Daily Archives: June 9, 2008

Gambar Bendera PAS Dgn Kalimah Allah Dlm Gereja di Shah Alam

gambar ini didapati dari forum mykmu. Sila klik utk imej besar.

385 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sedikit Fakta Mengenai Pengeluaran Petroleum Malaysia

penulis membuat sedikit carian di internet mengenai National Depletion Policy (1981)-NDP yang berkait rapat dengan polisi petroleum malaysia. utk maklumat lanjut sila layari laman web ini.
Tujuan utama NDP ini ialah bagi memastikan tahap pengeluaran petroleum negara dapat dikekalkan bagi tempoh yang panjang bagi generasi yang akan datang. Antara ringkasan NDP ini ialah: (dalam Bahasa Inggeris)

  • To restrict production to 1.75% of oil initial in place (OIIP) for major oil fields over 400 million barrels of OIIP
  • In 1985 ceiling was increased to 3%  currently production limited to 650,000 barrels per day
  • At current production rate, proven oil reserves expected to last for another 16 yrs
  • Policy extended to natural gas reserves
  • Upper limit of 2000 million std cubic feet per day (mmscfd) in Peninsular only
  • At current rate, known natural gas reserves expect to last in 70 yrs

Diharap orang ramai kini tahu mengapa pengeluaran minyak negara dihadkan kepada maksimum 750,000 tong sehari.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tuntut janji Anwar turunkan harga minyak

sumber malaysiakini

Parti Rakyat Malaysia (PRM) mencabar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menjelaskan langkah-langkah yang beliau akan ambil untuk menurunkan harga minyak yang naik mendadak minggu lalu.

koh swe yongNaib presiden PRM Koh Swe Yong mengulas kenyataan Anwar bahawa apabila “Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan pusat, pasti akan menurunkan harga minyak” dan jika “Pakatan tidak menunaikan janji-janji, menurunkan harga minyak, beliau akan meletakkan jawatan.”

Beliau mencabar Anwar mengumumkan harga minyak akan diturunkan oleh Pakatan “kerana menurunkan harga 5 sen atau 20 sen pun, (boleh disebut) turun harga juga.”

Koh juga berkata Anwar sebagai pendukung ekonomi pasaran bertentangan dengan konsep menjaga kebajikan rakyat seperti disebarkan oleh parti pembangkang.

Untuk mengelakkan kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sebagai semata-mata “cakap-cakap politik”, katanya lagi, Anwar harus segera mengarahkan Selangor yang dikuasai oleh Pakatan untuk menunaikan janji-jani manifesto pilihanraya umum.

Manifesto itu, antaranya, menurunkan cukai pintu, cukai tanah dan memberi wang saguhati seribu ringgit kepada pelajar-pelajar baru yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

“Sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak melaksanakan janji-janji pilihanraya umum itu, kerajaan negeri Selangor harus meletakkan jawatan sebagai tanda  maaf kepada pengundi Selangor,” kata Koh dalam satu kenyataan.

“Perbuatan di atas dapat  membuktikan kini apa yang dikatakannya adalah benar, bukan cakap-cakap politik.”

nota: penulis mengulangi pendirian penulis yang mengatakan sekiranya DSAI ikhlas ingin menurunkan harga minyak di Malaysia, beliau tidak perlu tunggu sehingga menjadi Perdana Menteri. Keputusan menaikkan harga minyak bukanlah satu keputusan yang popular yang ingin dilakukan oleh mana-mana individu di dunia ini. Ia merupakan satu isu global, hampir di serata dunia bercakap mengenai kenaikan harga bahan api utama dunia. Sekali lagi penulis ingin menyarankan kepada DSAI agar berbincang dengan kerajaan sekiranya terdapat kaedah yang rasa boleh dilakukan tanpa perlu menunggu sehingga Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan. Bukankah tindakan seperti ini seperti menghukum rakyat kerana tidak memilih Pakatan Rakyat pada PRU tempohari?? Haruskah rakyat menjadi mangsa akibat tamak kuasa oleh sesetengah individu. Rakyat marhaen ini juga tahu berapa nilai harga minyak yang akan dikurangkan dan berapa lama tempoh harga itu akan dikekalkan. Janganlah hanya dengan memberi ‘gula-gula’ dan rakyat menjadi tertipu. Adakah setakat pengurangan <RM0.50sen dan harga murah petrol hanya bertahan untuk tiga bulan sahaja. Syarikat perlaburan dunia, Goldman Sachs menjangkakan dalam tempoh 6 ke 24 bulan akan datang harga satu tong minyak mentah akan berada di paras USD 150-200 setong. Jangan dibandingkan negara kita dengan negara seperti Arab Saudi dan Venezuela serta Nigeria yang sememangnya menjadi pengekspot utama minyak di dunia. Bandingkan tahap pengeluaran minyak sehari mereka dengan Malaysia.  Penulis difahamkan bahawa syarikat-syarikat minyak di Malaysia dikawal pengeluaran minyak yang mana had pengeluaran hanya 750,000 tong sehari. Dasar ini dibuat bagi memastikan generasi akan datang tetap merasai nikmat bumi Malaysia yang masih mempunyai minyak untuk digalikan. Adakah anda ingin melihat harga minyak murah pada hari ini dengan membenarkan pengeluaran tong sehari meningkat dan anak cucu kita akan menanggung kos minyak yang tinggi akibat perbuatan kita hari ini? Fikirkanlah demi masa depan. Kita melangkah ke esok hari dari semalam. Janganlah menghukum generasi akan datang kita dengan perasaan tamak manusia yang sentiasa inginkan benda yang murah tanpa sebarang usaha.

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Terkini: Untuk Ahli UMNO

berikut adalah sms yang diterima melalui SMS

Tarikh : 9 Jun 2008
Hari : Isnin
Tempat di : PWTC
Pukul : 8 malam

Penerangan tentang kenaikan harga minyak.

Semua ahli UMNO dijemput hadir agar dapat maklumat tepat dan dapat mematahkan hujah pembangkang“

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kerajaan kaji untuk mansuhkan cukai jalan

sumber berita harian

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan melakukan kajian untuk memansuhkan pembayaran cukai jalan bagi meringankan beban orang ramai berikutan kenaikan harga petrol dan diesel yang berkuat kuasa Khamis lalu.

Menterinya, Datuk Ong Tee Keat, berkata perkara itu diputuskan selepas mendapat pelbagai reaksi terutama dari akar umbi yang mahu kerajaan membantu rakyat menggunakan pendekatan dan inisiatif lain berbanding pemberian subsidi lebih tinggi sebelum ini.

“Saya akan membawa perkara ini ke Kabinet pada mesyuarat akan datang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Selangor di sini, hari ini.

Nota: Naib ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pada hari jumaat lepas juga mencadangkan agar dimansuhkan kadar tol di seluruh negara. Penulis amat bersetuju dengan cadangan kedua-dua di atas terutama dengan pemansuhan tol di lebuhraya di mana penggunaannya amat tinggi ketika cuti umum. Diharap kerajaan dapat memandang serius cadangan untuk memansuhkan cukai jalan dan tol di seluruh negara.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sejarah Perjanjian Pangkor Berulang?

artikel dari mykmu

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Abdullah ibni Sultan Ja’afar Mua’azzam Shah. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak.

Dengan perjanjian ini ianya telah membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangani di atas sebuah kapal yang dinamakan HMS Pluto di Selat Dinding iaitu di kawasan perairan antara Lumut dan Pulau Pangkor.

Setelah perjanjian ditandatangani kemudiannya Gabenor Sir Andrew Clarke dengan berani telah bertindak menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjong Belanja, Parit dari pangkat Sultan dan membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran “Sultan Muda” sahaja dengan memberi pencen seribu ringgit tiap-tiap bulan.

Manakala Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut. Ini adalah kesan dari Perjanjian Pangkor yang pertama. Bagaimana pula dengan Perjanjian Pangkor Kedua?

Setelah UNMO dan Barisan Nasional (BN) tewas di negeri Perak, Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP telah membuat satu perjanjian dengan Pas mengenai perlantikan Menteri Besar.

Ianya adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil Pas bagi membolehkan Pas menjadi Menteri Besar. Ini adalah disebabkan mengikut adat istiadat negeri Perak, Menteri Besar hendaklah dilantik dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

Menurut beberapa orang penyokong Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah menandatangani surat ini secara terpaksa. Di kalangan pemimpin Pas yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak Pas sendiri.

Kalau Perjanjian Pangkor pertama ditandatangani di atas sebuah kapal Inggeris di perairan Selat Dinding, di mana pula “Perjanjian Pangkor Kedua” ini ditandatangani dan mengambil tempat? Mungkinkah di atas bekas kapal korek lombong bijih yang ada berselerak di Lembah Kinta? Hanya Pas dan DAP sahaja yang tahu.

Perjanjian Pangkor Kedua ini ditandatangani di antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Mohd. Nizar Jamaluddin (DUN Pasir Panjang).

Walaupun ada wakil Melayu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi mengapa beliau tidak dilantik untuk menjadi Menteri Besar. Adakah disebabkan tidak mendapat perkenan Sultan Perak atau DAP sendiri yang tak berkenan.

Antara isi kandungan “Perjanjian Pangkor 2” ialah :

1 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
2 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.
3 ) Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.
4 ) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil Pas. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Jika dilihat perkembangan politik di Perak sekarang siapakah yang sebenarnya berkuasa. Menteri Besar atau DAP.

Lihatlah apa yang telah berlaku apabila bila Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah mula berani mencabar Sultan dan tidak menghiraukan lagi undang-undang.

Sehingga sekarang Karpal Singh masih berdegil untuk memohon maaf kepada Sultan Perak malah mencabar rakyat untuk membuat seberapa banyak laporan polis jika mereka suka.

Beliau dengan riak dan bangganya mempertahankan apa yang beliau telah buat. Apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahan kenyataan Karpal Singh membuatkan beliau lebih naik “tocang“.

Apa yang Menteri Besar, Mohd. Nizar buat? Hanya berdiam diri kerana sudah terikat dengan perjanjian? Di mana letaknya maruah sebagai Menteri Besar?

Rakyat tahu keris sebagai simbol tanah melayu yang mempunyai kuasa beraja dan sultan. Kalau Datuk Seri Hishammuddin boleh mohon maaf kerana menghunus keris semasa perhimpunan Agong UMNO, mengapa Karpal Singh yang menghina Sultan ini tidak boleh mohon maaf?

Bukankah tindakan Karpal ini lebih “racist” dari itu? Adakah Mohd. Nizar sedar yang beliau adalah Menteri Besar boneka dipergunakan oleh DAP demi kepentingan politik mereka.

Contohnya pemberian geran kepada beberapa kampung baru (walaupun dah lama) dilihat satu tindakan proaktif oleh sebuah kerajaan yang baru dibentuk.

Tapi hakikatnya, siapa yang memperolehi untung yang lebih. Berapa kerat Melayu yang dapat?

Kuota hartanah orang Melayu dirampas adalah yang terbaru. Menteri Besar Perak mengumumkan untuk menjual semua kuota-kuota hartanah Melayu yang tidak terjual di semua kawasan perumahan di Perak. Adakah ini gara-gara dari desakan DAP? Di pulau Pinang banyak status tanah telah ditukarkan kepada ” freehold “, di Perak dan Selangor pula bila agaknya?

Selepas ini apa lagi. Inilah terjadi apabila kuasa diletak di hadapan, Pas sanggup menggadai perjuangan asal Islam dan sanggup duduk semeja, tidur sebantal dengan DAP, janji boleh kuasa walaupun hanya sebagai boneka.

Inilah yg berlaku sekarang. Apakah Pakatan Rakyat terus akan berkuasa dan seterusnya membolehkan DAP bermaharajalela di bumi Dato Maharajalela ini? Tepuk dada tanya selera. Hanya rakyat negeri Perak sahaja yang tahu akan jawapanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Syabas Selangor

terdapat beberapa banner yang dipasang di sekitar Jalan Enggang oleh Pakatan Rakyat….

Banner yang pertama dilihat berbunyi Syabas Selangor Kerana Mengharamkan ISLAM Hadhari…
– penulis juga ingin merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim di atas pemberian peruntukan sebanyak RM100juta bagi membuka ladang babi terbesar di Malaysia. Syabas juga kepada kerajaan Selangor yang mempunyai cita-cita yang jarang diimpikan oleh mana-mana negeri waima mana-mana negara pun di dunia ini ingin menjadi pengekspot terbesar Babi. Tidak ketinggalan juga setelah terbaca satu artikel di dalam Mingguan Utusan semalam, ucapan syabas dan tahniah perlu diberikan lagi kepada kerajaan Selangor. Ucapan ini bersempena penghapusan peraturan had saiz rumah ibadat bukan Islam di Selangor. Sekiranya sebelum ini kelulusan bagi mendirikan rumah ibadat bukan Islam melebihi 10,000 kaki persegi diperlukan, tetapi kini kelulusan tersebut dimansuhkan. Peruntukan bagi rumah ibadat bukan Islam juga bakal dinaiikkan dari jumlah sedia ada iaitu RM3juta sahaja. Tidak cukupkah jumlah rumah ibadat terutama kuil-kuil di negeri Selangor. Penulis bukanlah bersifat perkauman atau ingin memainkan sentimen agama, tetapi terimalah hakikat bahawa terdapat lebih 1,000 buah kuil termasuk yang tidak berdaftar di negeri Selangor. Apakah erti rumah ibadat yang besar sekiranya ia hanya dibina bagi sebagai satu simbolik kepada negeri Selangor?? Bukankah sistem sedia ada terhadap urusan pembinaan rumah ibadat bukan Islam ini sudah stabil dan diterima pakai lebih dari 20tahun di Selangor. Apakah alasan yang diberikan  sekiranya larangan membina rumah ibadat lebih dari 10,000 kaki di dapati sudah tidak sesuai utk diterimapakai? Bukankah banyak lagi janji manis yang perlu dilaksanakan kepada rakyat dan bukan perkara seperti ini perlu dilaksanakan dahulu. Di mana kredibiliti kerajaan Selangor di dalam melaksana janji-janji mereka. Bukanlah rakyat tidak sabar terhadap janji yang diberikan tetapi selepas 100hari memerintah Selangor, satu janji pun belum dilaksana. Hanya pemberian air sahaja HAMPIR terlaksana bulan ini tetapi dianjak kepada Julai nanti. Melihat dengan tindakan kerajaan Selangor yang mengharamkan Penghayatan Islam Hadhari tempoh hari, penulis merasakan bahawa masyarakat Islam di negeri semakin hari semakin rugi. Tidak ada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Selangor setakat hari ini untuk masyarakat Islam di Selangor selain mengharamkan ahli UMNO untuk menggangotai jawatan AJK Masjid di dalam Selangor.

Banner kedua yang dilihat ialah Syabas Selangor Bersama Rakyat Mansuhkan ISA
– dipetik dari laman wikipedia
“Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.
Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.
ISA digunakan secara konsiten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai “keganasan putih” (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.”
Pada pendapat penulis, ISA ini masih relevan kepada negara kita terutama apabila negara kita mempunyai berbilang bangsa dan agama. Ini kerana kerajaan memerlukan satu mekanisme terutama dari segi undang-undang demi menjamin kestabilan negara. Walaupun ISA ini dianggap zalim, tetapi perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab yang menjejaskan ketenteraman awam lebih zalim dari akta ISA ini. Sebagai contoh ialah apabila HINDRAF mendakwa berlakunya pembersihan etnik dilakukan oleh kerajaan India terhadap masyarakat India di sini. Adakah berlaku peristiwa berdarah di mana bangsa India dihapuskan di negara kita? Begitu juga dengan dakwaan mereka bahawa mereka akan bertindak seperti Gerila Tamil Tiger di Sri Lanka terhadap kerajaan Malaysia. Lihat betapa ruginya para peniaga di sekitar KLCC akibat perhimpunan HINDRAF tempohari. Pada pendapat penulis, ISA ini boleh dimansuhkan sama sekali sekiranya keharmonian kaum di negara kita stabil dan rakyat saling hormat menghormati satu sama lain. Pada hari ini kita lihat bahawa parti-parti politik seperti DAP memainkan api perkauman di dalam merayu undi dari rakyat.Slogan Malaysian Malaysia dan Undi BN bermakna Undi UMNO adalah contoh sentimen perkauman yang dimainkan oleh mereka. ISA ini bukanlah zalim secara menyeluruh sekiranya petikan ini dirujuk di mana kebajikan ahli keluarga yang ditahan di bawah ISA masih lagi ditanggung oleh kerajaan.
Pada 17 November 2007, seramai 74 orang masih dithan di Kem Kamunting, Taiping, Perak di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Antara kesalahan yang mereka terlibat dalam ialah:

1. Jemaah Islamiah
2. Daulah Islamiah
3. Pemalsuan wang syiling RM1
4. Pemalsuan dokumen pengenalan
5. Pemalsuan pasport rakyat China
6. Penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI)
7. Gerakan Militan Selatan Thailand, Pejuang Pemisah Empat Wilayah dan Pemisah Selatan Thailand

Jika tahanan merayu dan memenuhi syarat, Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh memberi bantuan RM200.00 setiap bulan kepada keluarga tahanan.

Penulis hanya bersetuju sekiranya persefahaman erat di kalangan semua kaum di Malaysia terjamin barulah ISA ini boleh dimansuhkan tetapi bukan sama sekali tetapi ia digantikan dengan akta lain yang dirasakan lebih relevan pada keadaan negara pada masa depan.

Sekali lagi penulis merakan ucapan jutaan syabas dan tahniah kepada kerajaan selangor yang semakin hari semakin tunduk kepada tuntutan DAP dan semakin hari semakin melemahkan kekuatan orang Melayu Islam di Selangor.

Tahniah Tan Sri Khalid. Inilah dikatakan ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kenapa rakyat Malaysia perlu bayar lebih untuk bahan api

KUALA LUMPUR: Kira-kira pukul 7 malam Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan untuk menghadiri satu majlis taklimat yang diatur sebelumnya bagi semua anggota Dewan Negara di Bangunan Parlimen di sini.

Setengah jam kemudian, beliau tiba di sana dan terus memberi penjelasan kepada mereka tentang keputusan kerajaan menaikkan harga bahan bakar sebanyak 41 peratus, seperti yang beliau umumkan tiga jam sebelum itu di pejabatnya di Putrajaya.

“Melalui cara beliau bercakap, cara beliau menyatakan sebab-sebabnya dan cara beliau memberi penjelasan tentang isu itu, Perdana Menteri kelihatan memahami apa yang beliau lakukan. Semuanya (penjelasan itu) diberi tanpa berpandukan teks dan beliau memberi menjelasan tentang perkara itu secara panjang lebar.

“Abdullah memberi penerangan tentang isu itu secara jelas dan padat. Ringkasnya, setelah sesi itu berakhir, kesimpulan saya ialah beliau tahu apa yang beliau perkatakan,” kata Senator Datuk Gooi Hoe Hin, yang menghadiri taklimat tertutup itu.

Bagi kerajaan, langkah mengurangkan subsidi bahan bakar merupakan cara terbaik untuk memastikan wang yang diperoleh daripada pembayar cukai, digunakan secara lebih produktif seperti menambah baik kemudahan pendidikan, kesihatan dan prasarana demi faedah rakyat sendiri, daripada membiarkan sebahagian besarnya dibelanjakan secara tidak berhemat oleh pemilik kenderaan.

Kerajaan membuat keputusan untuk menangani isu itu secara berterus terang bagi mengelak rakyat menjadi semakin marah berikutan kenaikan harga bahan bakar.

Langkah konkrit

Sejajar dengan itu, kerajaan juga akan mengumumkan beberapa langkah konkrit minggu ini bagi meringankan beban yang dipikul pengguna.

Gooi menerima hakikat bahawa kerajaan tidak lagi mampu untuk terus  memberi subsidi terhadap bahan bakar apabila harga minyak mentah mencecah hampir AS$140 setong.

Bagaimanapun, kata beliau, kerajaan sepatutnya mengurangkan subsidi itu secara beransur-ansur, berdasarkan harga di pasaran antarabangsa.

“Memberi subsidi umpama memberi candu. Apabila rakyat sudah menjadi penagihnya, amat sukar untuk menariknya kembali kerana mereka akan mula mempersoalkan kenapa ia perlu dikurangkan,” katanya.

Mulai sekarang, Malaysia perlu menghentikan pemberian subsidi bahan bakar dan bukan menunggu hingga tibanya keadaan di mana kerajaan tidak lagi mampu meneruskannya, kata beliau.

Malaysia, yang merupakan negara pengeluar minyak, memperkenalkan subsidi bahan bakar pada 1982 bagi mengurangkan kesan buruk yang ditanggung oleh pemilik kenderaan akibat kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Kini, pemberian subsidi ini melibatkan hampir sepertiga daripada jumlah bajet negara.

Keputusan berisiko

Pandangan Gooi itu itu dikongsi oleh banyak pakar ekonomi dan penganalisis politik, yang percaya bahawa Malaysia terpaksa menerima saja pengajaran yang menyakitkan itu ketika kerajaan perlu membuat “keputusan yang berisiko tinggi daripada segi politik” dalam menangani isu berkenaan.

Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA) Datuk P.H.S. Lim berkata sebelum ini, kerajaan tidak menaikkan harga bahan bakar kerana ingin menjadi popular.

Beliau berpendapat kerajaan sepatutnya hanya memberi subsidi bagi bahan makanan dan pengangkutan awam, bukan terhadap bahan bakar kegunaan kenderaan persendirian kerana langkah itu mengakibatkan wujudnya ketidakcekapan dalam sistem ekonomi.

Kerajaan juga, kata beliau, sepatutnya memperkenalkan setem makanan bagi membantu mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah untuk membeli bahan makanan.

“Baru-baru ini, saya ditanya, apabila kerajaan memberi diesel pada harga lebih murah kepada nelayan, adakah pengguna mendapat ikan pada harga lebih murah,” katanya.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng pula berkata, jumlah subsidi bahan bakar telah meningkat dengan mendadak sejak 1982 dan apabila Abdullah mengambil alih teraju pentadbiran negara ini pada 2004, keadaan sudah mencapai tahap yang tidak lagi mengizinkan kerajaan untuk terus menghulurkan subsidi berikutan harga minyak yang melonjak.

Kata beliau pentadbiran Abdullah berpendapat bahawa penjimatan wang pembayar cukai hasil daripada pengurangan pemberian subsidi, perlu disalurkan ke jalan lebih baik seperti menambah baik sistem pengangkutan awam untuk memberi lebih banyak manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

“Sejak 2004, kerajaan sudahpun bercadang memotongnya, tapi saya tak tahu kenapa ia tidak berbuat demikian. Kerajaan tahu, suatu hari nanti, tindakan itu perlu juga diambil.

Tindakan terus

Kalau tindakan ini terus ditangguhkan dan tibatiba keputusan terpaksa dibuat untuk membuat pemotongan besar, sudah tentu rakyat menjadi amat marah,” kata Khoo.
Beliau berharap penjimatan sebanyak RM13.5 bilion daripada subsidi bahan bakar akan digunakan secara bijak dan produktif.

Tindakan kerajaan menghentikan pemberian subsidi bahan bakar juga disokong badan antarabangsa seperti Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

Berdasarkan data IEA, subsidi bahan bakar di China, India dan Asia Barat saja melibatkan AS$50 bilion tahun lepas.

Jumlah ini akan menjadi lebih besar pada 2008 jika harga minyak terus meningkat, kata Pengarah Eksekutif IEA Nobuo Tanaka.

Malah, beliau berkata “bukanlah suatu andaian yang tidak masuk akal” kos melindungi pengguna daripada harga pasaran di ekonomi sedang muncul ini akan meningkat kepada AS$100 bilion tahun ini.

Tanaka berkata, subsidi memberi ruang kepada pengguna untuk terus menggunakan minyak secara tidak berhemat dan melonjakkan harga minyak dunia, hinggakan dalam banyak keadaan, ia menjadi beban ekonomi yang tidak lagi mampu ditanggung oleh kerajaan, yang lama kelamaan, memaksa kerajaan perlu mengubah dasarnya bagi membiarkan kuasa pasaran mengawal permintaan.

Petronas meraih

Hakikat bahawa Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan Petronas meraih keuntungan sejak sekian lama, sering mendorong kebanyakan rakyat Malaysia untuk bertanya kenapakah subsidi minyak tidak boleh terus diberi kepada mereka.

Ahli politik pembangkang mendakwa penjelasan kerajaan bahawa harga runcit petrol RM2.70 sekarang masih rendah berbanding di negara lain di rantau ini, tidak boleh diterima kerana ia sepatutnya dibandingkan dengan harga di negara pengeluar minyak mentah lain.

Bagi menguatkan hujah mereka, ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan satu senarai perbandingan: Emiriyah Arab Bersatu (RM1.19 seliter), Mesir(RM1.03 seliter), Kuwait (RM0.67 seliter), Arab Saudi (RM0.38 seliter), Nigeria (RM0.32 seliter) dan Venezuala (RM0.16 seliter).

Mengulas perkara ini, Ketua Ahli Ekonomi RAM Consultancy Services Dr Yeah Kean Leng berkata, memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pengeluar minyak lain dan malah, sesetengah negara membangun, memberi subsidi yang besar jumlahnya bagi harga bahan bakar.

“Tapi, apa yang menjadi persoalan ialah saiz subsidi yang mereka berikan kerana kebanyakannya hanya berjumlah kirakira 2.0 hingga 4.0 peratus daripada KDNK mereka, kecuali sesetengah negara pengeluar minyak seperti Brunei, memberi hingga 5.0 peratus daripada kadar KDNKnya.

“Malaysia memberi kira-kira 6.0 hingga 7.0 peratus daripada jumlah KDNKnya berdasarkan harga AS$135, iaitu suatu jumlah yang terlalu besar dan kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk mengurangkannya,” kata beliau.

Mendadak

Yeah berkata kenaikan mendadak harga bahan bakar baru-baru ini tidak dapat dielakkan setelah kerajaan membiarkan jurang antara harga pasaran dan harga yang disubsidi menjadi terlalu lebar dan pelarasan tidak dibuat sepanjang tahun ini apabila harga minyak mentah melonjak daripada AS$50 kepada lebih AS$100 setong.

“Sebab itulah kuantum yang perlu dipelaraskan begitu besar supaya ia mencapai tahap yang mampu ditanggung,” katanya.

Penganalisis politik Ong Kian Ming pula berkata, Petronas tidak boleh terus memberi subsidi terhadap harga bahan bakar memandangkan keuntungan kasarnya sudahpun dimasukkan ke dalam tabung kerajaan melalui cukai, dividen dan royalti.

“Separuh lagi perlu digunakan bagi dilaburkan semula ke dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunanm medan minyak di dalam dan di luar Malaysia. Jika semua keuntungannya digunakan bagi menanggung subsidi bahan api untuk kegunaan domestik, suatu hari nanti, kita mungkin akan mencapai tahap menjadi pengimport sepenuhnya,” kata beliau.

Lagipun, kata beliau, Petronas hanya menguasai 30 peratus daripada pasaran runcit tempatan dan ini bererti subsidi selebihnya akan jatuh ke tangan syarikat minyak asing.

Ketika membentangkan penilaian beliau tentang keadaan semasa, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Marican secara berterus terang berkata Petronas akan gulung tikar dalam tempoh 10 tahun lagi jika semua keuntungan yang diperolehnya diserahkan kepada kerajaan bagi membiayai subsidi bahan bakar.

Banyak syarikat minyak telah berkubur atau menghadapi masalah kewangan kerana keuntungan mereka habis diambil bagi tujuan seperti itu, katanya.

Untuk rekod, Petronas membayar RM52.3 bilion kepada kerajaan dalam bentuk cukai, royalti dan dividen pada tahun kewangan lepas dan jumlah ini merupakan 32 peratus daripada hasil yang dijana oleh kerajaan pusat.

Sejak ditubuhkan pada 1974 hingga tahun lepas, Petronas membayar kepada kerajaan sejumlah RM335.7 bilion daripada keuntungannya yang berjumlah RM570 bilion. BERNAMA

sumber mstar

nota: ““Memberi subsidi umpama memberi candu. Apabila rakyat sudah menjadi penagihnya, amat sukar untuk menariknya kembali kerana mereka akan mula mempersoalkan kenapa ia perlu dikurangkan,” katanya.” Penulis bersetuju dengan pendapat ini. Ia disebabkan rakyat rata-rata amat ‘selesa’ dengan subsidi yang diberikan sehinggakan sesuap nasi yang masuk ke dalam mulut juga disubsidi oleh kerajaan. Persoalan sekarang sampai bila kerajaan harus memberi kepada rakyat terutama dalam keperluan persendirian pengguna seperti bahan api? Alangkah baiknya sekiranya wang subsidi yang dibelanjakan untuk bahan api disalurkan kepada pemberian perubatan percuma kepada rakyat. Terimalah hakikat bahawa di dalam menuju ke arah negara maju, rakyat tidak seharusnya bergantung kepada subsidi.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ketua PKR protes seorang diri di hadapan rumah Ketua Menteri Sarawak

KUCHING: Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Santubong, Saidin Massudin Sahini, 53, berjalan kaki dari Kampung Demak Jaya ke kediaman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Laut, Petra Jaya di sini, kerana membantah kenaikan harga minyak.

Beliau sebenarnya merancang mengadakan demonstrasi bersama 500 hingga 800 orang tetapi akhirnya beliau seorang saja yang hadir membawa segulung kad manila bertulis “rintihan rakyat miskin”.

“Saya sudah maklumkan kepada ahli PKR, DAP, PAS dan rakyat miskin untuk menghadiri demonstrasi aman ini tetapi semua tidak hadir… semua mungkin takut,” katanya kepada pemberita dengan nada kecewa di hadapan kediaman rasmi Ketua Menteri.

Selepas itu, Saidin ke pondok pengawal di situ meminta kebenaran berjumpa dengan Taib, namun beliau dimaklumkan Ketua Menteri berada di luar negara.

“Saya tidak pandai membaca. Saya tidak tahu Ketua Menteri berada di luar negara.

Kalau beliau ada, saya hanya mahu menyampaikan mesej kepada beliau,” kata peniaga kecil itu.

Hampir sejam menunggu hingga 10 pagi, Saidin masih berseorangan.
Sebelum beredar dengan motosikalnya, beliau memberitahu pemberita bahawa beberapa demonstrasi akan diadakan dalam tempoh terdekat termasuk satu di Pasar
Minggu Satok pada 10.30 pagi ini.  Polis, pemberita dan jurugambar yang bergegas ke Pasar Minggu Satok mendapati tiada sebarang demonstrasi diadakan di situ.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Wong Wai Long berkata ini merupakan cubaan ketiga anggota PKR berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak.
Sebelum ini satu demonstrasi diadakan di Jalan Satok sebagai membantah pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenaikan 78 sen harga petrol dan RM1 diesel Rabu lalu.

“Saya mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai manamana perhimpunan atau demonstrasi haram yang dirancang pihak tertentu yang tidak mendapat kelulusan polis,” katanya.  Setakat ini, Wong berkata hanya permohonan DAP untuk mengadakan perhimpunan, yang diterima polis. BERNAMA

sumber mstart

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda