Apa jadi dengan air percuma

sumber mstar.

KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari Menteri Besar Selangor menjamin air percuma mulai bulan ini, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini menolak terma-terma dan syarat-syarat pembayaran yang dijanjikan oleh Kumpulan Darul Ehsan  Berhad (KDEB) bagi pihak kerajaan negeri berhubung pemberian 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan berkata, setelah menelitinya,  Syabas tidak bersetuju dengan kandungan surat akujanji bersyarat KDEB itu yang ditandatangani pada 6 Jun lalu dan dihantar kepada Syabas dengan serahan tangan pagi ini.

Surat penolakan Syabas itu telah dihantar kepada KDEB untuk makluman dan tindakan lanjut, kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan di sini petang ini.

Pejabat Menteri Besar Selangor ketika dihubungi sebentar tadi memaklumkan mStar Online bahawa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengeluarkan kenyataan balas kemudian.

Pada 6 Jun lalu, kerajaan Selangor memberikan jaminan bahawa bekalan 20 meter padu air percuma kepada penduduk negeri itu berjalan seperti dirancang bermula bulan ini.

Khalid memaklumkan kerajaan Selangor telah mengarahkan semua bil bekalan air akan ditolak kira-kira RM11.40 iaitu nilai kadar 20 meter padu air seperti yang dijanjikan.

Jelas beliau, KDEB menyatakan satu surat telah dikeluarkan kepada Syabas pada 6 Jun bagi mengarahkan mereka melaksanakan pemotongan harga air itu.

“Pengguna tidak perlu ragu atau bimbang mereka tidak akan dapat air percuma kerana kerajaan jamin ia akan diberi,” kata beliau.

Bermula 1 Jun dimaklumkan seramai 1.5 juta pengguna individu di Selangor akan menerima air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan atau bersamaan RM11.40 sebagai memenuhi satu daripada janji dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam kempen pilihan raya umum lepas.

Kenyataan Syabas hari ini merupakan reaksi kepada pengumuman Khalid pada 6 Jun lalu.

“Syabas tidak bersetuju dengan akujanji pihak KDEB yang mencadangkan pembayaran bilbil air yang diberikan percuma kepada pengguna hanya akan dibuat oleh KDEB selepas cadangan penstrukturan semula sistem bekalan air di Selangor oleh KDEB siap sepenuhnya September 2008.

“Cadangan pihak KDEB ini akan secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi Syabas,” kata Ruslan lagi.

Jelas Ruslan, Syabas berpendapat pemberian air percuma yang dicadangkan kerajaan Selangor itu tiada kaitan dengan program penstrukturan yang dicadangkan di negeri itu.

“Oleh itu, cadangan balas Syabas ialah untuk mengebil kepada pihak KDEB setiap penghujung bulan dan pembayaran oleh KDEB kepada Syabas perlu diterima dalam tempoh 14 hari daripada penyerahan tuntutan tersebut,” katanya.

Kata Ruslan, kegagalan KDEB memenuhi syarat pembayaran seperti yang dicadangkan itu akan menyebabkan Syabas terpaksa menghentikan program pemberian air percuma yang dirancang oleh kerajaan negeri.

Menurut beliau, Syabas akan meneruskan dengan pengeluaran bil-bil seperti biasa tanpa pemotongan atau subsidi sehingga ia berpuas hati dengan akujanji yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor mahupun KDEB bagi pembayaran 20 meter padu air yang dijanjikan kerana Syabas tertakluk kepada perjanjian konsesi seperti yang ditandatangani dengan kerajaan negeri dan Pusat.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Apa jadi dengan air percuma

  1. Nazali

    Salam Sejahtera,
    Rakyat tau siapa punya angkara klu bukannya umno yg selama ini tlh menyusahkan rakyat terutamanya penduduk rumah jenis bertingkat yg dikenakan harga 1.38 m3 berbanding sebelum akta pd tahun 1997 cuma dikenakan harga air 0.57m3.
    mcm pemuda angguk2 bila jawab utk 300,000 unit

  2. Kuntakinte

    Salam, Sdr. Nazli, teman tak tahu la kes mike lagu mana, tapi jangan kerana satu perkara kelambu habis kita bakar, tak terfikir ke kita secara micro nya yang sedara dan kita semua dapat nikmat yang tak boleh dikira dengan jari tangan dan kaki. tentu ada sebab nya bil di tetapkan oleh Syabas ke atau bla..bla… teman tak ada pengalaman sebab teman duduk rumah setingkat je.

    UMNO sebuah Parti cerita ayor ni cerita pentadbiran sesuatu Majlis atau Jabatan atau pun pihak swasta, ada yang duduk berjawatan seperti disebut tadi pun bukan semua orang UMNO ada juga PAS, PKR, DAP.

    Lihat sekeliling prasarana, rumah bertingkat dan sebagai nya diperjuang kan oleh UMNO mewakili rakyat kepada pemerintah untuk siapa? untuk orang melayu seperti sedara juga.

    Sdr layari lah penulisan di lain2 ruangan dalam webblog ini, berbagai2 komen hujah dan maklumat dari moderator yang berbagai latar belakang dan negeri boleh sdr perolihi untuk meletak kan otak kita untuk berfikir, sedara semua orang nak murah, tambah2 kalau free tapi ada ke kemampuan Kerajaan disamping memberi khidmat terpaksa juga mendidik rakyat dua elemen yang terpaksa di laksanakan oleh kerajaan, sebab tu Islam ada menyebut ‘tangan yang memberi lebih baik dari tangan menerima’.

    p/s huh….gayat no…. duduk rumah tinggi.. letih panjat., pasi tu air mahal kut… tah le teman…..

  3. kapla_pusin

    Baguslah kalau k’jaan negeri (x kiralah BN atau BR) mengambil inisiatif utk kebaikan rakyat.

    X semua rakyat hidup mewah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s