Polis akan halang perarakan esok

Polis mungkin menutup jalan menghala ke Masjid Kampung Baru esok selepas solat Jumaat, ekoran rancangan pihak tertentu untuk mengadakan perarakan dari masjid itu ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.

“Anggota polis dari Balai Polis Daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut. Kita akan tutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid) itu jika perlu,” katanya.

Menurut laporan Bernama, Muhammad berkata pihak penganjur perhimpunan itu tidak memohon permit daripada Ketua Polis Daerah dan hanya sekadar menghantar surat makluman sahaja.

“Menyertai perhimpunan tanpa permit adalah salah dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius ke atas mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa pergerakan pemuda Pakatan Rakyat serta anggota beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai perarakan itu.

Dalam sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya, Anwar mengakui bahawa pihaknya tidak memohon permit polis bagi perhimpunan itu tetapi telah memaklumklan kepada pihak polis mengenai cadangan mengadakan perarakan itu menerusi satu surat pemberitahuan.

Anwar berkata perhimpunan itu merupakan permulaan dari langkah serupa yang akan diambil oleh pemuda Pakatan Rakyat serta NGO lain di seluruh negara bagi menyarakan bantahan mereka. sumber malaysiakini

nota: penulis meragui keikhlasan dari apa yang diperkatakan oleh YB Pas Salahuddin Ayub di dalam rancangan Debat Khas tempohari hari di mana, pihak pembangkang bersedia untuk melakukan rundingan dengan kerajaan mengenai usaha menangani isu harga minyak. Berdasarkan kepada protes yang dijadualkan esok, sebagai seorang pemimpin kanan PAS, beliau seharusnya memaklumkan kepada seluruh rakyat yang menentang kenaikan harga minyak ini supaya tidak keluar menyertai protes ini. Ini disebabkan rundingan utk membuahkan idea bagi menangani isu ini akan diperbincangkan oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang. DSAI seperti biasa dengan budaya demo jalanan sudah pasti akan menyokong segala protes yang dianjurkan oleh pihak lain demi kepentingan politik beliau.

Penulis percaya demo/protes secara aman bukan cara terbaik baik menyelesaikan masalah. Rakyat khususnya kaum melayu ISLAM sering diperbodohkan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti DSAI dan pemimpin pembangkang dengan diminta untuk menyertai demo ini. Lihatlah, selepas himpunan BERSIH, bangsa-bangsa lain contohnye HINDRAF berani mengadakan protes sehingga menyebabkan keadaan negara di dalam keadaan huru-hara satu ketika dahulu. Apa yang DSAI berkata tentang demo HINDRAF tempoh hari, beliau berkata demo yang dianjurkan sesuatu yang patut dilakukan oleh HINDRAF. Adakah dakwaan seperti pembersihan etnik merupakan satu dakwaan yang benar??

Penulis mencadangkan agar rakyat Malaysia khususnya bangsa melayu ISLAM supaya tidak menyertai demo esok. Percayalah kepada Qada’ dan Qada di mana setiap kejadian dan keputusan yang di ambil oleh pemimpin negara ada hikmahnya. Janganlah kita diperbodohkan oleh ‘hero segera’ DSAI yang berkata beliau boleh menurunkan harga minyak tatkala hampir seluruh negara di dunia ini sedang menghadapi kemelut yang sama.

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “Polis akan halang perarakan esok

  1. Battleship

    Selepas kamu bersembahyang maka bertaburanlah di muka bumi ini mencari rezeki…

    Bukan pergi tunjuk perasaan…Aku heran la org2 yang berhimpun nie..diaorang ni tak kerja ke atau takde kerja atau ponteng kerja atau cari kerja? Sudah2 la semua ni, aku pun rasa terseksa minyak naik ni, tapi kalau aku keluar tunjuk perasaan pun dapat penat je. Duit pun tak dapat. Nak kata semua ni membuatkan kos hidup meningkat pun aku sabar..ini semua dugaan..ni la akibatnya kita tak bersyukur apa yang ada.

    Aku bersimpati la jugak yang mana terkena terus minyak naik ni..tapi nasihat aku, kita berusaha dengan lebih keras untuk ekonomi kita. Aku minyak naik lagi aku nak kerja lebih cari duit OT lebih, bukan pi piket tunjuk perasaan.
    Kurangkan apa yang tak perlu…aku potong terus Astro, nak jimat tgk channel free. Kongsi kereta ngan bini aku, hantar & ambik anak sendiri x pakai bas, mcm2 lagi aku usaha nak berjimat. Aku tau kauorg semua pun boleh bejimat dengan cara sendiri.

    Kita tunggu pilihanraya akan datang nanti…

  2. MESTI TENGOK… PAS IBLIS MENGEDARKAN POSTER UTK PERARAKAN PROTES. dan untuk dijual lagi…. MESTI TENGOK kengkawan!… http://alhusseyn51.blogspot.com/

    mohon penulis jadikan isu blog

  3. MESTI TENGOK satu lagi bukti patut dilaporkan pada POLIS angkara si IBLIS PAS utk perarakan protes harga minyak. menghina PAKLAH yg dijadikan spt SYAITAN, boleh jadi pergaduhan besar!

    MESTI TENGOK! http://alhusseyn51.blogspot.com/ Penulis BLOG mohon jadikan isu utk perhatian BLOGGERS!

  4. assalamuaikum semua!

    MESTI TENGOK satu lagi bukti patut dilaporkan pada POLIS angkara si IBLIS PAS utk perarakan protes harga minyak. menghina PAKLAH yg dijadikan spt SYAITAN, boleh jadi pergaduhan besar!

    MESTI TENGOK! http://alhusseyn51.blogspot.com/ Penulis BLOG mohon jadikan isu utk perhatian BLOGGERS!

  5. Mamak Penang

    sekupangduas Mamak pii melawat weblog syaitan itu…dia ini sah tengok muka pun dia ini tak betul sikit macam maniac dan tak siuman!!!.Tak apa sukupangduas jangan risau tentang ini biar dia buat apa saje kelak orang dia sendiri meluat..kan depa ramai ulamak yang tau hukum dan hakam!.Ini lah contoh yang baik dan penyokong setia Parti Islam Malaysia.Biak orang meludah kat parti haprak macam ini hah!!!.Depa ini kita kena umpamakan seperti kafiak yang laknat…Inilah Islam yang benar parti pas nak bawak?.Ini adalah petunjuk ke’aibpan mereka yang Allah memperlihatkan kepada kita, apa yang akan berlaku sekiranya mereka ini memerintah?. kita mintak apa kata Tuan Guru mereka?. mungkin dia akan kata perkara mengaibkan peribadi pemimpin Negara mungkin sunat kot?.Kita juga tunggu apa kata Mufti Perlis boleh haruskan ke perbuatan seperti ini?.Kita minta pandangan ulamak kerajaan pulak apa kata mereka?.Inilah sebabnya dalam Islam kita letakan Ulamak ini di tempat yang tinggi dalam masyarakat…kita rakyat biasa perlu bimbingan….!!!!!!!!!!!.Mamak mohon sekupangduas bersabar dulu kerana benda macam ini kita perlu gunakan duri untuk mengeluarkan duri!.Mereka kata merekalah pejuang Islam yang ulung di negara ini kita tanya kat depa pulak apa ini cara Islam kah?…..

  6. pcNo22

    Sodih ehh aku dongar korang bercakap.. bawak2 bersobar… parti umno x salah.. tapi the leader of umno tu ha.. PM kite tu mcm Koling.. mulut kata lain, cakap lain.. duit rakyat gi habis kat orang bawah die.. minyak gi naikkan, bonus x diberi, pastu cakap rakyat ni boros.. otak die berjambol.. die tu makan berak sume tanggung dek rakyat. x sedar diri btul. bagus lagi Tun M dari die.. Paklah ni ada aku sengal, die x nampak kesusahan rakyat, die pegi tambah lagi kesusahan rakyat.. PRU aritu dah menunjukan yang rakyat x mahu die! tp die x sedar diri.. rakyat tak dibenarkan bersuara sebab die takut segala rahsia tembelang die pecah… apelah PM kite nih… aku rasa kalau sume Pemimpin kite bersifat mcm Tn Guru Nik Aziz, pasti aman.. tengok kelantan nu, aman sentosa je… sume rakyat die sayang dengan Tuan guru.. x mcm paklah!!

  7. Mamak Penang

    pcNo22 mamak rasa kamu tulis dari cc kot!.Bagui orang macam awak memang berfikiran kelantan itu lebih bagus kerana apa?.Nanti kita suruh kerajaan jangan buat bangunan untuk belajar kita cari gua-gua je!nanti kita boleh bertapa kat gua itu boleh sepanjang hari berzikir dan tadah tangan kat Allah saja!!!.Nescaya akan bergugurlah ketul-ketul emas dari langit.Kita bawak balik kita bagi kat emak bapak o.k.!.Tak perlu fikiak nak maju.Tentang Tuan Guru itu yang kau orang agong-agongkan itu mamak respect juga.Ini Mamak cerita satu cerita yang benar di Zaman pemerintahan Saidina Umar Al Khatab r.a.
    Apabila Khalifah Saidina Umar telah melucutkan segala jawatan panglima Khalid Al Walid (pedang Allah) pada 638 (17 Hijri).Panglima Khalid tidak pernah tewas dalam sebarang peperangan dengan perlucutan ini tidak berpuas hati dan pergi menghadap Khalifah Saidina Umar di Madinah untuk menyatakan ketidak adilan tentang perlucutanya.Apa Khalifah Umar Jawab:
    “Kamu telah sempurnakan;apa yang mana-mana lelaki di dunia ini mampu buat.Tetapi yang buat itu adalah Allah.Bukan manusia seperti kita”.
    selepas itu beliau menerangkan:
    “Saya telah menyingkirkan Panglima Khalid bukanlah disebabkan saya marah atau pun tidak meyakini tetapi orang-orang Islam mula mengagong-agongkan dia.ia adalah perbuatan sesat.Saya juga takut orang terlalu bergantung padanya.Saya cuma mahu orang-orang Islam memahami cuma Allah yang membuatkan dia hebat.Dan tidak seharusnya ada sebarang kesesatan pemikiran di bumi Islam”.
    Jadi berhentilah mengagongkan pemimpin pas!.Belajar rajin-rajin berhentikan daripada nasihat kalau tak cukup empuk!.

  8. tinggallah wawasan

    Salam Tak Sejahtera:

    Dulu-dulu biasa aku dengar Lembu Naik Minyak,
    Sekarang Negara Naikkan Minyak,
    Kerana Peminpinnya TAMAK,
    Ayuh Rakyat ku Jangan Jadi Falasafah Lembu,
    Ternak Lembu Boleh,Hasilnya Lumayan.
    Janganlah Rakyat kita diperlembukan.

  9. ok mamak … sekupangdua dok steady lagi jangan risau mamak dulu lain sekarang ni mamak bukan susah nak tengok setan depan mata berlambak mamak… tapi la ni dok trend yang berjanggut , pakai lebai dan berlagak warak mamak macam sihussyn kepala setan PAS TAMBUN ni… dia sampai la ni tak boleh terima PAS kalah denga Dato’ HUSNI. depa tak boleh pecaya mamak orang sini meluat dan tak percaya kat depa walau depa rasa dah cukup baik belakun jadi orang warak dan ulama celup. depa ingat kita bodoh tapi depa yang sebenaknya bodo …biasalah orang bodo mana mau mengaku bodo..

    ada juga baiknya mamak orang kampung teman dok merata cukup meluat la ni dengan depa bila depa dok tengok gambak yang cek dok tunjuk bukti orang PAS dok menipu bila dok kata membangun bersama islam…lagu ni ka? lebih teruk dari yahudi.. depa pun tak buat lagu ni mamak !…ada rahmat disebaliknya… bila sapa tengok gambak tu terus tak percaya dah pada PAS.

    sekupang dua tengah pikiak kenapa setan suka sangat menjelma jadi macam orang alim untuk sesatkan orang

    selamat hari bapak pada semua…didiklah anak anda supaya jangan sesat seperti mereka-mereka ni… amin

  10. AbangTuah

    tinggallah wawasan

    Kawan dah malas nak layan orang macam kamu ni.Identiti dah lupa,wawasan dah tak da, arah tah kemana…habis macamana tak kena….idung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s