Tuntut janji Anwar turunkan harga minyak

sumber malaysiakini

Parti Rakyat Malaysia (PRM) mencabar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menjelaskan langkah-langkah yang beliau akan ambil untuk menurunkan harga minyak yang naik mendadak minggu lalu.

koh swe yongNaib presiden PRM Koh Swe Yong mengulas kenyataan Anwar bahawa apabila “Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan pusat, pasti akan menurunkan harga minyak” dan jika “Pakatan tidak menunaikan janji-janji, menurunkan harga minyak, beliau akan meletakkan jawatan.”

Beliau mencabar Anwar mengumumkan harga minyak akan diturunkan oleh Pakatan “kerana menurunkan harga 5 sen atau 20 sen pun, (boleh disebut) turun harga juga.”

Koh juga berkata Anwar sebagai pendukung ekonomi pasaran bertentangan dengan konsep menjaga kebajikan rakyat seperti disebarkan oleh parti pembangkang.

Untuk mengelakkan kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sebagai semata-mata “cakap-cakap politik”, katanya lagi, Anwar harus segera mengarahkan Selangor yang dikuasai oleh Pakatan untuk menunaikan janji-jani manifesto pilihanraya umum.

Manifesto itu, antaranya, menurunkan cukai pintu, cukai tanah dan memberi wang saguhati seribu ringgit kepada pelajar-pelajar baru yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

“Sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak melaksanakan janji-janji pilihanraya umum itu, kerajaan negeri Selangor harus meletakkan jawatan sebagai tanda  maaf kepada pengundi Selangor,” kata Koh dalam satu kenyataan.

“Perbuatan di atas dapat  membuktikan kini apa yang dikatakannya adalah benar, bukan cakap-cakap politik.”

nota: penulis mengulangi pendirian penulis yang mengatakan sekiranya DSAI ikhlas ingin menurunkan harga minyak di Malaysia, beliau tidak perlu tunggu sehingga menjadi Perdana Menteri. Keputusan menaikkan harga minyak bukanlah satu keputusan yang popular yang ingin dilakukan oleh mana-mana individu di dunia ini. Ia merupakan satu isu global, hampir di serata dunia bercakap mengenai kenaikan harga bahan api utama dunia. Sekali lagi penulis ingin menyarankan kepada DSAI agar berbincang dengan kerajaan sekiranya terdapat kaedah yang rasa boleh dilakukan tanpa perlu menunggu sehingga Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan. Bukankah tindakan seperti ini seperti menghukum rakyat kerana tidak memilih Pakatan Rakyat pada PRU tempohari?? Haruskah rakyat menjadi mangsa akibat tamak kuasa oleh sesetengah individu. Rakyat marhaen ini juga tahu berapa nilai harga minyak yang akan dikurangkan dan berapa lama tempoh harga itu akan dikekalkan. Janganlah hanya dengan memberi ‘gula-gula’ dan rakyat menjadi tertipu. Adakah setakat pengurangan <RM0.50sen dan harga murah petrol hanya bertahan untuk tiga bulan sahaja. Syarikat perlaburan dunia, Goldman Sachs menjangkakan dalam tempoh 6 ke 24 bulan akan datang harga satu tong minyak mentah akan berada di paras USD 150-200 setong. Jangan dibandingkan negara kita dengan negara seperti Arab Saudi dan Venezuela serta Nigeria yang sememangnya menjadi pengekspot utama minyak di dunia. Bandingkan tahap pengeluaran minyak sehari mereka dengan Malaysia.  Penulis difahamkan bahawa syarikat-syarikat minyak di Malaysia dikawal pengeluaran minyak yang mana had pengeluaran hanya 750,000 tong sehari. Dasar ini dibuat bagi memastikan generasi akan datang tetap merasai nikmat bumi Malaysia yang masih mempunyai minyak untuk digalikan. Adakah anda ingin melihat harga minyak murah pada hari ini dengan membenarkan pengeluaran tong sehari meningkat dan anak cucu kita akan menanggung kos minyak yang tinggi akibat perbuatan kita hari ini? Fikirkanlah demi masa depan. Kita melangkah ke esok hari dari semalam. Janganlah menghukum generasi akan datang kita dengan perasaan tamak manusia yang sentiasa inginkan benda yang murah tanpa sebarang usaha.

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

14 responses to “Tuntut janji Anwar turunkan harga minyak

  1. ANTIKEBODOHAN

    tak payah tunggu jadi pm nak turunkan harga minyak.?kenapa engkau ni bodoh sangat.kalau sesapa je boleh turunkan harga minyak tanpa perlu pegang tampuk kuasa..elok engkau sendiri je turunkan.Tak pun suruh bapak engkau je buat.

  2. AbangTuah

    SAUDARA KEBODOHAN…aku suka sangat berdebat dengan orang-orang yang bodoh macam engkau sebab aku tahu peluang untuk aku menang memang tinggi. Engkau dahlah kebodohan, membaca pun tak khatam…cuba engkau baca sekali lagi artikel ni. Eja huruf tu betul-betul…karang silap pula bunyinya.

    “Parti Rakyat Malaysia (PRM) mencabar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menjelaskan langkah-langkah yang beliau akan ambil untuk menurunkan harga minyak yang naik mendadak minggu lalu.”

    Rasa aku kalau engkau tak bodoh tentu engkau akan faham bahawa Anwar diminta perjelaskan langkah-langkah…atau bersamaannya dalam bahasa ingeris Theory dia. Tapi dah sememangnya engkau kebodohan bahasa melayu tak faham, ingeris lagi hancus. Langkah-langkah/Theory, tak perlu jadi PM pun boleh kasi tahu…macam theory kat Selangor sebelum pilihan rayakan ke senang nak buat…cakap je ikut sedap…temberang pun temberanglah

    Aku pun setuju bahawa bapak engkau pun orang yang bodoh jadi tak salahkan engkau jadi kebodohan-bodohan.

    Ha…ha…lainkali sebelum menulis tu baca dan fahamkan dulu…kan dah kena…sendiri punya salah. Tapi walaubagaimana pun aku minta maaf terkasar pada orang yang kurang upaya akal.(kebodohan)

    “Taming Sari Menari Lagi”

  3. keadilan rakyat

    sabar semua
    tunggu bulan sembilan..sekrg ni korang rasakan hukuman akibat memangkah BN…
    Beruk Nate!!!hahaha

  4. Kuntakinte

    Salam,, abangtuah, species jenis macam ni memang baca yang tak elok je, mata juling sebab asyik fokus benda tak betul je, nama dia antikebodohan ke inti kebodohan, dia silap taip kut, teman rasa yang betul inti kebodohan, kalau hati dah hitam cuci dengan clorox pun tak kan putih, dia yang elok hati macam species ni bagi harimau kat zoo baham je.

    Janji turun harga minyak, itu janji species korang yang buat, bukan orang lain, jadi bila dah perintah Selangor turun kan la harga minyak untuk orang Selangor, teman ajar mai kat pemimpin besor korang tu, Kerajaan Selangor keluar duit bagi subsidi kat rakyat selangor lagi baik bagi free terus, kata bijak pandai, apa susah nya, keluar kan duit panggil semua pengusaha minyak claim kat kerajaan Selangor. orang hebat mesti boleh buat punya kalau tak hebat masa kan janji dengan rakyat selangor, suara tu mesti keluar ikut mulut pemimpin besor korang tu takan keluar ikut buntut kut.

    Kerajaan BN memang tidak menjanjikan harga minyak akan turun kita jenis berpijak di bumi nyata, bukan macam korang hidup melayang je di buai bermimpi, dari segi penurunan harga minyak biar lah kerajaan pusat yang naik, pedulikan!!! rakyat marah kepada kerajaan pusat, TETAPI korang kerajaan Negeri yang diperintah oleh species seumpama dengan korang turun kan lah, guna lah duit hasil kerajaan tu, susah ke… kata Anwar hebat, kata Wak Hadi hebat, kata si Lim tu hebat, haaa buat le, kota kan janji pada rakyat.

    Sedara bapak kita tak berduit nak turun kan harga minyak, yang berduit turun kan minyak bapak anwar ibrahim si yahudi US tu, apa lagi korang claim le dengan si bapak anwar ibrahim tu, ni lah masa nya si bapak anwar nak berjasa kepada kerajaan bapak korang punya ni. aku nak ajar korang pergi ramai2 ke rumah anwar minta dia slow talk dengan bapak angkat dia di US tu bagi duit kat dia untuk tolong bayar subsidi untuk kerajaan bapak korang punya tu, bukan ke mudah, janji tetap janji sedara oi… tidak di soal di padang masyar nanti, bapak US korang takan nak jawab, tentu le korang species seumpama nya.

    Ha… dapat le korang!!!. Abangtuah teman tengok dah mula mengeletar kira nak cabut je taming sari tu. siap le korang.

  5. AbangTuah

    Sabar semua pejuang UMNO sekarang Ezam and the Geng masuk UMNO..bulan sembilan beribu-ribu lagi yang akan menyahut pangilan bangsa dan agama…yang tinggal si Master bangang dan pemimpin mereka. Kalau setakat si Master bangang ni tak masuk UMNO pun tak apa…dah scrap lah katakan…ha…ha…ha

    “Taming Sari menari lagi”

  6. Kuntakinte

    Haa. haaa. sabar sahabat2, sedara keadilan rakyat tu bercakap dalam tidur, belum sedar dari di buai mimpi tu, hai… tipah tertipu lagi…..

    Gedebee sokmo mu ni, tak sedar kan diri.. mu tak dapat ke berita terkini, Menteri Besar Perak nak naik bendera putih nak angkat tangan, kau pulak tunggu betul ke tidak cakap aku ni….

    Kita tengok sapa yang kena……… ha…ha..ha…

    P/s Beruk nate banyak di hutan kelantan

  7. keadilan rakyat

    hahhaha
    jangan bermimpi di siang hari
    ntkan melompatnya ahli umno dan bn sabah…
    baru tenganga anda semua dengan pak lah…
    hahahha….
    perompak hak rakyat!!!

  8. AbangTuah

    Bro kuntakinte..ha..ha..depa naik minyak sekejap je…dah habis…tu aje…tak panas badan pun. Tak ada semangat perjuangan puak MASTER PKR ni. Hai…..MASTER PKR di mana engkau…AbangTuah, kuntakinte,mamak dan MOK sedan menunggu…dah lari masuk hutan…agaknya…tak-tak dah ke Tibet berguru lagi.

    Ha…ha…
    “Taming Sari menari lagi”

  9. pelik juga antikebodohan… mengaku tak bodoh tapii…ish ish pening,..pening betuiler kalau dah bodoh tu bodoh juga lak .. tak reti menafsir erti perkataan bodoh… sdr bodoh sila rujuk kamus jangan rujuk tempat membodohkan miker… kalau miker bodoh berkawanlah dengan yang tak bodoh supaya tidak dibodohkan. kenapa bodoh sangat biar kengkawan miker membodohkan mike. jangan tengok semua pekara secara bodoh sebab kita akan bagi pendapat macam orang bodohlah nanti jadinya. kadang-kadang idea mike rasa macam baik senang dipercayai orang yang boleh mike bodohkan tapi sebenarnya mike silap mike jangan ingat idea bodo mike boleh perbodohkan orang. yang sebenornya mike terpengaruh dengan cakap orang-orang yang bodoh sekaligus buat mike juga menjadi BODOH

    sekupang dua banyak kali jumpa orang bodoh …memperbodohkan diri sendiri tapi cepat sedar tentang kebodohan untuknya sendiri

  10. Mamak Penang

    Salam!,
    Mamak rasakan memang boss dia ini boleh jadi PM…bukan nak jadi perdana menteri tapi jadi PEMUSNAH MASYARAKAT/PEMUSNAH MALAYU!!!!!.Mai makan laksa tanjung,umuk pkr memang tak panjang!!!!!ha..ha..promosi laksa tanjung!.Wasalam.

  11. teramatlah betui lah mamak… LAKSA TANJUNG SATU…KURANG PEDAS

  12. penulis_cyber

    sabaq….mari kita bergaduh di forum…forum satu mamak !

    buka http://malaysiakukini.wordpress.com

  13. assalamuaikum wahai orang islam!

    MESTI TENGOK satu lagi bukti patut dilaporkan pada POLIS angkara si IBLIS PAS utk perarakan protes harga minyak. menghina PAKLAH yg dijadikan spt SYAITAN, boleh jadi pergaduhan besar!

    MESTI TENGOK! http://alhusseyn51.blogspot.com/ Penulis BLOG mohon jadikan isu utk perhatian BLOGGERS!

  14. aSSALAMUALAIKUM SAHABAT!

    MESTI TENGOK satu lagi bukti patut dilaporkan pada POLIS angkara si IBLIS PAS utk perarakan protes harga minyak. menghina PAKLAH yg dijadikan spt SYAITAN, boleh jadi pergaduhan besar!

    MESTI TENGOK! http://alhusseyn51.blogspot.com/ Penulis BLOG mohon jadikan isu utk perhatian BLOGGERS!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s