Tiada air percuma di S’gor Bulan ini

sumber dari malaysiakini

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan terus mengeluarkan bil air seperti biasa tanpa sebarang penurunan atau potongan subsidi, kata ketua pegawai eksekutifnya Datuk Ruslan Hassan.

Katanya, perbincangan antara syarikatnya dengan kerajaan negeri Selangor masih belum mencapai keputusan untuk membolehkan pemberian air percuma kepada pengguna mulai bukan ini.

Ruslan berkata, Syabas belum menerima arahan bertulis dari kerajaan negeri dan kerajaan pusat ataupun satu akujanji dari kerajaan Selangor atau agensi kerajaan negeri untuk membayarnya jumlah harga 20 meter padu yang dijanjikan itu.

Oleh itu, dalam satu kenyataannya, beliau berkata, pengeluaran bil Syabas akan berjalan seperti biasa dan pengguna dinasihatkan untuk membayar bil air mengikut jumlah dalam bil masing-masing.

Laporan Bernama menyebut, Ruslan berkata, kenyataan tersebut bagi menjelaskan laporan media yang mengatakan kesan pemberian air percuma akan dilihat dalam bil air di Selangor mulai bulan ini.

Ruslan berkata, perbincangan antara dua pihak itu belum mencapai keputusan kerana banyak perkara yang perlu diambil kira dan diputuskan, terutama mengenai soal perundangan, kos serta berkaitan kelulusan kerajaan pusat.

Sebagai makluman, kata Ruslan, pendirian dan dasar Syabas adalah jelas berkaitan dengan perkara ini – perkhidmatan bekalan air bersih  syarikatnya tertakluk kepada perjanjian penswastaan yang telah ditandatangani oleh Syabas dengan Selangor dan kerajaan pusat.

Menurut perjanjian penswastaan bekalan air bagi Selangor, katanya, Syabas hanya dibenarkan untuk membekal air kepada para pengguna berdasarkan kadar tarif yang telah diwartakan.

Oleh itu, katanya, sebarang tindakan yang bakal diambil oleh Syabas bukan sahaja perlu mendapat kelulusan kerajaan Selangor, malah ia perlu mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kementerian Tenaga, Air, dan Komunikasi (KTAK) bagi pihak kerajaan pusat.

Berkaitan pemberian air percuma kepada rakyat Selangor, kata Ruslan, Syabas ingin memaklumkan bahawa, sehingga kini, perbincangan hanya terhad antara Syabas dengan Selangor dan sebarang perbincangan dengan kerajaan pusat masih belum dijalankan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, katanya, pengguna dinasihatkan menghubungi terus Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) Syabas yang beroperasi 24 jam di talian bebas tol 1 800 88 5252 bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

nota: ketika membaca artikel ini, penulis teringat lagu Aisyah yang memenangi Anugerah Juara Lagu satu ketika dulu iaitu “Janji manismu” ~ hati membeku mengingatkan kata janji manismu…..air percuma pasti dapat diberi sekiranya peruntukan rm100juta untuk ladang babi itu dapat diperuntukan untuk membayar pampasan kepada syabas.

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Tiada air percuma di S’gor Bulan ini

  1. Mamak Penang

    Ini cerita beli dua… satu free!.Mamak kan dah kata orang Malaysia kalau free memang beli!.Ini semua idea salesman gores dan menang!.Mungkin penasihat politik MB mungkin ex-salesman Gores dan Menang kot?.

  2. esaltechnic

    Isu Free:
    Air:Puas-Syabas
    Kerajaan Terdahulu ada PUAS kerjaan belanjakan RM400juta,kemudia PUAS ku telan duitnya,Kemudian Syabas ditubuhkan Kerajaan Keluarkan DANA Lagi:Rakyat tak Bising pun.Biarlah Kerajaan PR selangor urustakbir bagaimana nak mengurangkan kos AIR.Syabas kena ingat AIR Bukan HAK SYABAS,Syabas diberikan Hak untuk uruskan AIR Sel/KL,air adalah HAK ALLAH,anda dengan duit rakyat untuk menguruskan AIR dengan cara terkini jadi jangan anggap SYABAS yang PUNYA ingatlah ALLAH wahai Pentadbiran AIR.Jangan Sampai ALLAH Murka dengan Nikmat Air yang di bagi.
    Kerjaan ada Jabatan Bekalan Air ,kaji semual Dasar Penswestaan Negara:Contoh Keperluan Wajib,AIR,MAKANAN UTAMA,MINYAK,JALAN RAYA,TENAGA ELEKTRIK,DAN BIL-BIL YANG RAKYAT BAYAR,SEMUA SWASTA:JADI KEPALA-KEPALA KOPRAT MACAM LINTAH:RAKYAT YANG PARAH,KERJA-KERJA AMBIL BURUH ASING,RAKYAT SENDIRI JADI PENGGANGGUR,BETULKAH DASAR PENSWASTAAN NEGARA.
    SWASTA -UNTUNG KOPRAT,RAKYAT TAK LARAT,
    KERAJAAN-SETUP KRONI,RAKYAT PENING,
    MENTERI-SENYUM SUKMO,RAKYAT BUAT DEMO
    FRU-ARAHAN MENTERI,
    MALAYSIA-DAH AMAN,ITULAH ADA BUKIT AMAN,
    RAKYAT-IKUT SAHAJA CAKAP MENTERI,LAWAN ISA GITU
    ADA KUASA- JUAL HARTA NEGARA
    TIADA KUASA-KECOH SATU DUNIA,
    Rakyat Malaysia:Bertuah Jadi Rakyat Malaysia .Sepatutnya Kerajaan Tanggung Hak-hak Rakyat,sekarang RAKYAT TANGGUNG KERAJAAN.
    JANGAN ADA KERAJAAN LAGI BAGUS:

  3. Mamak Penang

    Salam esaltechnic,
    Mamak memahami suara hati kamu dan akal kamu yang tak berapa fikir secara teknikal walau pun hang bubuh nama teknik…Kepala otak hang telah terlalu tercelaru dengan konsep yang dibawa oleh parti engkau!.Engkau terlalu taksub dengan parti dan telah brainwashed dengan dakyah-dakyah parti pembangkang!.Hang pii lah luar negeri tak ada kerajaan yang membantu rakyat sedemikian rupa khasnya untuk orang Melayu.hang ini seperti orang kacang lupakan kulit tak kenang budi kerajaan terhadap kamu,keluarga kamu,saudara-mara kamu,orang kampung kamu dan umumnya Bangsa melayu kamu!.Kamu tahu kenapa Parti keadilan atau pun pembakang menang dibanyak tempat pada PR12?.Bukan kerana mereka yang undi parti pembakang bencikan kerajaan dan UMNO tapi yang bukan Melayu benci kat UMNO.Pasai apa pasai orang macam hampa lah tak cukup apa yang UMNO bagi selama ini..nak lagi..nak lagi…air nak free..letrik nak free..tol nak free…Minyak pun kalau boleh nak free..kalau boleh bini pun nak free!!.Sebab itu parti pembangkang telah ketahui kelemahan hampa!.Jadi dia janjilah kalau menang nak bagi free!..hampa pun tak fikiak terus sokong depa sampai la ini…orang bukan Melayu pulak depa nak Hapuskan hak Istimewa Melayu dan ketuanan Melayu..yang Melayu parti pembangkang pulak setuju…boleh..boleh hak sama!.Jadi parti pembangkang pun main tabla..!!.Hampa pun sampai sekarang menari ikut gendang tabla depa!!!.Maaf katalah wahai pemuda insaflah tujuan depa..pembohongan yang ketara..kalau depa boleh buat apa yang seperti engkau nak itu ranaplah bangsa Melayu dan Negara!.Mamak kesal pemikiran Melayu sudah senang lagi mau senang!.Usaha dan Mantapkan pemikiran untuk beroleh kejayaan hidup dengan titik peluh sendiri!.Cuba berdiri sama rata dengan kaum lain di Malaysia dengan hasil usaha sendiri tanpa tongkat!.Bersyukur sentiasa kerana saya dilahirkan sebagai seorang Melayu dan Beragama Islam.Bertuahlah engkau ! dan doakan negara ini terus maju demi Bangsa Melayu!.Kecapilah kenikmatan yang pemerintah telah beri ini sebagai anugerah Illahi!.Jangan sentiasa merungut apa yang tak ada gunakan apa yang ada dengan berhemah!!!!wasallam.

  4. Kuntakinte

    Salam, Mamak!!!!! nasi kandar free satu kasi sama asaltechnic, nasi kosong saja, kuntakinte bayar.

    Ha!! dapat Sedara dengan mamak singa utara tu…

    Sedara, sumber asli memang kurniaan Allah S.W.T hang tak payah nak ajar mai!!! anak aku pun tahu ustaz kat sekolah ajar, dan kita wajib bersyukur diatas kurniaan tersebut, kesyukuran juga patut kita lafazkan kehadrat Allah S.W.T yang mencipta manusia untuk manusia gunakan segala organ yang terdapat didalam tubuh badan manusia, salah satu otak, dari otak punca digunakan menzahirkan akai fikiran, kebijaksanaan, kepandaian, kecerdikan, kepakaran, pengetahuan untuk mencipta dan menzahirkan kurniaan Allah S.W.T untuk kesejahteraan umat manusia.

    Sedara, pakat anak bini pi sungai gombak la ni…., ceduk air sungai buat minum, memasak, mandi, membasuh seisi keluarga sedara, malah sedara nak buang air besau pun bertenggong la tepi sungai tu, kurang sikit kerja indah water, tentu free sedara oi…

    Sumber Asli dalam apa jua bentuk dan rupa memerlukan kepakaran, kos, tenaga kerja mahir dan tidak mahir untuk menzahirkan sesuatu sumber itu bagi membolehkan umat manusia termasuk sedara mengunakannya dengan selamat demi menjaga kesejahteraan kehidupan umat manusia tersebut, itu lah kurniaan Allah S.W.T yang menjadi tuntutan dan amalan kita dalam Islam, sedara, setakat doa je tak cukup tau…. kalau duduk membesau kan tubuh badan di rumah tanpa usaha dan berdoa untuk jadi kaya, soriiiii le sedara, kecuali ada jin ahmad albab jadi bapak angkat sedara.

    Syabas ada tanggungjawab yang perlu dipikul, pekerja2 semua nya manusia yang perlu diberi makan, siapa nak bayar gaji diorang, sumber air perlu mengunakan teknologi, siapa nak bayar kos teknologi tersebut, batang paip yang ditanam tu siapa pulak yang nak bayar, semua memerlukan kos yang dikenakan kepada rakyat. semua dunia mengunakan method tersebut sedara oi…..

    Kerajaan PKR tau perkara ni selama ini, ai.. orang bijak pandai tak kan tak tahu, dia tahu untuk menarik orang macam sedara ni kena lah buat cerita sikit sok..sok.. supaya tertarik dan mengundi parti haprak diorang tu, sekarang kena batang hidung tunding pula kerajaan persekutuan tidak ke haprak nama nya.

    Kalau berlaku pun sedara tidak kah ini mendatang kan mudarat dalam kelompok masyarakat, yang didik sikap bergantung kepada subsidi….., free….., subsidi,,,free hingga mendatang kan sikap negatif kepada bangsa dalam dunia yang serba maju dan bersaing mengikut meritokrasi terhadap setiap bangsa dan individu, sikap ini boleh kah kita bersaing dengan sikap2 yang ist class di negara2 lain yang tak bergantung kepada kerajaan dan perkara2 seperti subsidi dan free.

    p/s.. mamak …freeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee serupa bunyi wisel la mamak

  5. mok

    esaltechnic,
    Itulah akibatnya bila dah berpegang pada prinsip yang salah, “lawan tetap lawan”. Membuta-tuli.. semberono aja awak menonong langgar. Janji dapat bangkang.. serupa macam pemimpin-pemimpin awak. Aku yakin dan pasti.. awak dah banyak membaca pelbagai isu, pelbagai hujah, pelbagai fakta, tangkisan dan tepisan, tikaman dan elakan. Tidak terhad di dalam topik ini sahaja.. tetapi juga dalam semua topik yang dipaparkan oleh mederators dalam blog ini. Tapi sayang seribu kali sayang.. hati hitam, beku dan jumud. Lebih teruk daripada Abu Jahal, Abu Lahab. Bukannya tak tahu menilai yang mana benar yang mana salah, tapi kerana nak menjaga hati pemimpin awak.. awak cari dan cari juga apa-apa sahaja yang boleh menggembirakan pemimpin awak dan sumbat masuk dalam blog ini. Bagus.. bagus… lagi banyak korang bawa, lagi banyak penjelasan boleh diberi. InsyaAllah, lama kelamaan rakyat dapat menilai yang mana intan yang mana kaca. Silakan !

  6. Cerdik berharga,cerdik mengapu

    Ini Malaysia lah Mamak,Pikirlah yang kalut di Malaysia lah Mamak,Melayu-Tanah Melayu Semenanjung Malaysia,Cina-Islam(Muaalaf),India-Islam (Mamak),
    Kalau nak ikutkan Aku Malaysia (Melayu Malaysia)aku tak bagi Peluang Pada Mamak-mamak kat Malaysia Ini,Pergilah Cari Negara Mamak sendiri.

  7. AbangTuah

    Cerdik..

    Iss..iss..cerdiknya awak ni…sebenarnya ikutkan sejarah sesetengah keturunan Mamak lebih lama tinggal di Malaysia ni dari melayu sendiri…Mamak bukan india muslim sebagaimana yang awak katakan…india muslim dipanggil DKK…Mamak ada wilayahnya tersendiri di India…la yop..cerdik tapi tak bijak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s