15 negara pengekspot utama minyak dunia

penulis merujuk kepada perbandingan harga yang dibuat oleh saudara mangkuk

“Mari kita bandingkan harga minyak di negara pengeluar minyak lain. Adakah Malaysia yang paling rendah?
UAE– RM1.19/litre
Eygpt– RM1.03/litre
Bahrain– RM0.87/litre
Qatar– RM0.68/litre
Kuwait– RM0.67/litre
Saudi Arabia– RM0.38/litre
Iran– RM0.35/litre
Nigeria– RM0.32/litre
Turkmenistan– RM0.25/litre
Venezuela– RM0.16/litre
MALAYSIA– RM2.70/litre

Kesemua Negara diatas adalah negara pengeluar minyak.”

berikut adalah data sehingga 2006

1. 15 negara pengeluar minyak utama dunia

2. 15 negara utama pengekspot minyak dunia
sumber di laman ini
berikut pula komen dari saudara mok di dalam posting kenapa rakyat malaysia perlu bayar lebih
“UAE– RM1.19/litre
Eygpt– RM1.03/litre
Bahrain– RM0.87/litre
Qatar– RM0.68/litre
Kuwait– RM0.67/litre
Saudi Arabia– RM0.38/litre
Iran– RM0.35/litre
Nigeria– RM0.32/litre
Turkmenistan– RM0.25/litre
Venezuela– RM0.16/litre
London – RM6.94
Sri Lanka – RM4.85
Singapore – RM5.10
Tokyo – RM4.85
Sydney – RM4.49
Delhi – RM3.84
USA – RM3.23
Bangladesh – RM3.13
Vietnam – RM2.90
Malaysia – RM2.69
Indonesia – RM2.09
Beijing – RM1.97
nota”kadar tukaran” 1US$ = RM3.23
OK,Wasalam!.”
kepada semua pembaca yang budiman, di sini kita dapat lihat perbandingan harga minyak di Malaysia dengan negara-negara yang digembar-gemburkan kemurahan harga minyak mereka. Kebanyakan negara yang menjual harga seliter minyak murah dari Malaysia merupakan negara-negara yang utama di dalam pengeluaran dan pengekspotan minyak dunia. Diharap dengan perbandingan yang dibuat ini dapat semua pembaca faham dan tahu mengapa harga minyak kita tidak semua venezuela, UAE dan juga Nigeria serta mengapa perbandingan harga kita sering lakukan terhadap negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Diharap pembaca tidak termakan ‘gula-gula’ yang ditaburkan oleh pembangkang yang sememangnya tamakkan kuasa.
Malaysia merupakan negara ke 25 pengeluaran minyak dunia dan negara ke 26 pengekspot minyak dunia (statistik tahun 2006). Data lanjut mengenai pengeluaran minyak negara kita boleh rujuk di sini.
About these ads

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “15 negara pengekspot utama minyak dunia

  1. Syahredzan Johan

    Bagus sungguh penyelidikan saudara.

    Memang benar, negara-negara tersebut merupakan pengeluar dan pengeksport utama minyak di dunia. Mungkin kerana itu harga minyak mereka begitu rendah.

    Tetapi kita tetap ‘net exporter’ minyak. Oleh itu, perbandingan harus dibuat dengan negara ‘net exporter’ yang lain. Persoalannya adalah mengapa kita sering dibandingkan dengan negara yang langsung tidak mengeluar/mengkesport minyak seperti Singapura?

    Dan kalau kita ingin bandingkan dengan Singapura sekalipun, jangan lupa bahawa nilai dollar singapura jauh lebih tinggi daripada kuasa membeli ringgit kita.

    Tapi mungkin saudara senang dengan membayar minyak RM2.70 seliter. Itu hak saudara. Bagi saya, saya mahukan kerajaan saya lebih telus dalam pentadbiran. Saya mahu diberitahu mengapa saya harus membayar harga yang begitu tinggi untuk minyak. Setakat ini, kerajaan saya tidak memberikan penerangan yang manusabah kepada saya.

  2. Mamak Penang

    Salam Moderator wah…cukup padat…tak payah pii surf Internet untuk dapatkan maklumat …..puas sungguh puas…penat Mamak cari detail.Bravo moderator…nak kata apa lagi MSM pun kalah kat blog ini!!!.Tahniah Moderator..keep up the goodwork!!!!Wasalam.

  3. pemudaumno

    salam Syahredzan Johan

    bayaran begitu tinggi ni, penulis rasa kan akibat kenaikan harga minyak dunia mutakhir ini di mana harga petrol di negara Malaysia sepatutnya sudah dinaikkan sejak kenaikan terakhir sebanyak 30sen tempohari.

    kenaikan ini dilihat menggunakan pendekatan ‘back-dated increment’ di mana hampir satu tahun harga minyak di negara Malaysia dijual pada paras RM1.92. Kenaikan bahan makanan juga merupakan faktor yang diambilkira semasa pengumuman kenaikan di mana lebihan wang subsidi dianjurkan kepada subsidi bekalan makanan nasional.

    penulis bersetuju dengan pendapat saudara yang inginkan kerajaan lebih telus di dalam pentadbiran dan saya percaya kerajaan sedang berusaha ke arah pentadbiran yang lebih telus dan pruden. walaubagaimanapun, harus diingat bahawa proses perubahan yang ingin kita lihat di dalam pentadbiran kerajaan akan mengambil masa yang lama. ia bukan satu proses yang hanya mengambil tempoh yang singkat. Ibarat ingin membuka ladang buah…pokok harus disemai dan dijaga supaya buah yang dihasilkan berkualiti.

    Sama seperti di dalam pentadbiran kerajaan, ketelusannya bukan hanya bergantung kepada seorang pemimpin malah ia melibatkan semua kakitangannya.

    wassalam

  4. Fanatik BN BoDoH..

    Biar Labu Terjun dengan Labu2nya.
    Hang pa dapat duit..
    Orang kampung dapat bala..
    tak ke hang pa pikiq, rasanya ramai lagi sedara, adik beradik, sahabat handai yang kat kampung2 nun lagi susah dek kerana dua tiga kerat juak2 hampa yang tamak haloba dan menekan mereka.
    Ramai lagi anak2 kampung yang jadi dungu dan bebal x dak duit pi sekolah- dek kerana juak2 hampa..
    Sedaqlah songkok2 BeEnd oi…

  5. RENTIKAN MELAYAN orang gila NI SATU SEN PUN TAK GUNA!… YOP MAKANLAH UBAT TU… NI SEBAB TAK MAKAN UBAT LER… PENJAGANYA.. JAGAN BUANG MASA TALIPON HOSPITAL TANJUNG RAMBUTAN SEKARANG ….BANYAK LAGI KOSONG.. TENTU DIA ORANG… KESIAN.. DIA TAK PUN BAWAK JUMPA USTAD KARPAL KOT BOLEH PULIH SEMANGATNYA BALI.. TAPI JANGAN BAWAK BANG NUAR.. JANGAN.. RISAU JUGAK YA LAH DEPAN TAK APALER ..BELAKANG NI BUKAN KITA NAMPAK

  6. INI LAGI BAGUIH!..tengok syaitan buat kerja…. buang masa dgn orang tak siuman buat apa!

    MESTI TENGOK satu lagi bukti patut dilaporkan pada POLIS angkara si IBLIS PAS utk perarakan protes harga minyak. menghina PAKLAH yg dijadikan spt SYAITAN, boleh jadi pergaduhan besar!

    MESTI TENGOK! http://alhusseyn51.blogspot.com/ Penulis BLOG mohon jadikan isu utk perhatian BLOGGERS!

  7. Safwan

    Saya memang menyokong tentang kadar harga minyak di Malaysia…Hal ini amat bertepatan dengan matlamat wawasan 2020 yang menginginkan Malaysia menjadi negara maju..Oleh itu kita dapat lihat sendiri harga minyak di negara maju. Selain itu juga,kebanyakan negara maju didunia bukanlah negara pengeksport minyak,tetapi adalah negara industri. Contohnya dapat kita lihat daripada perbezaan negara Arab Saudi dan Singapura,Brunei dan Britain serta beberapa negara yang lain.

  8. actually prkara mngenai harga minyak ini telah brlanjutan smpy ke facebook..so sye pown nk mgkaji mngenai hal ini…jika nk di ikutkn knpe harga minyak kat malaysia jauh lbh tinggi brbanding dgn harga pngeluar minyak sprti qatar,bahrain,iran…ini di sbbkn mereka mrupakan pngeluar minyak yg besar dan minyak mereka pown byk..brbanding dgn asset negara malaysia yg smakin pupus ny..thats why la harge minyak kat malaysia ny tinggi..klau nk di bandingkn dr sudut ekonomi dunia..apabila prmintaan dr consumer terlalu tinggi dan penawaran minyak adalah rendah…itulah yg mnyebabkn harga minyak malaysia smakin tinggi…di sbbkn nilai asset negara yg smakin brkurangan.. :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s