Anwar Tetap Pendirian Boleh Turun Harga Minyak

sumber mstar

KUALA LUMPUR: Ketika kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel yang dikuatkuasakan hari ini, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengulangi pendirian Pakatan Rakyat untuk mengurangkan harga minyak.

“Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi.

“Dasar tersebut harus menjurus kapada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat,” kata Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam blognya.

Pendirian pembangkang untuk menurunkan harga minyak merupakan salah satu kandungan manifesto dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

“Rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya,” katanya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengulas mengenai isu berkenaan dalam blognya hari ini sambil menyifatkan ia akan membebankan rakyat.

Dalam pada itu, DAP, salah satu komponen Pakatan Rakyat mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Jalan Pudu pagi tadi membantah kenaikan harga minyak diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Bernama melaporkan, sekumpulan penyokong DAP hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di Jalan Pasar Pudu bagi membantah kenaikan harga minyak.

Kumpulan itu disertai wakil-wakil rakyat DAP terdiri Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Anggota Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, Anggota Parlimen Seputeh, Theresa Kok, Anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, dan Anggota Parlimen Bukit Bintang, Fung Kui Lun dan anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Teratai, Janice Lee.

Mereka berkumpul sejak 11 pagi sebelum berarak menuju ke kawasan penjaja sambil diawasi anggota Unit Tindakan Simpanan Persekutuan (FRU).

Tan berkata beliau tidak setuju subsidi minyak dikurangkan kerana kenaikan harga minyak membebankan golongan berpendapatan rendah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman berkata kumpulan itu bersurai pada 12.30 tengah hari dan tiada tangkapan dibuat.

Abdullah juga melahirkan harapan agar rakyat tidak mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga petrol dan diesel.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Anwar Tetap Pendirian Boleh Turun Harga Minyak

  1. Kuntakinte

    Salam, sahabat2 pembaca.

    Bila teman baca statement si anwar ni teman teringat semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, ketika itu kuntakinte usahawan francais yang menjalankan perniagaan menjual barangan kelengkapan elektrik secara bayaran ansuran konsep Islam skim Al-Bai bithaman Ajil dengan modal pinjaman bank RM100,000.

    Kuntakinte mula lah perniagaan tersebut dengan semangat dan tekad untuk menjadi usahawan melayu yang berjaya, alhamdullilah perniagaan yang dibuka mendapat sambutan mengalakkan, kebetulan lokasi yang kuntakinte buka berdekatan dengan kawasan perindustrian, setahun selepas dibuka berlaku krisis ekonomi.

    Menteri Kewangan ketika itu Anwar telah reshedule urusan perbankan dan membuat keputusan bijak dengan menaikkan faedah pinjaman bank, memendek kan tempoh bayaran pinjaman dan memperketatkan kelulusan pinjaman, bagi perniagaan yang mengamalkan skim bayaran ansuran yang mensyaratkan pembeli perlu mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman pembelian yang disyaratkan oleh bank, mahu tak mahu ianya melibatkan beberapa institusi kewangan tempatan yang sekaligus termaktub dengan arahan terbaru Menteri kewangan tersebut. 6 bulan selepas itu francaisor yang memayung perniagaan kami ketika itu terpaksa gulung tikar termasuk lah seluruh 600 buah francaisi di seluruh Malaysia gulung tikar, malah satu2 nya Sayarikat perniagaan orang Melayu yang pertama gulung tikar dari tindakan Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu, kuntakinte termasuk lah dalam golongan yang golong tikar dan kesan tersebut berjangkit kepada pengedar kereta baru dan terpakai, sayrikat2 yang berurusan dengan bank2 tempatan dan sebagainya.

    Apa yang kuntakinte nak jelas kan disini, ‘matlamat menghalalkan cara’ strategi anwar untuk rakyat mengamuk dengan tindakan kerajaan pimpinan TDM ketika itu sanggup anwar membunuh dan mengorbankan ramai usahawan dan ahli perniagaan demi mencapai satu hasrat untuk menjatuhkan TDM dan beliau akan menjadi PM.

    Bijak kah anwar ini dalam menangani krisis ekonomi atau apa pun bentuk2 krisis yang lain melibatkan kepentingan negara dan rakyat, ya!! memang dia rapat dengan US sekaligus dengan IMF, ini fakta pengerusi Foundation for the future siapa tidak kah Anwar Ibrahim, terfikir kah kita matlamat menghalalkan cara yang dilakukan kan oleh anwar, Agama, Bangsa, Negara akan hancur dan tidak bermaruah, tidak kah terfikir oleh kita sehebat mana si anwar ini kalau hidupnya bergantung kepada Yahudi, tidak kah tindak tanduk nya di monitor oleh Yahudi.

    Sehebat mana anwar untuk menurunkan harga minyak, sedangkan menjadi Menteri Kewangan sanggup dia membunuh usahawan dan ahli perniagaan dengan dasar beliau ketika itu, kalau bijak, tak termampu kah anwar untuk beliau dan khalid ibrahim menurunkan harga air di Selangor, kalau bijak si anwar ini tidak termampukah beliau rakyat Selangor di beri subsidi minyak oleh Kerajaan Selangor, kalau anwar ini hebat sangat mustahil ke perkara tersebut dilakukan nya, small matter.

    Sekadar pukul tong kosong semua orang boleh melakukan nya, anwar cuba mengalih perhatian rakyat terhadap kelemahan kepimpinan Kerajaan Pembangkang dengan menonjolkan isu AP melompat Parti, Isu boleh turun harga minyak agar rakyat fokus kepada perkara tersebut dan tidak kepada kelemahan pemerintahan kerajaan pembangkang.

    Tidak mustahil untuk anwar menurunkan harga minyak, boleh!! memang boleh!! tanpa menimbangkan kepentingan lain yang penting juga seperti makanan, pendidikan, kesihatan, pembangunan, keagamaan, kebajikan, guna sepenuh nya sumber kewangan untuk subsidi minyak, memang minyak akan turun, sebab subsidi kesemua sumber disalurkan kepada minyak TETAPI berapa lama boleh bertahan dan bagaimana pula dengan harga item2 lain, 2 x 5 pusing kut mana pun duk tang tu jugak, disini kurang disana naik, mungkin satu faktor lagi US dan IMF akan memberi pinjaman tanpa had dan tak perlu bayar balik kepada Kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Anak angkat mereka, itu mungkin satu kejutan.

    Kerajaan BN realistik dalam mengambil tindakan dan pendekatan, berbagai sudut dan ruang di fikirkan kesan nya, hidup dibumi nyata itu tindakan Kerajaan sekarang ini, pahit tapi terpaksa ditelan, siapa pun tak akan suka malah akan di benci, tapi keputusan yang tidak popular terpaksa di ambil dengan pertimbangan secara micro.

    Jangan kita asyik terbuai dik mimpi, bila tersedar baru kita ketahui ianya hanya satu mimpi. Rakyat sudah bijak, rakyat sudah pandai dan rakyat sudah memahami, gangguan2 ini sudah lama di tempuhi, rakyat sudah belajar dari pengalaman.

    Bukti menang sorak kampung tergadai telah berlaku di depan mata, tak akan ada lagi rakyat yang sanggup mengadaikan kampung sekadar modal nya bersorak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s