K’tangan awam boleh lakukan kerja sambilan

dari malaysiakini

Timbalan menteri sumber manusia Datuk Noraini Ahmad mengalu-alukan kakitangan awam untuk melakukan kerja sambilan pada hujung minggu untuk menambahkan pendapatan mereka bagi menghadapi masalah kenaikan harga barangan.

Noraini berkata, pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melarang kakitangan awam melakukan pekerjaan sampingan.

“Tetapi dengan kenyataan Tan Sri Amirsham semalam, kami merasakan memang amat-amat mengalu-alukan asalkan kita (kakitangan awam) tahu tanggungjawab mereka ataupun tugas utama mereka.

“Tidak melebihkan kerja sampingan takut mengganggu produktiviti,” katanya selepas pelancaran buku panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Gombak hari ini.

Noraini diminta mengulas kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz berhubung kakitangan awam dibenarkan kerja sambilan seperti disarankan oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Noraini menambah, kebenaran untuk berbuat demikian hendaklah diperoleh daripada JPA terlebih dahulu.

nota: penulis mengalu-alukan langkah membenarkan kakitangan awam utk membuat kerja sambilan. Ini disebabkan faktor kos sara hidup yang di dapati meningkat terutama sejak kenaikan harga minyak dan harga barang. Pihak kerajaan disarankan agar dapat menaikkan kadar gaji minimum bagi setiap kadar gaji bagi setiap sektor. Ini dapat memastikan supaya rakyat tidak keciciran dalam soal belanja hidup di dalam menghadapi dunia yang mencabar hari ini. Pihak kerajaan juga ingin dicadangkan agar menggalakkan sektor-sektor swasta untuk memberikan elaun sara hidup kepada para pekerja mereka. Cara ini juga secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan beban sara hidup pekerja.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “K’tangan awam boleh lakukan kerja sambilan

  1. john

    boleh buat atau tak boleh buat satu keputusan supaya semua orang faham. gaji naik good adakah gaji itu cukup utk orang yang tinggal di lembah kelang org yang ada pos jangan mempermainkan golongan pertengaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s