank & OIC 100% kena bertanggungjawab dgn krisis kenaikan harga minyak ini yg memudaratkan semua negara apatah lagi kepada negara yg bukan ahli OIC yang sedang membangun dan miskin, mereka harus mencari jalan unt mengawal kenaikan harga minyak ini, kena bersikap lebih bertanggungjawab dlm memastikan minyak bukan untuk diperniagakan unt keuntungan, kesejahteraan dan kemakmuran negara2 membangun & miskin harus di ambil perhatian, negara2 ini banyak menerima templak dari krisis minyak banyak negara yg gagal mencari jalan penyelesaian bagaikan jatuh di timpa tangga, dlm kes Malaysia kuntakinte berbangga dgn majoriti rakyat yg faham akan tindakan kerajaan dan dlm masa yg sama bersykur kerajaan dpt mencari jalan terbaik menangani krisis berkembar ini minyak dan makanan.

    Kerajaan Malaysia harus mendesak PBB, world bank & OIC unt mengambil langkah drastik unt mengawal kenaikan harga minyak,itu tanggungjawab mereka, jika tidak dibuat Kerajaan di semua negara harus mempersoalkan Apa kerja PBB, world bank & OIC selama ini?. kerajaan jgn hanya menanggung krisis secara tersendiri saja, desakan demi desakan harus ditujukan kpd pemimpin2 badan dunia ini yg hidup senang lenang tanpa rasa bertanggungjawab kemelut negara2 didunia yg menghadapi ketika ini.

  18. Mamak Penang

    Salam Abang Tuah,Kunta kinte,
    Sebenarnya kadar Inflasi negara-negara Asia kian meningkat dan parah termasuk Malaysia. yang paling teruk sekali negara Vietnam.Pemberian subsidi minyak ini sepatutnya diberhentikan lebih awal untuk pemberian rebet tunai untuk rakyat membelanjakan wang itu supaya pengaliran wang itu akan bantu mengurangkan kadar Inflasi.Mamak bagi contohlah kalau kita terus bagi subsidi pengaliran wang subsidi akan mengambil masa yang lama untuk memperbetulkan Kadar inflasi yang sedang meningkat!.Tapi dengan Cash rebet contohlah kita dapat RM650 itu apa kita buat?. kita pii kat Restoren mamak kita beli nasi kandar bila hampa beli baru mamak ada duit untuk beli barang keperluan lain jadi yang pembekal pun akan beli barang kat kilang dan wang itu berpusing balik kepada kerajaan.Sekira nya kalau kuntakinte tak ada wang lebih untuk beli nasi kandar Mamak tutup kedai yang pembekal pun tutup kedai dan kilang tutup.Jadi berapa ramai pekerja hilang pekerjaan kerana kuntakinte tak ada duit!.kadar Inflasi akan meningkat.inilah contoh yang paling simple untuk menghindari Inflasi!!!.
    Dari dulu Mamak sokong hapuskan subsidi minyak ini dan kerajaan mesti akan dan kena terpaksa memberi cash rebet untuk rakyat.Orang marah kenapa tiba-tiba 40% ,TDM pun ikut sama kerana kita dah terlalu lambat bertindak tak recover yang dah lepas!itulah matlamat kerajaan!.Sama juga bayar gaji dua kali sebulan itu cadangan yang baik..dulu mamak gaji kat tentera dua kali sebulan tak ada problem pun!!!ini banyak hutang problem lah..pakai kasut tak ikut saiz inilah akibatnya!!!tapi macam cuepacs ini tak faham sama juga dengan rakyat..Masa inflasi tengah meningkat ini kita perlu belanja.pasai itu simpan kat bank kurang dividen!.Wang ken belanja!!!Dulu TDM kurangkan pencaruman 10% sama juga sistemnya tapi Mamak rasa sistem yang kerajaan buat sekarang ini satu sistem yang paling terbaik!. hang tak percaya nanti tunggu dulu Bank Dunia akan puji kita!!!.Pasai Pak Lah confident!nak bertanding!.Yang ahli ekonomi yang pandai-pandai tak faham kah atau pun sengaja buat tak faham apa yang kerajaan buat ini?pelik Mamak!!!.kerajaan juga rasa Mamak mungkin keluarkan rebet tunai untuk masyarakat yang memerlukan dan miskin.Ia juga akan menjana dan mengurangkan kadar Inflasi Negara!!!.Kerajaan bukan bertujuan nak ambil semua wang subsidi minyak itu tapi akan kembalikan dengan cara lebih berhemah kepada kita!.betul tak kalau lebih 2,500 cc kereta tak dapat cash rebet bukankah itu adil namanya dalam perkongsian harta negara..depa ini kaya apa jadah kita kena tanggung mereka!.Apa yang depa bising sangat?.Mamak beritau kat satu blog yang terkenal, bekas orang umno kl jugak.Dia ini kutuk Pak Lah dengan gelar Pariah lah dan tunjukan data pendapatan petronas tahun 2006!.Mamak bagi komen dengan detail pasai Inflasi ini.Dua hari menunggu hanya dua orang je komen kalau tidak macam-macam komen kalahkan ahli ekonomi!!!.Itu pun bukan tentang data petronas tapi saja nak lepaskan geram pada Paklah..jadi nampak tak perubahan.Rakyat kita ini sebenarnya kurang informatif tentang perubahan dan dasar kerajaan.Macam projek paklah koridor Iskandar ,Mamak pergi website ini nak cari information tentang koridor Iskandar; apa yang ditulis dalam web ;Mamak alih bahasakan”kita memberi satu tempat kediaman yang istimewa yang tak terdapat di Singapura untuk orang Singapura tinggal di Koridor Iskandar! dan kerajaan malaysia tak akan sekat pengambilan pekerja asing dan tak ada cukai dikenakan”.Habis orang Malaysia macam mana pulak?.Kan double standard!. kalau secara pontan kita membaca apa perasaan kita bukankah kita ini hanya menyediakan tempat tinggal untuk orang Singapura!Jadi rakyat marah tak?Sebab apa infomatif tidak cukup.kementerian Penerangan perlu memainkan peranan yang lebih dalam era globalisasi ini.pradigma lama perlu bertukar?.Hang pii lah web-site-website kerajaan satu pun tak boleh pakai nak up date pun tak pernah…tak percaya hang pii web Pulau Pinang yang ketua menteri masih lagi Mr.Nice man lagi!!!.Ini ada pulak siaran TV hari-hari tayangkan tunjuk perasaan di luar negeri tentang kenaikan minyak betulkah depa ini..satu pihak macam kita ini mati-matian kata jangan tunjuk perasaan yang TV ini pulak dalam berita perdana hari-hari tunjuk perasaan laur negara..apa rakyat fikir ini mat salleh agji besar pun tunjuk perasaan jadi kita gaji kecil apa hal pulak!!!!.Jadi dalam keadaan ini siapa patut dipersalahkan!.hang tengok blog macam ini hah…tak hebat ke?.Jadi orang suka blog dah!.Yang ada blog menteri nak komen orang biasa delete dan banyak kerenah nak submit comment..kalau berjaya hantar komen pun cuma nak puji dia saja!.betul tak?.Mamak seronok kat hampa semua bukan apa;blog ini lebih informatif dan cukup hampa semua cukup arif dalam semua bidang macam kunta-kinte,sekupangduas,Mok dan baru ada seorang lagi cukup bagus.saya pun tak pernah dengar dan baca detail kementerian pertahanan tapi hampa boleh cerita pasal tentera udara,jet-jet yang terbaru!!! mamak cuma naik Nuri dan Caribau saja dulu!.Banyak juga mamak dapat pengetahuan dari hampa!.Ada blog hebat yang punya blog tak keluarkanpendapat cuma letak gambar-gambar yang edit..yang pengunjung pulak tak habis-habis komen….sampai 600 orang habuk tarak…kadangkala loya tekak dibuatnya…nak politik kena ada asas yang sempurna dan faham!tulis satu baris kutuk orang!,Maki Pemimpin kerajaan!kita boleh buat itu kat depa,tapi delete kalau kutuk pemimpin pembangkang!!!fed-up mamak!!!!.
    p/s:Mamak sayang kat Moderator kita ini hah.Cukup sayang!.Dia berani dan hampa pun kalau Mamak tak betul jangan bagi can pasai mamak ini tua…kadang tua melalok tak tentu arah…ok!!tapi jangan hantam kuat hah..kuntakinte!!!sekupangduas, Abang Tuah…slow..slow sound sudah..mamak faham punya!!!!Wasallam…mami bising suruh tiduk…

  19. Kuntakinte

    Salam, wah… jelas bagai terang di suluh spotlight komen mamak haji, bravo!!! mamak haji wa respect lu.

    Mamak haji, orang ni kalau dah senang lagi nak senang lenang, kalau boleh depa tak payah kerja, datang pegawai kerajaan jabatan bla..bla.. tiap2 bulan kerumah depa bagi duit gaji kerana kerja sebagai penunggu rumah, kut lagu tu depa mau baru kerajaan baguih, tapi berapa lama lepas tu depa kutuk balik kerajaan ada lagi yang depa rasa tak cukup, depa minta hak lain plak, kerana manusia selagi ia tidak memenuhi keimanan didada selagi bernama manusia selagi itu nafsu akan menyerang kita.

    Kerajaan Penang menyogok rakyat penang hak susah dengan bagi RM100 satu keluarga, alasan kerana prihatin harga minyak dan barang naik (tujuan sebaliknya unt kondem kerajaan persekutuan), walhal berapa banyak bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan melalui berbagai2 agensi seperti JKM, Jakim, Yadiem, Yapim, Amanah Ikhtiar, Tekun, MARA, baitul Mal, Tabung bencana, Tabung belia, Tabung Rakan Muda, Mikro kredit dsbnya yang bertujuan untuk membantu rakyat miskin dengan berbagai bentuk bantuan dan kemahiran seperti kewangan, kemahiran, modal perniagaan, peralatan perusahaan, bermakna kerajaan persekutuan memberi ikan pun bagi, pancing pun bagi, umpan pun bagi, Bagus nya kerajaan Persekutuan adalah ia melaksanakan sikap memberi perkhidmatan pembangunan, kebajikan, kesihatan, ekonomi, pendidikan, keagamaan dsbnya dimasa yang sama kerajaan perlu juga mendidik rakyat agar mempunyai kepakaran, kebolehan untuk berdiri dengan kaki sendiri dan berusaha terus berusaha tanpa bergantung dengan mana2 pihak, dibanding kan dengan pemberian kerajaan Penang, kalau sekadar memberi RM100 untuk sekali itu hanya memberi ikan bilis, menyogok rakyat bagi menutup kelemahan dan lebih kepada politik kepartian untuk terus dapat memerintah, ianya tidak menguntungkan mana2 pihak dan ini mendidik rakyat bersikap bergantung kepada pemberian orang lain, sehinggakan produktiviti lemah rakyat bertambah malas dan tidak berusaha.

    Teman amat setuju dengan komen mamak haji, tanggungan kerajaan dalam membangunkan negara amat berat, inflasi harus dikawal bagi mengelak negara mengalami kelembapan ekonomi manakala rakyat akan bertambah susah, itu baru satu perkara yang perlu di ambil perhatian, bagaimana pula dengan perkara2 lain yang mahu tak mahu kerajaan bertanggungjawab untuk melakukan nya, sebab itu rakyat perlu memahami dan menyumbang bersama2 dengan kerajaan dalam membangunkan negara, kerajaan bukan nya menuntut lebih dari rakyat, hanya rakyat perlu melakukan kawalan diri dalam semua bidang dan memberi sokongan kepada kerajaan, itu saja, selebihnya peranan pemimpin2 dan kerajaan yang melaksanakan tugas, biar pemimpin2 laku kan kerja mereka, terbukti selama ini telah mencapai 50 tahun peningkatan demi peningkatan telah berlaku, ini terbukti di depan mata, realiti dan bukan fantasi, kenapa dulu kita boleh percayakan kerajaan kenapa tidak sekarang dan masa depan, pemimpin itu manusia juga, punya otak, punya nama, punya keturunan, punya negara dan punya agama tiada sebab samasekali untuk mereka sanggup menghancurkan negara yang dibina susah payah, perit maung oleh keturunan sebelum mereka terdahulu, keyakinan dan kepercayaan terbentuk apabila rakyat bersama2 menjiwai semangat perjuangan tok nenek kita dahulu dan membersihkan otak dan hati kejalan yang baik dan positif, maka insyaAllah kejayaan demi kejayaan akan dicapai dengan penuh kecemerlangan.

    kuntakinte amat percaya majoriti rakyat memang bersama dengan kerajaan, terbukti apabila hanya segelintir kecil saja yang menyertai demotrasi anjuran PAS di KLCC, rakyat berduyun2 ke pejabat Pos memberi gambaran rakyat bersetuju dengan kerajaan dalam mencapai jalan keluar menghadapi krisis minyak global ini, kuntakinte menyeru kepada sahabat2 pembaca sekelian, tidak kira latar belakang, idiologi politik, tidak kira bangsanya, agamanya, tidak kira tinggi mana kelulusannya, tidak kira apa pangkatnya, tidak kira yang kaya atau yang miskin, mari kita sama2 berpadu tenaga seperti dulu berdiri teguh bersama kerajaan dalam melawan dan mempertahan kan negara dari serangan berbagai bentuk krisis dunia ketika ini dimana bumi dipijak disitu langit dijungjung, barulah Agama, bangsa dan negara akan makmur, tenteram, sejahtera dan selamat dunia hingga akhirat.

    Wassalam.

    p/s jangan lupa untuk kita didik anak2 kita dengan penuhkan ilmu pendidikan didada bagi menghadapi globalisasi… insyaAllah selamat mereka kelak.

  20. AbangTuah

    Salam…Mamak Haji dan brokuntakinte

    All I can say is,
    “Very informative and comprehensive. Good performance, full of energy…I like it…keep it-up guys”

    I GIVE BOTH OF YOU 5 STARS MAN….

  21. AbangTuah

    Kesemua puak PAS yang aku temui hari ini terkunci mulut celupar mereka, tertunduk malu kepala mereka…malu…malu…semalu-malunya dengan tuduhan melulu mereka terhadap kerajaan dan Petronas. Nah…ambil kau Sallehudin Ayub…segala telah jelas sekarang, lagi terbukti, semuanya telah diperjelaskan oleh Pengerusi dan Ketua Exsekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican. Semua isu telah dijawab, berkaitan

    1. status syarikat,
    2. cukai kepada kerajaan,
    3. dividen kepada kerajaan,
    4. peratusan cukai dan dividen dari keuntungan,
    5. peratusan kepada budget kerajaan,
    6. jumlah cukai, dividen dan sumbangan selama 30 tahun, 7. jumlah keuntungan petronas selama 30 tahun,
    8. pelaburan petronas yang lain,
    9. jumlah reserved petronas di luar negara,
    10. refinery di Malaysia,
    11. kualiti minyak negara,
    12. jumlah petrol dan diesel yang mampu dikeluarkan oleh refinery di dalam negara
    13. dan lain-lain lagi…semua terbukti dilaksanakan dengan telus dan betul.

    Maka terbukti bukan kerajaan yang tidak berkredibiliti,berintegriti dan berprudensi tapi sebenarnya engkau Sallehudin Ayob dan PAS berpenyakit hati…

    Ingat pesanan aku manusia ada dua jenis, SATU YANG PANDAI, SATU LAGI YANG MEMANDAI-MANDAI. Puak yang memandai-mandai ni yang merbahaya, boleh mencetuskan huru-hara anjur demonstrasi.

    5 atau 12 Julai ni engkau dau Anuar pergilah berdua aje tunjuk perasaan…pengikut engkau yang bodoh tu dah jadi pandai fasal dah tertengok Media Arus Perdana…

    Mamak Haji dan brokuntakinte…hari ni kawan nak release tension kawan…kasi balun puak yang tak pandai-pandai tu. Kawan terpaksa senaraikan semula fasal mau kunci depa punya mulut lain kali jangan belagak macam pandai dan takbur.

    Keh…keh…keh hari ni kawan seronok betul…

  22. Kuntakinte

    Salam, syukur alhamdullilah, rakyat tidak bersama dgn PAS untuk menyertai demostrasi di KLCC, bukti rakyat bersama kerajaan

  23. Mamak Penang

    Salam,
    Mamak dalam kebingungan.Memikirkan nasib Melayu dan Islam yang dalam negara Islam!!!!.Apa dah jadi dengan orang melayu?.Ada kah kita akan kehilangan semuanya?.Kerana berperang sesama sendiri?.Cerita Tun Fatimah kembali lagi?.Selamat berjuang saudara-saudara ku Kuntakinte dan Abang Tuah…Mamak dah Tua nak pulih tenaga kembali.Mamak akan kembali apabila tamat perguruan di Gunung Ledang!!!!.Wasslam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s