Hadiah’ untuk pengundi Pakatan Rakyat di Selangor

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, penduduk di sebuah taman perumahan yang majoritinya beragama Islam di Shah Alam, gempar apabila tersebar berita sebuah gereja yang terbesar di Asia Tenggara, bakal dibina berhampiran di kawasan mereka.

Ekoran itu, penduduk dan jawatankuasa masjid berhampiran menubuhkan jawatankuasa bertindak membantah cadangan pembinaan gereja itu dengan menyerahkan memorandum kepada pihak berkuasa termasuk Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Malah, jawatankuasa berkenaan turut menganjurkan forum yang mana salah seorang daripada ahli panel ialah peguam, Mohamed Hanipa Maidin, yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, yang menjelaskan secara panjang lebar mengenai kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan.

Setelah isu itu senyap, tiba-tiba rakyat negara ini dikejutkan dengan kenyataan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin bukan Islam daripada pelbagai kaum, Jumaat lalu.

Tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat Islam, Dr. Xavier memaklumkan cadangan kerajaan negeri menghapuskan peraturan keluasan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh melebihi 10,000 kaki persegi atas alasan larangan terhadap saiz, panjang dan ketinggian itu tidak lagi sesuai.

Sambil meminta pemaju perumahan mengambil kira keperluan penduduk bukan beragama Islam agar menyediakan tapak yang lebih luas berbanding hanya 0.4 hektar sahaja ketika ini, beliau juga berjanji akan menambah peruntukan tahunan kepada rumah ibadat bukan Islam daripada RM3 juta ketika ini.

Dr. Xavier mungkin menyedari langkah itu bakal mendapat pujian masyarakat bukan Islam yang akan mengangkatnya sebagai ‘pejuang’, di samping menggunakan sepenuhnya peluang menduduki kerusi Exco kerajaan negeri ketika pakatan pembangkang berkuasa.

Persoalannya di mana suara wakil-wakil Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) lain yang beragama Islam. Meskipun ia baru di peringkat cadangan, tetapi adakan disebabkan alasan untuk memenuhi keperluan penganut agama lain, mereka sedia bertolak-ansur mengenai perkara itu.

Adakah pemimpin-pemimpin Pas negeri kini semakin menyimpang daripada matlamat membina negara Islam yang menjadi wadah perjuangan mereka selama ini, sehingga sanggup mendengar sahaja kenyataan seorang pemimpin yang satu ‘selimut’ dengan mereka mahu menghapuskan peraturan mempertahankan kedudukan Islam seperti termaktub dalam perlembagaan, sesuatu yang sentiasa tidak disenangi puak- puak cauvinisme.

Tenggelam nada itu disuarakan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang melihat biarpun ada wakil Pas dalam barisan kerajaan negeri, tetapi perjuangan Islam mereka seperti tenggelam manakala PKR pula asyik dengan konsep kesamarataan mereka, hatta terhadap masjid atau surau dengan rumah ibadat bukan Islam.

Baginya, cadangan itu sekiranya dipersetujui, seakan memberi lampu hijau bahawa rumah ibadat boleh dibina tanpa sebarang had walaupun di kawasan perumahan yang didiami pelbagai kaum sedangkan selama ini peraturan yang hendak dihapuskan itu berlandaskan garis panduan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berupaya memastikan keperluan sesuatu rumah ibadat di Selangor seimbang dengan jumlah penganutnya sekali gus dapat memelihara keharmonian kaum.

Di Selangor, penduduk beragama Hindu berjumlah kira-kira 700,000 orang tetapi mempunyai lebih 1,000 kuil sedangkan hanya terdapat 380 masjid di seluruh negeri dengan jumlah penduduk beragama Islam seramai empat juta orang.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad sambil mempertahankan cadangan itu berpendapat, walaupun tidak ada had dari segi saiz, namun pembinaan rumah ibadat bukan Islam tetap tertakluk kepada peraturan dengan mengambil kira sensitiviti penduduk setempat.

Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Selangor yang juga Yang Dipertua Pas Pandan itu melihat cadangan berkenaan mampu mengawal bilangan rumah ibadat bukan Islam yang dibina secara haram.

Beliau memberikan contoh di sebuah penempatan setinggan di Selayang yang mempunyai sehingga 20 buah kuil Hindu.

“Mungkin keperluan penduduk kawasan itu tidak mencukupi, jika dibina sebuah kuil yang besar, ia sudah memadai dan tidak akan ada lagi kuil-kuil pada jarak hanya beberapa ratus meter sahaja antara satu sama lain.

“Oleh itu saya melihat cadangan ini tidak menimbulkan masalah kerana pembinaannya tetap tertakluk kepada syarat dan hanya sesuai di penempatan majoriti bukan Islam, bukan boleh dibina dengan sewenang-wenang sahaja.

“Hak orang bukan Islam pun perlu dijaga, itu hak mereka dengan syarat mereka tidak menjejaskan atau mengancam hak orang lain. Boleh besar tetapi kena tengok tempat, jika menyebabkan sensitiviti umat Islam, ia tidak seharusnya dibina,” katanya yang mengakui perkara itu pernah disentuh mesyuarat Exco tetapi belum ada kata putus dicapai.

Beliau menolak tanggapan Pas bersetuju dengan cadangan itu demi kepentingan politik kerana menurutnya, jika tidak ditangani dengan betul, ia boleh menimbulkan kemarahan penduduk Melayu pula.

Apa pun, hakikatnya peraturan yang mengehadkan saiz itulah yang mahu dihapuskan Dr. Xavier, yang mungkin tidak disedari oleh Iskandar.

Tidak mustahil apabila dihapuskan peraturan itu, kita boleh melihat rumah ibadat bukan Islam yang menyamai keluasan Masjid Shah Alam memandangkan mereka sudah tentu tidak akan menghadapi masalah dari segi kewangan.

Sudah banyak orang Melayu beralah kepada tuntutan dan desakan kaum lain, jadi sebelum terlambat, kata putus perlu dicapai bagi memastikan suasana harmoni yang dinikmati sebelum ini, teguh terpelihara.

Setelah berkeras mahu melaksanakan projek ternakan babi yang didakwa menggunakan sistem termoden di Sepang, pakatan pembangkang di Selangor terus ‘menunaikan janji’ dengan menghadiahkan sesuatu yang tidak dijangka oleh umat Islam, semata-mata atas prinsip kesamarataan. sumber klpos

nota: Di mana suara Hassan Ali…?? adakah dia sedang lena dibuai oleh sikap tamakkan kuasa atau diam  membisu akibat dirantai dengan perjanjian kuasa yang dibuat oleh Pakatan Rakyat..?? Berapa ramai pemimpin Pas yang bersuara demi menegakkan dan mempertahankan kedaulatan umat Islam di Selangor atau mereka semua sudah menukar impian mereka dari ingin melihat sebuah kerajaan Islam kepada sebuah kerajaan berkebajikan yang pruden tanpa berpaksikan Islam??

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Hadiah’ untuk pengundi Pakatan Rakyat di Selangor

  1. mok

    Jika kita amati sungguh-sungguh, ternyata semua ini adalah kifarah Allah SWT, atas keceluparan pak-pak Lebai yang hanya tahu berkokok berderai-derai sewaktu berada di luar kerajaan dulu. Kini ternyata ekor serban masing-masing bergelumang ta**.
    Rakyat yang rajin berfikir pasti dapat membayangkan, apakah tindakan pak-pak Lebai yang gemar berdemo ini andaikata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar yang menuntut persamaan hak pembinaan kuil, rumah berhala dan gereja bersamaan keluasan sebuah masjid (bagi agama rasmi negara seperti termaktub di dalam perlembagaan) adalah seorang EXCO BN ? Fuhh.. pasti terkujat-kujat pak-pak Lebai melenting, memaki hamun kerajaan, berdemo, berceramah, bermemorandum dan tah hapa-hapa lagi la. Semuanya menjurus kepada prinsip, “bangkang tetap bangkang”. Tapi hari ini, bila kena batang idung sendiri, aiik… diam seribu bahasa. Malah lebih teruk lagi, dengan nada sumbang dan malu-malu kucin, cuba juga nak cari kata-kata menyokong si Xavier tu. Aduh.. tak ada prinsip perjuangan langsung, boleh bertukar-tukar macam chameleon. Bagus..baguss.. Rakyat sedang menjadi saksi, bagaimana pak-pak Lebai bertindak. Cerdik atau tidak, cakap serupa bikin atau tidak ?

  2. keadilan rakyat

    alah cerita lebih laa juak2 umno ni…
    macam lah korang pertahan kan ISLAM…kata kebebasan agama…jadi takpe lah..

  3. AbangTuah

    Kau ni agama apa keadilan rakyat…sedangkan firaun semasa nyawa dah nak tercabut pun tersedar dan memohon untuk bertaubat…cuma dah tak di terima taubatnya. Bangsa dan agama adalah perjuangan kami…tau apa itu perjuangan..madsudnya jihad…ya itulah jihad kami. Tak usah lah kau nak menguji hati kami…Aku kemari melayani blog ni kerana aku rasa ini lah perjuangan kecil yang dapat ku sumbangkan pada bangsa dan agama. Ku korbankan masa dan tenaga dan esok lusa mungkin jiwa siapa tahu.
    Kebebasan beragama, itu yang ku tahu dan lihat sejak aku lahir…ta kan sampai bertumpah darah untuk menjadikan negara ni negara Islam…bukan kah Allah itu maha penyayang kepada semua mahluk..jadi tak sepatutnya kita juga sebagai mahluk hendak menginaya mahluk lain. Pihak kami tahu kemampuan kami..itu saja yang kami mampu laksanakan. Fasal apa PAS tidak mampu mengajar orang bukan Islam di perak dan di Selangor tentang kebaikan islam dan seru mereka agar menerima pemerintahan negeri islam dan hukumnya…jawapannya sebenarnya PAS hanya mampu bercakap takbor tapi janji bertabor-tabor. Demi politik sempit pihak PAS dengan takbur menyatakan mereka perjuang Islam sejati…boleh laksanakan Negeri islam dan hukumnya sebelum ayam berkokok…teryata sekarang cakap-cakap mereka sebenarnya bukan keluar dari mulut…tapi dari jubor..sebagaimana kata Mok lihat saja di Perak…apa dah jadi..Saudara…PKR ini baru permulaan kifarah yang diturunkan oleh Allah…besok lusa mungkin lebih berat lagi siapa tahu. Kau tahu sebab apa ditimpa kifarah…PAS sembahyang hajat mendoakan kemusnahan UMNO. PKR juga bersembahyang hajat mendoakan kemusnahan UMNO dan UMNO bersembahyang hajat mendoakan agar umat islam kembali bersatu.Ingat DAP pun berdoa… Semua hajat yang buruk dan doa yang buruk akan di makbulkan tapi dengan di kifarah terlebih dahulu…
    Aku akan berdosa sekiranya tidak menyeru saudara kembali bertaubat…jadi bertaubatlah sebelum terlambat….wasalam.

  4. Kuntakinte

    Salam, abangtuah, mok, sekupangdua dan mamak, nampak nya dah masuk kerja nampaknya species liar ni tukar syif kut..

    korang tak tengok berita TV3 semalam, dah kuntakinte katakan dulu bahwa Selangor akan jadi hanyai Malaysia, dah keluar semalam, macam cendawan tumbuh rumah urut, disko dan tempat pelacuran, diorang nak takut apa teresa kok power, mana!!! species PAS mana species PKR pergi le tunjuk perasaan depan pejabat MB Selangor protes kalau berani, takut kut mesti takut punya sebab teresa kok garang oo.

    Ni lah dikatakan kata paku dulang serpih kata orang awak yang lebih, puak2 yang buat bisness haram tu nak peduli apa, diorang tahu akan dibela oleh species mangkuk ayun macam diorang ni la.

    Keadilan rakyat, sahabat2 moderator kita jangan layan le species otak di lutut ni, bukan difaham pun, jenis ni hantar Tg. Rambutan je suruh dia bercakap dengan pokok nyor kata orang Perak.

    Ini bukti jelas lah kita dapat lihat betapa jumud nya orang PKR dan PAS. dan ini lah yang perlu kita tekad kan untuk di beritahu kepada rakyat jenis species yang ada dalam PKR/PAS. rakyat dah bijak menilai.

    p/s tak se…. teman nak berkawan dengan orang tak berotak….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s