Jangan bayar cukai pintu, air – Mohamad Khir

sumber utusan malaysia

SHAH ALAM 10 Jun – Penduduk di negeri ini diminta tidak menjelaskan cukai pintu bagi tempoh penggal kedua tahun ini sekiranya kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas tidak menurunkan kadar cukai itu sebanyak 20 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya mereka.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ketika ini pihak berkuasa tempatan di Selangor dalam proses mengeluarkan bil cukai pintu untuk tempoh enam bulan kedua tahun ini.

”Kita beritahu rakyat, jangan bayar bil cukai pintu sebab janji mereka dahulu selepas 100 hari, penduduk akan menikmati pengurangan cukai, oleh itu mereka perlu menunaikan janji.

”Kalau kerajaan negeri hendak sita rumah penduduk yang tidak menjelaskan cukai pintu, sitalah beratus ribu rumah, kita mahu lihat sejauhmana mereka mampu bertindak ,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 5 Mei lepas mengumumkan keputusan kerajaan tidak menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus untuk kediaman dan 10 peratus bagi premis komersial atas alasan keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih belum mencapai tahap memuaskan bagi membolehkan janji tersebut dilaksanakan.

Selain itu, Abdul Khalid bimbang langkah menurunkan cukai taksiran akan menambah beban kerajaan negeri dan mengurangkan hasil menyebabkan peruntukan untuk pembangunan lain di negeri ini tidak mencukupi, meskipun janji itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PKR dan Pas.

Pada masa sama, Mohamad Khir yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) mengulangi pendirian meminta penduduk tidak menjelaskan bil air sebanyak 20 meter padu pertama yang bersamaan RM11.40.

”Tan Sri Khalid dan Datuk Dr. Hassan Ali (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri) bercakap dalam Dewan Undangan Negeri, rebat air percuma akan dimasukkan dalam bil Jun, kita tunggulah,” jelasnya.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) semalam menolak terma dan syarat pembayaran yang dikemukakan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berhubung pemberian air meter percuma itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya tidak berpuas hati dengan cadangan KDEB yang mahu supaya pembayaran air secara percuma kepada pengguna dibuat selepas rancangan penstrukturan semula sistem bekalan air di Selangor siap sepenuhnya September ini.

Ini memandangkan cadangan KDEB itu dilihat secara langsung akan menjejaskan aliran tunai serta operasi Syabas.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Jangan bayar cukai pintu, air – Mohamad Khir

  1. keadilan rakyat

    khir toyo

    sabar lah takkan menang tak sampai satu tahun nak dituntut semua….jgn jadi stereotaip umno boleh tak…
    dah lah ramai penyokong umno yang dibayar kat sini….

    HIDUP PAKATAN RAKYAT

  2. Mamak Penang

    Salam,
    Kadangkala mamak ketawa pun ada dan sedih pun ada kenangkan Ahli-ahli politik yang cakap besar dan ingin memerintah negara konon!.Fakta kewangan adalah mustahak untuk mentadbirkan sesuatu badan atau pun kerajaan.MB selangor itu memang seorang korporat yang berpengalaman tetapi untuk mentadbir sebuah negeri yang termaju dalam Malaysia bukanlah senang dengan menggunakan sistem pentadbiran swasta yang sama.Nak jadi ahli politik yang memerintah bukan senang dan rakyat Selangor perlu memahami kewibawaan memerintah dan kewibawaan sebagai pembangkang dua perkara yang berlainan dalam Negara membangun.Kalau Negara maju itu perkara lain.Politik ini sepertii sebuah filem kalau ada hero je tak seronok tapi mesti kena ada crook (penjahat) selagi tak ada crook kewibawaan hero tak tonjol dalam sesebuah fiem.Parti pembangkang ini tak boleh jadi hero kerana kemampuan dan ketokohan untuk jadi hero memang mereka ini selalunya tiada!.Maknanya mereka ini tak ada keupayaan untuk memerintah.Kadangkala rakyat di negara-negara membangun selalu membuat salah tanggapan yang mana mereka menggangap “kita perlukan watak crook ini dalam politik demokarasi untuk memperbetulkan kerajaan memerintah supaya yang memerintah tidak besar kepala”.Perkara begini kerapkali berlaku bukan di negara kita tetapi di kebanyakan Negara membangun!.Pemilihan seperti ini umpama kita gadaikan negara pada seseorang yang belum tentu akan berjaya memerintah!.Kita perjudikan Nasib pemerintahan negara ini tanpa mengira risiko yang akan menimpa kita dihari kemudian.Inilah akibat pilihanraya berunsurkan berbagai parti dan yang menentukan calon adalah hak pucuk pimpinan parti!.bukan rakyat yang memilileh calon!!!.kaedah Negara -negara maju pula mereka hanya punyai dua parti untuk bertanding.Setiap pencalonan untuk pemimpin Negara perlu dapat mandat dari rakyat untuk memimpin negara!.
    Apa yang mamak maksudkan ialah kita sebagai rakyat telah buat kesilapan besar pada pilihanraya ke-12 dengan memileh wakil-wakil yang langgsung tiada pengalaman dalam memimpin Negeri.Tak ada potential untuk jadi pemimpin.Walau pun saranan DKT ini boleh diterima untuk jangka masa pendek tetapi ia akan menyusahkan rakyat kelak dengan berbagai-bagai masalah kemudahan rakyat di hari kemudian .Cara pendekatan seperti ini bagi mamak tak perlu kerana kesan akibatnya rakyat yang jadi mangsa;walaupun dalam strategi kepentingan politik DKT memang bernas!.Fikirlah rakyat Selangor sudah itu sudah (Done is Done).Harapan cuma di pihanraya akan datang berfikirlah dahulu sebelum undi membabi buta pada parti yang berkempen yang memberi gula-gula dan ingatlah; rakyat Selangor bukan kanak-kanak boleh di tipu dengan pemberi gula-gula!!!!.Sayang seribu kali sayang hak memileh pemimpin-pemimpin kerajaan yang baik lagi bagus telah terlepas tangan rakyat selangor dan Perak!.Wasalam.

  3. KEADILAN RAKYAT .. YANG TIDAK ADIL

    TU YANG SILAP TU SIAPA YANG DI BAYAR…. teman rasa miker lah yang telah dibayar….tengok sendirilah Pemimpin mana yang janji nak bayar…
    Dalam mnifesto nak bayar bil air lah, bil pintu lah sampai adun di sabah pun dia nak bayar… ingat senang-senang nak bayar orang ke? bukan semua yang boleh bayar macam miker…. MAMAK tanya pada dia mamak berapa banyak pakatan rakyat bagi kat dia… tentu banyak sebab dia pertahankan boss dia mati-mati,,lepas tu dok cerita nak bayar orang dengan ayak liok dia…piiirahhh

    hang jaga baik kadilan rakyat orang tanjung kalau tau hang pi penang naya hang kena ligan, jangan dok penaya orang na, hang belum tau depa punya penangan ………… baik hang pi pekena laksa tanjung lagi baik tapi kalau hang jumpa mamak kalu cek gerentiii ….besembok

  4. hish..x habis 2 lagi ker nak knekan kerajaan negeri sekarang..klao x ikut manifesto,kne boikot la..x payah bayar cukai ar..x cerita pulak,mase zaman BN merintah dulu..banyak buang duit gitu jer..x der pun PKR suruh boikot cukai aper pun..bender 2 dalam perbincangan…faham la sikit.Janji tetap ditunaikan..FAHAM..PENYOKONG DIBAYAR..

  5. Mamak Penang

    salam saudara ke saudari Hish ..tak apalah!,
    Hish kena baca dan faham apa yang Mamak tulis..bukankah Mamak tulis boikot itu menyusahkan rakyat jadi kenapa Hish tak faham!.Atau pun tak baca tentang komen orang lain dan saja seronok buat komen!.Kalau hish nak tuduh BN buang duit kena ada data yang tepat..hang ikuti siaran dewan rakyat baru-baru ini yang Mr. LKS telah membawa usul katakan angkatan tentera membazirkan wang…apa TPM jawab dengan data dan orang putih kata “the facts and figure”dan kita cuma boleh kata ohh..Najib tipu itu sajalah modal sebagai pembakang.Hang pernah ikuti media barat wawancara TDM dulu bagaimana?.Dia senang patahkan cakap orang dengan facts dan figure yang dalam kepalanya.Tak dia rujuk kertas!!!.hebat tak orangnya!.sama jugalah kita cuma dengar cakap orang yang jadi Idola kita …jadi kita akan turuti sikap kita seperti dia…kita mesti bermatian untuk mempertahankan Idola kita..hang tengok sekarang kalau budak-budak itu banyaknya idola mereka orang barat jadi yang jadi merempit kerana sikap idola inilah!!!.Jadi bagaimana nak bentulkan sikap kita dan Idola politik kita..kena belajar tentang politik dan baca banyak buku tentang pemimpin dunia yang disanjung oleh majoriti penduduk dunia..jangan ikut pulak si Hitler ke Karlmax….yang paling senang kita ikut pemimpin besar kita Rasullulah s.aw. dan sahabat baginda cukup baik kalau nak pemimpin politik ikut Saidina Umar r.a…insyallah kamu akan faham siapa PKR dan siapa Anwar ini!.
    Tentang orang bayar kita kamu salah anggap.Dan jangan taburkan fitnah dan tomahan melulu. perbuatan seperti ini adalah tergulung dalam salah satu dosa besar..carilah pahla bukan dosa dengan ilmu pengetahuan yang Allah telah berikan kapada kamu..baca Komen-komen Abang Tuah,Kuntakinte,Sekupangduas,Mok dan Yeop …mereka cuma meluahkan perasaan hampa mereka dengan orang Melayu yang tak sedar lagi macam awak ini hah!.Amati penulisan mereka ia tercetus dari keinsafan bukan keegoaan atau pun kerana mereka dibayar!!!!.Rilek dan baca artikel-artikel disini kau akan jadi seorang pemimpin Melayu Era Millinium yang terbaik!!!.Kita bukan paksa kau perlu tukar ideologi engkau tapi Jadilah Insan yang Mulia…!.Dalam perjuangan kadangkala kita sesat jalan!!!.Biak orang dengan orang ,kita dengan kita…Kalau nak marah kat kami teruskan dan luahkan semua kebencian awak disini ,kami insyallah akan terima!!!.Wassalam.

  6. AbangTuah

    Hish..hish..hish engkau ni hidup lagi rupanya…ha…tak habis-habislah taktik otek-otek kau tu. Bagilah persoalan panjang-panjang sikit agar boleh orang faham sikit dan senang kami nak jawab, macam Kak Pah buat tu.
    Kau ni banyak dengar politik kat kedai kopi je…saranan aku jadilah ahli politik yang intelek sikit…aku tahu kau pun bijak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s