Siapa layak dapat subsidi tunai

sumber utusan

* Harga sebenar petrol ialah RM3, tetapi kerana kerajaan memberi diskaun 30 sen, pengguna hanya membayar RM2.70 seliter.

* Diskaun 30 sen diberi bagi setiap liter minyak. Jika harga minyak di pasaran dunia turun, penyelarasan akan dibuat sebulan sekali, tetapi kadar diskaun 30 sen itu akan tetap diberikan.

* Rebat tunai bahan api akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan selepas mereka membayar cukai jalan.

* Bayaran tunai RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula mendapat bayaran tunai RM150 setahun.

* Cukai jalan dikurangkan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak tergolong dalam kategori itu.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin lebih 250cc mendapat pengurangan cukai jalan RM50.

* Harga diesel untuk operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel diselaraskan kepada RM1.43 seliter.

* Harga gas bagi sektor elektrik dinaikkan kepada RM14.31 setiap mmBtu berbanding RM6.40 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Harga gas memasak LPG dan gas asli kenderaan NGV kekal pada harga lama.

* Kira-kira 59 peratus isi rumah di Malaysia yang menggunakan elektrik pada kadar 200 kilowat jam atau kurang RM43.60 sebulan tidak akan terjejas dengan struktur baru tarif elektrik.

* Kadar jualan bagi restoran di luar hotel yang dikenakan cukai perkhidmatan 5 peratus dinaikkan kepada RM3 juta berbanding RM500,000 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Kerajaan akan memperoleh penjimatan subsidi sebanyak RM13.7 bilion setahun yang akan digunakan untuk subsidi produk makanan rakyat negara ini.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Siapa layak dapat subsidi tunai

  1. kamarudin omar

    Kalau kenderaan yang baru dibeli pada bulan may 2008, adakah layak mendapat subsidi RM625.00.

    Terima kasih

  2. pemudaumno

    Salam Kamarudin

    mengikut kenyataan akhbar di atas, semua kenderaan yang dibeli selepas tarikh 31 Mac layak mendapat subsidi sebanyak RM625.

  3. yaya

    Macm mane nak menuntut bayaran tunai berkenaan? Perlukan membawa ape2 dokumen? Pejabat pos yang mane boleh di tuntut?

  4. pemudaumno

    utk dokumentasi, belum ada lagi kenyataan rasmi dikeluarkan. tetapi merujuk kepada kes pemulangan semula wang lebihan sewaktu pengurangan cukai jalan yang dibuat satu ketika dahulu, kad pendaftaran kenderaan dan kad pengenalan pemilik diperlukan. Merujuk kepada kenyataan awal KPDNHEP, semua pejabat pos terlibat di dalam urusan pembyaran rebat ini.

  5. dyana

    salam,
    kalau yg sebelum 31 mac pulak mcm mane? mcm road tax sy tamat pada 31/03/2008 & sy renew on 28/03/08. adakah saya layak menerima subsidi tunai tersebut?

  6. pemudaumno

    salam dyana

    bagi pemilik yang memperbaharui sebelum 1 apr 2008…tuntutan hanya boleh dibuat pada tahun hadapan.

  7. lili

    Saya ada 2 soalan :

    1)Saya telah membeli kereta blm dan baru seminggu lebih keluar, adakah saya layak menerima subsidi tersebut?

    2) Adakah saya boleh menuntutnya sekarang?

  8. huney

    jika saya mempunyai 2 kenderaan atas nama saya, adakah saya akan mendapat 2 x rm625 = rm1250 ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s