Syabas dan Tahniah Kepada RTM

Penulis ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada RTM kerana berjaya menyiarkan debat khas isu kenaikan harga minyak sebentar tadi. Diharap pada masa hadapan, debat seperti ini dapat disiarkan dalam tempoh masa yang lebih lama sedikit. Apa-apapun terima kasih kepada YB Salahuddin Ayob yang menyuarakan suara dan persoalan dari 26juta rakyat(tidak pasti sama ada anak-anak kecil juga mempersoalkan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak) dan terima kasih kepada YB Datuk Shahrir Samad atas penjelasan yang disampaikan. Kepada moderator debat dan tetamu wartawan diucapkan terima kasih juga. Walaupun tempoh agak singkat diberikan kepada debat khas ini, sedikit persoalan rakyat terjawab juga walaupun ada pihak berpendapat bahawa penerangan yang diberikan tidak sampai kepada fikiran ramai. Diharap YB Menteri Penerangan dapat memberi kelonggaran supaya rancangan seperti debat khas ini dapat disiarkan lebih masa dari tempoh 1 jam.

Bagi penulis isu sama ada keutamaan patut diberikan kepada subsidi minyak atau keperluan makanan rakyat Malaysia merupakan faktor utama kenaikan harga minyak sebanyak 78sen tempohari. Penulis merasakan keutamaan perlu diberikan kepada keperluan makanan rakyat dan bukannya pada subsidi minyak. Tidak dinafikan bahawa kenaikan harga minyak ini mendorong kepada kenaikan bahan makanan di Malaysia, tetapi apa yang penting di sini ialah cukupnya bekalan makanan utk dibekalkan kepada rakyat Malaysia.

YB menteri juga bersetuju bahawa keputusan kenaikan minyak bukanlah sesuatu keputusan yang popular tetapi ia ada satu keputusan yang perlu dilakukan demi menjamin kesejahteraan generasi muda pada masa hadapan. Diharap rakyat malaysia tidak muda terpedaya dengan kenyataan popular Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa dia akan menurunkan harga minyak sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara. Ia merupakan salah satu tindakan untuk meraih populariti demi tamakkan kuasa. Kerajaan hari ini boleh sekiranya ingin meraih populariti rakyat dengan menurunkan harga minyak sewenang-wenangnya. Persoalannya ialah mengapa kerajaan tidak mengambil keputusan berkenaan?? Ada pendapat bahawa keputusan kerajaan menaikkan harga minyak merosakkan lagi Barisan Nasional seterusnya UMNO. Penulis memberi tanggapan sebaliknya. Kini sudah tiba masanya untuk kerajaan mengambil langkah telus tanpa mengira populariti terhadap keputusan yang diambil. Bak kata pujangga, lakukanlah kebenaran walaupun tindakan itu bakal menikam diri sendiri.

Biarlah rating populariti UMNO dan Barisan Nasional menurun, asalkan generasi muda kita tidak dihimpit kesusahan bila tiba masa mereka menjadi pemerintah. Janganlah kita hanya memandang kepada kesenangan jangka pendek apabila pada tempoh yang panjang negara kita menjadi miskin. Sudah banyak negara yang menderita akibat memberi sering memberi kesenangan kepada rakyatnya pada hari ini tanpa memikirkan generasi akan datang.

38 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

38 responses to “Syabas dan Tahniah Kepada RTM

  1. Syahredzan Johan

    Syukurlah kita mempunyai kerajaan yang sungguh prihatin… sanggup mengorbankan populariti demi masa hadapan anak cucu kita.

  2. syah, teman rasa sejuk hati dengan kenyataan miker… orang-orang yang bersyukur dengan nikmat allah, kalau kita turunkan harga minyak 4 tahun lagi tentu negara kan papa bukan kita yang akan melarat tapi anak-anak kita dan genarasi kita..yang akan datang . berkorban demi bangsa.. kalau tak guna pun bukan rugi pun

  3. AbangTuah

    Kawan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Shahril Abdul Samad, YB Sallehudun Ayob dan lain-lain ahli panel yang telah mengutarakan soalan bernas dan jawapan yang logikal dan berfakta bagi pihak kerajaan.

    Kawan setuju diskusi bersama menteri dipanjangkan waktunya. Elok juga sesekali dipanggil pihak pembangkang bagi menyuarakan pendapat dan pandangan mereka bagi kebaikan bersama. Pada kawan dengan cara ini dapat menyemai rasa saling percaya mempercayai antara satu dengan lain, dan ini adalah baik untuk negara dan rakyat semua. Tapi pada pendapat kawan tatacara dan tujuan berdiskusi tersebut perlu lah di buat dengan jujur tanpa melibatkan emosi dan kepentingan politik masing-masing. Pihak kerajaan perlulah bersedia memberikan maklumat dan jawapan yang jelas bagi menjawab segala yang masih menjadi pertanyaan pihak pembangkang. Adalah lebih molek sekiranya diskusi tersebut dilaksanakan dengan lebih harmoni atau secara ‘friendly talk’ iaitu secara beramah mesra ketika menyuarakan sesuatu soalan dan jawapan. Ini perlu kerana majority rakyat sedang menonton dan memerhati keredibiliti dan integriti pemimpin masing-masing.

    Sesuatu perkara lagi, pada pandangan saya soal integriti, kredibiliti, dan prudensi sesuatu pihak itu perlulah di sentuh atau diutarakan dengan secara cermat dan berhati-hati iaitu dengan cara yang lebih berdiplomasi, sekiranya perlu, sebaiknya digunakan perumpamaan atau bahasa yang berkias sebagaimana yang saya lihat dipraktik oleh datok nenek kita dahulu dan malu kita kerana boleh digunakan oleh Karam Sigh dengan baik. Sesuatu soalan yang di utarakan itu biarlah ia berbentuk pendapat dan disuarakan dengan cara yang terbaik dan cuba elakan ianya dari kelihatan mirip kepada tuduhan atau berniat merendahkan mana-mana pihak. Bagi pihak yang menjawab pula biarlah jawapan yang diberi lengkap dengan fakta dan logikalnya. Rakyat yang menonton tidak mahu melihat atau mendengar sesuatu topik itu lebih dipengaruhi kepada agenda politik atau seolah-olah kelihatan seakan-akan mahu menonjolkan kewibawaan masing-masing agar dilihat sebagai hero oleh masyarakat. Rakyat Malaysia kini kian bijak menilai kejujuran, kematangan dan kompetensi sesaorang peminpin melalui forum-forum diskusi.

    Fakta yang diutarakan bagi meyokong sesuatu topik yang ingin disampaikan di dalam sesuatu diskusi perlulah benar, tepat dan jujur. Sesuatu kejadian yang terpencil dengan fakta yang kurang logik tak perlulah diperbesar-besarkan sangat sehingga kelihatan seolah-olah bertujuan memperlekehkan dan merendahkan kredibiliti mana-mana pihak menangani sesuatu isu dan ianya tidak selari dengan prinsip ajaran agama islam itu sendiri. Seperkara lagi, rakyat tidak mahu melihat mana-mana pihak mengaku mewakili seluruh rakyat di Malaysia yang berjumlah 27 juta kerana perlu di ketahui bahawa rakyat Malaysia mempunyai pandangan dan mempunyai ideology masing-masing yang berbeza-beza, ini akan menimbulkan rasa tak puas hati rakyat kerana seolah-olah ahli panel mencari publisiti politik masing-masing melalui saluran diskusi tersebut.

    Diharap dimasa akan datang apa forum diskusi dijadikan medan neutral politik dan dilaksanakan dengan lebih berhemah dan mesra lagi kerana perpaduan dan kemesraan diperingkat rakyat banyak dipengaruhi dari etika dan moral sesaorang ahli politik.

  4. Kuntakinte

    Salam, Sdr. Abangtuah, Sdr. Shah, kuntakinte setuju dengan pandangan korang berdua, terutama apa yang di komen oleh moderator Abangtuah.

    Kuntakinte merasakan isu minyak yang diperkatakan tidak dipolitikkan oleh mana2 parti, kerana isu tersebut templaknya kepada semua lapisan rakyat bukan kepada segolongan rakyat sahaja. ada lah lebih baik jika mana2 parti politik ingin campur tangan didalam sesuatu isu tersebut di lakukan dengan jujur ikhlas dengan jalan yang betul demi kepentingan semua bukan mencari milage politik kepartian.

    Sepatutnya diskusi yang di ada kan oleh RTM disambut baik dan serius oleh panel yang terlibat dengan persediaan yang cukup rapi, kuntakinte setuju dengan pandangan abangtuah, Menteri perlu bersedia dengan fakta dan data dan hujah2 yang lojik untuk diketenggahkan tidak sekadar cakap sembrono mengharapkan ingat di otak, ini melibatkan rakyat yang sedang mencari punca dan lojik tentang isu kenaikan harga minyak ini, sudah tentu Menteri mempunyai fakta dan data jelas mengenai isu yang diperkatakan kerana isu ini bukan isu baru ia telah berlaku beberapa kali dulu dan setiap kali kenaikan itu lah yang dijelaskan oleh Menteri2 terdahulu secara mengharapkan ingat di otak, manakala kenaikan minyak tidak melibatkan kenaikan harga barangan perlu di jelaskan dengan penuh keyakinan dan jawapan yang konkrit, kita perlu jelaskan langkah dan strategi kerajaan untuk pengawalan dan pemantauan kenaikan barangan lain, jangan bercakap seumpama menteri yang menjadi dan memiliki syarikat pembekal dan pengeluar barangan di malaysia ini dengan seolah2 memberi jaminan kepada rakyat barangan tidak akan naik walhal kita tidak berkuasa penuh dan mungkin tidak mampu diatas faktor jumlah kakitangan untuk mengawal setiap pembekal dan pengeluar dan harga tetap ada yang naik, tidak kah ini dianggap oleh golongan yang diracuni fikirannya mempercayai kerajaan menipu rakyat. sedangkah untk mengawal bukan perkara yang mudah.

    Manakala panel di sebelah pihak yang lain perlu bersedia dengan idea dan pandangan yang akan memberi pilihan kepada semua untuk memikirkan mana kah jalan nya yang lebih baik, tidak hanya sembrono saja dan bercakap seperti pepatah ‘marah anak sindir menantu’, kita bercakap diluar berapi2 ini tak betul itu tak betul, sedangkan apabila kita duduk di pentas berdepan dengan skrin TV apa idea pun tak ada hanya merewang sana sini untuk kepentingan politik kepartian, cari lah fakta dan data yangboleh diketenggah kan, sepatutnya apabila di jemput oleh RTM pihak ini seharusnya memanggil dan bertemu lah tinktank anda dan berbincang perkara2 dan altenatif plan untuk diutarakan di diskusi tersebut, agar apa yang tidak kepuasan hati diatas tindakan kerajaan dapat kita lontarkan penyelesaian yang lebih baik, malang nya jelas juga di lihat oleh rakyat pembangkang pun tidak berkemampuan untuk memberi idea apatah lagi untuk pembangkang laksanakan apabila memerintah kelak.

    Masa dan kos untuk diskusi tersebut harus juga di fikirkan, ianya tidak percuma untuk RTM mengadakan rancangan seperti itu, oleh itu peluang yang ada harus diguna sebaik2 mungkin oleh kedua2 pihak samada kerajaan atau pihak lain akhirnya rakyat mendapat manfaat dan ilmu diatas sesuatu krisis.

    p/s abangtuah, rasa kuntakinte memang berbagai sudah rancangan diskusi seperti ini diadakan oleh media kepada pemimpin kerajaan dan parti, cendiakawan, pakar ekonomi, korporat, sasterawan, ulama, dsbnya. kut.. depa minat tengok AF, raja lawak aje kut, mana masuk otak tengok debat perdana, besama blog, hal ehwal Islam dan seumpamanya. ha..ha..

  5. Mamak Penang

    Salam,
    Nasi Beriani Gam Special untuk moderator,sdr.Syah,Abang Tuah,dan kuntakinte !!!.Ulasan yang baik tak perlu mamak nak ulas lagi dah !semua dah cukup!.Tapi cuma mamak kurang puas hati kerana ada kah tv pas menyiarkan siaran ini?. Kalau depa mau siaran ulangan ini mamak minta RTM bagi free je kat depa..maklum saja lah!.Jangan charge apa-apa..mereka ini kalau free memang suka!.Pasai apa mamak dengar kelompok pembangkang ini telah mengharamkan siaran TV RTM untuk ahli-ahlinya!!!!.Takut brainwash tak menjadi untuk ahli-ahli pembangkang yang hard-core!!!!.Mamak Tunggu komen Harakah dan malaysiakini!!!!.Wasalam.

  6. keadilan rakyat

    dari apa aku tgk semlm..
    si shahrir samad langsung takde kredibiliti dari menteri….jawapan semua kosong…memang korup pemimpin umno ni….
    biarlah anwar uruskan negara woi…
    semua murah nnt

  7. AbangTuah

    Salam….
    Kawan kalau satu hari tak buka weblog ni rasa macam tak complete….ketagih…macam ketagih nasi kander Mamak Haji. Kawan tengok sambutan melalui kiraan counter di atas amat mengalakan…dalam lingkugan kalau taj silap 1 hari 2 ribu hits.

    Kawan tengok sekupangduas pun battery dah fully charge…hari ni…

    Mamak Haji itu lah sebab pihak pembangkang dah kaji sekiranya Islam Hadhari di implimentasikan dan di praktikkan oleh pembangkang, maka lemah lah jentera propaganda mereka kerana salah satu sebab adalah…penguasaan ilmu pengetahuan (mengikuti media perdana) di khuatiri pengikut akan berjiwa merdeka…dan lawan saranan Master.

  8. mok

    keadilan rakyat,
    kesian awak… cari publisiti murah.

  9. takmudahditipu

    ala, org2 bodoh je yg terpedaya ngn tipu daya BN(Babi Nasional). Bengap sgt, sebab tu tgok TV BN..TV 1, TV 2,TV3 pun TV BN…sama je…nampak sgt, apa yg TV BN siarkan berat sebelah…org bengap je percaya…org Pakatan Rakyat tak nak tgok TV BN sbb TV BN penipu besar…sama mcm menteri2 BN yg penipu, korup, mkn duit rakyat.Sekian

  10. AbangTuah

    takemudahditipu…dari nama hang aku tahu hang ni memang sangat mudah tertipu dek DAP jadi KUDA dan KELDAI cucuk idung…Patutla makhluk macam hang ni dah jadi bangang di tazkirah oleh Tok Guru sesat dan munafik(terbukti). Besok hang beratur masuk neraka jahanam didahului oleh Tok guru sesat hang tu. Tok guru hang dah sesat hang tak nampak fasal mata hati hang dah buta…

    Aku langsung tak takut mencerca kesemua tok guru2 munafik engkau. Kalau lalu depan aku..aku ludah phuiii..

  11. AbangTuah

    Dari apa yang aku lihat semalam Sallehudin Ayob tu langsung tak matang…bercakap macam budak baru keluar U..theory meletop-letop….tapi bunyinya macam keluar kat jubor…orang tanya idea dia nak selesaikan masalah ni..tercungap-cungap…maklum dah di bodohkan oleh tok guru pemusnah islam tu…phuiii…aku ludah kat tok guru hang..apa macam…kau marah tak aku dah ludah tok guru hang…

  12. AbangTuah

    Sallehudin Ayob tu yang hang bangga-banggakan…kalau dalam UMNO jadi ketua cawangan pun tak layak…bercakap macam dah hafal dulu…theory mak datok..macam dia lah yang hebat…Hang tau tak negara maju seperti Europe pun bingung macammana nak selesaikan masallah ni..tapi dia dengan takbornya berkata tentang kredibiliti, integriti dan prudensi…betul-betul macam pelajar ekonomi tahun satu…tak masak lagi. Itu lah aku katakan PAS dan PKR ni takbor..cakap berdegar-degar tapi tahi tersangkut di gelegar. Sekali lagi aku ludah kat Tok guru2 PAS dan pemimpin PKR…Phuiiiiiiii……apa macam marah tak…..

  13. Kuntakinte

    Salam, sdr. Takmudahditipu, ini lah bukti teman dapat dari penulisan sdr. teman dah tahu sedara ni tak berbudi bahasa, jumud dan bodoh sombong, bertaubat lah sedara, pintu taubat sentiasa terbuka, Allah S.W.T sentiasa mengampun kan umat nya yang memang dia tahu tersangat lemah di semua sudut.

    Jangan lah kerana kejumudan kita, kita sanggup rosak kan budi pekerti yang didik oleh mak barpak kita selama ini, kalu ini lah sikapnya sia2 mak bapak beranak kan species macam korang dan seumpamanya terutamanya si sedara keadilan rakyat.

    taubat!!! taubat!!! taubat!!! lah hai manusia.

  14. Mamak Penang

    ada yan tak ken kat web ini ada yang sabotaj kot?Mamak tak dapat baca komen.

  15. Mamak Penang

    abang Tuah suruh moderator check weblog enggang mamak dah tak boleh baca…tulisan halus sangangat….!!!e-mail kat mamak macam mana atasi masalah ini rosla_5750@yahoo.com

  16. mok

    keadilan rakyat,
    takmudahditipu,

    Senang kerja DAP sekarang apabila korang jadi pecacai-pecacai bongok deorang. Cuba kau baca balik apa yang korang tulis. Tak ada point langsung.. mana fakta, mana huraian, mana bukti. Tulisan begitu hanyalah sama seperti anjing yang menyalak-nyalak menjaga tuannya. Maaf cakap lah yea.. DAP menjadi tuan korang sekarang !Deorang tengah togok Beer, ketawa berguling-guling sambil tengok korang..pecacai-pecacai mereka yang tak tahu malu, berhempas pulas memburukkan bangsa sendiri. Tak sedar diri betul.

  17. risktaker

    kepada penyokong Be End…masa akan membuktikan anda sebenarnya sedang mabuk.

  18. tipah

    Lembik punya kerajaan. Sekejap ngaku kaya sekejap ngaku miskin. BN – barang naik. Sana sini naik. Kita cabar menteri ambil gaji cukup-cukup saja macam rakyat makan. Bacalah komen mufti Perlis tentang pembaziran kerajaan.

  19. tipah

    Mok… macamlah BN baik sangat. Tangan atas bahu pelakon tu sapa. Tak nampakkah tangan Pak Lah. Sedap2 saja imam hadhari belai…

    Yang beri lesen arak, judi tu sapa. Kerajaan mana… UMNO leboh takut kepada MCA, MIC dan parti-parti di Sabah Sarawak, Sebab tu jalankan Islam secara terpilih dan ikut selera.

  20. AbangTuah

    Kak Pah oi…dulu kak pah rational sikit….
    Semalam gi dengar ceramah lagi ke…?
    Gambar kat internet tu kan ke tak boleh percaya sangat…kan saya dah explain banyak yang dah di Photoshopkan. Tangan PM tu bukankah di tarik oleh amoi tu…dan ketika itu juga kameraman ambil gambar…jadi nampak tangan tu terlekat kat bahu amoi…sian kat Pak Lah dah diinaya, cuba lihat semula baik-baik. Ok lah…contohnya begini kalau masih tak faham…kak pah tengah berjalan seorang diri, tiba-tiba secara kak pah tak sedar saya datang rapat sambil berjalan dan pegang tangan kak pah dan ketika itu juga rakan saya yang sememang telah bersedia dengan kamera. Tentunya apabila saya tunjuk pada orang mereka kata kak pah berjalan berpegangan tangan dengan saya…maka jadilah fitnah…berdosa. Kak pah..saya nasihatkan sebagai orang islam janganlah kita memfitnah atau bersubahat dengan fitnah. Kita orang biasa susah nak jumpa dan minta maaf dengan Pak Lah, jadi saya khuatir kelak sia-sia ibadat yang kita telah dirikan…kerana tetap akan masuk neraka..sebab dosa fitnah yang tak dapat pengampun.

    Tentang lesen arak dan judi tu memang ada lesen yang di berikan oleh kerajaan untuk orang bukan Islam…tetapi di kawasan tertentu dan secara terkawal. Bukan main beri kebenaran tanpa sekatan.

  21. AbangTuah

    riskmaker…fasal apa kau suka timbulkan risk pada orang awam…anjur demonstrasi, protest dan hantar memorandum la. Kan tu memberi risiko yang tak baik kepada orang awam. Oh ya…aku lupa pula..nak salahkan kau macammana dah bapa kau beri nama kau riskmaker nak buat macam mana. Tak apa riskmaker…mabuk laut tak apa…tapi yang aku kesian ada puak yang kemaruk…lagi ikut nafsu..kemaruk kuasa..he…he…

  22. Mamak Penang

    Salam saudari Tipah,
    Saudari Tipah mamak pun ada baca dan lihat gambar itu diiklankan di blog-blog parti pembangkang.Mereka cuma buat tomahan tanpa menghormati beliau adalah seorang pemimpin negara!.Pemimpin negara ini seperti bapa kepada segala rakyat!.Tapi sebagai ulamak-ulamak yang dikatakan menjaga kepentingan Agama mereka ini sepatutnya mengetahui lebih afdal dalam perkara ini.Tapi sayangnya mereka ini cuma pandai mengaibkan peribadi orang lain.Mamak ini bukanlah pandai dalam agama tapi mamak cuma seorang tua, muda sikit dari PM !!.Saya memahami perasaan orang tua!.Cuma orang muda seperti Tipah salah anggap perkara begini!.Cuba teliti Surah al-Isra’:36
    “Sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati itu seluruhnya akan ditanyakan- perihal perbuatanya masing-masing’.Cuba saudari renungkan ayat ini.
    Tentang beri lesen arak,judi itu saudari kena faham.Walau pun Negara ini ditadbir oleh orang Islam dan boleh dianggap negara ini adalah kepunyaan orang Islam yang mana dikatakan Melayu, adalah yang Islam.kalau Bukan Islam tidak dikategorikan Melayu cuma bumiputra sahaja!.Orang Melayu cuma adalah dalam sekitar 58% (perlu pengesahan) sahaja yang lebihnya Bumiputra yang diserapkan atau pun sebagai dikategorikan Melayu.Untuk maklumat, untuk mengwujudkan negara Islam seperti Pakistan,Bangladesh atau pun Iran kita perlukan lebih majoriti untuk kita melaksanakan hukum hudud atau pun Negara Islam bermakna Secara total kita perlu beraleh dari politik demokratik liberisma kepada politik theology Islam perlukan majority dalam parlimen untuk mengubah perlembagaan Malaysia!.Jangan terlalu ikut dakyah parti pembangkang yang kata mereka ini memperjuangkan Islam….silalah tanya kat mereka, sejak mereka memerintah Negeri Kelantan berapa peratus mereka pernah Islamkan rakyat bukan Islam?.Alangkah baiknya kalau mereka memusatkan dakwah mereka untuk mengIslamkan yang rakyat bukan Islam supaya rakyat Islam di Negara ini sekurang-kurang ditambah kepada 70%.atau lebih dengan ini kita boleh mewujudkan sebuah Negara Islam yang aman dan damai.Usaha parti pembangkang ini hanyalah memecahbelahkan Umat Islam yang sedia ada dan juga menakutkan rakyat bukan Islam terhadap Islam!.
    Balik kepada ‘apa kerajaan takutkan dengan bukan Islam di Negara ini ?.bukan takut cik Tipah oi..tapi inilah keadilan Islam yang memerintah bersama rakyat bukan Islam.Cuba ingat kembali Sejarah tingkatan 4 berkenaan dengan Piagam Madinah yang telah diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada 622M (1 hijrah).Fasal 16 “Bahawa sesungguhnya kaum bukan Islam yang setia kepada negara kita (Madinah)berhak mendapat bantuan dan perlindungan,tidak boleh kurangi haknya dan tidak boleh diasingkan daripada pergaulan umum”.Bukankah Rasullulah s.a.w sendiri telah jadi contoh dalam kedudukan bukan Islam terjamin dalam pemerintahan Islam.Kalau saudari baca fasa23-perlembagaan Madinah menetapkan bahawa tiada diskiriminasi terhadap bukan Islam!!!.Jadi salah kah kerajaan ini berbaik dengan bukan Islam seperti parti MCA dan MIC?.yang kata itu rasullulah, kekasih Allah bukan BN!!.Siapa yang engkar kata Rasullulah seperti engkar perintah Allah!.
    Tentang lesen itu adalah untuk bukan Islam yang kita Islam ini apa yang dirisaukan..Ugama mereka ugama mereka ,kita dengan dia tak serupa..baca surah al-kafirun.Kalau lesen arak itu tak diberi mereka buat cara haram(tak ada lesen)!!!.Saudari tau tak berapa orang yang minum samsu haram (Makna haram sini tidak berlesen) yang mati di Lunas, di tempat tempat lain.Pasai itulah kerajaan yang memerintah ini ambil insiatif untuk menjaga kepentingan bukan Islam ini mengeluarkan lesen…seperti mamak kata mereka adalah rakyat kita ,Islam menekan menjaga kebaikan mereka!!!.Yang kita Islam tak perlu risau.untuk orang Islam tiada Lesen arak dan Judi dikeluarkan…kalau gatai cuba masuk ke tempat ini tentu kena cekup dengan team pencegah maksit. main ekor ditangkap dan masukan dalam van mayat!!!!.Kerajaan memang bagi berusaha memberi penyedaran tentang kesan alkohol dan tembakau…bukan tiada!!!.Cuma mamak minta cik Tipah kita jangan tertipu dengan dakyah pembangkang yang bukan bela Islam tapi memporak perandakan bangsa melayu khasnya Islam….Wasalam..
    Teh tarik kurang manisssss satu bikin mari mamak kering tekak dah…..!!!!

  23. tipah

    Takkan tak nampak siapa yang berbaris beli nombor ekor tu. Banyak kali juga akhbar pengguna dedah botol dan tin arak bersepah sebaik saja lepas pesta. Itu saja yang kerajaan tahu… anjur pesta biar semua anak muda melayu dengan berhibur. Letak artis meloncat dan melalak untuk isi jiwa yang kosong.

    Yang siar keputusan nombor ekor akhbar mana? Apa kepentingan siar keputusan tersebut dalam surat khabar yang orang melayu baca. Ini menunjukkan akhbar ini mengharapkan orang yang beli nombor ekor beli suratkhabar mereka.

    Kenapa Pak Lah tak saman media yang siarkan gambar tangan atas bahu tu? Barulah tahu itu fitnah?

    Dakwaan Tun Mahathir terhadap Pak Lah kenapa Pak Lah tak jawab. Cuma harapkan kuncu-kuncunya di suratkhabar serang balik Tun. Kalau berani Pak Lah kena jawab apa yang disebut oleh Mahathir tentang Patrcik Badawi, Scomi dan bas rapid dll.

  24. tipah

    Takkan tak nampak siapa yang berbaris beli nombor ekor tu…

    Banyak kali juga akhbar pengguna dedah botol dan tin arak bersepah sebaik saja lepas pesta. Itu saja yang kerajaan tahu… anjur pesta biar semua anak muda melayu leka dengan berhibur. Letak artis meloncat dan melalak untuk isi jiwa yang kosong.

    Yang siar keputusan nombor ekor akhbar mana? Apa kepentingan siar keputusan tersebut dalam surat khabar yang orang melayu baca. Ini menunjukkan akhbar ini mengharapkan orang yang beli nombor ekor beli suratkhabar mereka.

    Kenapa Pak Lah tak saman media yang siarkan gambar tangan atas bahu tu? Barulah tahu itu fitnah?

    Dakwaan Tun Mahathir terhadap Pak Lah kenapa Pak Lah tak jawab. Cuma harapkan kuncu-kuncunya di suratkhabar serang balik Tun. Kalau berani Pak Lah kena jawab apa yang disebut oleh Mahathir tentang Patrcik Badawi, Scomi dan bas rapid dll.

    Kalau nak tunjuk baik pun akhir-akhir ni adalah sikit rasa insaf. Sejak kalah di lima negeri. Dulu… huh! Dialah raja. Orang atas-atas ni terlepas kena tuduh kerana main arahan melalui telefon saja. Tak ada catitan pada surat atau di mana-mana untuk jadikan bukti.

    Tipah ni banyaklah juga berkawan – orang perbendaharaan, orang kewangan, orang odit di kementerian, bpr kerana kita juga orang gomen.

  25. Mamak Penang

    Risk taker ini selalu orang Insuran abang tuah!.Dia itu perangai jual polisi yang tentu mati…cuma cari untung je..pasai itu prangai pun ajen penjual insuran yang baru.Suruh Boss pkr itu ambil insuran dapat juga hang komisen sikit!!!.
    Bee End…pandai kepala hotak hang kenapa lah hampa jadi begini?.Hampa dengak pii cakap dia..dulu dia kata dia nak tanding kat Permatang Pauh…cuba mai tanding tengok orang sini dah bosan dah!!!.Lebih baik dia pii tanding kat tempat MP OKU itu…dia bagi tape dia pulak bagi YB pooorah!!!.Konon nak babit kerajaan kalau mamak tak payah siasat kerana orang itu cakap masa mabuk!!!tengah mabuk semua corect..corect..h/p tak on pun boleh cerita…!!!.Kononya inilah dok hampa kata bela keadilan..piiirahh.Hang pii rekodkan kedai toddy Jalan baru ,Perai lagi bagui, ada tengah sembang kat Paklah.!!!!!.Minta kontrak..Suruh MP hampa mai..rekod!!!pasai dia tau tempat itu!.
    Risk hang kata apa?Bee End…ini mamak bagi proverb bagui untuk engkau:
    1.Don’t count the chickens before they are hatched.
    2.PKR is Familiarity breeds contempt.
    3.Pulanglah kepangkuan UMNO..Half loaf is better than nothing.
    4.All is not gold that litters.
    5.One swallow does not make a summer.

    Hang bagitau kat member-member itu apa maknaya!!!.Piiiraaah…otak kosong!

  26. AbangTuah

    Salam Mamak Haji…
    He..he..Mamak Haji oi…depa telipon kawan depa kata tak faham english…kata depa, malu nak habak kat mamak haji.Depa kata Anuar dan Wak Hadi tak ajar english…Afganistan Taliban boleh la sikit-sikit kata depa…

  27. AbangTuah

    Wah…Mamak Haji…terpegun kawan bila membaca tentang Negara Islam yang mamak haji terangkan tu. Mantap…mantap…sungguh mantap.

    Wah…sejak pakai kapal perang baru dari Perancis ni nampak lagi hebat ulasannya.

    Well done…

  28. Mamak Penang

    Salam cik Tipah,
    Yang beli itu dikatakan Melayu bukan Islam… signboard kat tempat judi dan Arak itu perlu tukar “Judi dan Minum arak adalah haram untuk orang-orang Islam dan Yang berupa macam Melayu….ha!!hah!!baguskan idea macam ini…!!!.Nanti orang Indon, Sabah,Burma,Filipine dan vietnam buat yang bukan Islam,buat Persatuan ….pulak!!!.Mamak cuma nasihat jangan perjudikan masa depan bangsa Melayu dan Jangan mabuk kuasa..sudah lah!!!Wasalam.
    Tentang pak Lah tak jawab itu bukan kerana TDM itu betul tapi ini perkara remeh-temeh kita baca kat blog-blog seharian yang lebih teruk pun ada..beribu blogger bawak macam-macam cerita tentang PM dan TPM sampai tak terlayanlah Pak Lah nak mikirkan Negara ke ataupun nak layan blogger mcm kita ini hah!!!.TDM tak apa pencen jalan..gaji Petronas ada…biak pii merepek..dulu Tungku kutuk dia!!sekarang bagi can kat dia pulak kutuk Pak Lah bukankah perkara begini dah jadi sistem kita selama ini. kalau yang keluar tak pernah puas hati kat orang diganti..yang sedih TDM pun dah jadi mentaliti begini ,nak buat macam mana…walau pu dia seorang negarawan yang terulung suatu masa dulu!!.apa nak kata cik tipah oii…dah jadi darah daging orang kita dah…!Wasallam.

  29. salam semua

    mamak jangan ambil hati sangat tentang statement yang ditulis oleh keadilan rakyat, mudah ditipu (patutla mangsa ditipu… kesian), tipah dan risk taker. kesian mereka bukan jer kena tipu malah terpedaya dengan boss besar dia orang. jangan kutuk kuat sangat… nanti jadi mangsa .. paham lah ikut belakang ni orang tak nampak..selamat sikit kalau ikut depan sebab semua orang senang tahu…kesian… kesian… kesian mereka.

    kalu kena tipu tak per juga.. ini sampai sekarang dok percaya bulat-bulat.. malah bujur-bujur masih anggap boss diaorang akan jadi PM.. tak kira ndak juga takda bini… anak…malah dia sekali. rasuah boleh dihalalkan (boss ulama hindraf besor tu kalau nafsu ndak tak kira). apa cara sekali pun boleh. mana ada cara lain kecuali rasuah (haram disisi islam.. tapi tak pulak tahu diorang ni mahzab guan ke atau mahzab bang karpela).. sabor yop tungguler th 2012, tak lama man pun…tapi sorry ler rasanya tumpor miker nanti – kata orang perak)

    kadang kadang bila sampai fanatik kekemuncak ni .. dia orang ni keliru kengkawan. he he he anak aku pun tahu yang berhajat besor boss dia orang dan famili yg sebenarnya nak sangat jadi PM (almaklum ler masih kempunan.. dah hampir nak dapat dah nasib allah beri pertujuknya.. tak terpikir pulak kita sampai sengkokol dengan si hindraf the black asia negro siap dgn kutip sokongan org suruhan dari bangsa sendiri yang di wujudkan, terbentuk suku setia BAH dan suku LOL dari bangsanya sendiri

    pelik juga kalau nak difikirkan… apa jampinya, besor kelapa ke kemiyan nya atau upah yang dapat kerana menjadi macainya samada dari depan atau pun back door. Ya ler.. gila-gila pertahankan bossnya untuk jadi PM melalui back door walau pun tak reti-reti ke kalau anda dah kalah….sdr anda dah kalah (macam iklan sabun satu ketika dulu) memang betul kata kawan teman yang dia pernah dengor kaum ni diketegori kan auwww… (jantan) yg cakap ‘ nyahhh … i tak boleh lupa boy friend pertama i nyah. keluar dari mulut kaum waneta yang berhalkum. Teman tak sanggup sebut banyak kali ayat ni.. sebab teman ni cukup geli & nak muntah kalau dibandingkan beribu kali loya dengan survivor makan hati babi dan bangkai selain lipas.. ish… ish..uuuurrrwwweeekkkkk! nasib ler kita tak macam tu kengkawan! tak da sesiapa pun dibayor untuk demi kebenaran walau sekupang dua. (tahniah dengornya next rancangan survivor di buat tempat dia oranglah sebab senang dapat stock ba alif ba ya..) mana rasanya duit tu bila jadi hasil keuntungan diagihkan peruntukan kononnya utk rakyat juga… sorry leh mintak simpang maklaikat 44 .. biar teman makan benda halal yang lain… tak sior teman jangan dibuat harus, banyak lagi cara lain teman boleh suapkan yg halal untuk anak -anak teman. kata dema kalau dah makan menatang ni setianya melulu… ada betui jugak rasanya

    nak tergelak pun ada.. mana tak nya, dema yg cakap nak turunkan harga minyak.. tetiba lain pulak jadinya… dema pulak yang protes. Turunkn lah harga minyak sebab dah janji.. ttg modal pandai-pandai ler cari… kata terrer sangat dan pemimpin harapan dan ber kalibar..run. tak kira tempat dema, ambikler duit kerajaan negeri ke, duit hasil babi yang dihalal kan ulama beso dema macam ustad guan, ustad karpala, ustad lim kit tu ker pada macai dema yang kebulor sangat duit ba alif ba ya tu. lantaknya ler fullshare untuk dema macam keadilan rakyat, mudah di tipu, tipah, risk taker dan sewaktu dengannya. Teman tak sanggup.. ambik ler semuanya..iyor (biar) pokai pun tak per!

    macam kita tak tau kengkawan..dema berempat ni teman tau sangat yg sebenornya orang yang sama… maklumlah nampak ler macam ramai dalam blog ni kehal (walhal) seorang jer tu sebab sebut benda yang sama walaupun nama lain-lain… kesian why not join the club dan terimalah takdir telah ditipu mati-mati oleh big boss komer. kengkawan jangan kecik hati sangat kalau itu caranya… itu modalnya.. almaklumlah… nak mengaku nanti nampak sangat macam the cow with tighted nose.. he he he lembu cucuk hidung ler…

    kalau bab cerita buat harga minyak (memangnya fill sebab temberang merata pancing undi) tak dapat buat. camna pulak kes janji nak jadikan ‘membangun bersama islam’ dan salah satunya menghapuskan kedai ekor dalam manifesto dema.. bukan pakai duit pun, kenapa tak hapuskan macam kelantan, buatlah di perak, selangor, p. pinag dan kedah… kan PAS juga yang jadi kera jagaan ..ish silap .. maksud nya gomen, lagi nak komplain tempat sendiri pun tak berani.. (almaklumler..mana berani! kan DAP tu abang..ye lah macam iklan tv tu ler..aku kan abang) berani ler tengok kalau nak kena @*$&@%#*?+ try ler tengok.. sebab tu le dema bersuara kat tempat kita,

    potong kuku kalau berani… ada akai ker nak lepas peluang yg dihalakan ustad-ustad yang teman sebut tadi… untung besor tu top…share utk PR.. peuli apa. lagi pun dema tak boleh mintak… duit ni untuk kapior komer kan binggung tengok jer cukupler tu. he he he he…. Lagi satu nuduh(tuduh) pulak kengkawan dema sendiri yang berator (beratur) di kedai nombor tu suku sakat sendiri. Tak caya tanya ler sendiri pada empunya badan. apa ke binggung nyer komer yang memerintah kome nak suruh pusat pulak ambik tindakan, tak der sapa yang nak marah kalau komer haramkan kedai nombor tu. ajer (apalah) kebinggung komer ni.. malas teman nak cakap ler.

    sekupangdua pening memikior tang mana sedapnya duit haram ni tang muncungnya ker, tang ekornyer ke, tang dagingnyer ker yg gila-gila pertahankan. udah ler tu yob cariler tempat lain. Apa macam kita nanya (tanya) dema ni. Mok, kuntakinte, mamak penang, tuah dan kengkawan lain banyak bersabor macam ni ler orang-orang yang kecewa dan keliru… jangan dimarah dan tegor kuat sangat… biorkan sampai masa sedorler sendiri nanti

    mana buatnya memang payah mencari sekupang dua, tapi tak sepayah mencari dema yang seduit pun boleh pakai. biorkanlah dema lahirkan kekecewaan dema….

    assalamuaikum semua umat islam

  30. AbangTuah

    Ok baguih Kak Tipah…macam ni la baru respek…persoalan yang lengkap senang bagi kami untuk menjawab dengan baik dan berhemah. Dari awal lagi memang kami dah agak Kak Pah ni seorang yang bijak tetapi mungkin keliru sedikit dengan situasi yang tak menentu kebelakangan ini. InshAllah, saya dan kawan-kawan cuba memberikan pandangan kami masing-masing dengan cara terbaik…jadi tunggu pandangan dari kami…mungkin lambat sedikit fasal bukan sedikit persoalan yang Kak Pah utarakan tu….

  31. ASSALAMUAKUM TUAH!

    MESTI TENGOK satu lagi bukti patut dilaporkan pada POLIS angkara si IBLIS PAS utk perarakan protes harga minyak. menghina PAKLAH yg dijadikan spt SYAITAN, boleh jadi pergaduhan besar!

    MESTI TENGOK! http://alhusseyn51.blogspot.com/ Penulis BLOG mohon jadikan isu utk perhatian BLOGGERS!

  32. AbangTuah

    Assalamualikum Kak Pah, ha…kan ke baguih..baru jelas persoalannya.
    Sebelum saya teruskan hendak saya maklumkan bahawa apa yang saya tulis dan ulaskan di dalam forum ini adalah pandangan saya dan bukan mewakili mana-mana pihak.

    Persoalan pertama –
    Telah ada undang-undang yang melarang orang Islam berjudi. Tapi bagi menyalahkan kerajaan semata-mata kerana masih ada beberapa kerat orang Islam berjudi, saya rasa itu kurang adil. Sekiranya kerajaan hendak memerhati kesemua 58% dari 26 juta, iaitu 15 juta orang Islam di Malaysia, maka kerajaan memerlukan juga polis dan pegawai penguatkuasa JAKIM dengan kadar yang sama. Pada pandangan saya, kerajaan membentuk akhlak dan sikap rakyat melalui pendekatan secara mendidik dan dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan. Kerajaan melaksanakannya dengan memperbanyakkan program-program berunsur keagamaan di media perdana, samada di TV atau di akhbar.

    Saya nak cerita sikit, zaman dulu sekitar tahun 50an hingga tahun 70an judi ekor adalah perkara biasa masyarakat islam ketika itu. Tauke-tauke ekor datang dari rumah kerumah untuk menjual nombor ekor dengan membawa bersama buku ramalannya. Pandangan saya, ketika itu, kefahaman tentang agama adalah begitu kurang dan hukum-hukumnya terlalu diambil mudah. Cuba Kak Pah lihat keadaan seperti itu tidak berlaku lagi di masa kini bukan…cuba Kak Pah fikir siapa yang membawa kepada perubahan tersebut…dan melalui media apa kerajaan menyedarkan masyarakat islam. Bukankah perubahan ini terjadi di sebabkan media perdana telah berjaya berfungsi dan berperanan bagi pihak kerajaan dalam memberi kesedaran dan bimbingan dalam usaha membentuk akhlak masyarakat islam Malaysia. Apakah ini bukan salah satu usaha kerajaan yang telah menemui kejayaan.

    Adalah sukar juga bagi kerajaan untuk mengharamkan terus judi ekor kerana sebagai kerajaan kepada negara yang berbilang kaum dan agama keperluan budaya dan sensitiviti masyarakat lain pun perlu dijaga. Walaubagaimana pun kerajaan tidak pula mengeluarkan lesen judi dengan sewenang-wenangnya sebaliknya kerajaan sentiasa mengawal jumlah agar tidak melebihi dari sepatutnya.

    Persoalan kedua –
    Adalah tidak wajar juga menuduh kerajaan menganjur pesta hiburan yang boleh meruntuhkan moral anak-anak muda. Dari apa yang saya faham program hiburan yang di anjurkan oleh kerajaan kebanyakannya berbentuk persembahan kebudayaan dan kesenian yang terkawal. Apa yang Kak Pah madsudkan didalam persoalan Kak Pah adalah pesta hiburan yang dianjur oleh penganjur persendirian, dimana adalah sukar bagi kerajaan untuk menghalangnya kerana tidak bersalahan dari segi undang-undang negara. Kalau tak silap Tuan Guru Nik Aziz juga pernah suatu masa dulu menjemput seorang artis terkenal membuat pertunjukan hiburan di Kelantan.
    Walaubagaimanapun saya pasti kementerian belia dan sukan sentiasa memastikan sesuatu pesta atau pertunjukan itu tidak terlalu liar atau melampau.

    Teringat saya semasa YB Datok Mohamad Rahmat sebagai menteri belia dan sukan. Semasa era tersebut beliau cukup tegas dalam mengawal segala program TV terutama sekali rancangan hiburan, akan tetapi tindakan beliau yang tegas juga tidak disenangi oleh rakyat Malaysia malah termasuk juga pihak pembangkang.

    Sekiranya kerajaan menghentikan terus rancangan hiburan di kaca TV tentu remaja akan mencari hiburan diinternet atau melalui cara yang tidak sihat pula. Sekiranya disekat kedua-duanya kita akan jadi seperti negara Cuba. Sekiranya kita tutup semua hubungan dengan dunia luar agar budaya buruk dari luar dapat disekat maka kita akan jadi seperti Taliban pula. Maka pada pandangan saya, ianya terpulang kepada individu sendiri untuk memilih yang mana baik yang mana buruk. Jadi Kak Pah kena faham kita ini hidup di akhir zaman, apa yang tertulis di dalam kitab berkaitan akhir zaman.

    Untuk maklumat Kak Pah pada zaman 60an dan 70an pesta dan pertunjukan hiburan adalah perkara biasa dan di anjur dimana tanpa kawalan, akan tetapi dengan usaha gigih kerajaan secara berterusan mendidik rakyat, maka tabiat terlalu leka berhibur ini dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya.

    Persoalan ketiga –
    Berkaitan dengan penemuan tin dan botol arak pula, tiada bukti yang mengkaitkan ia dilakukan oleh orang islam Malaysia…..mungkin juga ia dilakukan oleh pendatang dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh atau Vietnam Kak Pah saya pernah melihat warga asing minum arak dan membuang tin di merata tempat.

    Cerita fasal arak ni teringat saya di zaman semasa saya muda-muda dahulu dimana saya lihat arak ni perkara biasa bagi orang melayu pada waktu itu. Sekiranya terlihat anak muda meminum arak, maka kata orang tua-tua, biasalah tu, mereka muda lagi biar mereka merasai semuanya dan kemudian bertaubatlah mereka tu. Saya juga dengar banyak majlis-maklis jamuan menyediakan minuman arak dan mereka menganggap bahawa itu adalah keperluan bersosial. Bukan itu sahaja, kerap kali dilihat pada malam hari selepas sesuatu majlis perkawinan anak-anak muda minum arak bagi menghibur hati setelah penat berewang disiang hari. Didalam kem-kem tentera pula arak sangat mudah didapati dengan harga yang murah.(kini semua dah bertaubat…silap-silap ada diantaranya yang dah jadi ustad dalam PAS).

    Ada Kak Pah lihat keadaan sebagaimana yang saya nyatakan di masa kini. Kak Pah tahu apa yang menyebabkan masyarakat islam Malaysia mengubah tabiat buruk mereka. Sebenarnya Kak Pah…secara perlahan-lahan dan berterusan jugalah kerajaan telah berjaya mengasuh, mendidik dan menerapkan nilai keagamaan kepada kepada mereka. Media perdana, iaitu akhbar dan penyiaran jugalah saluran bagi pihak kerajaan menyampaikan nasihat serta bimbingan, ditambahkan pula dengan pendidikan disekolah dan penganjuran kuliah-kuliah perdana dimerata tempat. Malah tidak cukup dengan itu, pihak kerajaan melalui JAKIM telah menguatkuasaan larangan meminum arak bagi orang Islam dan menubuhkan Kor KAGAT didalam angkatan tentera bagi membenteras tabiat buruk tersebut. Masih juga tak percaya pada media perdana? Cuba sesekali Kak Pah hayati drama-drama TV yang disiarkan dan artikel-artikel di akhbar, bukankah banyak message yang yang cuba disampaikan itu padat dengan nasihat, pengajaran dan tauladan bagi membentuk masyarakat yang lebih baik penghayatan keagamanya. Saya bangga kerajaan telah berjaya didalam misi dan objektif didalam perancangannya bagi membentuk masyarakat madani di Malaysia ini.

    Persoalan keempat –
    Adalah tidak wajar juga pihak kerajaan dipersalahkan dengan keruntuhan akhlak remaja sekarang. Pihak kerajaan telah menjalankan tanggungjawab dengan mendidik mereka di sekolah-sekolah tetapi yang saya persalahkan adalah ibu-bapa sendiri kerana gagal menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka. Kecil-kecil lagi anak-anak mereka telah diasuh dengan budaya pemberontakan terhadap kerajaan secara keterlaluan. Apabila mereka telah diasuh sedemikian rupa maka seterusnya mereka bertindak menginkari segala dasar-dasar dan saranan baik dari kerajaan. Tak percaya…lihat bagaimana ibubapa pengikut PKR telah mengunakan anak-anak mereka bagi menyampaikan tentangan terhadap kerajaan di Parlimen dan di hapapan Istana Negara. Begitu juga belaku di semua PASTI di negara ini, dimana secara halus anak-anak mereka telah diasuh…agar membenci pemimpin dan kerajaan. Kanak-kanak berumur tak sampai 5 tahun pun tahu menyebut kerajaan kejam,kafir dan Maha firaun. Saya nak tanya Kak Pah…budaya apa yang telah diterapkan dijiwa anak-anak ini.…bukankah ini budaya pemberontak dan extremis. Saya juga nak tanya Kak Pah apa akan jadi apabila kanak-kanak ini mula bersekolah dan diajar dan diasuh pula tentang etika, moral dan kesetiaan pada pemimpin dan negara. Sebenarnya Kak Pah, pada pandangan saya kebanyakkan kanak-kanak ini akan mengalami konflik jiwa kerana pertembungan dua pengaruh yang diasak kedalam mental mereka yang menyebabkan mereka keliru dan tertekan. Tanpa kita sedari mereka akan mengambil jalan pintas dengan menentang segala saranan baik kerajaan setelah hilang kepercayaan pada kerajaan dan ibubapa. Saya faham pihak pembangkang hendak mengujudkan ramai pelapis generasi akan datang tetapi secara tak langsung mereka juga telah merosakan anak-anak mereka. Jadi tak keterlaluan saya katakan bahawa gejala sosial remaja kini mungkin sebahagiannya berpunca dari sikap pembangkang sendiri.

    Persoalan kelima –
    Keputusan nombor ekor diakhbar. Saya nak tanya Kak Pah apa yang selalu di pekikkan oleh pihak pembangkang…kebebasan berita dan akhbar bukan. Jadi bagaimana pula Kak Pah nak persoalkan tindakan akhbar-akhbar di Negara ini menyiarkan keputusan toto dan nombor ekor…bukankan itu juga kebebasan berita. Sekiranya kerajaan melarang akhbar dari melaporkan apa-apa berita atau sesuatu perkara dari disiarkan kelak nanti dituduh pula oleh pihak pembangkang tidak telus. Ikut logiklah Kak Pah tak mungkin kerajaan nak melarang itu dan ini dalam akhbar di Malaysia, terpulanglah kepada pembaca memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Pelajaran dan pendidikan telah diberikan oleh kerajaan masakan masih tak pandai lagi menimbangnya yang mana baik dan yang mana buruk.

    Persoalan keenam –
    Nak tanya Kak Pah, satu pagi Kak Pah terkejut mendapati semua akhbar (melayu,cina, inggeris dan tamil) dalam dan luar negara, juga banyak laman web menyiarkan gambar Kak Pah melakukan perkara sumbang, Kak Pah nak saman siapa? Kak Pah juga tak tahu siapa yang mengambil gambar Kak Pah kerana berpuluh jurugambar ada ketika itu…nak tuduh siapa yang memetik kamera ketika itu? Nak tuduh siapa yang menyebarkannya. Sebenarnya saya telah zoom besar-besar gambar tu dan saya dah enhance dan analisa, tangan Pak Lah sekira dilihat dengan terliti telah ditarik kebahu amoi tu. Begitu juga gambar beliau yang lain, kebanyakan semua telah diphotoshopkan. Kak Pah hantar sekeping gambar dan saya photoshopkan agar lekat pipi Kak Pah dengan saya..percaya tak saya boleh buat.

    Persoalan ketujuh –
    Nak bagi tahu pada Kak Pah, DSAB ni penyabar orangnya, beliau kalau boleh tak mahu memperbesar-besarkan isu-isu berkaitan tomahan dan tuduhan sebab saya rasa lebih baik beliau menumpukan perhatian pada mentadbir negara. Tak percaya lagi, bukankah keluar di TV, kerajaan menasihatkan agar isu-isu lama berkaitan Tun tidak dipertikaikan lagi…nah ini membuktikan bahawa beliau memang tidak gemar memperbesarkan isu yang remeh dan yang lepas. Sekiranya beliau bersifat pendendam tentu beliau mengambil tindakan sebaliknya. Berkaitan SCOMI dan Rapid KL dan lain-lain mungkin ianya hanya suatu persoalan atau spekulasi sahaja. Walau bagaimanapun saya sentuh sedikit isu berkaitan SCOMI dan Rapid KL. Pada pandangan saya yang kurang bijak, 1000 buah bas yang dah berusia anggaran 25 tahun sekiranya di baikpulih akan memakan perbelanjaan yang besar dan kos penyelengaraan tinggi serta reliabilitinya pula rendah untuk digunakan selama 30 tahun lagi. Adalah lebih baik ianya dijual sebagai besi buruk dan diganti dengan yang baru yang lebih terkini yang mempunyai reliabiliti yang tinggi serta kos penyelengaraan rendah. Siapa yang mendapat kontrak membekalkannya, buat apa dipersoalkan, asalkan ianya melalui proses dan tatacara yang betul yang tidak bersalahan disisi undang-undang. Saya percaya rezeki yang datang padanya dari Allah melalui hambanya. Walau bagaimanapun Kak Pah jangan risau saya dengar kebanyakan isu tersebut telah dibawa kepengetahuan BPR oleh GERAK dan biarlah BPR menjalankan tugas mereka pula.

    Persoalan kelapan –
    Saya tak hairan sekiranya banyak isu-isu yang tiada asas dan bukti ini keluar kepengetahuan umum kerana kebelakang ini pegawai-pegawai tinggi di dalam kementerian dan jabatan kerajaan mungkin ada yang berhaluan kiri. Mungkin ada diantara mereka yang menjadi mata kepada pihak pembangkang bagi mencari apa perkara yang boleh dijadikan isu panas politik. Mereka ini juga sengaja tidak melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan baik bagi merosakkan lagi imej kerajaan di mata umum. Sekiranya benar-benar berlaku kepincangan di dalam kerajaan kenapa tidak dilaporkan sahaja pada pihak yang berkuasa untuk di ambil tindakkan, sebaliknya hanya dilaporkan kepada pemimpin pihak pembangkang untuk dijadikan isu bagi tujuan propaganda politik. Hmmm….saya pun ramai kawan tau…

    Persolan kesembilan –
    Negara Islam, sila baca ulasan yang dipostkan oleh Mamak Haji. Untuk pengetahuan Kak Pah, warga emas tu banyak pengalaman dan luas pandangan

  33. Mamak Penang

    Salam abang tuah,rindu juga kat hampa tk temu dua hari ingatkan hampa safe karan dan tidur cepat!.Tidur cepat bahaya itu tua dalam usia muda kerana kos lain pulak tambah maksud Mamak tambah satu lagi rakyat Malaysia…..!!!meleset fikiran Mamak.Rupa-rupanya pergi refuel minyak formula one!!!.Jangan marah gurau je!!!.Atikel pun macam formula-formula…wah sungguh hebat!.Ini bukan bodek sepatutnya hang jadi Setia Usaha Politik…kalau saya kalau muda macam dulu pasti ambik hang jadi PS , tapi dah tua ini kena tumpukan pada perniagaan untuk generasi akan datang!.Keep on like this..this is a new milinium era of Malay just starting!.Well done and bravo!!!!.
    Nasi Kandar special satu sama …Abang Tuah Mamak belanja!!!!.Itu special kari angkat mariiii…!!!.Kuntakinte dah sedih gamaknya…mika jangan risau..kuntakinte ,Mok dan Sekupangduas apa kurangnnya….semua mamak belanja!!!!.Wasalam.

  34. Kuntakinte

    Salam, hai… tengah duk merampuih kat laptop, dah rosak pulak screen tak funcion, pasai tu 2 hari tak keudara ceh…. macam penyampai berita plak.

    Abangtuah, tamingsari duk menari hip hop ka, bukan main panjang dan bernas lagi, kalau kak pah tak masuk kepala hotak tak tau la apa nak buat lagi, selagi ada ilmu didada abangtuah dah dikeluar kan. Kak pah tengok sendiri abangtuah buang masa lama untuk kak pah semata2 untuk membetul kan ketidak fahaman dan menjelaskan kepada kak pah termasuk anak bangsa di luar sana, niat suci la ni bukan senang nak jumpa sepecies lagu ni kak pah oi… hak ramai baling batu sembunyi tangan ramai.

    teruskan abangtuah, kak pah kalau dah puas penjelasan abangtuah, muhasabah diri dan berfikir dengan otak dan hati yang terbuka.

    bravo..tuah

    p/s mamak satu nasi kandar tak cukup, bungkus sekali kasi abangtuah bawa balik.

  35. AbangTuah

    Bro kuntakinte…persoalan kesepuluh
    Kawan hadiahkan puisi untuk Kak Pah muga-muga jumpa jalan pulang:

    Maknusia itu sebaik kejadian
    Dikurniakan pula akal fikiran
    Sekiranya betul cara digunakan
    Dapat menjinakan hati Cik Puan
    Jangkaulah masa hadapan
    Singkap pula yang di tinggal
    Tapi Kak Pah masih jua dipersimpangan
    Setelah lama difakir-fikirkan
    Lama jua dinilai-nilaikan
    Baik buruk ditimbang-timbangkan
    Apakah ditemui suatu jalan
    Tempat disandarkan satu harapan
    Demi kegemilangan masa hadapan
    UMNOkah, sebagai pilihan?

  36. Mamak Penang

    Salam,
    Kak Pah maka tak kenal tak cinta,
    Kalau kenal penulis sekali di cintanya!.

    p/s:Kuntakinte mana pii ini sekupangduas dan Mok!!.Pii Amok kat blog lain kot!.Moderator blog lain takut macam kita ini ha!!!..asyik kena delete.Kata nak akhbar bebas ….blog bebas pun belum tentu!!!.Depa kena belajar dengan moderator kita hentam kerajaan pun dia tak delete!.Mamak sayangkat dia…perlu berhati-hati takut lukakan hati dia!Wasalam..hang tak order ke?.Bab minyak naik ini mamak dah bosan sekarang ini Inflasi Asia dah parah!!!.nak cakap pasai Inflasi pulak tengah study inflasi!!!!.

  37. AbangTuah

    Salam bro kuntakinte, Mamak Haji dan sekupangduas…bukannya apa…kawan cuma hendak beri sedikit pandangan pada Kak Pah sekadar yang termampu. Harap dia fikir-fikirkanlah, kita demokratik terpulanglah pada pilihan dia, tak paksa. Harap dia sudi hantar banyak lagi persoalan atau ulasan ke Weblog ni.

    Bro kuntakinte, Mamak Haji dan sekupangduas…nampaknya sekarang ni jarum mas tu dah pusing jahit baju kawan pula…
    Kawan ni biasa je…dimanalah kawan jika dibanding dengan pengalaman luas saudara semua, kawan kaji melalui penulisan, kawan dah tahu orangnya hebat-hebat belaka. Yang buat kawan seronok dan bersemangat ialah cara pemikiran kita sehaluan….

  38. AbangTuah

    Saja nak kedepankan nak bagi orang faham negara Islam Mamak Haji dan kejayaan media perdana dalam membentuk peribadi muslim Malaysia.

Leave a reply to Kuntakinte Cancel reply