Ketua PKR protes seorang diri di hadapan rumah Ketua Menteri Sarawak

KUCHING: Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Santubong, Saidin Massudin Sahini, 53, berjalan kaki dari Kampung Demak Jaya ke kediaman Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Laut, Petra Jaya di sini, kerana membantah kenaikan harga minyak.

Beliau sebenarnya merancang mengadakan demonstrasi bersama 500 hingga 800 orang tetapi akhirnya beliau seorang saja yang hadir membawa segulung kad manila bertulis “rintihan rakyat miskin”.

“Saya sudah maklumkan kepada ahli PKR, DAP, PAS dan rakyat miskin untuk menghadiri demonstrasi aman ini tetapi semua tidak hadir… semua mungkin takut,” katanya kepada pemberita dengan nada kecewa di hadapan kediaman rasmi Ketua Menteri.

Selepas itu, Saidin ke pondok pengawal di situ meminta kebenaran berjumpa dengan Taib, namun beliau dimaklumkan Ketua Menteri berada di luar negara.

“Saya tidak pandai membaca. Saya tidak tahu Ketua Menteri berada di luar negara.

Kalau beliau ada, saya hanya mahu menyampaikan mesej kepada beliau,” kata peniaga kecil itu.

Hampir sejam menunggu hingga 10 pagi, Saidin masih berseorangan.
Sebelum beredar dengan motosikalnya, beliau memberitahu pemberita bahawa beberapa demonstrasi akan diadakan dalam tempoh terdekat termasuk satu di Pasar
Minggu Satok pada 10.30 pagi ini.  Polis, pemberita dan jurugambar yang bergegas ke Pasar Minggu Satok mendapati tiada sebarang demonstrasi diadakan di situ.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Wong Wai Long berkata ini merupakan cubaan ketiga anggota PKR berdemonstrasi membantah kenaikan harga minyak.
Sebelum ini satu demonstrasi diadakan di Jalan Satok sebagai membantah pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenaikan 78 sen harga petrol dan RM1 diesel Rabu lalu.

“Saya mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai manamana perhimpunan atau demonstrasi haram yang dirancang pihak tertentu yang tidak mendapat kelulusan polis,” katanya.  Setakat ini, Wong berkata hanya permohonan DAP untuk mengadakan perhimpunan, yang diterima polis. BERNAMA

sumber mstart

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

9 responses to “Ketua PKR protes seorang diri di hadapan rumah Ketua Menteri Sarawak

  1. mana orang PKR yang hilang.. buat pe bior dia sorang-sorang jalan kaki…. join ler.. rakyat tak terima jangan lak tebal muka ngaku adil… rakyat dah tau kerja korang.

    sekupangdua pelik juga pergi jalan kaki.. tapi balik naik motor lak… betuler janji tak pernah ditepati!

    kepada pemberita kena paham lain kali kalau dema berjanji jangan percaya seratus peratus beb!

  2. Kuntakinte

    Salam, sekupangdua, sedih juga dengar berita tu ya… ingat kan rakyat benar2 marah kan kerajaan apabila harga minyak naik, rupanya di sarawak dia sorang je… hai nasib badan.

    Kuntakinte ingat satu cerita, seorang panglima China nak pergi ke Istana Raja untuk memerangi Istana, pakatan demi pakatan pun dibuat untuk menarik ramai lagi rakyat untuk bersama2 nya untuk serang Istana, berjanji lah mereka berkumpul di pintu masuk Istana, Raja sudah tahu akan pakatan tersebut dan mengerah bala tentera untuk mengawal di depan pintu Istana,
    Tiba hari yang ditunggu pergi lah panglima ke Istana, apa lagi dengan megah dia berdiri berdepan dengan panglima raja, ditoleh kebelakang baru disedar di sorang aje yang datang, kena tangkap kepala pun di pancung, ha.. tamat riwayat sang panglima kampung. ini lah yang berlaku dengan sedara kita sorang tu..

    p/s Sedih + pening teman mikiornya, mana yang lain2. nasib – nasib kata pepatah hidung tak mancung pipi tersorong2.

  3. Mamak Penang

    salam ,
    Mungkin dia gunakan “First come first serve”.Tak sempat nak tunggu kawan-kawan yang lain.Apa ini KM menteri Sarawak tak ada kerja lain kah?.Mau huluk Nasi Kandak kat dia dulu kah?.penin pikiak!.Sincere advice to PKR members,”it is never too late to mend’.Wasalam.

  4. keadilan rakyat

    ni mesti ada sabotaj dari BN sarawak ni!!!
    miscommunication rasanya…..PKR sangat pun anytime akan tumbangkang PBB

  5. AbangTuah

    Kau ni PKR dah terang lagi bersuluh…cuba terangkan…betul-betul secara teperinci

  6. hamba Allah

    sarawakian tak suka demonstrasi..die orang lebih pentingkan keamanan tak macam di semenanjung..

  7. kau orang tak tau cerita ni jangan menyampuk. sebenarnya pada hari tu kita tersalah terima imformasi. Tambahan ada orang bn yang menyamar sebgai pkr. dia ni jenis seperti hantu raya. menyamar jadi suami orang dan main ngan isteri org tu. Aku kenal saidin. dia ni apa di kata akan dikota. Walau tak berduit asal maksud rakyat dapat beliau suarakan. Bukan nak ambik glemaour macam orang bn.

  8. kuntakinte

    Salam, simunjan, ngaku je yeop!!!! kera sumbang memang rupa tu.. he..he.. species tengok cermin tak ngaku ada kurap di dahi kata hensom jugak. he…he..

  9. apa nak heran … memang cakap tak serupa bikin….. he he he… kena kencing lagi…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s